Thursday, July 1, 2010

Tujuh Kesilapan di dalam Dakwah Fardiyyah


Oleh: Dr. Ahmad Solah

Dakwah fardiyyah merupakan usaha yang dilakukan oleh satu individu untuk berhubung dengan individu yang lain bagi suatu marhalah tertentu, sama ada marhalah ini adalah marhalah fikriyah (menyebarkan kefahaman dan pemikiran) atau marhalah tarbawiyyah ( melaksanakan tarbiyyah akhlak yang tertentu).

Tanpa usaha ini adalah amat sukat untuk mengubah individu kepada apa jua perubahan yang sebenar, baik pemikiran ataupun akhlak. Perubahan ini tidak mampu berterusan melainkan melalui jalan yang dikenali dengan dakwah fardiyyah, sama ada usaha ini berakhir dengan persepakatan antara dua pihak iaitu da’i dan mad’u, ataupun dalam bentuk yang tidak sepakat antara keduanya, iaitu melalui jalan di mana mad’u tenggelam di dalam satu suasana yang mendorongnya untuk berubah dengan jalan mengambil qudwah.

Satu kajian dengan menggunakan pengiraan yang mudah; sekiranya seorang individu mendakwahkan seorang individu yang lain dan berjaya di dalam dakwahnya setelah setahun usaha dilakukan. Kemudian dua orang mendakwahkan dua orang yang lain pula, sekiranya berjaya dengan dakwahnya setelah setahun kini jumlahnya telah menjadi empat orang. Daripada empat kemudian menjadi lapan dan begitulah seterusnya…

Mengikut kajian, secara teorinya jumlah orang yang berjaya hasil dakwah fardiyyah selepas 30 tahun mencapai 1 bilion orang!

Saya secara peribadi telah membaca kajian ini hampir 10 tahun yang lalu. Semenjak saya baca dan hingga kini saya tertanya-tanya; Kenapakah kesinambungan ini tidak berjalan secara tabie sehingga tercapai cita-cita umat Islam seluruhnya selepas 30 tahun sahaja sedangkan ia merupakan angka yang wajar dalam umur dakwah?

Saya merumuskan bahawa terdapat beberapa factor penting yang kita abaikan sehingga menghalang kita mencapai impian dakwah fardiyyah ini, iaitu:

1. Kesukaran dakwah fardiyyah dan waktunya menjadikan kebanyakan para duat beralih daripada dakwah fardiyyah kepada aktiviti dakwah yang lebih senang iaitu melalui majlis perjumpaan dan ceramah ataupun persidangan dan konvensyen.

2. Duat belum cukup kemahiran tentang perlaksanaan dakwah fardiyyah terutama yang pasti tiada pembelajaran secara teori secukupnya tentang dakwah fardiyyah sebelum mempraktikannya di medan. Tambahan pula, para duat mempunyai kelemahan peribadi seperti kekurangan sifat sabar, pintar, semangat, pengetahuan agama dan ilmu psikologi yang mendedahkan para duat kepada kegagalan di permulaan dakwah serta menghalangnya untuk mencuba sekali lagi. Lalu duat akan beralih kepada strategi lain yang memendamkan bakat dan potensi dirinya.

3. Tidak memberi perhatian kepada teori penting di dalam tarbiyyah, iaitu teori “unsur yang memberi kesan”. Bermaksud para mad’u masih berada di bawah pengaruh unsur yang memberi kesan yang kuat di dalam masyarakat, seperti keluarga, rakan taulan, media massa dan da’i sendiri. Kejayaan atau kegagalan bersama mad’u bergantung kepada kekuatan unsur yang memberi kesan tersebut. Para duat menggambarkan bahawa ia sahaja yang berada pada kedudukan unsur utama yang memberi kesan kepada mad’u dan berasa hairan selepas itu mad’u masih tidak menyambut dakwahnya. Namun realitinya ada yang menyatakan bahawa kekuatan pengaruh da’i boleh jadi telah menjadi selemah-lemah unsur yang memberi kesan atau pengaruh kepada mad’u.

Jikalau da’i mengambil pengajaran daripada factor ini pasti akan mendorong da’i untuk mencuba mad’u dimasukkan di dalam biah atau suasana yang berbeza yang menambahkan kekuatan kesan positif yang membawa ke arahnya seterusnya mengurangkan kekuatan kesan negative yang boleh membawa ke arah lain dengan cara menyibukkan waktu mad’u dengan hal yang memberi impak. Sama ada mad’u bersamanya atau jauh darinya.

Ia dikenali dengan “ruang bersama”, iaitu ruang yang disertai oleh da’i dan mad’u dalam bentuk semulajadi, seperti da’i dan mad’u berada di tempat yang sama seperti universiti, sekolah atau tempat kerja, penyertaan di dalam aktiviti sukan atau keilmuan, menguasai kegemaran mad’u di dalam perkara yang berfaedah, memantau pengajian…dsb, yang merupakan ruang yang memungkinkan dari terus berhubung dengan mad’u seberapa lama yang mungkin. Kemudian proses keberkesanan dakwah fardiyyah yang berjaya berlangsung dalam bentuk pertemuan yang spontan dan tidak dirancang.

4. Tidak sabar dan berhenti ketika marhalah tertentu tanpa menyempurnakan marhalah yang baki yang boleh dikira sebagai membuang tenaga, masa dan harta juga.

5. Berpunca dari suasana luaran yang tidak mampu ditangani oleh da’i, seperti mad’u pergi bermusafir atau tekanan keluarga atas sebab pengajian atau takut kerananya..dsb

6. Tidak memberi perhatian aspek kajian tentang pengajian dakwah fardiyyah. Dengan sebab itu pelbagai masalah timbul tanpa ada jalan penyelesaian.

7. Mengambil mudah dalam banyak kerja-kerja utama dan proses dakwah fardiyyah antara da’i dan mad’u yang menyebabkan dakwah fardiyyah dalam agenda yang terakhir dalam jadual kerja meskipun ia begitu penting.

Terjemahan daripada http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=33653&SecID=360

No comments:

Post a Comment

Sila berikan komen anda