Sunday, June 20, 2010

Dakwah merupakan Fitrah Manusia


Oleh
Dr. Mohammad Mahmud Mansur

Sesungguhnya dakwah kepada Allah dan Islam bukanlah suatu perkara yang sukar atau cita-cita yang berat bagi muslim dan muslimat kerana ia sebahagian daripada fitrah lelaki dan perempuan. Kedua-duanya telah difitrahkan dan dijadikan oleh Penciptanya mempunyai sifat saying kepada manusia di sekelilingnya dan baik pergaulan bersama mereka di mana ia membantu kehidupannya kemudian kehidupan semua orang yang bersamanya.

Justeru ketika da’i melihat mereka yang jauh daripada Allah dan agama Islam yang merupakan sumber utama kepada kebahagiaan di dunia kerana kedua-duanya menghalakan manusia kepada kebaikan, keamanan dan ketenangan, memelihara daripada segala keburukan, keresahan dan kesusahan, maka dengan fitrah semula jadinya ia berusaha dengan baik dan segala kasih saying , keperihatinan dan kesungguhan untuk mengembalikan mereka kepada keduanya. Ini kerana ia mengasihi dirinya dan diri mereka, menyukai kebahagian dirinya dan kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat..Demikianlah hakikat fitrah manusia kepada dakwah dan nilai kemanusiaan.

Seorang da’i mencintai dirinya dan tidak mahu bergaul dengan orang dengan pergaulan yang buruk dengan alasan mereka jauh daripada Allah dan ajaranNya. Sungguhpun mereka melayan da’i dengan layanan buruk tetapi da’i tetap mengasihi mereka dan tidak mahu...melakukan penipuan, khianat, penting diri, kekejaman, kekerasan dan sebagainya dari sifat-sifat yang keji dalam pergaulan. Malahan da’I mengingin dirinya dan dir mereka seluruhnya dekat dengan Allah dan segala ajaranNya, mengingini dirinya dan mereka semua saling tolong-menolong, berbincang dan maju seterusnya berbahagia di dunia dan akhirat.

Banyak bukti daripada sirah tentang fitrah dakwah dan paling terkenal ialah;
Riwayat Ibn Hisham; Sebaik sahaja pengislaman Abu Bakar r.a, beliau telah berdakwah kepada beberapa orang yang dipercayai, disayangi dan digauli yang ia kehendaki kebaikan dan kebahagiaan. Lalu beberapa orang sahabat yang dijamin masuk syurga telah memeluk Islam sedangkan ketika itu Abu Bakar hanya memiliki pengetahuan yang terhad tentang islam..akan tetapi kerana fitrah kasih sayang untuknya, khaliq dan dakwah kepada saudara-saudaranya yang dekat dengannya seperti Uthman bun Affan, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Ubadah dan Talhah bin Ubaidillah.

Begitu juga sebaik sahaja pengislaman ahli sihir Fir’aun yang telah menyaksikan sendiri tanda-tanda kekuasaan Allah telah bertukar dengan serta-merta hanya semata-mata pemikirannya telah bebas daripada penguasaan pemikiran yang songsang tentang Fir’aun yang mendakwa sebagai tuhan, dengan menyeru kaumnya bahkan pembesar-pembesar mereka yang kejam dengan sebaik-baik teknik berdakwah sekalipun mereka baru sahaja memeluk Islam serta tidak tahu apa-apa tentang agama dan teknik berdakwah!

Ahli-ahli sihir berkata kepada Fir’aun:

“Mereka (ahli sihir) berkata: “Kami tidak akan memilih tunduk kepadamu (Firaun) atas bukti-bukti nyata (mukjizat) yang telah datang kepada kami dan atas (Allah) yang telah menciptakan kami. Maka putuskanlah yang hendak engkau putuskan. Sesungguhnya engkau hanya dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini. Kami benar-benar telah beriman kepada Tuhan kami, agar Dia mengampuni kesalahan-kesalahan kami, dan sihir yang telah engkau paksakan kepada kami. Dan Allah lebih baik pahalanya dan lebih kekal azabnya”. (Taha: 72-73)

Malah mereka sedia berkorban apa sahaja jika diperlukan. Ketika Fir’aun mengancam mereka dengan siksaan sebaliknya mereka membalasnya dengan mengajak kaumnya kepada kebaikan dan kebahagian:

“Mereka berkata: “Tidak ada yang kami takutkan, kerana kami akan kembali kepad aTuhan kami. Sesungguhnya kami sangat menginginkan sekiranya Tuhan kami akan mengampuni kesalahan kami, kerana menjadi orang yang pertama-tama beriman” (As-Syuara: 50-51)

Sekiranya mereka hidup selepas ini kehidupan mereka seluruhnya penuh kemuliaan, ketenangan dan kebahagiaan dan sekiranya mereka mati selepas ini mereka mengecapi syahid yang ditempatkan disyurga tertinggi. Justeru kedua-dua pilihan mempunyai kebaikan sedangkan mereka akan memperolehi salah satu antara dua kebaikan.

Kefahaman tentang apa yang disebutkan di atas akan membantu mempercepatkan penyebaran Islam dan akhlak dengan Izin Allah. Ini kerana setiap muslim akan merasa mudah melaksanakan dakwah kepada Allah mengikut kemampuan masing-masing, malah akan memperkemaskan dakwahnya melalui sedikit ilmu dan latihan dan akan melaksanakannya dalam bentuk yang sesuai dengan suasana persekitarannya, keadaan dirinya dan orang disekelilingnya..bahkan pengetahuan ini akan menjadikannya percaya dan yakin bahawa dia mampu melaksanakan dakwahnya dan merasai dakwah ini mudah seiringan dengan perjalanan hidupnya, dan sesuai dengan bidang dan kebolehannya sebagaimana yang difahami dari maksud hadith nabi yang diketahui ramai.  

“Agama ini adalah nasihat”. Kami bertanya; Bagi siapa?. Jawab nabi: “Bagi Allah, kitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan seluruh muslimin”. (Riwayat Muslim dan lainnya) 

Iaitu setiap system dan peraturan Islam terbina di atas nasihat yang jujur dan peringatan yang baik dari semua peringkat dan kedudukan kerana tanpa keduanya pastilah di sana agama tidak akan tertegak.

Justeru, apabila berdakwah atau mengajak orang lain kepada kebaikan merupakan fitrah semulajadi manusia, maka ini bermakna penerimaan orang kepada dakwah juga adalah fitrah semulajadi. Tentulah ada sifat yang tertanam dan penciptaan yang telah ditentukan oleh Allah di dalam jiwa mad’u untuk mencari dan mendapatkan kebaikan hingga kembali kepada yang asal kerana kecintaan kepada kebaikan adalah asal penciptaannya. Kejahatan dan keburukan yang datang selepasnya bukan yang asal dan tertolak kerana ia menafikan peranan akal dan menerima dorongan syaitan hingga ia merasa tenang dan bahagia dengan asal penciptaannya.


فِطْرَةَ اللهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ
“..(Sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”(Ar-Rum: 30)

Dengan itu, seorang muslim akan merasa seronok melaksanakan dakwah kepada Allah dan Islam. Dia akan melihat dakwah memberi kebahagian kepada dirinya dan orang lain kerana dia membetulkan mereka kepada setiap kebaikan dan kebahagian. Dia sekali-kali tidak merasa walaupun sehari bahawa dakwah ini membebankan dan berat untuk dipikul, kerana dakwah adalah menepati fitrah semulajadi dirinya…dan penerimaan orang kepada dakwah juga adalah fitrah semulajadi setiap manusia.

Oleh itu, lakukanlah dakwah dengan penuh ketenangan dan kepercayaan wahai muslim..lakukanlah dengan kecintaan, kesungguhan, keelokkan dan rasa mudah, pasti anda akan dapati dakwah ini sentiasa seiringan dengan perjalanan hidup anda dalam setiap perkataan dan perbuatan, dan pastilah para mad’u akan menerima dengan terbuka dakwah anda, kerana mereka menanti dakwah anda untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan. Ini disebabkan semuanya adalah bertepatan dengan fitrah yang tertanam dan terdapat di dalam diri manusia..Justeru,lakukanlah dan laksanakanlah dakwah tanpa rasa terbeban wahai muslim.

Terjemahan daripada http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=65690&SecID=363

2 comments:

  1. artikel yg sgt panjang....apapun setuju ngan artikel ini..

    even mat rempit pun sayang kan kawan2 dorang..kalo ada polis datang serbu port dorang , dorang akan mengingatkan dan memberitahu kepada member2 dorang...

    ReplyDelete

Sila berikan komen anda