Oleh: Dr. Mohammad Mansur
Setiap zikirullah pastilah menjadi penguat dan penyokong kepada kebahagiaan di akhirat dan seterusnya ganjaran yang besar di akhirat. Ianya merupakan suatu amal yang mudah namun kesannya besar sepertimana firman Allah swt:
“dan Sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain)”. (Al-Ankabut: 45)
Imam al-Qusyairi telah menyatakan di dalam tafsirnya: “Dikatakan bahawa berzikir kepadaNya pastilah engkau memperolehi kebahagian lebih besar dan lebih utama daripada zikir kamu kepadaNya melalui ibadah..Dikatakan bahawa zikrullah lebih besar dan lebih utama daripada terus berada dalam kejahatan..Dikatakan bahawa zikrullah lebih besar dan lebih utama daripada terus berada di bawah kekuasaan yang keji dan mungkar”.
Dengan cara mengamalkan pelbagai zikir dan menuai hasilnya pasti akan mengumpulkan kebahagiaan yang lahir dari setiap zikir, kerana akan memperolehi kebahagiaan yang sempurna bagi muslim di dunia kemudian akhiratnya sepertimana firman Allah swt:
“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu”. (Al-Baqarah: 152)
Berkaitan dari ini Imam Haqqy di dalam tafsirnya berkata: Maksudnya: “IngatilahKu dengan ketaatan nescaya Aku mengingatimu dengan mengurniakan pahala, ihsan, limpahan kebaikan dan membuka pintu-pintu kebaikan”.
Bukan maksud zikir hanya melalui lidah semata-mata, namun ia juga seperti yang dinyatakan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya “Al-Azkar” di dalam fasal: Berzikir boleh melalui hati dan boleh melalui lidah: “Setiap pekerja yang melakukan sesuatu kerana taat kepada Allah ianya dikira zikir kepada Allah..”. Hal ini disokong oleh Imam Ar-Razi di dalam tafsirnya tentang ayat yang lalu: “Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku” adalah semua perkara ketaatan..”.
Oleh itu orang yang baik dengan Allah, diri sendiri, kedua ibubapa, isteri, anak-anak, jiran tetangga, rakan taulan, kaum kerabat dan semua manusia yang berbagai agama, pengetahuan, perkataan dan perlakuannya, dan seluruh perbuatan, ilmu, penghasilan, pendapatan dan hartanya dan semua perkara dan apa jua makhluk..Semua ini adalah orang yang sentiasa berbuat baik, yang menghadirkan niat yang baik di benaknya dalam setiap perbuatannya, yang gembira menantikan setinggi-tinggi tingkatan syurga. Ia sentiasa berzikir dan mengingati Allah dalam keadaan berbahagia dengan rezeki dan keselamatan antara dua negeri, dunia dan akhirat. Firman Allah:
“Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram”. (Ar-Ra’d: 28)
Menurut Imam Ibn ‘Atiyyah di dalam tafsirnya “Al-Muharrar al-Wajiz”: Bergembira dan tenteram dengan mengingati Allah”.
“Allah SWT berfirman: “Aku sentiasa berada dalam perasaan hamba padaKu. Aku sentiasa bersamanya ketika ia mengingatiKu. Apabila hambaKu mengingatKu dalam dirinya, Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu dalam keramaian, Aku mengingatnya dalam keramaian yang lebih baik dari itu. Apabila ia mendekati kepadaKu sejengkal, Aku mendekati kepadanya sehasta. Apabila ia mendekati kepadaKu sehasta, Aku mendekati kepadanya sedepa. Apabila ia berjalan menuju kepadaKu, Aku berlari kepadanya.” (Maksud “berlari kepadanya” adalah segera mengabulkan doanya). (HR. Bukhari dan Muslim)
Seorang muslim adalah berbeza daripada orang lain kerana berterusan berhubung dengan Allah dan sentiasa mengingatiNya pada setiap perbuatan di dalam hidupnya, maka selayaknya ia mendahului dalam memperolehi taufik dan kebahagiaan kerana ia sentiasa bersama sebesar-besar kekuatan dan sebaik-baik pemberi rezeki, pemberi taufik dan penolong seperti yang Rasulullah pernah janjikan di dalam sabdanya:
“Orang-orang ‘mufarridun’ sentiasa mendahului”. Para sahabat bertanya: Siapakah golongan ‘mufarridun’ wahai rasulullah? Lalu baginda menjawab: “Orang-orang lelaki dan perempuan yang sentiasa berzikir mengingati Allah”. (Muslim)
Seorang muslim yang memulakan harinya dengan mengingati dan berzikir kepada Allah sambil mengharapkan bimbingan, pertolongan, taufik dan rezekiNya, di dalam solat atau di luar solat, dan berterusan dalam keadaan demikian di dalam setiap perkataan dan perbuatan sehingga penghujung hari, dengan menghadirkan niat yang baik di dalam benaknya pada semua keadaan, membolehkan seorang muslim itu memperolehi kekuatan, taufik, keuntungan dan kebahagiaan sepanjang hari.
Kenapa tidak?!..Rasulullah telah bersabda dan melaksanakan apa yang dikatakan:
اللهم بك أصبحنا وبك أمسينا وبك نحيا وبك نموت وإليك النشور (رواه الترمذي)
“Ya Allah, dengan kehendakMu kami menempuhi pagi kami dan petang kami, dan dengan kehendakMu kami hidup, dengan kehendakMu kami mati dan kepadaMu kesudahan kami”. (Tirmizi)
Rasulullah saw meminta daripada Allah segala kebaikan, nikmat dan kesejahteraan, maka semua diperolehi baginda:
اللهم إني أصبحت منك في نعمة وعافية وستر فأتمَّ عليَّ نعمتك وعافيتك وسترك في الدنيا والآخرة
"
“Ya Allah, pada pagi ini kami nikmati keselamatan pemberianMu dan tertutup rahsia-rahsia (dosa), maka sempurnakanlah”. (HR Ibn Sunni)
Rasulullah mensyukuriNya, lalu Allah menambahkan nikmat kepada rasul seperti yang dijanjikan dalam firmanNya:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu”. (Ibrahim: 7)
Rasulullah telah rela:
رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينًا، وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبيًّا ورسولاً
"
“Aku telah rela dengan Allah sebagai Tuhanku dan dengan Islam sebagai agamaku dan dengan Muhammad sebagai nabi dan Rasulku”.
Lalu Allah meredhai rasulNya lebih banyak dari itu dengan menambah keselamatan dan ketenangan kepadanya sebagaimana janji Rasulullah saw kepada orang yang berkata dan berbuat demikian dalam sabdanya:
“Memang benarlah bagi Allah untuk meredhainya”. (Tirmizi)
Rasulullah berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam, dari segala fikiran atau makhluk yang jahat dan kejam supaya memperolehi segala kebaikan dan kebahagiaan:
أعوذ بكلمات الله التامّات من شرِّ ما خلق
“Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa-apa yang diciptakan”. (Muslim)
Rasulullah berlindung dengan ketinggian Allah dari segala perkara yang melemahkan atau menyedihkannya supaya hidup dalam keadaan penuh cita-cita, cergas, proaktif dan gembira:
اللهم إني أعوذ بك من الهمِّ والحزن، وأعوذ بك من العجز والكسل، وأعوذ بك من الجبن والبخل، وأعوذ بك
من غلبة الديْن وقهر الرجال
“Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang lain”. (Abu Daud dan lainnya)
Rasulullah meminta kesihatan yang baik dan berkekalan dari segi pemikiran, perasaan dan tubuh badan supaya memperolehi kebahagiaan sebenar:
اللهم عافني في بدني، اللهم عافني في سمعي، اللهم عافني في بصري، لا إله إلا أنت
“Ya Allah, sihatkanlah badanku. Ya Allah sihatkanlah pendengaranku. Ya Allah sihatkanlah penglihatanku”. (Abu Daud)
Rasulullah segera beristighfar kepada Allah dari apa jua kesalahan dan tidak mengulanginya supaya tidak menggelisahkannya dan dapat menggembalikan kerehatan dan ketenangannya seperti janji Rasulullah saw dalam sabdanya:
“Sesiapa yang melazimi beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar dari sebarang kesempitan, memberi kelapangan dari sebarang kesusahan dan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”. (Abu Daud)
Kemudian Rasulullah menamatkan harinya dengan berzikir dan mengingati Allah. Justeru baginda tidur dengan penuh kebahagiaan, ketenangan dan keselamatan kerana telah menempuhi hari yang membahagiakan dan menceriakan, penuh penantian dan positif dengan hari yang mendatang yang lebih membahagiakan akan muncul esok hari dengan izin, pertolongan, taufik, kelebihan dan kemuliaanNya, seperti yang difahami dari doa Rasulullah saw ketika tidurnya:
باسمك ربي وضعتُ جنبي وبك أرفعه، إن أمسكت نفسي فارحمها لها وإن أرسلتها فاحفظها بما تحفظ به عبادك الصالحين
“Dengan nama Engkau wahai Tuhanku, aku serahkan keselamatan tidurku kepadaMu, dengan kehendak Engkau angkatlah ianya. Seandainya Engkau telah memegang diriku, maka berilah kerahmatan kepadanya dan seandainya Engkau utuskannya, maka peliharalah ia sepertimana Engkau pelihara hamba-hambaMu yang salihin”. (Bukhari dan Muslim)
“Perumpamaan orang yang menyebut dan mengingati Allah dengan orang yang tidak menyebut dan mengingati Allah ialah seumpama orang yang hidup dan orang yang mati”. (Bukhari)
Justeru, wahai para dai yang menyeru manusia kepada Allah dan Islam jadilah kalian orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah dan sentiasa bersamaNya di dalam setiap saat, dalam setiap urusan dan dalam setiap perkataan dan perbuatan. Firman Allah swt:
“ (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring”. (Ali Imran: 191)
Begitu juga serulah dan ajaklah orang lain seperti itu, supaya mereka beruntung dan Berbahagia di dunia. Firman Allah swt:
“ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”. (Al-Jumuah: 10)
Kemudian di akhirat. Firman Allah swt:
“Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah Telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar”. (Al-Ahzab: 35)
No comments:
Post a Comment
Sila berikan komen anda