Thursday, July 14, 2011

Amalan sebelum Ramadhan

Oleh: Nabil Jalhoum

Di antara kemurahan hati Allah kepada umat nabi yang Allah kasihi dan yang kita cintai Muhammad saw, iaitu Allah sentiasa membuka dan terus membuka sepanjang hari, bulan dan tahun dengan pintu-pintu yang baik, dan bersamanya kebaikan, malahan semuanya adalah kebahagiaan dan ibadah yang mendekatkan kepada Allah SWT. Allah juga tidak membiarkan para hambaNya melainkan sentiasa memuliakan mereka dengan kemurahan hati dan sentiasa menambahkannya. . Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepada kita anugerah hasil dari kemurahan hati dan belas kasihan dari Tuhan Yang Maha Pemberi dan Pengurnia Kebaikan.

Solat lima waktu sepanjang hari adalah penghapus dosa sebelumnya ..solat sunat nawafil sebanyak dua belas rakaat, kita sebenarnya membina sebuah istana di syurga .. puasa nawafil secara mingguan menyelamatkan kita dari kepanasan dan kehausan neraka .. Haji tiada balasan yang layak baginya melainkan syurga ..puasa di bulan Ramadan terdapat  rahmat di awal bulan, keampunan di pertengahan dan hadiah paling besar yang tidak dikurniakan kecuali oleh Tuhan Yang Maha Mulia lagi Pemurah, iaitu hadiah pembebasan dari api selain daripada pembebasan setiap hari di bulan Ramadan .. Kenapa tidak? Dialah yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kesempurnaan yang sesuai dengannya. Dialah yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk ke jalan keselamatan dan kesempurnaannya. Dialah yang memberikan kita nikmat, rezeki dan penghormatan dengan menjadikan kita hamba yang beribadat kepadaNya.. Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat dan rahmat-Nya sempurnalah amal-amal yang baik, dan mengurniakan kepada kita pelbagai anugerah . Ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan. Ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan. Ya Allah, sampaikalah kami kepada bulan Ramadan.

Persediaan yang sesuai dengan kedudukan Ramadhan

Mungkin suatu bulan seperti Ramadhan yang menduduki ketinggian dan kekayaan sebagai satu peluang besar bagi orang yang bijak untuk bersiap sedia sebelum ketibaannya. Justeru, alangkah baiknya tetamu itu. Inilah bulan Ramadhan.

Oleh kerana itu, Ramadan berhak meminta kesungguhan dari sekarang kerana ianya telah diperuntukkan oleh Allah dalam firmanNya melalui hadis Qudsi (bermaksud):

“Puasa adalah untuk Ku dan Akulah yang akan memberi ganjaran untuknya”.

Persediaan untuk mengenali Allah:

Satu aspek persediaan untuk bulan yang mulia ini ialah benar-benar mengenali Allah dan membetulkan pengetahuan tentangNya, memperkemaskan niat dan membaharuinya secara berterusan kepada Allah semata-mata tanpa mensyirikkan dengan sesuatu dalam setiap amalan sama ada kecil ataupun besar, yang zahir atau batin.

Hati yang mengetahui bahawa Allah adalah pemilik sebenar ialah hati yang mempunyai cahaya yang menyinari ke atasnya dan mendorongnya kepada semua amalan yang baik dan berguna .. Oleh itu, kesejahteraan hati seorang hamba yang menjadikannya sejahtera merupakan hasil yang pasti kepada seluruh badan, iaitu mengindahkan akhlak dan membangunkan tingkah laku sehingga ia menjadi seorang yang begitu istimewa dan berbeza.

Anda akan mendapati perutnya tidak dimasuki kecuali yang  baik, tangannya tidak mengambil rasuah, tidak melakukan penyelewengan, tidak mencuri dan tidak merompak, kerana keimanannya bahawa sesiapa yang menumbuhkan daging dari sumber yang haram, maka api neraka adalah yang layak baginya.

Selain itu, ia juga mempunyai kaki yang baik dan solih, iaitu tidak digunakan untuk berjalan kepada kemungkaran, tidak mencari kejahatan, malah tidak bergerak melainkan ke arah keredhaan Khaliq dan Tuannya .. Pengetahuan yang benar tentang Allah menjadikan dia seorang yang ‘rabbani’. Hanya kepada Allah dia bersandar, kepada Allah dia bekerja, kepada keredhaanNya dia berusaha dan kepada kerelaanNya sahaja dia patuhi.

Persediaan untuk mengikuti Nabi dan mencintainya

Mengikut Nabi dan mencintainya juga termasuk cara menyediakan diri untuk bulan Ramadan yang penuh kebaikan. Iaitu dengan mengingati apa yang dia lakukan pada bulan Ramadan dan sebelum Ramadan.
Kita berakhlak dengan akhlaknya
Kita beradab sopan dengan adabnya
Kita belajar dengan ilmunya
Kita menuruti jalan yang ditunjukinya
Kita mengamalkan agama dan dakwahnya
Kita menaburkan kebaikan kepada orang lain sepertimana nabi sanggup mengorbankan dirinya sendiri
Kita mencintai tanah air sebagaimana nabi menyayangi dan mengasihi tanah airnya
Kita membanyakkan selawat kerana mengharapkan syafaatnya
Allah sentiasa berselawat ke atasnya .. Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya.

Persediaan dengan melakukan muhasabah diri

Ramadan yang penuh kebaikan memerlukan majlis muhasabah  dari sekarang sebelum Ramadan datang dan pergi. Seorang muslim jika dia mahu menjalani kehidupan yang rabbani dan soleh, dia mesti sentiasa memuhasabah diri dengan lebih serius, untuk menjadikan muhasabah sebagai ubat bagi setiap penyakit dan penyembuh bagi setiap musibah dan bencana, membersihkan badan, dan meningkatkan kemampuan dan potensi, dan membahagiakan dirinya dan sebagainya.

Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab Zuhud bahawa  'Umar al-Khattab r.a berkata: "Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab (diakhirat) dan timbanglah amal perbuatanmu sebelum amal kamu ditimbang”. Oleh itu, hari esok lebih mudah untuk anda sekiranya anda telah menghisabnya hari ini, dan menyiapkan diri untuk hari penghisaban terbesar:

“dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). (Al-Hasyr: 18)

 Ibn al-Qayyim menukilkan dari al-Hasan berkata: "Mukmin yang baik terhadap dirinya ialah yang memuhasabah diri kerana Allah. Allah akan ringankan perhitungan pada hari kiamat ke atas orang-orang yang memuhasabah diri mereka di dunia ini, tetapi Allah akan menyukarkan perhitungan pada hari kiamat ke atas orang yang mengambil perkara ini tanpa melakukan muhasabah diri, ".

Terdapat beberapa kesan besar yang dapat diperolehi bagi orang yang memusahabah diri, antaranya ialah:
1 - Mengenal pasti kelemahan diri yang dapat membantu untuk mengelakkannya.
2 - Membantu untuk rasa takut dan muraqabah kepada Allah dengan jujur.
3 – Membiasakan diri hidup dengan berhubung kepada Allah.
4 – Berjaya memperolehi syurga Allah.

Persediaan untuk sentiasa beristiqamah:

Ini kerana jiwa yang beristiqamah akan meningkatkan ruh ..Firman Allah SWT (bermaksud): 

“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu.” (Hud: 112),

Sabda nabi saw (bermaksud):

Katakanlah aku beriman kepada Allah kemudian  aku berististiqamah. " (Riwayat Muslim).

Persediaan membersihkan hatinya

Seorang daripada kita tidak tidur sementara di dalam hatinya terdapat kebencian, iri hati dan hasad dengki terhadap salah seorang saudaranya yang Islam. Ini adalah jaminan yang akan melayakkan masuk syurga .. Kita semua tahu kisah Abdullah ibn Amr ibn al-‘As dengan Saad bin Abu Waqas dan sebab Nabi Muhammad saw menyatakan berita gembira bahwa syurga untuk-Nya, "..iaitu orang yang tidak tidur sementara di dalam hati ada perasaan dendam terhadap seorang Islam yang lain.”

Persediaan dengan menulis wasiat

Kita hendaklah sentiasa menjadikan wasiat kita ditulis dan direkodkan butiran dan kandungan dengan terperinci. Kita hendaklah mengambilberat untuk merekodkan hak-hak hamba tentang tanggungjawab kewangan atau lain-lain. Di samping kita merekodkan hak kita sebagai hamba, kita juga tidak lupa untuk menulis wasiat supaya dikebumikan bersama para solihin, dan janganlah sekali-kali kita mati dalam kemurkaan Allah, Tuhan sekalian alam.

Kita juga mesti melatih isteri dan anak-anak kita kepada perlakuan tersebut, dan kita hendaklah membuat wasiat di rumah atas pengetahuan isteri dan anak-anak, atau ibu dan bapa serta adik beradik. Kita janganlah melupakan soal wasiat.

Persediaan mengingati mati:

Marilah kita sentiasa mengingati saat kematian yang akan tiba dan keluar ruh untuk mengadap Allah SWT yang bersifat Maha Mulia lagi Maha Pengampun dan belum tentu Ramadan akan datang kepada kita, kerana berapa ramai orang yang kita kasihi telah ‘menghilang’ pada bulan Ramadan dan sebelum Ramadan.

Persediaan untuk mengambil Perjanjian:

Iaitu kita berikrar kepada diri kita sendiri dan Tuhan kita, bahawa kita akan menggembling sepenuh tenaga pada bulan Ramadan - Jika Tuhan dapat menyampaikan kita kepadanya – untuk berzikir, membaca al-Quran, berbuat ihsan dan mengubah diri kepada yang lebih baik daripada sekarang, menyubur dan mengembangkan hubungan antara kita dan Allah, antara kita dan Nabi kita, antara kita dan isteri-isteri dan anak-anak kita, antara kita dan dunia seluruhnya.

Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh berdoa dengan segala kekuatan dan hati kita, dengan menadah tapak tangan sambil meminta dengan penuh harap dalam doa:

“Ya Allah, Wahai Tuhan yang boleh membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati kami di atas jalan agama-Mu”.

Persediaan dengan membanyakkan zikir:

Ramadan bulan penuh kebaikan menghendaki kita berlatih dari sekarang untuk membanyakkan zikir, dan sentiasa ingat bahawa perumpamaan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir ialah orang yang hidup dan mati. Zikir itu akan menghapuskan pengasingan antara hamba dengan Tuhannya, Rasulullah saw bersabda (bermaksud):

" Sesungguhnya apa yang kamu sebutkan tentang keagungan Allah dengan tasbih, tahlil dan tahmid, menyebabkan kedengaran di sekitar ‘Arasy suatu bunyi seumpama bunyi lebah, dan Allah akan mengingati mereka, Apakah seseorang itu tidak menyukai jika ada orang yang mengingatinya ? " (Ibn Majah)

Suatu yang indah tentang zikir ialah membanyakkan dan sentiasa berzikir lebih baik pahalanya daripada ibadah lain yang memerlukan usaha dan masa kerana zikir adalah peluang kepada orang-orang yang tidak mampu melakukan ibadah berdasarkan apa yang disebutkan dalam hadis sahih:

“Bahwa orang-orang fakir Muhajirin menemui Rasulullah saw sambil berkata;
“Orang- orang kaya telah memborong derajat-derajat ketinggian dan kenikmatan yang abadi.”. Sabda nabi saw (bermaksud): “Mahukah aku ajarkan kepada kalian sesuatu yang kerananya kalian boleh menuruti orang-orang yang mendahului kebaikan kalian, dan kalian boleh mendahului kebaikan orang-orang sesudah kalian, dan tidak seorang pun lebih utama daripada kalian selain yang berbuat seperti yang kalian lakukan. Iaitu kalian bertasbih, bertakbir, dan bertahmid setiap habis shalat ". (Bukhari dan Muslim)

Di samping itu zikir memberikan tenaga di dalam hati dan kekuatan fizikal, dan perkara-perkara yang paling indah di dalam zikir dan membanyakkannya ialah memperolehi penyaksian Allah di muka bumi yang menjadi saksi untuknya. Justeru, orang yang berzikir kepada Allah di atas gunung, di jalan raya, di dalam kereta, di rumah, di atas kerusi atau berbaring di katilnya .. Semua kawasan dan tempat akan menjadi saksi di sisi Tuhan.

Di dalam sebuah hadith dinyatakan bahawa Rasulullah saw membaca ayat ini:

“Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya.” (Al-Zalzalah: 4).

 Rasulullah bersabda:

Apakah anda tahu apa beritanya? Mereka berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui? Baginda berkata: “Berita yang menjadi saksi kepada setiap orang dan umat, terhadap perbuatan yang dilakukan sambil berkata: Anda telah melakukan suatu perbuatan ke atasku sekian dan pada hari sekian sekian. "

Perlu dinyatakan di sini bahawa berzikir kepada Allah bukan hanya perkataan yang disebut di lidah sahaja, tetapi ia adalah satu reaksi, perasaan dan kesedaran jiwa untuk menggerakkannya daripada keadaan sedia ada sekarang kepada keadaan yang lebih baik dari segi kerohanian, ketelusan, rabbaniah dan iman, malah orang yang banyak berzikir kepada Allah boleh sampai ke peringkat mulia dari Tuhan yang Maha Agung yang memberikan mereka ketinggian, kelebihan dan limpah kurnia.

Persediaan untuk melatih kepada ketakwaan;

Iaitu kita hendaklah melalui semua jalan dan cara untuk membangun dan mengukuhkan ketakwaan di dalam jiwa, tindakan kita dan diri kita sendiri. Inilah seruan Allah kepada para nabi seluruhnya.

Sesungguhnya Amirul Mukminin Ali bin Abu Talib r.a pernah berkata ketika beliau ditanya tentang takwa: Apakah erti takwa wahai imam?. Beliau berkata:

هي الخوف من الجليل، والعمل بالتنزيل، والقناعة بالقليل، والاستعداد ليوم الرحيل
"Iaitu takut kepada Allah, melaksanakan segala suruhanNya, menerima dengan lapang walaupun sedikit, dan bersedia untuk hari pembalasan."

Persediaan untuk bertaubat:

Iaitu kita hendaklah segera bertaubat dan memohon ampun dari Allah dan memohon Allah menerima taubat kita dengan taubat nasuha, dan memasukkan kita ke dalam golongan yang memiliki semangat, ikhlas, sederhana dan melaksanakan agamanya, mencintai para pemimpinnya, tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, menyebarkan kebaikan kepada semua orang, orang yang jujur dan ikhlas kepada agama mereka dan mencintai tanahair dengan penuh ndalam di mana pada hakikatnya lebih disayangi daripada diri mereka sendiri.

Teladan dan idola kita dalam hal ini ialah kekasih kita Nabi Muhammad saw yang sentiasa meminta ampun dan bertaubat kepada Tuhan yang adakalanya 70 atau seratus kali dalam sehari .. sedangkan siapakah dia?

Dia ialah seorang Nabi yang tidak pernah berdusta dan dia adalah cucu kepada Abdul Muttalib .. Dia adalah orang yang diampunkan Allah dosa yang telah lalu dan akan datang .. 

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Ali-Imran: 133),

dan orang yang bertaubat adalah umpama orang yang tiada lagi dosa.
  
(Semoga setiap kali Ramadan, seluruh umat Islam, semua negara dan rantau Islam dalam kebaikan, keamanan dan kesejahteraan)
Maha suci Allah Tuhan yang memiliki ketinggian seperti apa yang mereka katakan, dan kesejahteraan buat para Rasul, dan pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

3 ulasan

  1. Ustaz, boleh huraikan maksud "orang yang tidak tidur sementara di dalam hati ada perasaan dendam terhadap seorang Islam yang lain.” saya kurang faham.

    ReplyDelete
  2. T. kasih kerana bertanya..maksudnya, orang yang layak masuk syurga ialah orang yang hanya tidur selepas hatinya bersih daripada sebarang dendam kepada orang lain..

    ReplyDelete

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top