Monday, December 27, 2010

Mengenali tanda kelemahan iman dan cara memperbaharuinya?

Oleh: Dr. Ahmad Solah
Beribu-ribu sebab yang memerlukan kita untuk memperbaharui iman, kembali merenung tentang hubungannya dengan Allah dan mengembalikan ruh kepada perasaan keimanan.
Beribu-ribu sebab yang memerlukan kita merasa bimbang imannya mulai lemah, hatinya mulai berkarat dan ruhnya mulai tunduk kepada tarikan duniawi, masalah amal dan hidup, konflik manusia, hawa nafsu, pintu-pintu syaitan, keinginan dan syahwat tubuh dan fitnah-fitnah dunia. Semua ini mengajak orang mukmin merasa bimbang tentang imannya supaya tidak lenyap atau pudar dari sisinya.
Wahai saudara yang dimuliakan..Adakah anda tidak merasa bimbang tentang imanmu? Adakah benar Rasulullah saw juga bimbang tentang imannya?
Rasulullah saw sering berdoa:
“Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agamaMu”.
Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi. Doa baginda:
“Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepadaMu”.
Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya di waktu siang dan malam:
“Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepadaMu daripada kekufuran dan kefakiran”.
Adakah anda mengetahui bahwa Umar bin al-Khattab r.a yang telah memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari dari menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah. Adakah anda mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman?
Diriwayatkan dari Umar binb al-Khattab r.a bahawa beliau pernah berkata kepada para sahabatnya:
“Marilah kita tambahkan iman”.
Hal ini menjadi kebiasaan kepada sahabat untuk melakukannya..Abdullah bin Mas’ud r.a berdoa dengan berkata:
“Wahai Allah, tambahkan kami keimanan, keyakinan dan kefaqihan”.
Abu Darda’ r.a juga berkata:
“Seorang hamba yang diberikan kefaqihan, maka ia sentiasa memelihara imannya dan tidak menguranginya”.
Iman bertambah dan berkurang
Secara semulajadi iman boleh bertambah dan berkurang. Hal ini bukan satu kelemahan bagi manusia, bahkan ia adalah tabiat manusia dan sunnah kehidupan. Sabda nabi saw:
“Sesungguhnya hati anak Adam semuanya antara “dua jari dari jari jemari Allah”, seperti satu hati yang ditadbir  dan diurus mengikut kehendakNya”.
Riwayat Abu Jaafar al-Khatami dari bapanya dari datuknya Umair bin Hubaib berkata: “Iman bertambah dan berkurang. Ada yang bertanya: Sebab apa iman bertambah dan berkurang?. Lalu beliau menjawab: Apabila kita mengingatiNya, bertahmid dan bertasbih kepadaNya, maka iman akan bertambah. Apabila kita melupakanNya, lalai dan cuai dari mengingatiNya, maka imannya akan berkurang”.
Firman Allah:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya)”. (Al-Anfal: 2)

“yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia Telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, Karena itu takutlah kepada mereka", Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". (Ali-Imran: 173)

“Dia-lah yang Telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang Telah ada)”. (Al-Fath: 4)

Tanda kelemahan iman 

Tugas syaitan ialah menyerang iman manusia dengan tujuan untuk melemahkan tenaga keimanan dan mengkucar-kacirkan hubungannya dengan Allah. Lalu ia akan menjadi malas dan merasa berat. Antara tandanya ialah:

1.      Merasa malas untuk menunaikan solat secara berjamaah yang merupakan salah satu sifat orang munafik berdasarkan firman Allah:

dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas”. (An-Nisa’: 142)

2.      Begitu liat untuk bangun menunaikan solat subuh. Sabda nabi saw:

“Melaksanakan dua rakat solat subuh lebih baik daripada dunia dan segala isinya”.

3.      Tidak khusyuk di dalam solat dan banyak memikirkan kesibukan dunia dan mengingini kehidupan. Sabda nabi saw:

“Tidaklah seorang muslim yang menghadirkan hatinya semasa solat fardu, dengan mengelokkan wuduknya, khusyuk dan rukuknya melainkan solatnya itu akan menghapuskan dosanya yang kecil selagi tidak melakukan dosa besar. Hal ini berlaku sepanjang masa”. (Muslim)

4.      Meninggalkan amalan-amalan sunat dan solat nawafil.
5.      Menjauhkan diri dari al-Quran. Firman Allah:

Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan”. (Al-Furqan: 30)

6.      Seorang muslim terjerumus ke dalam maksiat dan terus tenggelam di dalamnya.

Peringatan

Kekurangan dan kelemahan iman tidak berlaku secara mengejut dan tiba-tiba, tetapi kekejian syaitan menjadinya melakukan muslihat dan helah kepadamu untuk melepaskan senjata satu demi satu sehingga iman menjadi lemah dan tidak berdaya, gerakan anda menjadi berat dan sukar kerana seluruh kekuatan iman kini telah mulai lemah dan malas. Justeru perhatikanlah disebalik anda, ke atas diri anda dan tanyalah dengan bersungguh-sungguh: Bagaimana boleh berlaku? Bilakah berlaku?

Syaitan berusaha memisahkan seorang muslim yang kuat ibadah dengan melakukan serangan yang pertama ke atas senjata solat-solat sunat yang merupakan benteng yang kukuh yang memelihara solat fardu. Seorang muslim itu mulai rasa memadai dengan solat jamaah tanpa bersedia dengan solat-solat sunat rawatib. Setelah Berjaya menggugurkan senjata ibadah-ibadah sunat, maka syaitan meneruskan serangannya kepada kekusyukan di dalam solat untuk merosakkan ‘perbualan imani’ yang unggul antaramu dan Tuhanmu. Justeru yang tinggal di dalam solat adalah jasad sahaja tanpa ruh. Seterusnya syaitan mula menyerang muslim dengan merasa malas dan berat untuk menyudahkan solat dan diikuti dengan sikap berpuas hati solat hanya di rumah dengan alasan: “saya penat sekarang”. Hal ini berlaku beberapa ketika sehingga menjadi seronok dan kebiasaan…

Lebih banyak menggunakan sejadah untuk solat fardu di rumah selepas syaitan Berjaya menggugurkan tugasnya untuk melaksanakan amalan-amalan sunat. Lebih banyak menunaikan sujud sahwi selepas syaitan Berjaya meragu-ragukan bilangan rakaat atau melupakan doa qunut.

Kini syaitan telah Berjaya melepaskan pukulannya di dalam hatimu yang menyebabkan anda tidak tidak lagi menunaikan solat subuh berjamaah, berzikir dan membaca al-Quran secara harian. Oleh itu tiada jalan keluar untuk anda melainkan segera memperbaharui iman anda.

Langkah memperbaharui iman

Alangkah baik anda mengenali dan menentukan penyakitmu, kemudian menetapkan jalan untuk mengubatinya. Inilah satu-satunya anda telah menentukan setengah jalan tersebut. Menurut Hassan al-Basri rahimahullah: “Seorang hamba itu masih berada di dalam kebaikan selagi mengetahui sesuatu yang akan merosakkan amalannya”. Seorang ahli zuhud Mekah Wahib bin Ward pernah berkata: “Sesungguhnya di antara kesejahteraan diriku ialah aku mengetahui perkara yang merosakkannya”.  

Keazaman dan tekadmu akan menjadikanmu telah mempunyai setengah dari jalan untuk merawat imanmu.

Manakala setengah jalan lagi adalah perkara berikut:

1.      Duduk bersama orang soleh
Menurut ahli psikologi bahawa akhlak laku berada di dalam kumpulan berbeza dengan akhlak ketika berseorangan. Ianya bertepatan dengan sabda nabi saw: “Syaitan bersama dengan manusia yang berseorangan sedang dia yang kedua atau lebih”. Justeru, manusia yang berada di tengah-tengah kumpulan lebih bersedia untuk berjalan bersama kumpulan, bahkan menggalakkan dirinya untuk saling berlomba dan mengatasi orang yang bersamanya, dan ketika persahabatan yang dibina di atas asas yang soleh dan matlamatnya ialah ketaatan kepada Allah akan memudahkan seseorang untuk memenuhkan imannya secara berterusan tanpa bersusah payah lagi.

Ketika individu berseorangan tanpa sahabat yang soleh tentulah dunia akan menyerangnya dari semua tempat, syahwat akan memenuhinya dan hawa nafsu akan berselisih dengannya dan melemahkan kandungan iman yang berhubung dengan langit.

Sabda nabi saw: “Kalian hendaklah bersama jamaah dan jauhilah dari perpecahan, kerana syaitan suka kepada orang yang berseorangan sedang dialah yang kedua dan lebih. Barangsiapa yang mencintai syurga maka hendaklah beriltizam dengan jamaah. Orang yang suka dengan kebaikannya dan bencikan keburukannya, maka dia benar-benar seorang mukmin”. (Tirmizi) Menurutnya hadith sahih gharib.

Sabda Rasulullah saw juga:

“Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih dari kumpulannya”. (Abu Daud)

2.      Penyertaan di dalam amal
Ketika anda merasa sukar untuk menjalan sesuatu perkara atau perintah, carilah orang yang boleh membantu anda melaksanakannya..Ini adalah penyelesaian ketika kekuatan imanmu menjadi lemah untuk mengangkat selimut di kala azan subuh atau mengerjakan solat berjamaah. Berpakatlah bersama sahabat yang cergas di dalam ibadatnya untuk menolongmu melalui perhubungan telefon atau melalui rumah sehingga keimanan kembali kuat. Firman Allah:

dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa,…”. (Al-Maidah: 2)

3.      Seruan orang lain
Proses menanamkan nilai murni memerlukan empat peringkat. Pertama pengaruh informasi, kemudian pengaruh fikiran yang menjadikan nilai bertindak balas dengan akal, kemudian peringkat perlaksanaan wasilah amali yang mengikat nilai dengahn reality, kemudian peringkat yang akhir ialah peringkat terbina nilaian, iaitu peringkat di mana anda menyeru orang lain supaya menghiasi diri dengan nilai murni atau akhlak mulia. Apabila telah sampai kepada peringkat ini, sudah pasti menjadi sungguh mudah untuk melaksanakan tugas menyeru orang lain dan menyampaikan nasihat supaya beribadah dan menunaikan solat fardu di masjid, membaca al-Quran dan solat subuh.

4.      Pengaruh media ke atas dirimu melalui cd dan buku
Tidak dinafikan bahan media banyak yang mendatangkan pengaruh yang negative kepadamu, namun gunakanlah kebijaksanaanmu untuk mengambil pengaruh yang positif daripada media ke atas dirimu. Dengarilah kaset, cd atau bahan dari internet masa kini yang membicarakan soal kelembatan hati, syurga, hari kaiamat, cintakan Allah, takut dan mengharapkanNya. Bacalah buku-buku berkaitan khusyuk di dalam solat, hidup bersama al-Quran, pahala amalan sunat dan munajat di dalam solat.

Masukkanlah jiwamu ke dalam dunia iman sebahagian dari harimu sehingga anda dapat mengimbangi secara imani dan lebih mampu menghadapi kehidupan tanpa merosakkan imanmu.

5.      Mengurangkan perkara yang harus
Ketika Islam menegah dari melakukan pemborosan, Islam juga menegah kita daripada perkara harus, kerana pemborosan termasuk perkara harus. Oleh sebab itu bersederhana dalam menggunakan perkara harus akan sentiasa mengingatkan anda kepada Allah. Dunia pasti akan lenyap sekalipun terdapat banyak nikmat dan anda telah menerimanya.

6.      Muhasabah diri
Laksanakan pemikiran muhasabah untuk menggalakkan jiwa sentiasa beramal dan beribadah. Lakukan di atas satu helaian kecil setiap minggu dan setiap bulan. Letakkan senarai solat lima waktu secara berjamaah, solat-solat sunat, zikir-zikir, pembacaan al-Quran, puasa sehari dalam seminggu atau dua hari dalam sebulan. Buat satu janji bersama sahabatmu untuk saling mengingat antara satu sama lain agar mengisi helaian muhasabah tersebut. Berilah perhatian sekurang-kurang 75% setiap minggu.

Umar bin al-Khattab r.a pernah berpesan:

“Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalanmu sebelum amalanmu ditimbang”.

7.      Bersungguh-sungguh beribadah dan mujahadah melawan nafsu
Cergas di dalam ibadah, solat-solat sunat, zikir, qiamullail, membaca al-Quran, lawan nafsumu. Katakan kepadanya bukan selalu dan jangan menyerah kepadanya, kerana ia akan memimpin anda kepada sifat malas, tidur dan berehat, dan anda akan mencari alasan setiap masa supaya tertinggal atau terlambat solat subuh atau malas untuk membaca al-Quran. Anda menurutinya sehingga anda menyerah. Apabila nafsu mengajak anda meninggalkan sesuatu ibadah, maka iringi dengan membaca satu juzuk dari al-Quran. Apabila ia melengahkan anda dari solat subuh, maka lakukanlah solat dua rakaat pada tengah malam. Hadapilah nafsu sehingga ia menyerah kapadamu. Ketahuilah, anda termasuk kalangan manusia yang tidak mudah ditundukkan. Firman Allah:

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”. (Al-Ankabut: 69)

Ingatkah wahai saudaraku yang dikasihi, Iman mempunyai dua sendi, iaitu beriman di dalam hati dan membenarkan di dalam perbuatan atau amalan. Menurut al-Hassan r.a:

“Iman bukanlah dengan angan-angan dan bukan hanya dakwaan, tetapi apa yang terdapat di dalam hati dan dibenarkan (dibuktikan) dengan perbuatan”.

Saudara yang dimuliakan,
Bangkitlah sekarang. Angkatlah kedua tanganmu ke langit dan berdoalah kepada Allah supaya menolongmu di atas ketaatan, mencampakkan iman di dalam hatimu dan menghimpunkan seluruh keazaman dan tekadmu seterusnya teruskan langkahmu kepada Tuhanmu yang mencintaimu dan kamu mencintaiNya..Perbaharuilah imanmu.

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=59312&SecID=363
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

5 ulasan

  1. Assalammulaikum..syukur pd ALLAH S.W.T..sangt bermakna artikel ni..terima kasih pada admin ats maklumat yg sngt brguna..saya doakan admin semoga brbhgia dn dberkati ALLAH S.W.T dgn ilmu yg dikongsi ini..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah saya diberi peluang oleh Allah dapat menikmati tazkirah iman ini.Terimakasih ustaz atas usaha dan saya amat berharap ustaz dapat meneruskan kerja dakwah ini.Semoga Allah sentiasa merahmati ustaz.amin

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..menusuk ke dlm hati sy dan bersemangat rasanya utk terus memohon kpd ya Esa.dan memperbahrui iman yg semakin lemah ini...:(

    ReplyDelete
  4. Susah cari Situs Judi Online yang bisa di percaya...?
    Mari gabung di AGEN BANDARQ TERBAIK
    Bonus Refferal 20%
    Bonus Turn Over 0,5%
    Agen Judi Online Terbesar dan Terpercaya se asia
    Daftar dan buktikan sendiri sekarang juga..
    WHATSAPP : +855967014811
    PIN BB : 2B209F68

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingin kembali kepada Allah swt.. pintu taubat sentiasa terbuka

      Delete

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top