Saturday, December 3, 2011

Kemenangan..antara harapan dan kerja keras 2

Keperluan untuk Kemenangan dan kekuasaan (al-Tamkin):

Berikut ialah amalan atau tindakan yang melayakkan orang-orang mukmin mewarisi muka bumi. Perkara paling penting ialah:

1 - Takut kepada maqam Allah SWT. Orang-orang musyrikin telah mengancam utusan-utusan Allah, sama ada keluar dan pergi jauh dari negeri mereka atau kembali kepada agama mereka. Justeru, janji Allah kepada orang-orang mukmin ialah  menghancurkan orang-orang zalim dan penindas dan memberikan kemenangan dan keteguhan di muka bumi setelah mereka binasa;

فَأَوْحَى إِلَيْهِمْ رَبُّهُمْ لَنُهْلِكَنَّ الظَّالِمِينَ (13) وَلَنُسْكِنَنَّكُمُ الأَرْضَ مِن بَعْدِهِمْ
“Lalu Tuhan wahyukan, kepada Rasul-rasulNya: "Demi sesungguhnya! Kami akan membinasakan orang-orang yang zalim. "Dan demi sesungguhnya! kami akan tempatkan kamu di negeri itu sesudah binasanya kaum yang zalim itu;  (Ibrahim: 13-14),

Tetapi ini tidak berlaku melainkan;

لِمَنْ خَافَ مَقَامِي وَخَافَ وَعِيدِ
“balasan baik yang demikian, adalah bagi orang-orang yang takut akan sikap keadilanKu (menghitung amalnya), dan takut akan janji-janji azabKu". (Ibrahim: 14).

2 – Melaksanakan amal solih, perbuatan baik, tidak ragu atau mensyirikkan Allah; 

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka (fasiq).”  (An-Nur: 55),

Fasiq: Keluar daripada ketaatan kepada Allah .. Iaitu apabila mereka kufur ingkar dengan nikmat-nikmat Allah ini, maka mereka tidak akan beroleh kemenangan dan kekuasaan. Inilah yang berlaku. Benarlah Allah dan disokong oleh ayat: 

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Al-Hujurat: 15),

Inilah iman yang sebenar dan tulus serta keyakinan yang tidak goyah atau ragu-ragu, kemudian jihad itu sendiri membenarkan iman ini.

3 – Beriltizam dan menjaga adab dengan jamaah atau komuniti mukminin:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِذَا كَانُوا مَعَهُ عَلَى أَمْرٍ جَامِعٍ لَمْ يَذْهَبُوا حَتَّى يَسْتَأْذِنُوهُ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَأْذِنُونَكَ
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman ialah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, dan apabila mereka turut bersama-sama dengan Rasulullah dalam sesuatu perkara yang memerlukan perhimpunan ramai, tidaklah mereka meninggalkan majlis perhimpunan itu sebelum mereka meminta izin kepadanya.” (An-Nur: 62),

Ayat ini mengandungi; "Etika psikologi dan organisasi antara jamaah dan pemimpinnya, kerana tanpanya adalah kekacauan .. " (Zilal: 2534)

Rasulullah saw telah ditanya tentang “kejahatan”, bersabda: "Ada pemanggil-pemanggil ke gerbang neraka Jahannam sesiapa yang menjawab mereka, maka mereka akan melemparkannya ke dalam, " Lalu seorang sahabat bertanya:" Wahai Rasulullah, gambarkan keadaan mereka kepada kami. Lalu nabi berkata: Mereka adalah dari orang-orang yang sama kulit dengan kita  dan bercakap dalam bahasa kita. Sahabat itu bertanya lagi:" Apakah yang engkau ingin perintahkan supaya saya lakukannya? Rasulullah saw  berkata: "Engkau beriltizam dengan jamaah muslimin dan ketua mereka .. " Dari hadis Bukhari: Fitan: 7084. Muslim: Imarah: 1747,

فإن الله مع الجماعة وإن الشيطان مع من فارق الجماعة يركض
".... Sesungguhnya Allah bersama dengan jamaah, sedangkan syaitan berjalan bersama pemecah-belah jamaah"(Nasaie: Tahrim ad-Dam: 4027, Abu Dawud: 4762 dan lain-lain).

4 - Persediaan dan mengambil sebab:  

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan.” (Al-Anfal: 60),

ألا إن القوة الرمي
" Ingatlah, sesungguhnya kekuatan itu ialah memanah. "(Ahmad: 4 / 157 dan Muslim: Imarah: 1917),

Persediaan merangkumi semua bidang, bermula dari persediaan iman, ibadah, pendidikan, ketenteraan, ilmu, politik dan kewangan.

Rasulullah saw telah menghabiskan masa 3 tahun di Mekah untuk menyedia dan mempersiapkan orang-orang yang sanggup menanggung kesulitan dan cobaan. Orang-orang ini telah mendirikan negara Islam dalam diri mereka sendiri dari aspek akidah, akhlak dan ibadah, sebelum mereka mendirikan dalam bentuk sebuah Negara dan system pemerintahan.

Jelasnya, ketika di Mekah adalah masa untuk tarbiyyah dan persiapan. Ia adalah untuk meletakkan asas pada tunjangnya. Mementingkan aspek kualiti sebelum kuantiti. Tatkala  wilayah orang-orang Islam semakin luas dan ramai yang memeluk Islam terdiri dari mereka yang tidak mendapat tarbiyyah, maka terjadilah kecacatan dan timbul fenomena kelemahan, seperti yang berlaku dalam Peperangan Hunain, kemudian Tabuk. Orang-orang Islam sedar bahawa mereka tidak akan menang dengan jumlah mereka yang ramai atau kelengkapan mereka yang banyak. Meskipun jumlah mereka yang sedikit dan kelengkapan mereka yang serba kekurangan, tetapi mereka sedar bahawa mereka akan menang dengan iman dan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Jikalau mereka mengabaikan sebab yang tunggal ini, mereka pasti akan kalah. Inilah yang terjadi dalam Perang Uhud:

حَتَّى إِذَا فَشِلْتُمْ وَتَنَازَعْتُمْ فِي الأَمْرِ وَعَصَيْتُم
“sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah).” (Ali-Imran: 152).

Tugas selepas kemenangan dan kekuasaan:

Tugas tidak akan berakhir dengan kejayaan mendapat pemerintahan (khilafah) kerana tanggungjawab dan beban semakin bertambah dan sangat penting untuk dipertahankan nikmat ini yang mewajibkan bersyukur dan terus bekerja. Firman Allah SWT: 

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Al-Hajj: 41),

Dan tatkala Bani Israel telah selamat dari penindasan Firaun, Nabi Musa berkata kepada mereka;

عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُهْلِكَ عَدُوَّكُمْ وَيَسْتَخْلِفَكُمْ فِي الأَرْضِ فَيَنظُرَ كَيْفَ تَعْمَلُونَ
"Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?"  (Al-A’raf: 129)

Bagaimana yang anda lakukan selepas itu, adakah merosakkan atau memperbaikinya? Kesinambungan kemenangan dan kekuasaan berkait rapat dengan amal atau kerja dan jihad atau perjuangan. Jika tidak, sudah pasti hanya kehancuran.

Sebab kemenangan dan kekuasaan hancur:

Kemenangan menjadi hancur apabila hilangnya keperluan dan syarat-syarat yang lepas serta sebab-sebab yang lain. Antaranya:

1 – Meninggalkan jihad: Terdapat di dalam sebuah hadits mengenai seorang lelaki yang mendapatkan musuh. Lalu berkata; Tiada Tuhan selain Allah, ada golongan yang mencampakkan dirinya kepada kehancuran. Kata Abu Ayyub al-Ansari seorang sahabat besar; “Ayat ini diturunkan kepada kita golongan Ansar setelah Allah menolong nabiNya dan memenangkan Islam. Kami katakan; Marilah kita tunaikan hak harta kita dan menyempurnakan kewajipannya (berzakat). Lalu turun ayat; "dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)” : Mencampakkan diri kepada kehancuran ialah apabila hanya menunaikan hak harta kita dan menyempurnaknnya, tetapi meninggalkan jihad. Oleh sebab itu, Abu Ayyub terus berjihad di jalan Allah hingga beliau dikebumikan di Konstantinople" (Abu Dawud: Jihad: 5212, al-Tirmidzi: Tafsir: 2972 ​​Bertaraf Hassan Sahih).

Kehancuran itu disebabkan terlalu memburu harta benda dan meninggalkan jihad di jalan Allah .. Di dalam sebuah hadits:

"إذا ضن الناس بالدينار والدرهم، وتبايعوا بالعين واتبعوا أذناب البقر وتركوا الجهاد في سبيل الله أنزل الله بهم بلاء فلا يرفعه عنهم حتى يراجعوا دينهم
“Jika manusia bakhil dengan dinar dan dirham, berjual beli secara “bai’ ul-innah” sambil memegang ekor lembu serta meninggalkan jihad di jalan Allah Allah, nescaya Allah akan menurunkan bala bencana kepada mereka. Bencana itu tidak akan diangkat, hinggalah mereka kembali kepada agama mereka." (Ahmad 2/28: 4825 Bertaraf Sahih)

Dan riwayat lain:

إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِينَةِ وَ أَخَذْتُمْ أَذْنَابَ الْبَقَرِ وَرَضِيتُمْ بِاالزَّرْعِ وَتَرَكْتُمْ الْجِهَادَ سَلّطَ اللهُ عَلَيْكُمْ ذُلاَّ لاَ يَنْزَعُهُ عَنْكُمْ حَتَّى تَرْجِعُوا إِلَى دِينِكُمْ
“Jika kamu telah berjual beli dengan sistem “baiiul ‘innah” sambil memegang ekor lembu dan ridha dengan pekerjaan bertani serta meninggalkan jihad (dijalan Allah), niscaya Allah akan menjadikan kehinaan menguasai kamu, Dia tidak akan mencabutnya dari kalian, hingga kalian kembali kepada agamamu.” (Abu Dawud: 3462).

2 – Tidak bertakwa kepada Allah dan banyak melakukan dosa: Ini kerana kehancuran bangsa-bangsa terdahulu adalah disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan. Firman Allah SWT:

فَأَهْلَكْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ
“kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka,” (Al-An’am:  6),

Dan juga kerana tentera Islam tidak akan menang ke atas musuhnya melainkan mereka meninggalkan dosa dan maksiat, sebagaimana pesanan Omar bin al-Khattab kepada  Saad bin Abi Waqqas ra ketika bersiap untuk bertempur dalam peperangan di Iraq, di mana ia berkata: Saya berpesan kepada engkau, bertakwalah kepada Allah. Aku perintah engkau dan orang-orang yang bersama engkau supaya lebih berhati-hati dari melakukan dosa daripada berhati-hati dengan musuh engkau, kerana dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih ditakuti daripada musuh mereka. Ini disebabkan kemenangan tentera Islam adalah disebabkan dosa dan maksiat musuh kepada Allah. Oleh itu, jika kita tenggelam dalam dosa dan maksiat, sudah tentu musuh memiliki kelebihan dari segi kekuatan ke atas kita. Sudah pasti kita tidak akan menang dan tidak akan mampu menewaskan mereka dengan kekuatan kita. Cukuplah dengan ini; 

ربَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.  (Ali-Imran: 147),

Akhirnya marilah kita memuji Allah Tuhan sekalian alam.

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=76743&SecID=0
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top