Oleh:
Sheikh Ahmed Hassanein
Orang yang benar-benar berpuasa baginya pahala yang besar:
"Melainkan puasa kerana puasanya itu adalah untuk-Ku dan
Akulah yang akan memberi ganjaran untuk itu".
Puasa bulan Ramadan adalah salah satu rukun yang tertegak di
atasnya Islam. Bagi orang berpuasa diberikan ganjaran yang hebat:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan
harapan ganjaran akan akan diampunkan dosa-dosa sebelumnya beliau" (HR. Bukhari
dan Muslim daripada Abu Hurairah ra).
Orang-orang yang berpuasa adalah golongan yang akan memasuki Syurga
dari pintu al-Rayyan sebagaimana sabda Rasulullah saw (bermaksud):
"Untuk orang yang berpuasa baginya pintu di syurga yang
dinamakan ar-Rayyan di mana tidak dapat dimasuki oleh selain orang yang
berpuasa. Maka apabila telah masuk orang yang terakhir dari mereka ditutuplah
pintu syurga itu." (Muttafaq Alaih).
Imam al-Tirmidhi telah menambah: "Orang yang dapat masuk tidak
akan dahaga selamanya."
Dan daripada Ibn Khuzaymah: "Orang yang masuk akan diberikan
minuman. Orang yang meminumnya tidak akan dahaga selamanya." (HR.
Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Khuzaimah daripada Sahal bin Saad ra.
Ganjaran yang besar ini mestilah datang daripada suatu amal yang besar
di mana tidak cukup hanya seseorang itu
menahan lapar dan nafsu semata-mata. Rasulullah saw telah menjelaskan hakikat ini
dengan berkata (bermaksud):
"Sesiapa yang tidak meninggal berkata dusta (menipu) dan terus
melakukannya, Allah tidak memerlukan beliau (untuk menerima puasanya) sekalipun
beliau meninggalkan makan dan minumnya," (HR. Bukhari)
Menurut Imam Baidhawi: "Bukanlah tujuan disyariatkan puasa hanya
menahan lapar dan dahaga, tetapi mestilah diikuti dengan membendung syahwat dan
nafsu ammarah (nafsu yang cenderung kepada keburukan) agar tunduk kepada nafsu
mutmainnah (nafsu yang cenderung kepada kebaikan). Oleh itu, jika hal ini tidak tercapai Allah
tidak akan melihat kepadanya dengan pandangan penerimaan kerana beliau
menafikan sebab dan hanya mahukan akibatnya. WaWallahu
a’lam (Allah lebih mengetahui). Dapat difahami bahawa perbuatan-perbuatan ini
akan mengurangkan pahala puasanya. Hadith ini telah menyatakan dua perkara: 1: Puasanya
bertambah buruk atas sebab selainnya (iaitu berkata dusta semasa puasa) dan
II:. Mencari langkah-lanagkah untuk kesejahteraan puasa kerana puasa yang
selamat daripada berkata dusta dapat mencapai kesempurnaan puasanya "
Jabir ra berkata: “Jika kamu berpuasa, maka berpuasalah pendengaranmu,
penglihatanmu dan lidahmu daripada berdusta, perkara-perkara yang diharamkan, meninggalkan
perbuatan yang memudaratkan jiran, tetapi kamu hendaklah betul dan tenang semasa
puasamu dan janganlah pada masa kamu berpuasa sama seperti hari-hari bukan
puasa.”
Ibadat sehingga ke tahap ini dalam Islam dan baginya ganjaran yang besar ini memerlukan pelakunya
mengetahui hokum-hakam puasa dan keadaan orang-orang yang berpuasa supaya tidak
menipu diri dan syaitan tidak menipunya yang menyangka bahawa dia berpuasa dengan
menahan lapar dan mengekang syahwat sedangkan pada hakikatnya dia telah
terbatal kerana berdusta, mengumpat dan mengata ... Dan sebagainya.
Buat orang-orang yang berpuasa saya nyatakan beberapa sifat yang diperlukan
bagi setiap orang yang berhasrat untuk masuk syurga dari pintu ar-Rayyan:
1. Puasa orang bertakwa:
Firman allah SWT (bermaksud):
“Wahai orang-orang yang
beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu
daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)
Puasa orang bertakwa ialah orang mendapatkan bekal diri mereka
dengan ketakwaan melalui puasanya. Orang yang tidak mendapatkan bekal dari
puasanya, maka dia harus mengetahui bahawa dia tidak sedar hakikat puasa dan
tidak mendapat hasil daripada puasanya.
Daripada Ibnu Mas'ud yang berkata pada satu hari kepada anak
saudaranya, "Wahai anak saudaraku, apakah kamu nampak tentang kebanyakan
orang?!" Beliau berkata: Ya. Ibn Ma’sud berkata: Tidak ada kebaikan
pada mereka, melainkan bertaubat dan bertakwa.
Abu Yazid al-Bustami berkata: "Orang yang bertakwa ialah orang yang apabila dia berkata, dia berkata kerana Allah, dan apabila dia beramal, dia beramal kerana Allah".
Umar ibn al-Khattab ra telah bertanya kepada Ubayy ibn Ka'ab ra tentang
takwa. Dia berkata: Adakah anda pernah melalui jalan yang berduri? Beliau
berkata: Ya. Umar berkata: Apa yang engkau lakukan? Beliau berkata: Saya berhati-hati dan mengelak daripada terkena duri. Lalu Umar berkata:
Itulah yang dimaksudkan takwa.
2 – Puasa orang yang bertemankan al-Quran: Terutama di bulan
Ramadan yang merupakan bulan al-Quran. Jibril bertadarus bersama Nabi saw pada setiap
malam Ramadan. Orang benar-benar berpuasa tidak terhad kepada pembacaan huruf-huruf
Al-Quran, bahkan membacanya sebagai zikir dan mengkaji sebagai pemahaman,
berdoa dengan ayat-ayatnya, mengamalkan isi kandungannya dan berakhlak dengan
akhlaknya.
Bulan Ramadan tidak mencapai kedudukan tertinggi melainkan dengan
Al-Quran itu:
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk
bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan
petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
(Baqarah: 185)
Firman Allah SWT bermaksud:
“Kami telah turun al-Quran
pada malam yang diberkati”. (Ad-Dukhan: 3)
Dan menjadikan beribadah pada malam turunnya lebih baik daripada
seribu bulan. Oleh itu, bagi orang yang berpuasa di bulan Ramadan perlu
menyediakan program khas dengan Kitab Allah melalui bacaan, hafalan, tadabbur
dan doa. Ya Allah jadikanlah kami tergolong ke dalam ‘ahlul Quran’.
3 - Puasa orang yang sabar: Tidak marah kepada dirinya sendiri atas
sebab-sebab yang remeh, tidak melakukan kemudaratan kepada orang lain pada
harta, diri atau kehormatannya.
Sabda Nabi saw bermaksud:
"Apabila ada salah seorang kamu di suatu hari sedang berpuasa,
maka janganlah berkata-kata keji (kotor), jangan berlaku jahil dan jika ada
seseorang memakinya atau mahu membunuhnya maka katakanlah sesungguhnya aku
sedang berpuasa" (HR. Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)
Bagaimana ia tidak boleh bersabar padahal Allah telah berbesar hati
menyediakan untuknya di bulan kesabaran semua sebab rahmat sehingga syaitan pun
dirantai, dibuka pintu-pintu rahmat dan ditutup pintu-pintu neraka dan melalui
puasanya akan melemahkan syahwatnya sendiri. Justeru, adakah selepas ini ia masih
tidak meningkatkan kesabaran di bulan Ramadan? Ya Allah, kurniakanlah kepada
kami nikmat kesabaran dan masukkanlah kami ke dalam golongan hamba-hamba-Mu
yang sabar.
4 – Puasa orang yang membesarkan Allah dan bersyukur:
Firman Allah SWT bermaksud:
“Dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan
supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah: 185)
Ia selalu membesarkan Allah dalam perkataan dan perbuatannya. Maka
‘Allahu akbar’ adalah zikirnya, seruan azannya untuk solat, pendekatannya dalam
pertempuran dengan nafsu dan syaitan. Oleh itu, ‘Allahu akbar’ adalah antara
keseronokan dunia dan perhiasannya, dan lebih besar daripada isteri dan anak-anak,
lebih besar daripada yang jawatan dan gelaran. “Allahu akbar, Allahu akbar
walillah il-hamd” (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya
bagi Allah).
Kemudian puasa orang yang bersyukur dan kesyukuran terbina di atas lima
peraturan:
* Ketundukan orang yang bersyukur kepada yang disyukuri. Mengaitkan
nikmat kepada Pemberinya dengan merasa tenang kepadaNya.
* Cintanya kepada Allah. Nabi Sulaiman as berkata: “Mengingati
nikmat akan mewarisi kecintaan.”
* Pengakuannya dengan nikmat kurniaan Allah dan pengetahuannya
tentang nikmat dan penerimaan tentangnya.
* Pujiannya kepada Allah dengan nikmat yang diterima dan menyedari
sifat pemurah, mulia, baik hati, ihsan dan keluasan pemberian-Nya.
* Tidak menggunakan nikmat dalam perkara dibenci-Nya.
Justeru, kepada para hamba-Nya adakah wajar Allah memurkai
sebahagian mereka yang berpuasa dan tidak meredhai mereka dengan rezeki mereka
dan banyak membuat pengaduan kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya dari Allah kita
datang dan hanya kepada-Nya kita kembali.
5 – Puasa orang yang pada malamnya mendirikan solat: Beliau bukanlah
orang mengisi malamnya dengan menonton TV untuk melihat apa yang telah dilarang
oleh Allah, dan menjaga malamnya dalam majlis-majlis yang melalaikan, menyeronokkan,
mengumpat dan mengata orang kerana ia akan merosakkan puasa siang dengan dosa yang
dilakukan pada malam hari.
Rasulullah saw bersabda (bermaksud):
"Barangsiapa yang mendirikan solat di waktu malam di bulan Ramadan dengan penuh iman dan
ihtisab, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari dan
Muslim)
Diriwayatkan di dalam dua Kitab Sahih tentang Nabi saw, "Bahawa
Rasulullah solat di waktu malam sehingga kedua kakinya menjadi bengkak. Lalu
baginda ditanya: "Adakah anda melakukan ini sedangkan Allah telah mengampunkan
dosa-dosa anda yang lepas dan akan datang? "Baginda saw menjawab: "Bukankah
aku termasuk di kalangan hamba yang bersyukur" (HR. Bukhari dan
Muslim) .
6 – Puasa orang yang pemurah:
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim daripada Ibn Abbas:
“Rasulullah saw adalah manusia yang paling pemurah, maka dia akan
lebih pemurah di bulan Ramadan.”
Dalam Sahih Muslim bahawa Anas berkata:
“Tidaklah Rasulullah saw ditanya sesuatu tentang Islam melainkan
baginda akan memberikan jawapannya. Maka datang seorang kepadanya lalu nabi
memberikan kepadanya kambing antara dua bukit. Dia kembali
kepada kaumnya. Dia berkata: “Wahai kaumku, masuklah ke dalam agama Islam, kerana
Muhammad akan memberikan sesuatu seperti tidak takut menjadi miskin." Puasa
orang yang bersifat pemurah semasa di rumahnya bersama keluarga, saudara-mara dan dengan
jiran-jirannya. Kehidupannya penuh kemurahan hati di dalam menyumbangkan ilmu
dan harta, mengorbankan dirinya kepada Tuhan demi mempertahankan agamanya dan mendatangkan
manfaat kepada semua hamba melalui pelbagai cara seperti memberikan makan
kepada yang lapar, menunjuk ajar kepada yang jahil, memenuhi keperluan mereka
dan meringankan kesusahan hidup mereka.
7 – Puasa orang yang memiliki kemahuan yang kuat: Puasa adalah pendidik
terbesar kepada kemahuan dan penahan diri daripada menuruti nafsu. Orang yang
berpuasa menjadi seorang yang merdeka untuk melakukan apa yang diyakini baik.
Tidak menjadi hamba kepada syahwat, tidak menjadi tawanan hawa nafsu dan tidak
menjadi lemah di hadapan penzalim atau fitnah.
Ar-Rafii berkata: "Di sini terbukti hikmah terbesar daripada
hokum puasa, iaitu peranannya dalam pentarbiahan kemahuan dan pengukuhannya
melalui teknik praktikal ini yang melatih orang puasa untuk menahan diri dengan
pilihannya sendiri daripada keinginan syahwat, yang berkeras untuk menahan, yang
bersedia dengan keazaman, yang sabar dengan akhlak kesabaran, yang
mempraktikkan semua itu dengan cara psikologi yang terbaik untuk memperolehi
idea yang tetap, teguh, tidak berubah dan tidak semata-mata naluri.
8 – Puasa orang yang merebut masanya: Masa adalah nikmat yang akan ditanya
pada hari kiamat. Orang Islam hendaklah prihatin untuk merebutnya. Ibn Mas'ud
berkata: "Tiada yang paling aku kesali semasa matahari telah tenggelam, iaitu
ketika tempoh ajalku yang semakin berkurangan sedang amalan ku masih belum
bertambah." Kata Hasan al-Basri: "Wahai anak Adam. Sesungguhnya anda
adalah umpama hari. Jika satu hari telah berlalu, maka sebahagian dirimu telah
berlalu." Beliau juga berkata: “Aku mengenali satu kaum di mana mereka
begitu mengambil berat soal dirham dan dinar daripada kamu.”
9 - Puasa orang yang aktif dan berjihad: Puasa akan mendorong orang
yang beriman untuk beramal dengan cergas dan menggesanya untuk jihad. Sejarah
telah menyaksikan beberapa penaklukan umat Islam dalam bulan Ramadan. Di
antaranya ialah peperangan Badar, penaklukan kota Mekah, pembukaan kepulauan
Rhodes dan pembukaan Andalus. Oleh itu, sepatutnya puasa akan meningkatkan
aktiviti, pergerakan dan kecergasan seorang muslim. Manakala orang yang malas
dan penat atas alasan berpuasa, maka ianya bukan hasil ruh dan hakikat puasa.
10 – Puasa melembutkan hati, belas kasihan kepada golongan miskin,
menyantuni jiran dan berakhlak baik. Al-Kastalani berkata – yang menegaskan
tentang hasil berpuasa - : “Melembutkan hati dan menitiskan air mata. Inilah
punca-punca kebahagiaan, sedangkan kekenyangan menghilangkan cahaya pengetahuan,
menggantikan dengan kekerasan dan perkara haram."
Bagaimana tidak boleh menjadi lembut, belas kasihan dan penyayang pada
siangnya ketika ia berpuasa dan hidup di bawah naungan al-Quran melalui bacaan
dan hafalan, dan malamnya beribadah dengan penuh khusyuk kepada Penciptanya dan
adakah semua ini tidak mampu menghasilkan akhlak yang baik?
Terjemahan daripada http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=115088&SecID=363
Salam ustaz. Tolong semak terjemahan..mengenai hadith ini: Maka datang seorang kepadanya lalu Nabi memberikan kepadanya 1 kambing biri-biri di antara dua gunung. Dia kembali kepada kaumnya. Dia berkata: “Wahai kaumku, masuklah ke dalam agama Islam, kerana Muhammad akan memberikan sesuatu seperti tidak takut menjadi miskin.
ReplyDeleteHanya 1 kambing biri-biri di antara dua gunung? Macam tertinggal sesuatu. Jzkkk. ws.
Waalaikum salam. Jzkk kepada akhi Malaysia Baru yang telah membuat teguran. Insya Allah saya cuba memperbetulkannya.
ReplyDelete