Tuesday, March 16, 2010

Para Duat dan Masjid al-Aqsa…sampai bila harus berdiam diri?




Tulisan: Ahmad Solah

Aku tidak menyangka bahawa tangan umat begitu dekat dengan Masjid Al-Aqsa kerana mufti Al-Aqsa telah menyeru umat dengan merayu: "Sesungguhnya keruntuhan Masjid al-Aqsa kian menjadi kenyataan!”.

Aku tidak menyangka bahawa berita tentang kerja keruntuhan Masjid al-Aqsa yang terkandung dalam akhbar-akhbar Yahudi seperti Hertz adalah berita yang diketahui dengan penuh yakin dan ghairah dan seterusnya melaporkan projek Tel Aviv itu adalah untuk meneruskan pembinaan kuil agama Solomon Temple yang telah terhenti dulu. Berita kerja meruntuhkan Masjid al-Aqsa yang akan dilakukan pada 16 Mac turut dilaporkan di halaman tiga akhbar tersebut.

Aku tidak menyangka bahawa umat Islam yang sibuk membicarakan soal bola sepak dan bercakap tentang kehormatan tanahair dan kemanusiaan, kemudian menutup mulut mereka ketika melihat regim Zionis meratah sekeliling masjid al-Aqsa yang suci yang terkandung di dalamnya masjid Nabi Ibrahim yang wafat di situ. Padahal di sana pertubuhan Unesco begitu lantang bersuara ketika Pergerakan Taliban meruntuhkan patung Budha tetapi kini sepi membisu dan takut berdepan dengan isu yang lebih keji. Barangkali Unesco gembira dengan tindakan Zionis memusnahkan masjid al-Aqsa yang mengandungi masjid Nabi Ibrahim. Kerja penggalian terowong masih berterusan sehingga sekarang di bawah masjid al-Aqsa dengan menggunakan bahan kimia untuk tujuan melemahkan cerucuk –cerucuk bawah tanah masjid al-Aqsa.

Al-Aqsa masjid kami bukan kuil mereka

Saya tahu, kita tahu dan mereka pun tahu..


Sebagaimana saya tahu, kita tahu dan mereka pun tahu bahawa kita diam membisu, tidak mampu melawan, takut, lemah, putus asa dan tidak ambil peduli maka mereka terus membuat gerakan sedangkan kita membisu seribu bahasa seperti orang mati di dalam kubur…akan tetapi selagi nyawa di kandung badan seorang duat seharusnya tidak menghilangkan cita-cita selama-lamanya …terus menyalakan sinaran di bumi yang tertindas, menegakkan kebenaran dan menundukkan kebatilan yang merata dan membawa bahtera penyelamat di samudera kehidupan yang penuh liku.

Pesanan ku kepadamu wahai duat

Aku berbicara padamu dan aku berpegang teguh dengan keimanan kepada Allah dan rasulNya bahawa kamu tidak akan sekali-kali membiarkan agama dan umatmu. Aku berpegang begitu kerana kamu adalah hamba Allah, hidup keranaNya, mengharapkan keredaanNya, ingin bertemu denganNya dan ingin memperolehi syurgaNya.

Aku berpegang begitu kerana tidak terdapat di dunia ini golongan yang mengetahui makna pengorbanan (tadhiyah) melainkan kamu. Tidak terdapat golongan yang hidup kerana menegakkan agama, mengembalikan kemuliaan Islam dan menyempurnakan risalah Rasul saw melainkan kamu. Aku berpegang begitu kerana bagi mu nilai dunia adalah kecil berbanding nilai akhirat. Aku berpegang begitu kerana kamu mengutamakan Allah mengatasi kamu mengutamakan urusan dunia mu. Kamu hanya takutkan Allah.

Aku berpegang begitu dan banyak lagi kerana ketinggian dan kemuliaan mu. Justeru aku menyeru kamu dengan penuh kepercayaan wahai duat…bergeraklah..kerana masjid al-Aqsa sangat memerlukan bantuanmu. Golongan yang mendengar rintihannya hanyalah kamu. Masjid al-Aqsa tidak mengharap apa lagi kepada para pembesar, pemimpin, ahli parlimen, pendamai, pejuang hak asasi..semua termasuk golongan penakut dan tidak bermakna.

Tiada golongan yang menyahut seruan ini melainkan kamu…Sesungguhnya al-Aqsa telah mengerah segenap kekuatan untuk memanggil umat kerana barangkali inilah seruan terakhirnya...Adakah benar saudaraku para duat barangkali inilah seruan terakhirnya…Aku rasa tubuhmu gementar sekarang..seperti mana aku merasai bahang membaranya semangatmu untuk bekerja dengan segenap tenaga mu bagi melaksanakan slogan masjid kami bukan kuil kamu.

Wahai para duat, muslimin, orang yang tetap dan teguh serta rela berkorban…Penuhilah dunia dengan laungan dan pekikan, bangkitkan orang-orang yang tertidur, ingatkan orang yang lalai, tutuplah mulut orang yang banyak bercakap sebaliknya banyaklah bercakap tentang permasalahan al-Aqsa.

Ayuhlah kita mulakan kerja menyampaikan infomasi apa yang berlaku kepada semua pihak dan menyedarkan tentang tanggungjawab mereka.
Tugasan praktikal untuk menyebarkan maklumat terkini

1. Berilah ucapan atau penerangan di mana-mana masjid yang termampu selepas solat maghrib dan isyak.

2. Jika kamu seorang khatib masjid sampaikanlah khutbah jumaat yang akan datang tentang isu masjid al-Aqsa.

3. Ajaklah rakan kamu yang menjadi khatib agar menjadikan isi khutbah mereka yang akan datang tentang isu masjid al-Aqsa.

4. Anjurkanlah forum atau persidangan di universiti.

5. Ajaklah mahasiswa di universiti terlibat secara aktif .

6. Ajaklah mahasiswa agar sentiasa mengumandangkan lagu nasyid tentang masjid al-Aqsa di dalam telefon bimbit dan pasang di university dan jalan-jalan.

7. Lakukanlah seberapa banyak program yang boleh ke udara di corong radio atau saluran television yang mempunyai ramai peminat termasuklah program sukan dan ingatkan penyiar radio atau pengulas tv tentang kewajipan kita mengetahui apa yang berlaku di Masjid al-Aqsa.

8. Rakamkan ucapan di media eletronik yang utama. Tulis komentar yang mengingatkan umat tentang apa yang berlaku di masjid al-Aqsa.

9. Hantarlah tulisan-tulisan kepada penulis terkenal di akhbar mereka agar menjadi bahan tulisan mereka nanti.

10. Gantung banner dan tampal poster di tepi-tepi jalan.

11. Utuslah surat kepada rakan taulan atau kepada sesiapa yang dikenali atau tidak.

12. Berceritalah dengan rakan-rakan di mana sahaja berkesempatan tentang al-Aqsa.

Wahai saudaraku, mulai sekarang mulakanlah langkah tugasmu..lakukanlah dan jangan ragu-ragu..kerana masjidmu dalam keadaan bahaya…musuhmu tidak berhenti melakukan kerja kotor mereka.

Firman Allah:

"Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri Ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau" . (An-Nisa’: 75)


http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=61674&SecID=363
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top