Oleh: Ikhwan Online
Pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas kekasih kita dan nabi kita Muhammad saw, keluarga dan para sahabatnya dengan selawat dan salam sebanyak-banyaknya. Selepasnya;
Jikalau anda perhatikan dalam kesempatan ini, tentu anda akan mengetahui kedudukan manusia dan kemuliaan yang Allah berikan kepada manusia. Manusia adalah makhluk Allah yang dimuliakan, kerana Allah yang menyempurnakan kejadiannya, meniupkan ke dalamnya roh ciptaanNya, menjadikan manusia sebagai khalifah, para malaikat sujud kepadanya, dilebihkan daripada makluk yang lain dan dijadikan darinya para nabi dan rasul. Firman Allah:
“ Dan Sesungguhnya Telah kami muliakan anak-anak Adam, kami angkut mereka di daratan dan di lautan, kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang Sempurna atas kebanyakan makhluk yang Telah kami ciptakan. (Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barangsiapa yang diberikan Kitab amalannya di tangan kanannya Maka mereka Ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikitpun. Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar). (Al-Isra’: 70-72)
Allah telah memuliakan makhluk manusia ini ke atas semua makhluk Allah yang lain.
Allah memuliakan kejadiannya kerana rupa bentuk manusia dan fitrah kejadiannya yang menghimpunkan tanah dan tiupan, iaitu menghimpunkan dan menyatukan antara bumi dan langit dalam proses kejadian ini!
Allah memuliakan kejadiannya kerana persedian dan persiapannya yang boleh memelihara fitrahnya dan melayakkannya menjadi khalifah di muka bumi, yang boleh mengubah dan menukar, yang boleh menghasilkan sesuatu dan mencipta sesuatu, boleh menyusun dan menganalisa, dan boleh menyampaikan manusia kepada kesempurnaan hidup.
Allah memuliakan kejadiannya kerana menundukkan kuasa alam di muka bumi untuk manusia dan memperolehi bekalannya dengan pertolongan kuasa alam di bintang dan orbit.
Allah memuliakan kejadiannya kerana manusia akan diletakkan di tempat yang mulia dan hebat yang diterima oleh setiap yang ada, temasuk gerombolan malaikat yang sujud padanya dan Allah selaku Khaliq telah memberitahu tentang kemuliaan manusia ini.
Allah memuliakannya kerana memberitahu tentang penghormatan semua ini di dalam Kitab yang diturunkan dari Tempat Tertinggi lagi kekal di dunia iaitu al-Quran…
Firman Allah: “kami angkut mereka di daratan dan di lautan”. Allah mengangkut manusia di darat dan laut hanya sempurna dengan menundukkan system alam supaya menepati tabiat kehidupan manusia dan memenuhi persediaan-persediannya. Seandainya system alam ini tidak menepati tabiat manusia, maka bagaimana akan terbina kehidupan manusia sedangkan ia lemah dengan membandingkan kepada factor semula jadi di darat dan laut. Namun manusia dibekalkan dengan keupayaan untuk hidup dan dibekalkan dengan persediaan yang menyebabkannya boleh menggunakannya. Semuanya adalah kelebihan yang dikurniakan Allah: “kami beri mereka rezki dari yang baik-baik”. Manusia sering lupa benda-benda baik yang direzekikan Allah dengan sebab lamanya dan telah menjadi kebiasaan sehingga tidak mengingati banyak benda-benda baik yang direzekikan Allah, melainkan ketika diharamkan. Maka ketika itu manusia baru menyedari nilai rezeki yang dinikmati. Namun manusia cepat melupakannya kembali. Manusia lupa nikmat matahari, udara, air, kesihatan, keupayaan bergerak, pancaindera, akal, makanan, minumam dan pandangan. Alam yang luas terbentang ini di mana manusia hidup dan dilantik menjadi khalifah sebenarnya di dalamnya terkandung banyak perkara-perkara baik yang tidak terhitung: “dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang Sempurna atas kebanyakan makhluk yang Telah kami ciptakan”. Manusia dikurniakan pelbagai kelebihan dengan lantikan sebagai khalifah ini di muka bumi yang luas terbentang ini dan memenuhi fitrah mereka dengan persediaan-pesediaan yang menjadikan manusia terunggul antara semua makhluk Allah.
Di antara kemuliaan ialah, diri manusia itu hendaklah sentiasa betul dan lurus, yang mungkin memberi kesan kepada hala tujunya dan perbuatannya. Inilah sifat pertama yang layak baginya sebagai manusia, kebebasan hala tuju dan pertanggungjawaban individu, dan dengannya juga manusia dilantik sebagai khalifah di negeri amal. Adalah suatu keadilan sekiranya seluruh hala tuju menerima balasan dan merasai buah amalnya di negeri Penghisaban.
Berdasarkan kenyataan di atas jelaslah bahawa perbincangan kita ialah tentang manusia seluruhnya, termasuk lelaki dan perempuan, mukmin dan kafir, orang yang taat dan orang yang berbuat maksiat, yang putih dan hitam, orang Arab dan bukan Arab, besar dan kecil, kaya dan miskin, raja dan rakyat, yang mulia dan hina. Semua mereka ini – yang tetap dianggap manusia – adalah mulia dan termasuk dalam kemuliaan tanpa melihat kepada warna, bangsa, keturunan dan kepercayaan. Cukuplah satu petunjuk dari Allah yang menjamin rezeki kepada semua manusia, malah semua makhluk. Allah telah menyatakan di dalam al-Quran seperti firmanNya:
“Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezkinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezki kepadanya dan kepadamu dan dia Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Ankabut: 60)
Firman Allah:
“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh)”. (Hud: 6)
Di antara rahmat Allah SWT ialah tidak menjadikan rezeki manusia di tangan manusia, kerana Allah mengetahui sifat manusia yang kikir yang memang menjadikan manusia demikian. Oleh sebab itu Allah yang menentukan rezeki untuk dirinya.
Firman Allah tentang perkara ini:
“Katakanlah: "Kalau seandainya kamu menguasai perbendaharaan-perbendaharaan rahmat Tuhanku, niscaya perbendaharaan itu kamu tahan, Karena takut membelanjakannya". dan adalah manusia itu sangat kikir”. (Al-Isra’: 100)
Islam menitik beratkan persoalan manusia
Islam sangat mengambil berat tentang manusia semenjak kejadian dan kewujudannya di muka bumi ini dan semenjak penciptaannya yang pertama. Maksud Islam di sini ialah agama yang dibawa oleh seluruh nabi dan rasul semenjak dari nabi Adam a.s hingga nabi Muhammad saw berdasarkan firman Allah:
“ Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. tiada berselisih orang-orang yang Telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, Karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah Maka Sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.(Ali-Imran: 19)
Dari titik tolak ini boleh dikatakan bahwa keprihatinan Islam tentang soal manusia sejak Allah menciptakan manusia lagi, kerana manusia ini adalah makhluk yang diamanahkan suatu tugas yang besar di muka bumi ini.
Menurut As-Syahid Syed Qutub di dalam Kitab Zilalnya: “Allah menjadikan manusia kerana suatu tugas besar, iaitu menjadi khalifah di muka bumi, pemilik apa yang ada, pembuat dan pengguna apa yang ada di bumi. Manusia adalah makhluk tertinggi di bumi ini, ketua yang pertama tentang pewarisan bumi yang luas terbentang ini, peranan manusia di muka bumi, membangun dan mengembangkannya adalah peranan pertama kerana manusia adalah ketua di bumi dan ketua kepada semua alatan! Manusia bukan hamba kepada alatan sama seperti dunia material pada hari ini. Manusia bukan pengikut kepada perkembangan yang direka oleh alatan dalam hubungan manusia dan kedudukannya seperti yang didakwa oleh pendokong kebendaan yang buta mata hati, yang merendahkan peranan manusia sehingga menjadikan manusia sebagai hamba kepada alatan. Segala nilaian kebendaan tidak boleh mengatasi nilaian manusia, tidak boleh membawa kepada kerendahan dan menundukkan kepada kebendaan. Segala matlamat boleh membawa kepada mengecilkan nilai manusia sekiranya menuruti elemen kebendaan yang sebenarnya bercanggah daripada matlamat kewujudan manusia. Kemuliaan manusia mesti yang pertama dan ketinggian manusia mesti yang pertama, kemudian datang nilaian kebendaan yang mengikut dan tunduk kepada manusia. Justeru, manusia berada pada kedudukan yang tertinggi. Inilah kedudukan manusia, di dalam system alamiah di atas muka bumi ini yang luas terbentang. Ianya satu kemuliaan yang dikehendaki oleh Pencipta Yang Maha Mulia”.
Firman Allah:
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. Dan dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, Kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar! Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Telah Engkau ajarkan kepada Kami; Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa Sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan? Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (Al-Baqarah: 30-34)
Bentuk keprihatinan Islam terhadap manusia
Sebaik-baik bukti yang menunjukkan keprihatinan Islam terhadap manusia semenjak Allah menjadikannya ialah; Allah mengutuskan rasul kepada makhluknya untuk mengajar mereka mengenali Pencipta dan menghubungkan mereka dengan Allah SWT. Firman Allah:
“Yang Menciptakan, dan menyempurnakan (penciptaan-Nya), Dan yang menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk,Dan yang menumbuhkan rumput-rumputan”. (Al-A’la: 2-4)
Sebagai manusia di antara haknya ialah diberikan hidayah dan petunjuk kepada Allah dan mengenali Penciptanya. Tiada jalan kepada hidayah melainkan melalui nabi dan rasul, kerana seandainya manusia tidak diajar mengenali Penciptanya dan mengetahui haknya, maka tiada beza antaranya dengan binatang, bahkan manusia akan lebih sesat daripada binatang. Allah telah menerangkan hikmah kejadian manusia melalui firmanNya:
“Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai”. (Al-A’raf: 179)
Justeru Allah mengutuskan para rasul kepada manusia sebagai tanda keprihatinan kepada manusia. Oleh kerana itu tugas rasul tidak terbatas sekadar menghubungkan manusia dengan Tuhannya semata-mata, tetapi tugas rasul juga mengenalkan hak-hak mereka, merawat penyakit mereka, menyelesaikan permasalahan mereka dan menghentikan pelbagai bentuk kezaliman sesama manusia.
Pelbagai jenis penyimpangan tersebar dan berleluasa di mana-mana masyarakat dan umat, sama ada penyimpangan dari aspek akidah, akhlak, tingkah laku atau penyimpangan masyarakat. Semua penyimpangan ini memberi kesan dan implikasi yang negative ke atas hak-hak orang lain. Oleh itu Allah telah mengutus para rasul sebagai tanda keprihatinan Allah kepada manusia supaya tiada lagi tindas-menindas, tiada lagi bunuh-membunuh dan tiada lagi putus-memutuskan sesame manusia.
Apabila Allah telah memuliakan manusia, meninggikan kedudukannya dan menundukkan segala sesuatu, maka apakah peranan manusia ini terhadap Tuhan dan Penciptanya? Justeru semua manusia mestilah melaksanakan peranannya, iaitu menjadi orang yang bersyukur, seorang hamba dan tunduk kepada kekuasaan Tuhannya dan mengikut petunjuk Rasulnya, kerana Allah telah menundukkan segala sesuatu demi anda wahai manusia supaya anda menjadi seorang yang menyerah kepada Tuhan anda. Oleh itu Allah telah mencukupkan segala sesuatu untuk anda supaya anda menumpukan kepada peribadatan kepadaNya, sebagaimana firman Allah:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.Aku tidak menghendaki rezki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan. Sesungguhnya Allah dialah Maha pemberi rezki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kokoh”. (Az-Zariyat: 56-58)
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=40489&SecID=363
No comments:
Post a Comment
Sila berikan komen anda