Oleh: Dr. Ahmad Hassan
Rijal bukanlah jantina manusia tertentu, tetapi sifat yang disebut ke atas lelaki dan perempuan yang mencapai syarat-syarat tertentu. Perbezaan antara lelaki dan perempuan jelas kerana setiap lelaki adalah ‘muzakkar’ dan bukan semua ‘muzakkar’ itu lelaki. Ada ‘muzakkar’ untuk serangga dan ada untuk haiwan.
Makna “Tarajjulu Fulan” iaitu ia berjalan di atas kedua kakinya, bergantung kepada dirinya sendiri dan bukan kepada binatang tunggangan (kuda).
وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالا
“Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang dengan berjalan kaki”. (Al-Hajj: 27)
Contoh lain: “Irtijal”. Maknanya ialah membuat sesuatu tanpa pangalaman silam dan hanya bergantung kepada dirinya sendiri.
Terdapat perkataan “rajul” dan kata asalnya di dalam Al-Quran:
1. Tidak ada pengulangan di dalam Al-Quran
2. Setiap kali muncul istilah di dalam Al-Quran membawa makna yang baru.
Sifat Rijal
1. Tempat utama bagi rijal ialah masjid
فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ (36) رِجَالٌ
““(Cahaya itu) di rumah-rumah yang di sana telah diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebut namaNya, di sana bertasbih (menyucikan) namaNya pada watu pagi dan petang. Orang-orang yang…”.(An-Nur:36-37)
Seolah-olah keadaan rijal ialah golongan yang sentiasa memelihara solat ketika diseru melalui azan supaya berjamaah di masjid. Malah ingin saya jelaskan kepadamu – wahai saudaraku yang dikasihi – bahawa seseorang yang menjauhkan diri dari masjid dan meninggalkan solat berjamaah bukan sahaja menghilangkan sifat rijal bahkan melayakkannya masuk ke dalam pintu-pintu nifaq. Lihatlah kepada Ibn Mas’ud r.a ketika beliau menggambarkan keadaan salafussaleh: “Kamu lihat kami ialah satu golongan yang tidak pernah meninggalkannya – yang dimaksudkan ialah solat berjamaah – melainkan golongan yang meninggalkannya itu termasuk golongan munafik yang diketahui sebagai sifat nifaq. Lalu seorang lelaki datang membawa dan memimpin orang yang meninggalkan jamaah hingga berdiri dalam saf jamaah solat”. (Muslim)
Di masjid-masjid yang terdapat para rijal didalamnya telah Allah gambarkan dalam firmanNya:
لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ المُطَّهِّرِينَ
“Sungguh, masjid yang dibina di atas asas takwa, sejak hari pertama adalah lebih layak engkau melakukan solat di dalamnya. Di dalamnya ada orang yang ingin membersihkan diri. Allah menyukai orang-orang yang bersih”.
(Al-Taubah: 108)
Al-Quran menyatakan dengan jelas tentang sifat masjid yang sebenarnya iaitu didirikan di atas asas takwa. Tidak seperti Masjid Dhirar yang pernah diperangi oleh Islam kerana menyebarkan nilai yang bukan nilai agama dan para musuh menggunakannya sebagai tempat menyebarkan pemikiran yang merosakkan.
Di masjid para rijal tidak mengharapkan sesuatu kecuali keredhaan Allah Taala, di dalamnya juga para rijal tidak meniupkan semangat perkauman sempit atau puak-puak tertentu dan bukan mahu mengumpulkan kekayaan duniawi. Firman Allah:
وَأَنَّ المَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلاَ تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا
“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah untuk Allah.Maka jangnlah kamu menyembah apapun di dalam selain Allah”. (Al-Jin: 18)
Bukankah rijal yang dimaksudkan ini tergolong ke dalam salah satu daripada tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di hari Kiamat nanti pada hari tiada naungan kecuali naungan Allah sahaja. Dari hadis Abu Hurairah r.a bahawa Rasul saw telah bersabda:
“…….lelaki yang hatinya terlekat kepada masjid..”(Bukhari dan Muslim)
Para mukmin sangat perlu mendapatkan makanan daripada ‘mata air yang segar’ ini sebagai bekalan di atas jalan, minuman semasa dahaga ketika berhijrah, bekalan di kala terputus bekalan, sumber kekuatan di kala kekuatan mulai lemah.
Lihatlah rasul saw ketika berhadapan dengan suasana tidak menentu baginda akan menunaikan solat sungguhpun baginda mempunyai hubungan yang erat dengan Tuhannya.
Hingga pada saat akhirnya ketika di dalam jiwa perasaan bimbang. Baginda akan bergegas ke masjid dengan kedua kaki . Menurut seorang periwayat; aku lihat seolah-olah kedua kakinya melangkah dengan susah payah. Salah seorang dari mereka berkata: Aku turut sama solat berjamaah. Lantas Abu Ishak al-Bukhari menghiburkanku berseorangan sambil berjenaka; Seandainya kematian mendekati ku hiburkanlah ku dengan kelahiran lebih daripada 10,000 orang pengganti, kerana musibah agama lebih hina daripada musibah dunia”.
2. Hidupnya sentiasa bergantung kepada akhirat
﴿بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ (36)رِجَالٌ لاَّ تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلاَ بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَلاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ القُلُوبُ وَالأَبْصَارُ (37﴾
“…pada watu pagi dan petang. Orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli dari mengingati Allah, melaksanakan solat dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang (Hari Kiamat).”(An-Nur: 36-37)
Keutamaan para rijal ialah kehidupan akhirat dan persiapan menghadapinya. Justeru mereka mengelokkan urusan dunia mereka, hati-hati mereka dan keghairahan mereka adalah terhadap kehidupan akhirat ..lidah-lidah mereka sentiasa berzikir dan niat mereka sentiasa ikhlas…Para rijal tahu..bersungguh-sungguh..mengaut untung…bukanlah melalui penidasan terhadap orang lain…kerana harta yang baik dan saleh adalah untuk lelaki yang baik dan saleh..tetapi hati-hati mereka sentiasa terikat hanya kepada Allah jua.
Ketahuilah saudaraku, tasbih seorang rijal ...pagi dan petang..iaitu zikir pada waktu subuh dan petang..memelihara keduanya dengan zikir dan tasbih adalah di antara sifat rijal.
3. Terhindar daripada tenggelam dengan materealistik dan penyakit kejiwaan.
Para rijal semestinya berwaspada dengan masalah di atas. Perlu diberi perhatian di mana Allah telah menyebutkan ﴿فِيهِ﴾ : “Di dalamnya” iaitu di dalam masjid. Di dalam masjid kita mempelajari Taharah (bersuci) yang merupakan syarat sah solat. Di dalam masjid para rijal mempelajari kesucian hati. Sama ada di dalam solat, di dalam majlis zikir atau majlis ilmu sebenarnya adalah peluang yang terbaik untuk mengubati penyakit hati..Para rijal menggerakkan hatinya untuk membuat refleksi. Para rijal tidak akan suka tubuh badannya kotor atau pakaiannya dipenuhi najis.
Justeru, para rijal menyucikan hati…membersihkan tubuh badan…membersihkan pakaian..Inilah sifat mereka dan inilah keadaan mereka.
Namun rijal kadang-kadang terjerumus dengan dosa..Mereka juga manusia sering melakukan kesilapan seperti manusia yang lain tetapi..mereka segera beristighfar..mereka segera kembali..mereka segera bertaubat, bahkan mereka suka membersihkan diri daripada dosa ketika mereka melakukan dosa..dan ketahuilah Allah amat menyukai mereka yang berbuat demikian. Firman Allah:
وَاللَّهُ يُحِبُّ المُطَّهِّرِينَ
“Dan Allah menyukai orang-orang yang menyukan dirinya”.
(At-Taubah: 108)
4. Benar dan jujur
Firman Allah SWT:
مِنَ المُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً
Diantara orang-orang mukmin ada orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur dan ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah janjinya”. (Al-Ahzab: 23)
Oleh itu kejujuran seorang rijal ialah bila jujur dalam menepati janjinya dengan Allah. Ayat di atas turun seperti yang diriwayatkan di dalam hadis sahih dari Anas bin Nadhar yang terlepas daripada menyertai Peperangan Badar. Dia pernah mengungkapkan: “Sekiranya Allah menyaksikan aku berperang bersama Rasulullah pasti Allah Nampak apa yang aku lakukan”. Inilah janji yang benar dengan Allah. Beliau telah gugur syahid di dalam Perang Uhud di mana di tubuhnya terdapat lebih daripada 80 tikaman pedang, lembing dan tusukan panah sehingga beliau hanya dapat dikenali oleh anak saudaranya.
Contoh seumpama ini ialah kisah seorang lelaki Arab yang telah diberikan bahagian ghanimahnya di dalam satu peperangan yang disertainya. Beliau berkata kepada Baginda saw: “Bukan kerana harta ghanimah ini aku berbaiah kepadamu, tetapi aku berbaiah kepada mu supaya anak panah akan menusuk ke sini dan sini agar Allah memberi ku syahid dan memasukkan ku ke dalam syurga”. Sambil menunjukkan ke bahagian lehernya dengan menggunakan jari. Lantas baginda bersabda; “Allah telah melakukan kepadanya seperti apa yang diingininya, iaitu anak panah benar-benar telah menusuk di mana tempat yang ditujukkan dengan jarinya. Sekiranya kamu benar janjinya dengan Allah, maka Allah akan menunaikan janjinya”.
Sebelumnya perutusan nabi Muhammad, di kisahkan tentang nabi Ismail a.s seorang yang menepati janji, seorang nabi dan rasul. Bukankah Ismail a.s pernah berkata kepada bapanya nabi Ibrahim a.s pada suatu hari:
Firman Allah:
يَاأَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
“Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu, insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk oang yang sabar”. (As-Shaffat: 102)
Nabi Ismail a.s benar dengan janjinya. Ketika pisau telah tersedia di atas lehernya untuk menyembelihnya,nabi Ismail a.s sedikit pun tidak gementar atau mengelakkan lehernya daripada disembelih. Justeru Allah telah berikannya nikmat sebagai rijal. Baginda adalah sebenar-benar rijal!
5. Sikap Positif dan optimis
Seorang rijal akan menyembunyikan imannya. Ketika Musa a.s merasai bahaya baginda terus mengatakan kebenaran yang diketahuinya dan menyembunyikan iman untuk tempoh beberapa tahun. Inilah waktu kepayahan dalam memperjuangkan kebenaran yang perlu ditangani dengan keberanian. Firmsan Allah:
﴿وَقَالَ رَجُلٌ مُّؤْمِنٌ مِّنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَكْتُمُ إِيمَانَهُ أَتَقْتُلُونَ رَجُلاً أَن يَقُولَ رَبِّيَ اللَّهُ وَقَدْ جَاءَكُم بِالْبَيِّنَاتِ مِن رَّبِّكُمْ ﴾
“Dan seseorang yang beriman di antara keluarga Firaun yang menyembunyikan imannya berkata, Apakah kamu akan membunuh seseorang kerana dia berkata, “Tuhanku adalah Allah” padahal sungguh, dia telah datang kepadamu dengan membawa bukti-bukti yang nyata dari Tuhanmu”.
(Ghafir: 28)
Bukankah sebaik-baik para syuhada’ ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dan lelaki yang berani menegur pemimpin yang zalim dengan menyuruh dan menegahnya, lantas dengan sebab itu dia dibunuh.
Begitu juga seorang lelaki mukmin yang bernama Yassin yang telah berkata wahai kaum ku ikutilah para rasul..lantaran beliau bimbangkan siksaan dan kasihkan mereka..lalu beliau telah dibunuh. Dia tidak berkata demikian melainkan setelah melihat sendiri tentang kenikmatan syurga. Lalu…
يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ (27) بِمَا غَفَرَ لِي رَبِّي وَجَعَلَنِي مِنَ المُكْرَمِينَ (28
“Dia (lelaki itu) berkata; Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui. Apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang telah dimuliakan”. (Yasin: 27-28)
Mendengarkan demikian lelaki mukmin tersebut yang datang daripada daerah yang jauh dari bandar dengan segera dan sedaya upaya semata-mata ingin mengingatkan pemimpin dan rasulnya Musa a.s:
قَالَ يَامُوسَى إِنَّ المَلأَ يَأْتَمِرُونَ بِكَ لِيَقْتُلُوكَ فَاخْرُجْ إِنِّي لَكَ مِنَ النَّاصِحِينَ
“Dan seorang lelaki dating bergegas dari ujung kota seraya berkata, “Wahai Musa! Sesunggungguhnya para pembesar negeri sedang berunding tentang engkau untuk membunuhmu, maka keluarlah (dari kota ini), sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memberi nasihat”. (Al-Qasas: 20)
Di antara sifat dan ciri rijal ialah..bersikap positif dan optimis, merasai tanggungjawab dan berusaha bersungguh-sungguh.. Rijal adalah golongan yang mendokong cita-cita umat dan dakwahnya biarpun terpaksa mengorbankan nyawanya dan menggemblingkan seluruh kepunyaannya sama ada yang mahal ataupun yang murah demi memenangkan agama Islam..Rijal juga sentiasa prihatin dengan permasalahan bangsa dan umatnya..rijal sentiasa menyayangi umatnya lebih daripada dirinya sendiri.
Wahai saudaraku yang dikasihi,
Lihatlah, adakah umat kita pada ketika yang genting ini sangat memerlukan kepada rijal, atau memerlukan ‘lelaki’ bagi membangunkan umat yang terlena?
Inilah ucapan ringkas yang aku sempaikan buat mu…Adakah kamu telah lihat bahawa dirimu telah berada dalam golongan yang menepati ciri rijal yang dinyatakan?..Jikalau telah mencapainya maka aku ucapkan syabas dan tahniah buatmu..akhirnya ..tetapi jikalau kamu kehilangan sebahagian ciri rijal itu maka segeralah melengkapkan dirimu dengannya. Umat sangat memerlukan kamu.
Terjemahan daripada ikhwanonline.com
No comments:
Post a Comment
Sila berikan komen anda