Oleh: Syeikh Ahmad Ahmad Jad
Segala pujian hanya milik Allah Tuhan sekalian alam yang telah mengutuskan rasul dengan petunjuk dan agama yang benar untuk memenangkan Islam ke atas agama-agama yang lain sekalipun orang-orang kafir membencinya. Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah semata-mata dan tiada sekutu bagiNya. Dan saya bersaksi bahwa nabi Muhammad adalah hamba dan rasulNya yang dipilih dari sekalian makhluk dan kekasihNya yang datang sebagai pembawa hidayah, berita gembira dan peringatan serta pendakwah yang menyeru kepada Allah dengan izinNya dan cahaya yang terang benderang.
Tidak dapat disangkal bahawa kelahiran Rasulullah saw adalah suatu kelahiran untuk membawa hidayah kepada semua, suatu penyataan kepada jalan yang lurus, suatu penghidupan untuk manusia dan kebangkitan daripada keruntuhan yang panjang. Begitu juga kelahiran rasul merupakan kelahiran suatu umat yang menguasai dunia dan mengelilingi dunia di sebelah timur dan barat dengan membawa panji kebenaran dan berjihad pada jalan Allah. Justeru, kami membicarakan tentang kelahiran rasul saw adalah bertujuan untuk kita mengambil pengajaran dan teladan yang berpandukan firman Allah:
“Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab: 21)
Seorang muslim perlu terus-menerus menjadi orang yang asyik untuk mencontohi baginda dan mengikuti jejak orang-orang yang bertakwa dan berjihad. Benarlah firman Allah swt:
“Mereka Itulah orang-orang yang Telah diberi petunjuk oleh Allah, Maka ikutilah petunjuk mereka”. (Al-An’am: 90)
Seorang muslim yang mendapatkan petunjuk dan bimbingan ini yang berupa contoh teladan yang terhampar merupakan antara bentuk pertolongan agung yang membentuk dan meresap di dalamnya suatu jatidiri yang unggul, mendalam dan jelas yang diperlukan oleh mana-mana mujahid walaupun ia seorang nabi atau rasul. Firman Allah swt:
“Dan semua kisah dari rasul-rasul kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya kami teguhkan hatimu; dan dalam surat Ini Telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman”. (Hud: 120)
Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman”. (Yusof: 111)
Sekiranya kita mahu mengutip beberapa pengajaran dan pelajaran daripada lautan yang terbentang luas di dalam Seerah yang harum dan di dalam peristiwa kelahiran nabi, maka perkara yang utama yang perlu diteliti bagi para pendakwah dan mujahid di lapangan Islam dan dakwah kepada Allah ialah:
1. Rasulullah telah melalui jalan perubahan sesuai dengan sunnah alam, sosiologi, psikologi dan mentality. Rasulullah juga telah menggunakan seluruh potensi, kemampuan dan teknik di dalam menyeru manusia dan memindahkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya, sanggup bersengkang mata, meninggalkan keseronokan, mengambil peluang setiap perjumpaan, setiap musim, setiap keluarga yang dekat, yang memiliki tali perhubungan dan semua keadaan. Baginda tidak memperolehi kemenangan melalui perkataan “Kun” (jadilah) walaupun Allah mampu mengurniakan kemenangan dengan cara ini. Namun Rasulullah saw mengetahui reality sebenar , lalu menyelami dan hidup bersamanya, menyedari tentang budaya masyarakat, lalu menyelaminya, memahami tahap pemikiran masyarakat, lalu membimbing dan berhujah dengannya, menerima apa jua kesukaran, menyedari rintangan dan menyediakan bekalan. Baginda tidak membiarkan sesuatu berlaku secara kebetulan.
Namun Rasulullah saw merebut peluang, mengambil kesempatan yang ada, menggunakan masa yang ada, mempersiap potensi dan tenaga, mengerah pemikiran, menggunakan kebjaksanaan, menggerakkan nurani, menggetuk pintu hati, menumpukan perhatian kepada matlamat dan mengaplikasikan semua yang berlaku dengan landasan yang sebenar semasa di dalam keadaan terang atau tersembunyi dan semasa dalam keadaan sedia atau tidak, di dalam keadaan aman atau perang. Justeru baginda mendahulukan sekiranya perlu kepada pendirian tegas dan serius atau memilih berdamai sekiranya ini lebh baik dan membuka ruang kemenangan. Baginda mengecapi kemenangan melalui hujjah, memperolehi kejayaan melalui jalan yang rasional, mengarahkan kepada sesuatu melalui hidayah, mencapai kegemilangan melalui keupayaan yang dikurniakan Allah dan membuka sesuatu melalui tunjuk ajar dari Allah. Baginda tidak pernah memaksa jiwa dan menguasainya supaya berbuat sesuatu, bahkan baginda begitu prihatin dan mengambil berat ke atas manusa, bersifat belas kasihan dan amat sayang, tidak keras dan tidak bengis kepada hati manusia. Rasulullah sentiasa menggunakan jalan yang terbaik supaya manusia menerima dakwah.
2. Rasulullah menyedari bahawa antara asas perubahan ialah “rijal”. Justeru baginda mestilah mewujudkan dan mengumpulkan mereka melalui dakwahnya. Oleh kerana itu baginda segera mengusahakannya dengan penuh kesungguhan dan turun ke medan yang sebenar yang akan memenangkan dakwah dan umat, meninggikan binaan yang besar dan mengangkat contoh teladan dan matlamat.
Rasulullah saw terpaksa berhadapan dengan ramai musuh di medan. Namun baginda memperolehi kemenangan di dalam pelbagai peperangan; peperangan di dalam jiwa jahiliah, peperangan di tengah-tengah masyarakat dan persekitaran mereka, peperangan luaran yang sentiasa memerhatikan dan mengawasi sehingga baginda mampu mengeluarkan “rijal”.
Peperangan jahiliyah yang penuh dengan kekerasannya, kemarahan, penipuan, perkauman, taklid, ideology, kegelapan, kegilaan, keganasan, kasta dan hawa nafsu, peperangan agama-agama yang fasad seperti perhambaan, tukang tilik dan rahib yang telah melalukan penipuan, penyelewengan dan kesesatan. Semua ini dan lainnya perlu kepada pendakwah yang memiliki tiga elemen; Iman, sabar dan waktu. Al-Quran telah menunjukkan elemen tersebut di dalam banyak ayat. Antaranya ialah firman Allah swt:
“Hai orang yang berselimut (Muhammad),2. Bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),3. (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit.4. Atau lebih dari seperdua itu. dan Bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.5. Sesungguhnya kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat.” (Al-Muzzammil: 1-5)
“Maka Bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul Telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka.”. (Al-Ahzab: 35)
Rasulullah telah mencapai kemenangan dalam peperangan ini dengan keimanan, kesabaran dan kesusahan, melalui pembentukan umat, memperolehi kemenangan dengan umat dan umat menang dengan Rasulullah, membawa hidayah dan berjihad di jalannya.
3. Tarbiyah rijal adalah asas kekuatan mereka dan rahsia keunggulan mereka, kesatuan dan persaudaraan mereka adalah nadi kebahagiaan dan kemuliaan mereka. Ini kerana Rasulullah saw telah mendidik rijal sehingga mereka menjadi manusia yang memiliki jiwa yang paling mulia, hati yang paling bertakwa, wajah yang paling suci, tangan yang paling bersih, percakapan yang paling dipercayai, perhubungan yang paling erat, sanubari yang paling jinak, lidah yang paling pemaaf dan bahasa yang paling jujur. Mereka adalah gambaran yang benar kepada dakwah mereka, contoh yang hidup tentang al-Quran, teladan yang unggul tentang risalah mereka dan contoh yang baik, sejarah yang harum, bukti yang jelas tentang keagungan hidayah dan kebenaran dakwaan, kemurniaan ajaran rabbani dan rabbaniah manhaj..Al-Quran telah menyatakan keteguhan dan ke- rijal- lan mereka. Firman Allah swt:
“ Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka Berkata : "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita". dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan. Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang Telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya)”. (Al-Ahzab: 22-23)
Begitu juga Allah swt telah menyebutkan tentang hati, jiwa, persaudaraan dan sifat itsar mereka di dalam firmanNya:
“ Dan orang-orang yang Telah menempati kota Madinah dan Telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung. Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan Saudara-saudara kami yang Telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (Al-Hasyr: 9-10)
4. Seerah Rasul telah menjelaskan kepada kita bahawa sejarah keagungan merupakan sejarah yang penuh dengan kreatviti, kebijakan, jihad, perjuangan, pengorbanan, pemberian, hidayah, bimbingan, kepimpinan, hikmah, rahmat dan keadilan. Di samping kreativiti dan sifat-sifat ini berlaku pada diri hambaNya yang agung dan di dalam seerahnya, ia juga berlaku di dalam manhaj dan risalahNya. Seerah nabi yang harum telah menggariskan kepada kita gambaran yang agung dan hakiki serta menerangkan kepada kita petunjuk pelopor yang benar dan menjelaskan penyelewengan para pendita (rahib) dan kesesatan pelopor agama yang palsu. Al-Quran telah menyebutkan kepada kita dua kategori dan Rasulullah telah membacakan ayat tentang dua kelompok ini..sejarah hidayah dan sejarah taghut..sejarah pembawa perubahan dan sejarah pembawa kerosakan yang telah membawa diri dan bangsa mereka kepada kebinasaan dengan sebab dosa dan kesalahan mereka. Firman Allah:
“Maka masing-masing (mereka itu) kami siksa disebabkan dosanya, Maka di antara mereka ada yang kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri”. (Al-Ankabut: 40)
5. Umat wajib menghidupkan risalahnya jika mahu kembali kepada kedudukannya yang terbaik dan tertinggi. Kedudukan yang terbaik ini hanya berlaku dengan syarat-syarat seperti yang dinyatakn oleh Allah swt:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah”. (Ali-Imran: 110)
Umat Islam wajib menghidupkan risalahnya jika inginkan hidup di dalam kemuliaan dan kehebatan. Jika tidak sudah tentu akan mengakibatkan hawa nafsu dan musuh menguasainya. Inilah sunnatullah kepada orang-orang yang taat dan orang-orang yang engkar di perjalanan. Firman Allah:
“ Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Telah kami berikan kepadanya ayat-ayat kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), Kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), Maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau kami menghendaki, Sesungguhnya kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, Maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). demikian Itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka Ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir”. (Al-A’raf: 175-176)
Inilah beberapa pengajaran dan pelajaran daripada peristiwa kelahiran baginda saw supaya dapat menerangkan jalan yang benar dan umat dapat berjalan di atas petunjuk seerah rasulnya, pemimpin dan pelopornya. Saya memohon kepada Allah supaya mengurniakan taufik kepada kita menuju ke arah kebaikan..Amin.
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=27388&SecID=363
No comments:
Post a Comment
Sila berikan komen anda