Saturday, April 23, 2011

Cara bersyukur dengan perbuatan dan perkataan

Oleh: Syekh Hijazi Ibrahim Tsarya

Ketika mana nikmat kurniaan Allah kepada manusia tidak terhitung dan tidak terkira banyaknya, maka manusia sudah pasti tidak mampu untuk mensyukurinya. Namun demikian, seorang muslim yang berusaha untuk mensyukurinya maka ianya sebagai tanda yang jelas tentang ketulusan niatnya dalam memperakui nikmat-nikmat Allah dan berusaha sedaya mungkin untuk bersyukur kepada Allah. Justeru, di sini kami akan bentangkan beberapa panduan yang boleh membantu untuk menyempurnakan kesyukuran bagi seorang muslim melalui fakta-fakta berikut:

1.     Bersyukur melalui perbuatan

Bersyukur melalui perbuatan terlalu sedikit orang yang melakukannya. Ianya berdasarkan firman Allah swt:

“Bekerjalah Hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih”. (Saba’: 13)

Diriwayatkan bahawa nabi Daud a.s berkata: “Bagaimana saya mahu bersyukur kepadaMu sedangkan syukur itu merupakan suatu nikmat dariMu. Allah berfirman: “Sekarang engkau telah mengetahuiKu dan bersyukur kepadaKu, kerana engkau telah mengetahui bahawa syukur kepadaKu salah satu nikmat. Lalu Daud berkata: "Wahai Tuhan, perlihatlah kepadaku nikmat-nikmat Engkau yang tersembunyi kepadaku. Allah berfirman: “Wahai Daud, bernafaslah". Lalu Daud bernafas. Allah berfirman; “Siapakah yang menghitung nikmat-nikmat ini siang dan malam?”. 

Daripada Tsabit al-Banany r.a berkata: "Telah sampai kepada kami berita bahawa nabi Daud a.s, isteri dan anaknya mendapat balasan solatnya, kerana waktu malam dan siang tidak berlalu begitu sahaja melainkan manusia dari keluarga Daud mendirikan solat. Oleh itu ayat ini ditujukan kepada mereka:

“Bekerjalah Hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih”. (Saba’: 13)

 Daripada ‘Ato’ bin Yassar r.a berkata: Rasulullah saw telah memberi khutbah di atas mimbar dengan membawa ayat ini dan bersabda: “Sesiapa yang melakukan tiga perkara ini maka dia akan didatangkan kepadanya sama seperti yang didatangkan kepada keluarga Daud. Lalu ada sahabat yang bertanya: Apakah dia wahai Rasulullah?. Sabda nabi:


“Bersederhana semasa marah, rela dengan kemiskinan dan inginkan kekayaan dan mengingati (berzikir) Allah di waktu sunyi atau terang”. (Ad-Dur al-Manthur)

2.     Syukur melalui anggota

Bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang dikurniakan kepada kita melalui anggota ialah seperti yang diriwayatkan bahawa Abu Hazim telah didatangi seorang lelaki. Lalu bertanya kepadanya: "Bagaimana syukur melalui kedua mata?. Beliau menjawab: Sekiranya kedua mata terlihat sesuatu yang baik saksikankanlah. Sekiranya kedua mata terlihat sesuatu yang buruk, maka tutuplah". 


Lalu lelaki itu bertanya lagi: "Bagaimana bersyukur melalui telinga? Beliau menjawab:  Sekiranya engkau mendengar sesuatu yang baik maka engkau mengambil perhatian dan sekiranya engkau mendengar sesuatu yang buruk engkau sembunyikannya. Lalu lelaki itu bertanya lagi; Bagaimana bersyukur dengan kedua-dua belah tangan? Beliau menjawab: Kedua-dua belah tangan itu tidak mengambil yang bukan miliknya tetapi tidak dilarang mengambil ‘hak Allah’ yang berada di tangannya.  Lelaki itu bertanya lagi: Bagaimana bersyukur melalui perut? Beliau menjawab: Dia menjadi bahagian bawahnya dipenuhi makanan dan bahagian atasnya dipenuhi ilmu. Lelaki itu bertanya lagi: Bagaimana bersyukur melalui kemaluan? Beliau menjawab: Sama seperti firman Allah swt:

“5.  Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, 6.  Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa. 7.  Barangsiapa mencari yang di balik itu. Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas”. (Al-Mukminun: 5-7)

Lelaki itu bertanya lagi: Bagaimana bersyukur melalui kedua kaki? Beliau menjawab: Sekiranya engkau melihat keduanya hidup engkau merasa senang untuk melakukannya. Namun sekiranya engkau melihat keduanya mati engkau akan merasa benci dan berhenti dari melakukannya. Engkau ketika itu seorang yang bersyukur kepada Allah. Orang yang beryukur dengan lidahnya tetapi tidak bersyukur dengan anggota tubuh yang lain, maka ia seumpama lelaki yang mempunyai pakaian, lalu ia meletakkan di suatu sudut. Beliau tidak memakainya dan tidak memanfaatkannya ketika cuaca panas, sejuk, bersalji ataupun hujan". (Ad-Dur al-Manthur)

3.     Bersyukur  di atas nikmat

Beryukur di atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadamu. Orang yang dikurniakan nikmat harta maka ia hendaklah menunaikan hak kepada  orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta-minta, menderma secara terang atau tersembunyi, pada waktu siang atau malam. Orang yang beryukur, Allah akan tambahkan nikmat lebih banyak dari nikmat kerana menghubungkan silaturrahim dan sedekah juga menambahkan nikmatnya tetapi dengan syarat setelah menunaikan hak zakat. Orang yang bersyukur pastilah Allah akan tambahkan nikmatnya. Firman Allah swt:

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Ibrahim: 7)

Dari Qatadah yang berkata tentang ayat ini; "Hak ke atas Allah ialah memberikan kepada orang yang meminta dan pasti Allah menambah orang yang mensyukuriNya. Allah yang memberi nikmat amat menyukai orang-orang yang bersyukur. Justeru, bersyukurlah kepada Allah di atas segala nikmatNya". 

Orang yang dikurniakan Allah sesuatu ilmu hendaklah beryukur dengan menginfaqkan ilmunya dengan mengajar orang lain, memberi tujuk ajar kepada keluarga dan jiran tetangganya. Orang yang dikurniakan Allah pangkat hendaklah bersyukur dengan menggunakannya untuk memudahkan keperluan orang lain dan menyeleaikan permasalahan mereka.  

Orang yang Allah limpahkan kepadannya iman yang teguh dan keyakinan yang kukuh, hendaklah mensyukurinya dengan melimpahkan iman kepada orang lain dan menumpahkan keyakinannya kepada orang lain. Caranya ialah mengingatkan mereka tentang nikmat-nikmat Allah dan menghidupkan hati-hati mereka dengan pengharapan, ketakutan dan pergantungan kepada Allah, meneguhkan hati-hati mereka bahawa ajal maut dan rezeki adalah di tangan Allah sedangkan makhluk tidak mampu memberi manfaat atau mudarat kepadanya, tidak mampu menghidupkan, mematikan atau membangkitkan, dan di antara nama-nama Allah yang indah ialah “al-Muhyi” (menghidupkan), “al-Mumit” (mematikan). “ar-Razzaq” (memberi rezeki), “an-Naafi’ (memberi manfaat), “ad-Dhor” (memberi mudarat), al-Qaabidh” (menguasai) dan “al-Baasit” (membentangkan).  

 Ringkasnya ialah memperbarui iman mereka dengan memberi bimbingan, nasihat dan menguatkan keyakinan di dalam lubuk hati mereka. Di dalam firman Allah swt:

“(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepada mereka”. (Al-Baqarah: 3)

Menurut Imam Baidhawi: Kemungkinan ayat ini bermaksud menafkahkan seluruh nikmat-nikmat yang zahir dan batin yang dikurniakan Allah swt.  

Imam Baidhawi mengukuhkannya dengan satu riwayat daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah aw bersabda:

“Sesungguhnya ilmu tidak dikatakan sebagai gedung sekiranya tidak dinafkahkan”. (Abu Nuim)

Ada ulamak yang mengatakan kepadanya: “Mereka yang kami khususkan dengan cahaya makrifah ialah yang melimpahkan ilmunya kepada orang lain”.  (Tafsir Baidhawi)

Orang yang dikurniakan Allah zuriat hendaklah menanamkan akidah tauhid ke dalam hatinya semenjak kecil dan membesarkannya di atas ketaatan kepada Allah, melindungi dan memeliharanya daripada syaitan, seperti isteri Imran meminta perlindungan untuk anak perempuannya (Maryam) sambil berkata:

“dan Aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk." (Ali Imran: 36)

4.     Syukur dengan lidah

Jikalau beryukur ialah melalui perbuatan dan  nikmat-nikmat yang diperolehinya ada hak ke atas muslim, namun ini tidak mengurangkan keperluan bersyukur melalui lidah, kerana di antara hak yang dituntut ke atas kita ialah sentiasa bersyukur kepada Allah melalui lidah. Pada setiap pagi dan petang mengikrarkan Allah dengan ketinggian dan mengakui keperluan seluruh makhluk kepada pemberian dan kurniaanNya. 
    
Ini seperti yang diajar kepada kita oleh Raulullah saw. Daripada Abdullah bin Ghanam berkata: Rasulullah saw bersabda: “Orang yang membaca pada waktu pagi:  

اللهم ما أصبح بي من نعمة، أو بأحد من خلقك فمنك وحدك لا شريك لك، فلك الحمد ولك الشكر

Maka dia telah bersyukur sepanjang siangnya. Orang yang membaca pada waktu petang, maka dia telah bersyukur sepanjang malamnya”. (Abu Daud)

5.     Tidak membezakan ucapan tahmid dan syukur dengan syarat

Seorang muslim ketika mensyukuri dan memuji Allah, maka dia sebenarnya telah bersangka baik kepada Allah. Tidak membezakan syukur dan pujian kepada Allah. Daripada Anas bin Malik r.a bahawa nabi aw menemui seorang lelaki sambil bersabda: “Wahai Fulan, bagaimana engkau? Lalu dijawab lelaki itu: Baik al-hamdulillah. Nabi saw berkata kepadanya: “Allah telah menjadikanmu baik”. Kemudian pada suatu hari lelaki itu bertemu nabi saw. Lalu nabi bertanya: “Bagaimana engkau wahai fulan?” Lalu lelaki itu menjawab: Baik sekiranya aku beryukur. Lelaki itu berkata: Baginda hanya mendiamkan diri tentangnya.  Lalu lelaki itu bertanya: Wahai nabi Allah, engkau telah bertanya tentangku dan engkau pernah berkata bahawa Allah menjadikan kebaikan untukmu, tetapi hari ini engkau hanya berdiam diri sahaja. Lalu nabi menjawab kepada lelaki itu: “Aku dulu bertanya kepadamu, lalu engkau menjawab al-hamdulillah. Maka aku berkata: Allah menjadikan untukmu kebaikan. Hari ini engkau hanya berkata jika aku bersyukur. Ia meragukanku. Maka aku berdiam diri darimu”.  (Ahmad)

6.      Mensyukuri nikmat dengan menggunakannya dalam perkara ketaatan

Tidak dikira bersyukur kepada Allah di atas nikmat-nikmat kurnianNya melainkan kita menggunakannya di dalam perkara ketaatan dan mengharapkan keredhaan Allah dan kita kita tidak menggunakan dalam perkara makiat. Daripada al-Junid berkata: As-Sariy berkata pada satu hari: Apakah syukur? Lalu aku katakan padanya: Pada pada pendapatku syukur ialah tidak menggunakan nikmat-nikmatNya dalam perkara maksiat”. (Ad-Dur al-Manthur)

Menurut Zun Nun al-Misry: “Syukur untuk orang yang diatasmu ialah dengan taat, untuk orang yang sama taraf denganmu ialah dengan memberikan hadiah atau ganjaran dan untuk orang yang lebih bawah darimu ialah dengan berbuat ihsan dan memuliakannya”. (Ad-Dur al-Manthur)

Menurut Imam Abu Hamid al-Ghazali: “Ramai orang yang menyangka bahawa syukur ialah berkata dengan lidahnya: al-hamdulillah sebagai syukur kepada Allah sedangkan mereka tidak mengetahui bahawa makna syukur ialah menggunakan nikmat dengan penuh hikmat seperti yang dikehendaki iaitu pada perkara ketaatan kepada Allah Azzawajalla”. (Ihya Ulumuddin)

7.     Mengakui nikmat milik Allah termasuk cara syukur

Seorang muslim yang merasai nikmat-nikmat sebagai kelebihan dan pemberian Allah di samping menyakini sepenuhnya tentang ketidak mampuannya untuk mensyukuri ke atas nikmat-nikmat tersebut. Tetapi apabila ia tetap bersyukur, maka Allah akan memberikan nikmat yang lain yang juga memerlukan kepada syukur. (Abdul Qadir al-Jailani)

Inilah sebesar-besar syukur kepada Allah. Oleh sebab itu ada yang berpendapat: Bersyukur ke atas syukur menyempurnakan kesyukuran. Hal ini dapat dilihat kesyukuran anda melalui taufikNya dan taufik ini diberikan kerana nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadamu. Maka anda telah bersyukur di atas keyukuran itu, kemudian anda bersyukur di atas syukur di atas kesyukuran itu sehingga tiada kesudahan. (Abdul Qadir Jailani)

Daripada Abi Umar as-Syaibani berkata: “Nabi Musa s.a telah berdoa semasa berada di Tuur, Sinai: “Wahai Tuhan, sesungguhnya aku telah menunaikan solat menuju keredhaanMu, aku telah bersedekah menuju keredhaanMu, aku telah menyampaikan risalah agama menuju keredhaanMu. Maka adakah aku telah mensyukuriMu? Lalu Allah berfirman: “Wahai Musa, sekarang engkau telah mensyukuriKu”.
  
Nabi Musa a.s telah berkata: Bagaimana aku mensyukuriMu? Nikmat yang paling kecil pun aku telah letakkan semua amalanku pada perkara yang tidak melebihi batasdiriku..Lalu Allah telah berfirman kepadanya: “Wahai Musa engkau sekarang telah mensyukuriKu”. (Abdul Qadir al-Jailani)

Menurut al-Qurtubi: “Hakikat syukur melalui pengiktirafan nikmat kepada pemberi nikmat ialah tidak menggunakan bukan pada perkara ketaatan”. (Al-Qurtubi)

----------------
Penulis adalah ulamak al-Azhar


Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=363&ArtID=82248



Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top