Sunday, May 19, 2013

Antara Kesan Rabbaniah terhadap individu dan masyarakat


Oleh: Dr. Wasfi Ashour Abu Zaid

Jika seorang hamba telah berjaya mencapai makna-makna rabbaniah dan intipati-intipatinya, maka sudah pasti akan memberikan yang kesan besar terhadap dirinya dari segi: rohani, minda dan tubuh badan, sebagaimana ianya memberikan kesan yang besar kepada masyarakat.

Alangkah baiknya bagi seorang insan apabila menghayati makna-makna rabbaniah dalam dirinya di semua peringkat pastilah ia akan memperoleh keberkatan dalam semua perkara: keberkatan dalam pemikiran, keberkatan dalam harta, keberkatan dalam keluarga, keberkatan dalam kesihatan, keberkatan dalam produktiviti, keberkatan kepada anak-anak, keberkatan dalam umur dan amal.

Di dalam sejarah fikrah dan manhaj, berapa ramai orang yang telah hidup dengan umur panjang kemudian kematian menjengah, namun tidak dirasai kehadiran mereka seorang pun atau mendengar mereka memberi tumpuan bidang-bidang tertetu. Berapa ramai ulama. pendakwah dan reformis yang hidup dalam umur yang pendek tetapi jejak mereka, suara mereka dan kesan mereka terhadap orang-orang yang datang kemudian daripada mereka tidak boleh diukur dengan umur mereka yang  singkat.

Lihatlah penghulu sekalian manusia dan kekasih Allah, Rasulullah saw yang hidup selama dua puluh tiga tahun selaku umur dakwah di Mekah dan Madinah. Dalam tempoh dua dekad dakwah di Mekah dan Madinah ini telah mengubah wajah bumi dan menukar perjalanan dunia, membentuk sejarah baru di rantau ini dan seluruh dunia. Gegaran yang menyebabkan dunia terus kebingungan sehingga sekarang, yang terbina siasah dan pandangan-pandangan serta pelbagai peristiwa di timur dan barat.

Lihatlah Abu Bakar, Omar dan seterusnya .. Betapa mereka berdua telah memperolehi pelbagai pencapaian, betapa mereka meninggalkan pelbagai kebaikan dan petunjuk, dan betapa mereka telah menjadikan Islam menang dan tersebar.  Namun, adakah anda telah membandingkan tempoh keseluruhan pemerintahan mereka atau kehidupan mereka itu sudah memadai atau telah cukup! Ya Allah, tentulah tidak.

Lihatlah Imam Shafei (150-204H) yang hidup selama lima puluh empat tahun. Beliau telah mengasaskan sebuah mazhab yang lengkap di mana kerananya masih ramai yang menyembah Allah sehingga sekarang. Beliau telah menulis buku-buku dalam bidang usul fiqh, usul hadith dan fiqh di mana masih ramai pakar-pakar dalam bidang ini bergantung kepadanya. Tidak terdapat permulaan yang kukuh dalam mana-mana ilmu seperti mana permulaan Shafi'i dalam bidang usul fiqh dan usul hadith.

Lihatlah Sibawih yang hidup selama tiga puluh dua tahun. Beliau telah meninggalkan kita "buku" yang merupakan salah satu rujukan utama dalam bidang ilmu bahasa sehingga sekarang.

Lihatlah Imam al-Nawawi, yang hidup selama empat puluh tahun lebih. Beliau telah meninggalkan warisan berbentuk pendidikan dan fiqh yang boleh menjadi program untuk mewujudkan ulama, pendidik dan fuqaha. Dimulai dengan Hadith Empat Puluh Imam Nawawi, diteruskan dengan al-Azkar, Riyadus- solihin, Syarah Sahih Muslim, al-Minhaj, ar-Raudhah, at-Taqrib wa al-Taisir, dan disudahi dengan al-Majmu’ yang merupakan pembukuan terbesar tentang fiqh as-Shafi'e dan fiqh al-Muqaran (perbandingan).

Lihatlah kepada Abdul Hamid Bin Badis, yang hidup selama lima puluh satu tahun. Beliau telah bangun menentang penjajahan, mengepalai pergerakan jihad, mengasaskan kesatuan bagi para ulama yang membaharui, bekerja keras, berkembang, dan berterusan sehingga sekarang. Beliau telah meninggalkan kesan yang masih memberi manfaat kepada umat Islam sehingga hari ini.

Kemudian lihatlah kepada Imam Hassan al-Banna, yang hidup selama empat puluh dua tahun. Beliau telah mengasaskan pergerakan yang memenuhi dunia dan menyibukkan manusia. Kini pergerakannya mempunyai pengikut dan terkenal di seluruh dunia. Tidak ada kampong, desa atau bandar melainkan di sana terdapat Ikhwan Muslimin .. Beliau telah membaharui Islam dan  mengangkat sebutan Allah, mengembalikan identitinya dan membetulkan salah faham. Beliau telah mendidik “rijal” yang memimpin inovasi dalam pemikiran, ijtihad dalam fiqh dan rasionalisasi dalam berdakwah, dan memudahkan dalam berfatwa. Harapan hari ini berkait rapat dengannya  dan para aktivisnya selepas peristiwa Arab Spring .. Dan lain-lain dan lain-lainnya.

Inilah keberkatan dalam umur, ilmu, amal, pekerjaan dan kesan yang diperkuatkan melalui kenyataan imam rabbani Ibn Ata’illah apabila beliau berkata: "Kadang-kadang umur yang luas jangkauannya dan sedikit bekalannya. Kadang-kadang umur yang sedikit jangkauannya dan banyak bekalannya. Sesiapa yang diberkati pada umurnya itu, maka dalam tempoh masa yang singkat itu dia sedar tentang anugerah dan pemberian yang tidak perlu kepada ungkapan dan memerlukan suatu petanda. "

Inilah rabbaniah yang diwariskan di dalam jiwa orang mukmin kerehatan pada ketika orang lain tidak lagi berasa rehat, ketenangan pada ketika orang lain cemas, ketenteraman fikiran pada ketika orang lain bimbang, dan keamanan pada ketika orang lain takut .. Ia seorang hamba yang tergantung kepada Tuhannya, beramal di dalam kehidupan ini sambil menunggu untuk pertemuan dengan Tuannya tidak yang lain-Nya .. Abu Bakar al-Kattani berkata seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Qayyim di dalam "al-Madarij as-Salikin": "Timbul suatu masalah tentang kasih sayang di Mekah pada hari-hari musim haji. Ramai guru yang bercakap tentangnya. Al-Junied adalah termuda di kalangan mereka ketika itu. Mereka berkata: Berikanlah wahai Iraqi apa yang ada padamu. Lalu beliau mengangkat kepala dan menitiskan air matanya. Kemudian berkata: Seorang hamba meninggalkan kepentingan dirinya sendiri, yang berhubung dengan mengingat Tuhannya, bangun menunaikan hak-hak-Nya, memandang Allah dengan hatinya, kehebatan cahaya Allah membakar hatinya, gelas kasih sayang-Nya membersihkan minumannya dan keagungan Allah terbuka dari singkapan ghaib untuknya. Oleh itu, jika ia bercakap hanya kerana Allah, jika bertutur hanya dari Allah, jika bergerak hanya berdasarkan perintah Allah, jika berdiam hanya bersama Allah. Maka dia hanya kerana Allah, untuk Allah dan bersama Allah .. Lalu menangis para guru dan berkata: Apa yang ada ini telah cukup. Terima kasih wahai orang yang memiliki mahkota pengetahuan ".

Manakala rabbaniah di dalam masyarakat akan mewariskan kesatuan, kekuatan dan perpaduan, dekat dengan Allah dan takwa kepada-Nya, kerapian kerja, dan perhatian kepada pembelaan  kepentingan rakyat dan memenuhi keperluan mereka .. Sebuah masyarakat yang rabbani tidak mungkin sampai bila-bila wujud orang-orang yang rasuah, kejam, pembunuh atau penyamun; kerana warganya tidak boleh hidup tanpa merasai pertemuan dengan Allah, ia akan kembali kepada-Nya, dan ia akan dipertanggungjawab dan dipersoalkan, sama ada ia ke syurga selama-lamanya atau ke neraka selama-lamanya.



Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

1 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top