Oleh: Fauzi Mansur
Kita lihat setengah orang bertindak gopoh atau cuai tentang hal agama demi kehidupan yang penuh keseronokan dan kemewahan dunia. Mereka yang bersikap cuai tentang agama kadang-kadang berhujah bahawa mereka ingin mencapai keseronokan segera sekalipun hujah mereka tidak diterima di sisi Allah. Namun yang menghairankan dan terbukti orang yang menjual agama untuk kepentingan dunia orang lain tidak mencapai keseronokandan kepuasan di dunia seperti yang diidamkan malah mereka telah kehilangan agamanya. Justeru mereka telah kerugian di dunia dan akhirat kerana tiada Pemelihara dan tiada Kekuatan yang sebenar melainkan Allah semata-mata.
Satu riwayat daripada Malik bin Anas, beliau berkata; bahawa guru saya Rabiah pernah bertanya kepada saya; “Wahai Malik, siapakan orang yang hina? Aku menjawab: Sesiapa yang memakan dengan menggadaikan agamanya. Lantas Rabiah berkata lagi: Siapakah orang yang rendah lagi hina?: Orang yang membaiki dunianya dengan kerosakan agamanya. Lalu Rabiah membenarkan saya.
Maha suci Allah..Imam Malik telah menganggap mereka yang menjual agama untuk kepentingan dunia sebagai orang yang rendah lagi hina. Lihatlah kepada sifat ini yang menggentarkan jiwa dan setiap orang membencinya. Sebahagian daripada fitrah yang baik menyifatkan orang yang menjual agama kerana kepentingan dunia orang lain adalah manusia yang telah hilang akal. Seorang daripada mereka pernah bertanya kepada saya, apakah faedah yang diperolehi ketika dia bersikap cuai terhadap agamanya supaya orang lain menikmati keseronokan dunia dengan menggadaikan agamanya? Bukankah mereka sebenarnya telah diperalat oleh orang lain demi kesinambungan hayat politik dan kuasa mereka?
Kecacatan di dalam akidah
Mereka yang menjual agama untuk dunia orang lain sebenarnya tidak diragui lagi telah cacat dalam soal akidah. Mereka beriktikad bahawa para pemerintah mempunyai segala kuasa. Oleh itu mereka mentaati para pemerintah dengan ketaatan yang membabi buta dan takut para pemimpin boleh menghentikan rezeki mereka. Sedangkan Allah telah menjamin rezeki kepada setiap yang berjalan di atas muka bumi ini.
Firman Allah:
“Dan tidak ada satupun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan rezeki semuanya dijamin oleh Allah. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz).”. (Hud:6)
Malah lebih dari itu Allah telah bersumpah di dalam surah Az-Zariyat bahawa rezeki adalah hak insane yang tidak mustahil boleh diambil.
Di dalam firman Allah:
“Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezeki mu dan apa yang dijanjikan kepadamu. Maka demi Tuhan langit dan bumi, sungguh apa yang dijanjikan itu pasti terjadi seperti apa yang kamu ucapkan”. (Az-Zariyat:22-23)
Kadang-kadang mereka takut mati sedangkan isu ajal maut diterangkan di dalam al-Qura.
Firman Allah:
“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaatpun”. (Al-A’raf:34)
Nabi saw menyatakan bahawa manusia tidak sekali-kali akan mati sehingga sempurna rezeki dan ajalnya
Pemerintah berlepas tangan daripada rakyat
Alangkah hairan sikap yang dipamerkan oleh para pemerintah dan rakyat di hadapan Allah. Pemerintah adalah golongan yang menyuruh melakukan kejahatan sedangkan rakyat adalah golongan yang menyahut perintah mereka dan melaksanakannya tanpa berfikir dengan menggunakan akal yang dikurniakan Allah kepada mereka..adakah perintah-perintah ini dimurkai Allah atau disenangiNya..
Peristiwa seperti ini dirakamkan di beberapa tempat di dalam Al-Quran. Firman Allah:
“Dan di antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-oang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab (pada hari Kiamat), bahawa kekuatan itu hanya milik Allah dan bahawa Allah sangat berat azabNya (nescaya mereka menyesal). Iaitu keika orang yang diikuti berlepas tangan dari orang-orang yang mengikuti, dan mereka melihat azab, dan ketika segala hubungan antara mreka terputus. Dan orang yang mengikuti berkata: Sekiranya kami mendapat kesempatan (kembali ke dunia), tentu kami akan berlepas tangan dari mereka, sebagaimana mereka berlepas tangan dari kami”. Demikianlah allah memperlihatkan kepada mereka perbuatan mereka yang menjadi penyesalan mereka. Dan mereka tidak akan keluar dari api neraka”. (Al-Baqarah: 165-167)
Firman Allah:
“Dan orang-orang kafir berkata: Kami tidak akan beriman dengan al-Qur’an ini dan tidak pula kepada Kitab sebelumnya”. Dan alangkah mengerikan kalau kamu melihat ketika orang-orang yang zalim itu dihadapkan kepada Tuhannya, sebahagian mereka mengembalikan perkataan kepada sebahagian yang lain, orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: Kalau tidaklah kerana kamu, tentulah kami menjadi orang mukmin”. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah: “kamikah yang telah menghalagimu untuk memperoleh petunjuk setelah petunjuk itu dating kepadamu? (Tidak) Sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berbuat dosa. Dan orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: “Tidak, sebenarnya tipu dayamu pada waktu malam dan siang (yang menghalagi kami), ketika kamu menyeru kami agar kami kafir kepada Allah dan menjadi sekutu-sekutu bagiNya”. Mereka menyatakan penyesalan ketika mereka melihat azab. Dan Kami pasangkan belengu di leher orang-orang kafir. Mereka tidak dibalas melainkan sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan”. (Saba’: 31-33)
Kita perhatikan ayat-ayat yang disebutkan tadi menyifatkan semua mustakbirin (para penguasa) dan mustad’afin (golongan yang lemah / rakyat) sebagai golongan yang zalim. Benar, mereka tergolong ke dalam orang yang zalim. Para penguasa dianggap zalim kerana kekerasannya, kekuasaannya, kesesatannya dan kekejamannya, dan pihak yang lemah dianggap zalim kerana telah menjatuh kemuliaan dirinya, kebebasannya, ketundukan dan kerendahannya kepada kekejaman dan kekerasan serta tidak menggunakan akalnya yang dikurniakan Allah untuk berfikir dan mengetahui yang mana salah dan mana yang betul.
Adakah ada orang yang mengambil iktibar?
Ayuh fikirkanlah wahai orang membaiki dunia orang lain dengan menggadaikan agamanya sendiri tentang akibat sikap ini di hari Kiamat nanti kerana para penguasa akan berlepas diri daripada tanggunjawab di atas segala perintah dan suruhan semasa di dunia yang didengari dan ditaati tanpa berbelah bagi yang mengundang kemurkaan Allah. Ayuh ingatlah dengan penuh keinsafan tentang suasana di hari akhirat ketika melihat siksaan yang menimpa pembesar dan orang yang mengikutinya dalam perkara kejahatan, kesesatan dan kerosakan. Ayuh ketahuilah bahawa para pemerintah tiada kemampuan untuk menyelamatkan dirinya daripada azab Allah padahal merekalah yang telah menggadaikan kemulian dan kebebasannya seperti darah yang digerakkan oleh pembesar mengikut kehendaknya…Justeru adakah ada orang yang mengambil pengajaran?
Tejemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=51465&SecID=360
No comments:
Post a Comment
Sila berikan komen anda