Oleh: Sheikh Fouad al-Hijrasi
Ibadah ialah Perjanjian Lama antara hamba dan Tuhannya. Ibadah menjadi asas kepada perutusan para Rasul dan penurunan Kitab-kitab suci. Ibadah juga adalah perintah ilahi yang tidak boleh ditinggalkan dalam apa jua keadaan.
Ibadah adalah janji antara hamba dan Pencipta mereka. Ianya adalah suatu Perjanjian Lama yang telah berlaku semenjak azali lagi. Justeru tiada seorang pun anak-anak Adam yang terlepas melainkan dirinya mesti menyembah Allah dan beribadah kepadaNya melalui agama yang suci dan bersih dari syirik sebagai penyelamat pada hari akhirat nanti:
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini." (Al-A’raf: 172).
Di hari kiamat Allah akan menyalahkan orang-orang yang menyimpang dari penyembahan dan ibadah yang benar dalam firmanNya yang bermaksud:
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
(Yassin: 60-61).
"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
(Yassin: 60-61).
Di antara kengerian hari kiamat yang dapat dilihat iaitu akibat buruk bagi orang yang menyimpang dari penyembahan dan ibadah yang betul, seperti yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda (bermakud):
"Pada hari kiamat Allah perintahkan neraka Jahannam, lalu keluar darinya leher yang panjang dan gelap sambil berfirman (bermaksud): “Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).” (Yassin: 59), Manusia saling berbeza dan ada di antara mereka yang berlutut – di mana Allah berfirman tentang keadaan itu: “Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan! (Al-Jatsiah: 28). "
Saya ingin bertanya; Bagaimana keadaan orang yang melanggar janjinya? Atau bagaimana orang yang melupakan janjinya?.
Jelasnya, ibadah adalah asas yang menjadi sebab Allah mengutuskan Rasul dan menurunkan Kitab suci. Allah SWT berfirman (bermaksud):
“Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku". (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, dengan sebab itulah maka mereka berpaling ingkar. Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu". (Al-Anbiya’: 24-25).
Dalam ayat lain Allah berfirman:
“Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah.” (Az-Zukhruf: 45).
Risalah Islam yang merupakan penutup dan kekal abadi telah menjelaskan sebab penciptaan makhluk. Ada di antaranya yang difitrahkan untuk beribadah seperti malaikat, dan di antaranya yang pertanggungjawabkan sesuai dengan sifat pembentukan dirinya, seperti jin dan manusia:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Az-Zariyat: 56)
Tambahan pula, ibadat yang ikhlas semata-mata kerana Allah menunjukkan kita telah memenuhi kewajipan bersyukur kepada Pemilik Nikmat Yang Maha Kuasa, kerana Allah yang menyediakan segala yang terdapat di dunia ini untuk manusia. Ayat-ayat yang menunjukkan tentang hal ini banyak terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah SWT bermaksud:
“Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin?” (Luqman: 20),
Selain manusia disuruh memerhatikan nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya, manusia juga disuruh melihat dirinya sendiri: "iaitu melihat pendengaran, penglihatan, bauan, atau pancaindera yang lain, kemudian nikmat pencernaan, dan kemudian nikmat pergerakan dan banyak nikmat-nikmat yang lain sehingga kematian, pengkebumian dan perkuburan dalam proses pengurusan jenazah yang berbeza dengan makhluk yang lain. Firman Allah SWT:
“Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?” (Az-Zariyat: 21).
Justeru ..Kitab-kitab yang turun dari Tuhan kita dan perutusan Rasul adalah untuk memperkenalkan ibadat yang bertujuannya untuk bersyukur kepada Pemberi Nikmat di atas nikmat kurniaanNya .. Oleh itu amat perlu kita memerhatikan dengan lebih mendalam tentang alam semesta dan diri sendiri sehingga hati menjadi tunduk dan dipenuhi dengan cahaya iman.
Tambahnya ibadah adalah perintah ilahi yang wajib dilaksanakan . Marilah kita perhatikan pesanan Allah SWT:
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.” (Al-Hijr: 98-99)
Menurut ahli Tafsir: Al-yakin ialah kematian.
Ini bermakna seorang muslim adalah mukallaf (dibebankan dengan tanggungjawab) sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw: iaitu beribadah kepada Allah dari permulaan hidupnya hingga akhir hayatnya dan kematian menjemputnya.
Kita rumuskan bahawa solat itu ialah tiang agama. Kewajipan ini tidak akan gugur dari hamba buat selama-lamanya. Satu riwayat dalam Sahih al-Bukhari dari 'Imran bin Husayn, ra bahawa Rasulullah saw bersabda (bermaksud):
"Solatlah dengan berdiri, dan jika anda tidak mampu tunaikanlah secara duduk, dan jika anda tidak mampu tunaikanlah secara berbaring." (Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majah dan Darqutni)
Ia juga dapat dilihat dalam banyak ayat-ayat seperti yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.” (Al-Baqarah: 21).
“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Al-Hajj: 77).
Oleh itu, perlaksanaan ibadah seperti yang diperintah dan ditaklifkan ini adalah tanda taat , tunduk dan cinta kepada Allah.
Justeru, ibadat kepada Allah merupakan Perjanjian Lama yang Allah ambil dari kita sejak azali dan kita telah mengakui perkara tersebut ke atas diri kita.Atas asas ini Allah telah mengutus Rasul dan menurunkan Kitab-kitab suci; untuk mengingatkan semula tentang janji kita, dan juga satu perintah yang datang dari Allah yang tidak boleh kita mengubahnya. Oleh kerana itu, kita telah terikat dan mesti melaksanakannya dengan betul. Sekarang kita berada di rumah Allah untuk mendirikan solat yang merupakan sebahagian dari ibadah.
Saya katakan, sesetengah daripada kita masih memisahkan antara ibadah yang dilakukan di dalam masjid dan ibadah yang dilakukan dalam kehidupan sebenar seperti memberi dan mengambil, solat dan urus niaga antara manusia. Ada setengahnya yang memahami kesyumulan Islam dalam semua aspek kehidupan. Mereka memulakan sesuatu dengan niat ibadah kepada Allah untuk memperolehi pahala.
Berwaspadalah dari salah faham ini, atau fahaman yang sempit ini. Kita minta pertolongan Allah supaya membetulkan niat dan mengikhlaskan hati; sehingga kita beroleh ganjaran terbaik, dimasukkan ke Syurga dan melihat wajah Allah SWT.
Di sini saya ingin memetik sebuah hadis; untuk membuktikan kepada kita bahawa ibadah meliputi di masjid dan di mana jua tempat kerja dan dalam semua aspek kehidupan. Namun sebelum itu mesti dimulai dengan niat yang ikhlas.
Riwayat dari Al-Bayhaqi, dan lafaz darinya. Dari Abu Dzar ra, dia berkata: Aku bertanya Rasulullah saw: Apakah yang dapat menyelamatkan seseorang daripada api neraka? Nabi berkata: "Beriman kepada Allah," Aku berkata: Wahai Nabi Allah, apakah amal selepas iman? Nabi berkata: "Anda mesti memberi (sedekah) kepada orang yang ditentukan nasib oleh Allah (sebagai orang miskin) " , Saya berkata, "Wahai Nabi Allah, orang-orang miskin tidak mempunyai apa-apa untuk memberi.” Kata nabi: "Menyuruh berbuat perkara yang baik dan melarang daripada berbuat kejahatan," Saya berkata: “Jika beliau tidak mampu menyuruh yang baik dan melarang daripada berbuat kejahatan.” Nabi berkata: " Orang yang lebih mahir mengajar orang yang tidak cekap dan yang tidak baik mutu kerjanya. " Saya berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana jika dia tidak baik mutu kerja.” Nabi berkata: "Berilah pertolongan kepada orang yang ditindas dan dizalimi." Saya berkata: “Jika dia lemah dia tidak boleh menolong orang yang ditindas.” Nabi berkata: "Apakah anda mahu biarkan teman anda tanpa melakukan salah satu ciri yang yang baik?! Sekurang-kurang membuang sesuatu yang menyusahkan orang (di jalanan)" . Saya berkata: Wahai Rasulullah, adakah melakukan perkara ini tetap melayakkannya ke syurga?” Nabi berkata: "Tiadalah bagi seorang mukmin dituntut melakukan salah satu ciri ini, melainkan tangannya akan diambil untuk dibawa sehingga ke dalam Syurga" .
No comments:
Post a Comment
Sila berikan komen anda