Friday, October 8, 2010

Panji Rasulullah saw



Penyoal: Abu Nasir

 Banyak persoalan bermain di benak fikiran saya sejak beberapa lama namun saya belum menemui jawapan yang memuaskan hati, iaitu saya mencari warna panji Rasulullah saw tetapi saya hanya dapati ianya berwarna hitam yang dikenali panji al-Uqab, liwa’nya berwarna putih, adakah salah satu panji Rasulullah berwarna hijau? Saya berharap persoalan saya dapat dijawap dan disertakan Hadith-hadith yang menyatakan tentangnya:

Jawapan oleh Syeikh Saad ad-Dasuqi seorang ulamak al-Azhar as-Syarif

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam  ke atas Rasulullah, dan selepasnya;

Daripada Ibn Abbas ra. berkata: 

"Bahwa setengah barang kepunyaan Rasulullah mempunyai nama-nama tertentu seperti tunggangannya, senjata dan barangannya. Nama bagi panji nabi ialah “al-Uqab”, nama pedang yang digunakan dalam peperangan ialah “Zu- al-Faqar”, nabi juga mempunyai pedang yang lain yang dinamakan “al-Muhtaram dan “ar-Rusub”. (Tabrani)

DaripadaIbn Abbas ra. berkata;

“Panji Rasulullah berwarna hitam”.

Daripada al-Barra’ bin Azib ra berkata tentang panji Rasulullah saw:

“Panjinya berwarna coklat gelap (hitam) berbentuk tiga segi dibuat dari kain bulu berbelang-belang”. (Bukhari)

 Daripada Ibn Abbas ra berkata:

“Panji Rasulullah berwarna hitam dan liwa’ (bendera yang dipegang oleh ketua tentera Islam) berwarna putih”. (Tirmizi)

Berdasarkan hadith-haditn tadi jelaslah bahawa panji Rasulullah berwarna hitam dan namanya ialah “al-Uqab” – dikatakan tertulis frasa “Lailaha illah Muhammad ur-Rasulullah”. Panji inilah yang dijulang oleh tentera muslimin yang merupakan panji Islam.

Liwa’ (bendera) pula dijulang oleh panglima tentera muslimin atau khalifah, di mana ia berwarna putih dan tertulis frasa “Lailaha illah Muhammad Rasulullah”. Panji ini kekal sebagai lambang atau symbol muslimin.  

Bendera mereka ini mula dijulang semenjak zaman Rasulullah saw sehingga penghujung Daulah Othmaniah 1924M (1342H). Namun kenapakah panji Rasulullah dinamakan “al-Uqab”?

Al-Uqab (helang besar) ialah ketua segala burung yang terbang dilangit dan raja mereka tanpa keraguan,Orang Arab menggelarnya sebagai al-Kasir (pemecah), Dia tidak makan kecuali hasil dari buruannya, tidak makan kecuali yang masih hidup dan tidak memakan bangkai busuk dan serangga.

Ini ialah sifat-sifat al-Uqab (burung helang).  Rasulullah telah memilih panjinya, panji negerinya dan panji umat selepasnya dengan nama al-Uqab. Oleh sebab itu tidak hairanlah nabi saw mengingini sifat Negara Islam ke atas Negara yang lain seumpama sifat al-Uqab (helang besar) ke atas burung yang lain, supaya menjadi sebuah Negara yang dimuliakan, dihormati dan digeruni yang menggentarkan musuh-musuhnya dan segera menyerang mana-mana pihak yang ingin menghancurkan agamanya. 

Selepas penjajah asing datang dan para musuh mengerumuni kita, maka berlakulah pemecahan Negara-negara Islam dan meletakkan sempadan-sempadan tertentu dan akhir sekali menjadikan bendera yang khusus bagi setiap Negara dan ini dari satu sudut.

Dari sudut yang lain, kini setiap muslim merasa bangga dengan bendera negaranya yang telah direka oleh penjajah. Tidak terdetik sedikitpun untuk mengenang panji al-Uqab yang pernah menyatukan seluruh muslimin di bawahnya!

Namun hal ini tidak akan selama-lamanya berkekalan dengan izin Allah kerana sebuah Daulah Islam akan tertegak tidak lama lagi, Insya Allah dan seterusnya akan menjulang sebuah panji al-Uqab sekali lagi dengan izin Allah SWT. Firman Allah:

“Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia Telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang Telah diridhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik.(An-Nur: 55)

Justeru panji al-Uqab akan tiba dengan bantuan Allah dan pertolongan Allah tidak mustahil akan datang jua. Mereka bertanyakan bilakah masanya? Katakanlah seperti Firman Allah:
“Katakan: "Mudah-mudahan waktu berbangkit itu dekat", (Al-Isra’: 51)
http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=71607&SecID=365

1 comment:

  1. Salam
    Setakat yg ana tau la ni yg dok kibar bendera hitam putih mcm al Uqab tu Hisbur Tahrir la..

    ReplyDelete

Sila berikan komen anda