Oleh: Syeikh Hijazi Ibrahim Tsarya
Segala puji hanya milik Allah Tuhan seluruh alam semesta yang menggariskan kepada kita jalan yang lurus melalui penurunan al-Qur’an.
Firman Allah:
“(Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seseorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, Karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Al-An’am: 153).
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah semata-mata yang tiada sekutu bagiNya, yang mengkhususkan rahmatNya kepada orang yang mengikuti KitabNya.
Firman Allah:
“Dan bertakwalah mudah-mudahan kamu memperolehi rahmat”. (Al-An’am: 155)
Aku bersaksi bahawa pemimpin dan nabi kita ialah Muhamaad hamba Allah dan rasulNya yang telah diperintahkan supaya beristiqamah di atas segala suruhanNya dan tidak mensia-siakan nikmatNya.
Firman Allah:
“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang Telah Taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan”. (Hud: 112)
Menurut Qatadah: bermakna ayat di atas menyuruh supaya beristiqamah di atas segala suruhanNya. Menurut Sufyan At-Thauri: Beritiqamah dengan Al-Qur’an.
Ya Allah, yang sentiasa berselawat dan memberi salam serta memberkati nabiNya, keluarga dan para sahabatnya dengan salam yang sebanyak-banyaknya. Adapun selanjutnya;
Daripada Sufyan bin Abdullah At-Thaqafi yang berkata:
"Aku pernah bertanya: Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku tentang Islam yang tidak perlu aku tanyai seorang pun selepasmu (didalam riwayat: orang lain), lalu nabi bersabda: “Berimanlah kepada Allah dan beristiqamahlah”. (Muslim)
Wahai saudara muslimin sekalian,
Hadith tadi jelas menyatakan bahwa istiqamah (konsisten) dan thabat (teguh hati) di atas ketaatan adalah asas Islam. Ini kerana istiqamah melalui jalan yang lurus dan mengikuti agama yang benar tanpa berbengkok ke kanan dan ke kiri. Ia termasuklah perbuatan ketaatan seluruhnya sama ada yang zahir dan batin, dan perbuatan meninggalkan seluruhnya termasuk zahir dan batin. Justeru inilah wasiat yang lengkap dan mencakupi ranting-ranting agama seluruhnya yang bertepatan dengan firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", Kemudian mereka tetap istiqamah. Maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.”. (Al-Ahqaf: 13).
Bermaksud mereka mengesakan Allah dan beriman denganNya kemudian beristiqamah tanpa menyimpang daripada mentauhidkan Allah, beriltizam dengan penuh ketaatan kepada Allh sehingga akhir umurnya.
Daripada Ibn Abbas yang berkata: “Beristiqamahlah kamu dalam melaksanakan perkara fardu”.
Selagi hati beristiqamah di atas ma’rifatullah, takutkan Allah, mengangungkanNya, meninggikanNya, mencintaiNya, mengharapkanNya, berdoa kepadaNya, berserah kepadaNya dan menolak segala perkara yang dibenciNya, pastilah seluruh anggota akan berada di atas ketaatan. Ini kerana hati ialah raja kepada anggota sedangkan anggota adalah tentera kepada hati. Oleh itu sekiranya raja beristiqamah tentulah tentera dan rakyat akan beristiqamah. Anggota yang utama dijaga untuk beristiqamah selepas hati ialah lidah, kerana lidah adalah gambaran dan penjelasan tentang hati.
Satu hadith riwayat selain Imam Muslim dengan tambahan-tambahan yang menyokongnya. Daripada Imam Tirmizi bahwa Sufyan telah berkata :
Aku telah berkata : “Wahai Rasulullah sampaikan kepadaku satu perkara yang boleh aku berpegang teguh”. Nabi bersabda: “Katakanlah: “Allah Tuhanku kemudian beristiqamahlah”. Sufyan berkata: Lalu beliau berkata lagi: “Wahai Rasulullah apakah anggota yang paling engkau takuti ke atasku?” Lantas baginda menunjukkan lidahnya sendiri sambil bersabda: “Ini”. (Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)
Rasulullah telah menjadikan istiqamah iman, hati, lidah dan seluruh anggota manusia sebagai satu ikatan yang berkait rapat antara satu sama lain. Daripada Anas bin Malik berkata: Rasululah saw telah bersabda:
“Iman seorang hamba tidak beristiqamah sehingga hatinya turut beristiqamah, tidak beristiqamah hatinya sehingga lidahnya turut beristiqamah. Seorang lelaki tidak akan masuk ke syurga sekiranya jirannya tidak berasa aman daripada perbuatan buruknya”. (Ahmad)
Daripada Abu Said al-Khudri r.a (hadith marfu’), Rasulullah telah bersabda:
“Bila seorang manusia mulakan hari di waktu pagi, maka seluruh anggotanya akan menghapuskan dosa lidahnya. Justeru kamu katakanlah: “Bertakwalah kepada Allah bersama kami, maka kami akan bersama mu. Jikalau kamu beristiqamah tentulah kami beristiqamah bersamamu. Jikalau kamu berbelok tentulah kami turut berbelok bersamamu”. (Tirmizi)
Ketahuilah wahai muslim, bahawa istiqamah hanya dapat tercapai dengan memelihara dua usul ini: Bersederhana di dalam beramal dan berpegang teguh dengan sunnah. Ini kerana syaitan sentiasa mengecewakan hati seorang hamba dan mengujinya..Seandainya ia melihat di dalam diri seorang hamba peluang untukmengajak kepada bid’ah dan keengganan hamba itu untuk menyempurnakan pegangannya dengan sunnah, maka syaitan akan mengeluarkannya daripada berpegang teguh dengan sunnah. Jikalau ia melihat di dalam diri seorang hamba kesungguhan untuk mengamalkan sunnah dan mengikuti ajarannya, maka syaitan tidak akan sekali-kali memutuskan hubungan hamba itu dengan sunnah, malah menyuruhnya bersungguh-sungguh, menganiaya nafsu dan berlebih-lebihan mengamalkan sunnah. Syaitan mengatakan kepadanya: “Inilah yang baik. Inilah ketaatan. Menambah-nambah lebih sempurna. Oleh itu janganlah kamu kurangkan seperti orang yang kurang mengamalkan sunnah. Janganlah kamu tidur seperti orang yang tidur”. Syaitan terus mendorongnya dan menggalakkannya hingga hamba tadi keluar daripada batas bersederhana dalam mengamalkan sunnah. Kedua perkara ini membawanya kepada bid’ah dan telah terkeluar daripada sunnah. Hal ini telah menjerumuskan sama ada kepada bid’ah yang mencuaikan atau melupankkanya dan bid’ah yang melampau-lampau atau berlebih-lebih. Menurut setengah ahli Salaf: “Apa yang diperintahkan Allah hanya akan membuatkan syaitan menghasut kepada dua perkara sama ada mencuaikannya atau berlebih-lebihan, iaitu melampau-lampau dan tidak mempedulikannya sama ada bertambah atau berkurang”.
Daripada Abdullah bin Amru, bahawa Rasulullah telah bersabda:
“ Setiap amalan mempunyai kekuatan. Setiap kekuatan mempunyai tempoh. Barangsiapa yang tempohnya kepada sunnahku, maka ia mendapat kejayaan. Barangsiapa yang sebaliknya, maka dia akan binasa”. (Ahmad)
Maksudnya Rasullullah berkata demikian ketika menyuruh seseorang bersederhana dalam beramal.
Cara untuk beristiqamah di dalam ketaatan adalah dengan bersederhana dan ikhlas yang bertepatan dengan mengikuti sunnah. Setengah sahabat pernah berkata:
“Bersederhana dalam mengamalkan ibadah dan sunnah lebih baik daripada bersungguh-sungguh pada perkara yang bercanggah daripada amal ibadah dan sunnah”.
Justeru, berilah perhatian kepada amal kamu supaya berada di atas manhaj para anbiya’ dan sunnah mereka.
Wahai saudara muslimin,
Sesungguhnya beristiqamah di atas ketaatan bukan bermakna terpelihara daripada dosa dan terlepas dariapada kesalahan. Daripada Abu Bakar As-Shiddiq, berkata: “Apa yang kamu katakan di dalam dua ayat ini: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", Kemudian mereka tetap istiqamah. Maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita..” (Al-Ahqaf: 13) dan “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka Itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.”. (Al-An’am: 82) bahawa: Mereka tidak berbuat dosa kerana dipelihara. Abu Bakar menjelaskan: ayat ini membawakan suatu kesalahan atau dosa yang serius iaitu sebenarnya terpelihara daripada dosa syirik dan menyembah berhala.
Firman Allah:
“ Katakanlah: "Bahwasanya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahwasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa, Maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepadanya dan mohonlah ampun kepadanya. dan Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya.”. (Fussilat: 6)
adalah penyataan bahawa orang yang tidak menyempurnakan istiqamah dalam perkara yang disuruh oleh Allah, maka dipaksa supaya segera melakukan istighfar yang membawa kepada bertaubat serta kembali beristiqamah seperti pesanan nabi kepada Muaz:
“Bertakwalah di mana sahaja kamu berada, dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan supaya dapat menghapuskan dosa kejahatannya”. (Tirmizi)
Rasulullah mengingatkan kepada orang yang tidak pernah berusaha untuk beristiqamah dengan sebenar-benarnya. Daripada Thuban yang berkata. Raulullah telah sabda:
“Hendaklah kamu beristiqamah dan jangan sekali-kali kamu mencuaikannya, Ketahuilah sebaik-baik amalan bagi mu ialah solat. Orang yang hanya memelihara wuduknya dia adalah seorang mukmin”.(Ibn Majah)
Saudaraku seIslam,
Allah telah menjanjikan kepada hambanya yang mukmin yang beristiqamah dengan mentaati perintahNya, bahawa mereka akan dikurniakan ketenteraman daripada ketakutan dan kedukaan.
Firman Allah:
“30. Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang Telah dijanjikan Allah kepadamu".31. Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta.32. Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.(Fussilat: 30-32)
Daripada Zaid bin Aslam yang berkata:
“Ketika datang kematian kepada seorang mukmin dikatakan kepadanya: Janganlah takut ketika kamu datang menemui maut. Lalu perasaan takutnya hilang. Jangnlah bersedih kerana meninggalkan dunia dan keluarga. Bergembiralah dengan syurga. Lalu ia mati dan Allah telah sejukkan matanya”.(Abu Daud)
Begitu juga beristiqamah di atas jalan yang telah digariskan oleh Allah akan menjadikan kita sentiasa berada di dalam pemeliharaan dan rahmat Allah. Dengan itu Allah meluaskan rezeki untuk kita dan menganugerahkan berbagai kebaikan dan keberkatan untuk kita.
Firman Allah:
“16. Dan bahwasanya: Jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak).17. Untuk kami beri cobaan kepada mereka padanya. dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan Tuhannya, niscaya akan dimasukkan-Nya ke dalam azab yang amat berat.”. (Al-Jin: 16-17)
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=66081&SecID=363
No comments:
Post a Comment
Sila berikan komen anda