Oleh: Ashraf Hassan Tobli
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.” (Al-Baqarah: 185).
Selamat datang dengan kelahiran anak bulan yang indah, dan berita gembira tentang kebaikan yang menyeluruh, anak bulan Ramadan, dan pancaran sinar Al-Quran, bau harum syurga dan kerehatan ruh dalam solat, puasa dan qiam.
Selamat datang hai Ramadan, yang mendekatkan ke pintu syurga dan menjauhkan dari pintu neraka.
Selamat datang hai Ramadan, yang menyelamat anda daripada kelalaian dan kealpaan, dan menghalakan kepada peringatan dan Al-Quran.
Selamat datang hai Ramadan, yang mengalihkan anda dari semua keinginan syahwat dan memandu anda kepada ketaatan.
Selamat datang hai Ramadan, yang merawat dari penyakit kedekut dan bakhil dan menjadi pemangkin kepada kemurahan hati dan kemuliaan.
Sambutlah Ramadhan ... Sambutlah wahai jiwa yang riang dan sukacita..
Wahai saudara yang dikasihi,
Inilah bulan Ramadan, bulan kesabaran, bulan al-Quran, bulan taubat, bulan rahmat, bulan keampunan, bulan kebajikan, bulan doa dan bulan pembebasan dari api neraka.
Oleh itu, orang yang diberikan kerahmatan di bulan Ramadan, maka dia sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Barangsiapa yang tidak diberikan kebaikan dan keberkatan, maka dia termasuk orang yang diharamkan kebaikan untuknya. Barangsiapa yang tidak mengambil bekalan untuk hari penghisaban, maka dia termasuk orang yang menderita.
Riwayat dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda (bermaksud):
“Ramadan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah S.W.T telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu, bererti diharamkan baginya segala rupa kebajikan.” (HR. Ahmad dan Nasaie)
Menurut Imam Ibn Rejab: “Hadis ini pada asalnya ialah sebagai tahniah kepada manusia dengan kedatangan Ramadan. Bagaimana orang beriman tidak mendapat berita gembira dengan terbukanya pintu syurga? Dan bagaimana orang yang berdosa tidak mendapat berita gembira dengan tertutup pintu neraka? Bagaimana pula orang yang berakal tidak mendapat berita gembira dengan terbelenggu segala syaitan?”
Di dalam hadis yang lain. Rasulullah saw bersabda (bermaksud):
" Telah datang kepada kamu Ramadan penghulu segala bulan, Selamat Datang Diucapkan.” (HR. Tabarani)
“Telah datang bulan puasa kepada kamu yang mengandungi keberkatan. Muliakanlah ia seumpama tetamu yang akan datang.”
Oleh itu, bergembiralah wahai orang yang mengetahui ianya sebagai bulan keampunan ... Bergembiralah wahai orang yang mengetahui ianya sebagai bulan Al-Quran ... Bergembiralah wahai orang yang mengetahui ianya sebagai bulan ibadat ... Bergembiralah wahai orang yang mengetahui ianya sebagai hari-hari yang Allah kurniakan kemuliaan, keindahan, dan kecantikan. Bergembiralah wahai orang yang mengetahui ianya sebagai hari-hari yang Allah kurniakan keagungan dan penghormatan!
Saudara yang dimuliakan, sambutlah ketibaan tetamu istmewa ini. Sambutlah kedatangannya.
“Ya Allah, Bulan Ramadan telah mendatangi kami, anugerahkan kami dengan keamanan dan keimanan serta keselamatan dan Islam. Wahai bulan, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah. Engkau adalah bulan yang baik dan telah memberi petunjuk pada kami.” (HR. Ibn Hibban dan Tabarani)
Ya Allah, bulan Ramadan telah mendatangi kami, kurniakanlah kami dengan keamanan, keselamatan, keimanan, keselamatan dan keislaman. Wahai bulan, Engkau adalaj bulan yang baik dan telah memberi petunjuk kepada kami insya-Allah, dan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan pujian hanya kepada Allah. Benarlah Rasulullah saw:
" Apabila tiba bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka, dan syaitan dirantai, dan berteriak malaikat yang berteriak bagi pihak Allah SWT; Wahai pencari kejahatan, berhentilah. Wahaipencari kebaikan, rebutlah."(HR. Muttafaq Alaih).
Sambutan Salaf as-Soleh terhadap bulan yang mulia ini:
Salaf as-soleh telah menyambut ketibaan bulan yang ini dengan sambutan terbaik dan mengalu-alukan tetamu ini dengan penuh kemeriahan. Contoh teladan kita nabi Muhammad saw apabila masuk bulan Rejab baginda berdoa:
"Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. "(HR. Tabarani dan al-Bazzar).
Ma'ale ibn al-Fadl berkata: "Mereka berdoa kepada Allah enam bulan sebelum tiba Ramadan, dan kemudian mereka berdoa kepada Allah enam bulan supaya menerima amalan mereka."
Kata Yahya bin Abu Katheer; “Antara doa orang-orang soleh ialah: “ Ya Allah, jumpakan aku dengan Ramadhan dan serahkan Ramadhan kepada aku dan terimalah amalan yang aku lakukan padanya. ”(Lataif al-Ma’arif Ibn Rejab).
Saudara yang saya muliakan:
Berdoalah dengan doa orang-orang soleh, dan bergembiralah dengan kegembiraan mereka. Mudah-mudahan kurniaan yang mereka perolehi akan melimpahi anda:
“ Dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan (dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)". (Yunus: 58).
Saudara yang dikasihi:
Apakah persediaan anda untuk bulan Ramadan? Apakah yang disediakan oleh Ramadan untuk anda?
Ada setengah orang yang menyambut Ramadhan dengan menyediakan bekalan untuk dirinya dengan membeli keperluan makanan dan minuman. Setengah daripada mereka pula melengkapkan bajet kewangan untuk bulan ini hampir menyamai bajet sepanjang tahun, seolah-olah Ramadan adalah bulan kenyang dan seolah-olah bulan perut dan jasad. Mereka ini tidak mengetahui apakah tujuan disyariatkan berpuasa, padahal puasa disyariatkan adalah untuk tujuan yang mulia dan kebijaksanaan yang nyata:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)
Inilah golongan orang telah menyambut Ramadan hanya secara fizikal di mana mereka hanya menyambutkan dengan jasad mereka bukan dengan hati dan ruh mereka.
Justeru, adakah hati anda menyambut Ramadan?
Adakah anda telah menyediakan niat yang betul dan keazaman yang teguh untuk puasa anda?
Adakah anda telah menyediakan makanan ruh untuk membersihkan jiwa dan menyucikannya di bulan yang mulia ini?
Saudara yang dikasihi:
Mulakanlah bulan ini dengan niat yang betul dan merdeka, kemahuan yang kuat, apabila tiba kemunculan anak bulan, dan berazamlah dengan keazaman yang padu untuk mengambil kesempatan daripada bulan Ramadan, meningkatkan amal, dan meninggalkan dosa dan maksiat.
Mulakanlah bulan ini dengan keazaman yang betul dan tulus untuk memperbaiki diri, membersihkan keburukan anda, meninggalkan kecuaian dari hati anda, dan berusaha mendapatkan keredhaan Allah.
Menurut Fudhail bin Iyad: "Allah hanya menghendaki niat dan kemahuan anda." (Jami’ Ulul wa al-Hikam Ibn Rejab)
Marilah kita mulakan bulan ini dengan taubat yang sebenar, dan taubat yang khusyuk, supaya ianya membersihkan segala keburukan kita, dan air mata taubat dapat mencuci dosa kita, kerana dosa tidak dapat dicuci melainkan dengan air mata sesal.
Saudara yang dikasihi:
Bersegeralah dan bertindak pantaslah. Jadikanlah bulan ini sebagai titik tolak dan permulaan era baru bersama Tuhan mu. Oleh itu, bersegeralah jika benar anda tergolong orang yang bertakwa, yang Maha Kuasa berkata:
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Ali-Imran: 133).
Bersegera dan bersesak-sesak di bulan ini supaya anda keluar daripada bulan ini dalam keadaan telah diampunkan dosa-dosa anda.
"Bukanlah orang yang berlumba dengan untanya pada hari ini, tetapi orang yang berlumba untuk diampuni dosanya. "(Petikan ucapan Umar bin Abdul Aziz).
Saudara yang dikasihi:
Janganlah jadikan hari-hari Ramadan anda sama seperti hari-hari seperti bulan lain. Ayuh jadikanlah hari-hari seakan-akan umur anda telah ada warna putih di ubun kepala anda. Janganlah jadikan hari-hari tidak berpuasa anda sama dengan hari-hari puasa anda.
Kata Jabir bin Abdullah:
"Jika kamu berpuasa, maka hendaklah turut berpuasa telinga, mata dan lidah daripada berdusta dan berkata perkara haram, menyakiti jiran anda. Anda hendaklah tenang dan damai pada hari puasa. Janganlah jadikan hati anda berpuasa sama dengan hari anda tidak berpuasa." (Dur al-Manthur as-Suyuti).
• Jika anda pada bulan selain Ramadan berasa terlalu malas untuk solat berjamaah, maka tanamkan azam dari saat ini untuk memakmurkan rumah-rumah Allah.
• Jika anda terlalu kedekut dengan wang dan harta, maka jadikanlah bulan Ramadan sebagai bulan berkorban dan kemurahan hati, kerana Ramadalan adalah bulan kemurahan hati dan kebajikan.
• Jika anda sering lalai dari mengingati Allah SWT, maka jadikanlah hari-hari Ramadan dengan zikir dan doa, serta bacaan al-Quran.
Wahai saudara yang dicintai:
Pastikan kebersihan puasa anda sepertimana anda memastikan kebersihan pada pakaian anda. Jadikanlah bulan ini sebagai permulaan untuk menjauhi kekejian, tidak bermoral dan dosa.
Bersihkanlah hati anda dari kebencian. Bersihkanlah mata anda dari pandangan yang haram. Bersihkanlah telinga anda dari mendengar apajua dimurkai Allah. Bersihkanlah segala pekerjaan anda dri sesuatu yang tidak diredhai Allah.
Begitulah persediaan orang mukmin untuk Ramadan. Justeru, apakah yang disediakan oleh Ramadan untuk orang mukmin?
Sesungguhnya bulan yang mulia ini dating kepada anda dengan membawa pelbagai ‘hadiah rabbani’. Antara hadiah tersebut ialah:
Hadiah pertama: Pintu al-Rayyan:
Dari Sahl bin Saad bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda (bermaksud):
"Hanya untuk orang-orang yang berpuasa. Tidak dibenarkan masuk selain mereka." (Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat lain:
"Di dalam di syurga terdapat pintu yang disebut “Al-Rayyan” yang dibenarkan masuk melaluinya (orang-orang yang berpuasa). Apabila mereka semua telah memasukinya, maka pintu itu tertutup. "
Dalam satu riwayat:
"Sesiapa yang melaluinya akan diberikan minuman, Ia tidak merasa dahaga selama-lamanya."
Wahai pemilik pintu Al-Rayyan. Wahai kekasih Allah, pastikanlah pintu anda, dan bersesak-sesaklah antara tulang bahumu, dan berlumba-lumbalah mendapatkan syuraga Tuhan mu. Abu Ali Ad-Daqiq pernah berkata:
"Adakah para sahabat Muhammad menyangka bahawa kurniaan yang agung hanya untuk mereka semata-mata. Demi Allah, kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya juga supaya mereka tahu bahawa mereka telah meninggalkan orang-orang di belakang mereka seperti mereka."
Hadiah kedua: Bau mulut orang yang berpuasa:
Diriwayat dari Rasulullah saw yang bersabda (bermaksud):
"Demi jiwa Muhammad di tangannya, bau mulut orang yang berpuasa itu lebih baik disisi Allah daripada bau kasturi." (HR. Bukhari dan Muslim)
Makhoul berkata: "Penghuni syurga mengeluarkan bauan yang harum. Mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, kami tidak pernah mendapati bauan yang lebih harum sejak kami memasuki Syurga daripada bauan ini. Lalu dikatakan: Ini adalah bauan dari mulut orang yang berpuasa" (Lataif al-Ma’arif Ibn Rejab)
Saudaraku
Lantaran perlakuan orang-orang yang ikhlas dengan puasa mereka secara rahsia antara Allah dan mereka, maka Allah akan mendedahkan rahsia mereka kepada hamba-hamba-Nya yang lain iaitu keluar bau yang semerbak dari mulut mereka.
Hadiah ketiga: Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan:
Riwayat dari Rasulullah saw bersabda (bermaksud):
"Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan yang ia akan terima. Jika berbuka ia gembira dan jika ia menemui Tuhannya ia gembira dengan puasanya. "(HR. Bukhari dan Muslim)
Sudah tentu jiwa orang yang berpuasa bergembira dengan berbuka pada penghujung hari, kerana menepati keinginan mendalam untuk menikmati minuman dan makanan. Justeru, ia bergembira kerana dibenarkan menikmati sesuatu yang sebelum itu dilarangnya.
Oleh sebab itu, orang berpuasa meninggalkan perkara-perkara yang dibenarkan kerana ketaatan kepada Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya. Ia dilarang atas perintah Tuhannya, dan dibenarkan semula atas perintah Tuhannya, kerana ia taat kepada Allah semasa larangan dan taat kepada-Nya semasa dibenarkan semula.
Orang yang berpuasa menunggu kegembiraan paling besar apabila mereka bertemu dengan Tuhannya, di mana Tuhannya telah mengampunkannya dan diperlihatkan kepadanya puasa, solat, dan bacaan al-Qurannya. Ketika itu mereka merasai kegembiraan terbesar:
“ Dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan (dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)". (Yunus: 58).
Hadiah keempat: pengampunan dosa:
Riwayat dari Rasulullah saw bersabda (bermaksud):
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, dosa-dosa telah lalu dan yang akan datang akan diampunkan. "(HR. Bukhari dan Muslim)
Wahai pelaku kekejian, wahai pemilik dosa, inilah tempat pemandian dan minuman yang sejuk dan menyucikan.
Hadiah kelima: Pencegahan dari azab Allah:
Riwayat dari Rasulullah saw bersabda (bermaksud):
" Puasa adalah perisai dari azab Allah."(HR. Ahmad. Disahihkan oleh Albani)
Hadiah keenam: Syafaat pada hari kiamat:
Riwayat dari Nabi saw bersabda (bermaksud):
“Puasa dan al-Quran itu akan memberi syafaat bagi seorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata:”Ya Tuhan, aku menyebabkan dia menahan makan, minum dan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku izin untuk memberi syafaat untuknya. Dan berkata Al-Quran: “Aku mencegah dia tidur pada waktu malam, sebab itu izinkanlah aku memberi syafaat untuknya.” Maka syafaat kedua-duanya diterima oleh Allah."(HR. Ahmad dan Haithami).
Kewajipan amali pada malam pertama Ramadan:
1 – Niat yang ikhlas kepada Allah dan berazam bersungguh-sungguh untuk berhenti daripada maksiat dan dosa.
2 - Menentukan wirid Al-Quran, menyiapkan naskhah Al-Quran tertentu untuknya. Jadikan slogan anda: “Al-Quran dalam poket anda adalah harta di dalam hati anda.”
3 – Disiplinkan diri untuk bangun sebelum subuh itu pada masa yang sesuai untuk makan sahur dan solat dua rakaat, kemudian pergi ke masjid untuk solat sambil membawa bersama anak-anak anda atau saudara anda.
4 - Hubungi lima saudara mara dan kawan-kawan anda untuk mengucapkan tahniah kepada mereka dengan ketibaan bulan yang mulia ini.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan komen anda