Oleh: Dr. Mohamed Mansour
Wasatiyyah ialah sifat semula jadi yang baik, cantik dan membahagiakan bagi orang yang mengamalkannya. Wasatiyyah bererti keseimbangan, kesederhanaan dan pertengahan tanpa berlebihan atau berkurangan dalam segala urusan hidup, antara tergopoh-gapah dan melambat-lambat, aktif dan tidak aktif, kerja dan rehat, berbelanja atau kedekut, panas dan sejuk, mental dan emosi, dan sebagainya.
Semua ini sudah tentu dalam perkara yang baik bukan dalam perkara yang buruk, seperti yang dinyatakan di dalam ayat (bermaksud):
“Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; (Al-A’raf: 157),
Oleh itu, sudah tentu tiada persamaan antara wasatiyyah yang baik dan buruk.
Allah SWT berfirman (bermaksud):
“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pertengahan, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).” (Al-Baqarah: 143),
As-Syahid Syed Qutb telah menghuraikan ayat di atas di dalam "Zilal Al-Quran" dengan kata-kata yang menyeluruh, beliau berkata: "Ianya adalah umat pertengahan yang layak memberi keterangan kepada umat manusia seluruhnya, untuk menegakkan keadilan dan kesaksamaan, dan meletakkan keseimbangan dan nilai-nilai ... Umat pertengahan dalam persepsi dan kepercayaan, tidak melampau dalam amalan kerohanian atau tenggelam dengan keseronokan kebendaan , tetapi mengikuti naluri atau fitrah itu .. dan memberi peluang percampuran tenaga hak bersepadu dari semua bekalan ... Umat pertengahan dalam pemikiran dan perasaan yang tidak jumud tentang apa yang diketahui dan menutup pintu-pintu percubaan dan pengetahuan. Begitu juga umat pertengahan ini tidak mengikut semua slogan dan menurut tradisi monyet yang ketawa, tetapi umat yang berpegang kepada semua pandangan, pendekatan dan usul mereka kemudian menimbangkan segala hasil pemikiran dan percubaan ... Umat pertengahan di dalam pengurusan dan penyelarasan yang tidak mengabaikan perasaan dan suara hati dalam seluruh hidupnya dan tidak mengabaikan undang-undang dan disiplin. . saling menggabungkan antara itu dan ini ... Umat pertengahan dalam hubungan dan ikatan yang tidak meninggalkan ciri-ciri dan keperibadian individu dan tidak mengenepikan jati dirinya dalam menurut jati diri dan kepribadian jamaah atau Negara .. menentukan tanggungjawab dan tugas yang menjadikan individu ini sebagai pembantu kepada jamaah, kerana jamaah adalah penjamin kepada seseorang individu dalam keserasian dan pemasaran .. ".
Ini mengukuhkan kenyataan Nabi saw dalam sebuah hadis mursal riwayat oleh Imam al-Bayhaqi dalam bab "Cabang iman":
" Perkara yang paling baik ialah pertengahannya. "
Untuk menambah kepada kenyataan ini dan menggabung semuanya, Rasulullah saw telah berpesan kepada kita dengan keseimbangan, pertengahan dan kesederhanaan, apabila baginda bersabda bermaksud: "Benarlah Salman," lantas Rasulullah telah berkata kepada Abu Darda’ r.a (bermaksud):
" Sesungguhnya atas Tuhanmu ada hak ke atas kamu, untuk badanmu ada hak ke atas kamu dan isterimu ada hak ke atas kamu. Maka peliharalah hak-hak(tanggugjawab) ini.” (HR. Bukhari).
Jelasnya, keseimbangan yang memenuhi segala keperluan manusia dari segi mental, spritual dan fizikal dalam semua detik-detik dan semua hal ehwal manusia, akan menghasilkan keselesaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat ..Allah berfirman yang bermaksud:
“dan Kami berikan balasannya yang baik di dunia; dan sesungguhnya adalah ia, pada hari akhirat, dari orang-orang yang soleh. (Al-Ankabut: 27)
Imam Ibn Kathir dalam Tafsirnya mengatakan: "Allah telah menggabungkan untuknya kebahagiaan di dunia ini yang bersambung kepada kebahagiaan di akhirat ..".
Sebaliknya, berlebihan atau berkurang pada kedua-duanya mendatangkan kecelakaan kepada pelakunya, iaitu kesusahan di dunia dan akhirat .. Dalam makan dan minum akan mendatangkan penyakit.. Dalam bekerja akan menjadi bebanan.. Dalam harta dan wang akan habis dibelanjakan..Dalam berinovasi dan mereka cipta akan menjengkelkan..Dalam berbelanja akan menjadi miskin..Dalam perasaan akan meresahkan .. Dan sebagainya.
Antara keseimbangan juga ialah mengambil pandangan yang sesuai untuk setiap situasi, yang akan menghasilkan keputusan terbaik dan menyenangkan dengan usaha yang paling minima dan terpantas. Mungkin ini adalah maksud yang paling kerap dan yang paling banyak digunakan untuk wasatiyyah atau pertengahan. Bukanlah bermakna selalu mengambil pendapat pertengahan antara dua pendapat!
Allah SWT memberi peringatan tentang hal tersebut secara tersirat:
“bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). (al-Fath: 29),
Mereka telah memilih pertengahan semasa mengambil pendirian yang sesuai pada setiap situasi dalam kehidupan mereka supaya memperolehi kebahagiaan yang sebenar di dunia dan di akhirat .. Imam al-Saadi dalam tafsir beliau tentang ayattelah berkata: "Allah telah menyatakan tentang Rasulullah saw dan para sahabatyang terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar bahawa mereka memiliki ciri-ciri yang lebih lengkap dan sifat-sifat yang lebih baik ..."
Justeru wahai para pendakwah yang menyeru manusia kepada Allah dan Islam yang merupakan umat pertengahan, dan yang menyeru manusia menjadi umat pertengahan hendaklah menjadi orang-orang yang seimbang dan bersederhana dalam bertindak dengan cara yang bersesuaian dalam perkataan dan perbuatan dalam perkara yang kebaikan, untuk membahagia dan menggembira hati semua orang di dunia dan akhirat mereka.
Tetrjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=363&ArtID=95267
No comments:
Post a Comment
Sila berikan komen anda