Oleh : Ikhwan Online
Tidak Kami utuskanmu (wahai Muhammad) melainkan membawa rahmat ke seluruh alam”. (Al-Anbiya’: 107)
Jikalau orang-orang yang menyiksa nabi Muhammad saw mengetahui melalui uacapan dan perbuatan bagaimana sayangnya baginda kepada mereka dan bagaimana belas kasihannya kepada mereka, tentulah hati-hati mereka akan lunak kepada baginda dan berkeinginan untuk mengikut ajaran baginda saw. Oleh kerana rahmat dan kasih saying telah memenuhi hati baginda telah melenyapkan kekecewaan baginda sehingga dikatakan hampir-hampir membunuh dirinya setelah bersedih melihat perubahan tindakh laku umatnya dari jalan ke syurga ke jalan ke neraka sehingga al-Aquran telah menggambarkan tentang keadaan nabi saw di dalam firmanNya:
“Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu Karena bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan Ini (Al-Quran). (Al-Kahfi: 6)
Rahmat dan kasih saying baginda kepada orang-orang yang beriman seperti firman Allah:
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah Lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.”. (Ali-Imran: 159)
128. Sungguh Telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mukmin. (At-Taubah: 128)
Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Anas r.a bahawa nabi saw telah bersabda: “Ketika saya mendirikan solat dan saya mahu memanjangkannya, tiba-tiba saya mendengar suara kanak-kanak menangis, maka saya mahu menunaikan solat yang wajib sahaja setelah saya mengetahui ibunya tiada untuk meredakan tangisan kanak-kanak itu”.
Nabi saw sering berpesan kepada manusia supaya menyantui golongan yang lemah di kalangan mereka seperti sabda baginda saw: “Kamu diwasiatkan supaya berbuat baik dengan wanita”. Nabi memerintahkan memuliakan wanita seperti para ibu dan saudara perempuan, isteri dan anak perempuan. Hadith dan perbuatan nabi dalam hal ini sangat banyak ketika mana tamadun barat masih menganggap wanita sebagai barangan yang boleh diperdagangkan dan bekerja dalam pekerjaan yang paling keji atau hidup di dunia yang menjadi habuan keseronokan para lelaki!!
Nabi saw pernah berpesan mengenai khadam. Daripada Muawiyah bin Suwed: “Kami dari Bani Maqran pada zaman Rasulullah saw tidak mempunyai khadam melainkan seorang khadam perempuan sahaja. Lalu di antar kami telah menamparnya. Berita tersebut telah sampai kepada pengetahuan baginda saw sambil bersabda: “Merdekakanya!”. Ada di kalangan mereka yang berkata: Mereka tidak mempunyai khadam selainnya”. Lalu nabi bersabda: “Kamu gunakanlah khidmatnya. Apabila kamu sudah tidak memerlukannya, maka berilah peluang mereka memilih jalannya”. (Muslim)
Rahmat nabi kepada orang-orang kafir melalui risalahnya
Nabi saw pernah membawa orang tua (sekalipun beliau seorang perempuan kafir dan tidak mengenali baginda) hingga sampai ke depan rumahnya biarpun ia tetap berwaspada dari mengikut lelaki yang mengaku nabi. Baginda saw memberitahu bahawa beliau ialah Muhammad bin Abdullah!! Nabi saw apabila menyembelih kambing akan menyuruh supaya diagihkan sebahagian dagingnya kepada jiran tetangga sambil tidak lupa berpesan: “Adakah engkau telah beri kepada jiran kami yang beragama Yahudi?”.
Di dalam kitab-kitab Sirah telah meriwayatkan bahawa nabi saw telah menangis ketika melihat jenazah seorang musyrik. Lalu baginda telah ditanya tentang sebab tangisannya. Sabda nabi saw: “Satu jiwa telah terlepas dariku ke neraka”. Rahmat nabi kepada para musuhnya sampai ke kemuncak ketika baginda terdedah kepada penghinaan dan penyiksaan mereka. Baginda telah berhadapan penduduk-penduduk ini yang telah lenyap sifat belas kasihan dan perikemanusiaan semasa baginda diejek dan dibaling dengan batu oleh penduduk Taif. Lalu malaikat yang menjaga bukit turun bersama Jibril a.s sambil menawarkan kepada nabi saw untuk menghempas mereka dengan bukit. Tetap nabi saw berkata dengan sabdanya yang masyhur: “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui”. Melalui ucapan ini nabi saw telah menghimpunkan maqam ihsan seluruhnya. Baginda telah memaafkan mereka dan melepaskan kesalahan mereka kerana kejahilan, kemudian berdoa untuk mereka. Hal ini bukan sahaja menujukkan pendirian yang unggul dari nabi saw bahkan inilah akhlak baginda ke atas orang yang menentang dan memeranginya. Sama seperti doa baginda yang lain: “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kabilah Daus. Ya Allah, berilah petunjuk kepada Bani Thaqif. Ya Allah, berilah petunjuk kepada ibu Abu Hurairah”.
Kemudian terserlah rahmat dan kasih saying Rasulullah saw pada hari pembukaan Kota Mekah. Baginda saw telah melakukan sesuatu kepada penduduknya tidak seperti yang pernah mereka lakukan kepada baginda..Menurut Umar: “Semasa pada hari Pembukaan Kota Mekah, Rasulullah telah menghantar kepada Safwan bin Umayyah, Abu Suffian bin Harb dan al-Harith bin Hisyam. Menurut Umar: Aku katakan, Allah telah memberi mereka bertiga kedudukan sekalipun kamu mengetahui apa yang telah mereka lakukan dahulu sehingga Rasulullah telah bersabda: “Bandingan diriku dan dirimu ialah seperti ucapan nabi Yusof kepada saudara-saudaranya: “Tidak ada cercaan ke atas kamu dengan dosamu pada hari ini kerana Allah telah mengampunkan dosa-dosamu. Dialah yang paling bersifat pengasih lagi penyayang”. Menurut Umar: “Maka timbul rasa malu di hati mereka yang pernah memusuhinya”.
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=18691&SecID=363
0 ulasan
Sila berikan komen anda