Oleh: Dr. Ahmad Abdul Hadi Syahin
Setengah orang percaya bahawa lelaki adalah rijal. Kefahaman begini sebenarnya tidak tepat kerana tidak semua lelaki adalah rijal. Justeru rijal memiliki sifat-sifat tersendiri. Bukanlah rijal itu jenis manusia tertentu. Di antara sifat rijal sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran adalah seperti berikut:
1. Suci dan bersih secara zahir dan batin
Firman Allah:
لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا وَاللهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ
“Sungguh, masjid yang dibina di asas takwa, sejak hari pertama adalah lebih layak engkau melakukan solat di dalamnya. Di dalamnya ada orang yang ingin membersihkan diri. Allah menyukai orang-orang yang bersih”.
(Al-Taubah: 108)
Maksud suci zahir dan batin ialah suci hati dan badan. Hati bersih daripada penyakit hati seperti hasad dengki, irihati, kedekut, benci, kepura-puraan.
Seorang muslim wajib mempunyai hati yang putih, suci, bersih dan kosong daripada sebarang penyakit yang boleh mengotori kebersihan dan kesuciannya.
Nabi pernah ditanya tentang manusia yang paling afdhal? Baginda menjawab: “Setiap hati yang terhindar daripada penyakit hati dan lidah yang jujur”. Sahabat bertanya lagi:”Lidah yang jujur kami faham tetapi apakah hati yang bersih daripada sakit? Baginda menjawab: “Hati yang takut, suci bersih, tiada dosa dan tidak jahat, tidak irihati dan tidak hasad”. Imam Al-Munziri. Beliau berkata sanadnya sahih 33/4 Daripada Amru bin Al-As r.a.
Manakala suci zahir pula ialah seorang muslim itu bersih pada penampilannya, iaitu pada tubuh, pakaian dan lidahnya. Oleh itu sebaiknya seorang muslin sentiasa dalam keadaan berwuduk dan suci dari hadas kecil. Justeru wuduk adalah senjata mukmin sebagaimana firman Allah:
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (5
“Dan bersihkan pakaianmu. Dan tinggalkanlah segala perbuatan keji.”
(Al-Mudaththir: 4-5)
2. Beramal untuk akhirat
﴿فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللهُ أَنْ تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ (36) رِجَالٌ لا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلا بَيْعٌ
عَنْ ذِكْرِ اللهِ وَإِقَامِ الصَّلاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالأَبْصَارُ
“(Cahaya itu) d rumah-rumah yang di sana telah diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebut namaNya, di sana bertasbih (menyucikan) namaNya pada watu pagi dan petang. Orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli dari mengingati Allah, melaksanakan solat dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang (Hari Kiamat).”(An-Nur: 36-37)
Allah telah menggariskan sifat rijal ialah yang mengambil berat soal mengimarahkan masjid. Perniagaan yang berupa jual beli dan pekerjaan lainnya tidak menyebabkan rijal itu lalai daripada melaksanakan ibadat, zikir dan istighfar. Bahkan mereka takut hari berlakunya Kiamat yang akan menggoncangkan segala yang ada, mendedahkan segala isi hati dan sanubari, membongkar segala perbuatan manusia di mahkamah Allah dan menggoncangkan hati dan mata. Oleh yang demikian rijal mengetahui keadaan pada hari tersebut hingga menyebabkan Allah meringankan kesusahan dan kesengsaraan mereka.
3. Teguh berpegang dengan prinsip
مِنْ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً
“Diantara orang-orang mukmin itu ada orangorang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah janjinya" (Al-Ahzab: 23)
Allah SWT telah menggambarkan sifat para sahabat yang mulia yang teguh pendirian (thabat) berpegang dengan Islam dan di medan peperangan dengan menegaskan mereka adalah rijal sebenarnya. Ini kerana teguh pendirian merupakan sifat yang agung dan sukar, yang tidak mampu dipikul melainkan oleh orang yang tinggi jiwanya dan unggul sifat rijalnya yang dimiliki oleh para sahabat terkenal yang diredhai Allah semuanya.
4. Sikap positif dan optimis
Sikap positif adalah sifat rijal yang terpenting yang bermaksud rijal tidak bersikap negative dan tidak rela dengan kesalahan dan kekejaman. Rijal semestinya berusaha dengan gigih dan bekerja secara berterusan dan berkesinambungan bagi mencapai perubahan dan islah. Oleh itu tiada sebarang nilai kehidupan seandainya seorang manusia tidak berusaha untuk menolong mangsa kezaliman atau menghentikan penzalim daripada melakukan kezaliman. Inilah yang dilakukan oleh seorang lelaki yang beriman dalam kelaurga Firaun dan seorang lelaki beriman dalam keluarga Yassin. Firman Allah tentang seorang beriman dari keluarga Firaun yang menyembunyikan keimanannya:
وَجَاءَ رَجُلٌ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ يَسْعَى قَالَ يَا مُوسَى إِنَّ الْمَلأَ يَأْتَمِرُونَ بِكَ لِيَقْتُلُوكَ فَاخْرُجْ إِنِّي لَكَ مِنْ النَّاصِحِينَ
“Dan seorang lelaki datang bergegas dari hujung kota seraya berkata, Hai Musa! Sesungguhnya para pembesar negeri sedang berunding tentang engkau untuk membunuhmu, maka keluarlah dari kota ini, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang member nasihat kepadamu.”
(Al-Qasas: 20)
وَقَالَ رَجُلٌ مُؤْمِنٌ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَكْتُمُ إِيمَانَهُ أَتَقْتُلُونَ رَجُلاً أَنْ يَقُولَ رَبِّي اللهُ وَقَدْ جَاءَكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ مِنْ رَبِّكُمْ وَإِنْ يَكُ كَاذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُ وَإِنْ يَكُ صَادِقًا يُصِبْكُمْ بَعْضُ الَّذِي يَعِدُكُمْ إِنَّ اللهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ
“Dan seseorang yang beriman di antara keluarga Firaun yang menyembunyikan imannya berkata, Apakah kamu akan membunuh seseorang kerana dia berkata, “Tuhanku adalah Allah” padahal sungguh, dia telah dating kepadamu dengan membawa bukti-bukti yang nyata dari Tuhanmu. Dan jika dia seorang pendusta, maka dialah yang akan menanggung dosa dustanya itu, dan jika dia seorang yang benar, nescaya sebahagian bencana yang diancamnya kepadamu akan menimpamu. Sesungguhnya Allah tidak member petunjuk kepada orang yang melampaui batas dan pendusta”.
(Ghafir: 28)
Firman Allah tentang seorang yang beriman dari keluarga Yassin:
وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ (20) اتَّبِعُوا مَنْ لا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهْتَدُونَ
“Dan datanglah dari hujung kota, seorang lelaki dengan bergegas dia berkata, hai kaumku!Ikutilah utusan-utusan itu. Ikutilah orang yang tidak meminta imbalan kepadamu, dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Yassin: 20-21)
Kedua-dua lelaki mukmin ini datang daripada tempat yang jauh dan memerlukan perjalanan yang lama. Tetapi mereka datang dengan segera daripada kampong yang jauh daripada bandar semata-mata mahu memberikan nasihat, membantu mangsa kezaliman, mengubah kemungkaran dan menasihati penzalim supaya keharmonian kehidupan tidak musnah dengan sebab ketiadaan pemberi nasihat dan pengislah.
Kita memohon kepada Allah supaya menjadikan kita termasuk ke dalam kalangan rijal yang benar.
Terjemahan daripada ikhwanonline.com
No comments:
Post a Comment
Sila berikan komen anda