Oleh: Dr. Muhammad Kamal
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas penutup para nabi, pemimpin para rasul dan pembawa rahmat ke seluruh alam iaitu junjungan kita nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya. Adapun selepasnya;
Allah SWT telah menciptakan manusia, memuliakannya, meninggikan kedudukannya dan menyerahkan kepadanya suatu tugas agung iaitu beribadah kepada Allah semata-mata, melantiknya menjadi khalifah di muka bumi untuk memakmurkannya di atas manhaj Allah dan syariatNya dan Allah menguji manusia dengan memberikan pilihan, sama ada memilih iman atau kekufuran. Firman Allah:
“Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) Biarlah ia kafir". (Al-Kahfi: 29)
Sama ada manusia itu mensyukuri nikmat atau meningkarinya . Firman allah:
“Sesungguhnya kami Telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir”. (Al-Insan: 3)
Oleh itu manusia memilih jalan di dalam kehidupan dunia ini sedangkan jalan ini adalah jalan yang perlu bersungguh-sungguh dan sentiasa bekerja keras. Firman Allah:
“Hai manusia, Sesungguhnya kamu Telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, Maka pasti kamu akan menemui-Nya”. (Al-Insyiqaq: 6)
Hidup manusia berakhir dengan kematian manusia dan menemui Tuhannya. Ketika itu jelaslah kesudahan dan nyatalah hakikat.
Firman Allah;
“Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, Maka kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, Maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam”. (Qaf: 22)
Para mukminin telah sedar dengan baik. Mereka memilih jalan dalam kehidupan dunia ini, iaitu jalan yang lurus dan betul. Firman Allah:
“(yaitu) jalan Allah yang Kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah, bahwa kepada Allah-lah kembali semua urusan.”. (As-Syura: 53)
Mereka mengetahui betapa besarnya balasan yang Allah sediakan untuk mereka sekiranya mereka menepati janji dengan Allah SWT. Firman Allah;
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”. (Ali-Imran: 185)
Di dalam sebuah hadith daripada Abu Hurairah ra. Nabi saw bersabda:
“Sesiapa yang takut berjalan pada waktu malam dan orang takut berjalan waktu malam tetap sampai ke rumah. Ketahuilah, barangan Allah terlalu mahal. Ketahuilah, barangan Allah itu ialah syurga”. (Tirmizi)
Para mukminin daripada generasi pertama telah menyedari bahawa dunia adalah kesenangan yang palsu. Dunia hanya sebagai jambatan atau laluan menuju ke akhirat. Lalu mereka menyeberangi dan menempuhinya dengan kata-kata dan perbuatan mereka. Umar bin al-Khattab pernah mengungkapkan:
“Orang yang bertakwa kepada Allah nescaya tidak akan kekal kemarahannya. Orang yang takut Allah tidak akan berbuat apa yang diingininya. Jika tidak kerana akhirat, tentulah akan jadi lain selain yang kamu lihat”.
Kemudian, kepercayaan ini dan keyakinan ini dengan apa yang ada di sisi Allah menjadikan Anas bin Nadhar memanggil Saad bin Muaz pada hari Uhud sambil berkata: “Wahai Saad, sesungguhnya aku telah mencium bau syurga”. Para sahabat yang mulia telah mencium bau syurga sebelum dipisahkan dari dunia. Mereka telah diuji dengan ujian yang hebat sehingga ada sahabat pada tubuhnya terdapat lebih 80 tikaman pedang, lembing dan panah dan tidak dapat dikenali melainkan melalui saudara perempuannya. Allah telah mengabadikan pengorbanan mereka di dalam al-Quran di dalam firmanNya:
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang Telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya), Supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu Karena kebenarannya,”. (Al-Ahzab: 23)
Mudah-mudahan kejujurannya berpanjangan di semua zaman dan tempat dengan perintah dari Allah hingga benar-benar dapat menikmati aura haruman syurga.
Marilah kita perhatikan, adakah kita telah mengetahui dengan mendalam tentang syurga sepertimana para salaf as-soleh ra. mengetahuinya dengan mendalam.
Nama-nama syurga dan maknanya
Syurga ialah negeri akhirat yang Allah sediakan kepada orang-orang bertakwa. Di dalam syurga terdapat pelbagai jenis nikmat, keriangan, kegembiraan dan penyenang hati yang tidak dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terfikir di dalam hati manausia.
Allah SWT telah menyatakan bahawa syurga adalah sebuah negeri yang sejahtera (Dar as-Salam). Firman Allah:
“Allah menyeru (manusia) ke darussalam (surga), dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam)[685].” (Yunus: 25)
[685] arti kalimat darussalam ialah: tempat yang penuh kedamaian dan keselamatan. pimpinan (hidayah) Allah berupa akal dan wahyu untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Syurga sebuah negeri yang kekal (Dar al-Khuld). Penghuninya tidak akan berpindah dari tempat ini selama-lamanya. Firman Allah:
“Sesungguhnya Ini adalah benar-benar rezki dari kami yang tiada habis-habisnya.”. (Shad: 54)
Syurga sebuah negeri tempat tinggal yang kekal (Dar al-Muqamah). Firman Allah:
“Dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang Telah menghilangkan duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampum lagi Maha Mensyukuri. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (surga) dari karunia-Nya; didalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu". (Fathir: 34-35)
Syurga sebuah negeri tempat tinggal (jannah al-Ma’wa). Firman Allah:
“ Dan Sesungguhnya Muhammad Telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, (yaitu) di Sidratil Muntaha. Di dekatnya ada syurga tempat tinggal, (An-Najm: 13-15)
Syurga ialah jannah Adn. Firman Allah:
“(bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan Pakaian mereka didalamnya adalah sutera”. Fathir: 33)
Syurga ialah negeri yang menjadi tempat kehidupan yang tidak diiringi kehancuran dan kebinasaan seperti kehidupan dunia yang menjadi tempat main-main yang sementara waktu. Firman Allah:
“Dan tiadalah kehidupan dunia Ini melainkan senda gurau dan main-main”. (Al-Ankabut: 64)
Syurga ialah jannah al-Firdaus. Firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal,”. (Al-Kahfi: 107)
Syurga ialah tempat tinggal yang disenangi. Firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai Di tempat yang disenangi[1441] di sisi Tuhan yang berkuasa”. (Al-Qamar: 54-55)
[1441] maksudnya tempat yang penuh kebahagiaan, yang bersih dari hiruk-pikuk dan perbuatan-perbuatan dosa.
Istana dan mahligai syurga
- Mahligai di syurga. Sabda nabi saw:
“Allah telah menjadikan jannah And dengan TanganNya batu bata dari mutiara putih dan batu bata dari permata merah dan batu bata dari batu perhiasan kehijauan (Berkilauan). Tanah lumpurnya kesturi, pasirnya intan dan rumputnya za’faran. Kemudian ada sahabat bertanya tentang syurga, sebutlah padaku (siapakah mereka). Lalu dijawab: “Beruntunglah orang-orang mukminin”. Firman Allah SWT: Demi kemuliaan dan keagunganKu, tidak akan berada di sisiku kalau kamu bakhil”. Kemudian Rasulullah membacakan ayat: “Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung”. (Al-Hasyr: 9)
- Seorang murid bertanya Ibn Abbas dengan berkata:
“Hai Ibn Abbas apakah muka bumi syurga? Ibn Abbas menjawab: “Marmar putih berkilau daripada perak seakan-akan cermin. Muridnya bertanya lagi: “Apakah cahayanya?”. Ibn Abbas menjawab: “Seperti detik yang kamu lihat sebelum terbit matahari, maka begitulah cahayanya, tetapi di sana tiada matahari dan tidak juga dingin yang menggigil”.
- Di dalam Sunan Ibn Majah dari Usamah bin Zaid berkata: Rasulullah saw bersabda:
“Ketahuilah, adakah ada orang yang dipercepatkan ke syurga. Sesungguhnya di syurga suatu tempat yang tidak pernah terdetik di dalam hati manusia tentang kecantikannya. Iaitu syurga dan Tuhan Kaabah adalah cahaya yang berkilau dan bauan yang menyenangkan, mahligai yang teguh, sungai yang bersambungan, buah-buahan yang masak, isteri yang baik, cantik dan halal lagi ramai, tempat tinggal yang kekal abadi di dalam rumah yang sejahtera, buah-buahan, kehijauan, kesukaan dan kenikmatan di tempat tertinggi lagi cantik dan luas”. Para sahabat bertanya: Adakah kami termasuk orang yang dicepatkan masuk ke syurga?. Jawab nabi: “Katakanlah insya Allah”. Lalu sahabat menjawab: Insya Allah”. (Ibn Majah)
- Bauan syurga. Rasulullah telah menyatakan tentangnya seperti hadith daripada Jabir ra. Bahawa nabi saw telah bersabda:
“Bauan syurga sudah dapat dihidu sejauh berjalan selama seribu tahun. Demi Allah tidak akan dapat menghidunya orang yang menghalang dan memutuskan silaturrahim”. (Tabrani)
- Mahligainya pula, dikatakan bahawa di dalam syurga ada mahligai daripada emas dan ada mahligai daripada perak, mahligai daripada mutiara, mahligai daripada intan dan mahligai daripada batu perhiasan yang berkilauan. Ahli syurga yang berada pada kedudukan terbawah mempunyai rumah daripada mutiara di bilik dan pintunya. Daripada Abdullah bin Umar dari nabi saw yang bersabda:
“Sesungguhnya di dalam syurga ada bilik yang dapat dilihat luarnya dari dalam dan di lihat dalamnya dari luar”. Lalu Abu Malik al-Asy’ari bertanya: Bagi siapakah itu wahai Rasulullah? Nabi menjawab: “Bagi orang yang berkata yang baik, memberi makan kepada orang miskin dan gigih bangun malam sedang orang lain tidur”.
Sungai dan pokok di syurga
- Sungai-sungai di syurga, ianya mengalir tanpa parit di bawah mahligai, rumah dan bilik dan di bawah pokok. Ianya terpancar dari atasnya kemudian mengalir turun ke sejauh-jauh tingkat seperti hadith dari nabi saw:
“Di dalam syurga ada seratus tingkat yang Allah sediakan kepada para mujahidin di jalan Allah di mana antara dua tingkat itu bagaikan antara langit dan bumi. Kalau kamu diberi peluang meminta kepada Allah tentulah kamu akan meminta syurga Firdaus. Ketahuilah syurga Firdaus itu syurga terbaik, syurga tertinggi dan di bawahnya ‘Arsy Allah. Dari syurga Firdaus terpancar sungai-sungai syurga”. (Bukhari)
Kauthar ialah sungai di dalam syurga. Rasulullah telah bersabda tentangnya:
“Aku telah memasuki syurga. Apabila aku berada di sungai (Kauthar) yang mengalir, di tepinya terdapat tempat-tempat kediaman daripada mutiara, lalu aku memukulkan tanganku di tempat air yang mengalir dan bila aku mengangkatnya aku mencium bauan haruman kesturi. Lantas aku bertanya: Untuk siapakah tempat ini wahai Jibril? Jawab Jibril as: “Kauthar ini dikurniakan Allah untukmu”.
- Daripada Ibn Mas’ud al-Khudri ra.:
“Seorang lelaki telah bertanya kepada nabi: Wahai Rasulullah, beruntunglah orang yang melihat kamu dan beriman kepada mu. Lalu nabi menjawab: Beruntunglah bagi orang yang melihatku dan beriman kepadaku, kemudian beruntunglah, kemudian beruntunglah, kemudian beruntunglah bagi orang yang beriman kepadaku tetapi tidak pernah melihatku”. Lalu lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah apakah keuntungan itu?. Jawab nabi saw: “Iaitu pokok di syurga yang sebesar seakan-akan berjalan selama seratus tahun dan pakaian ahli syurga keluar daripada kelopak bunganya”.
Pohon yang ditanam di syurga
- Daripada Ibn Mas’ud, nabi saw bersabda:
“Aku telah bertemu nabi Ibrahim a.s pada malam Isra’ ku. Beliau telah berkata: Wahai Muhammad, bacakanlah kepada umatmu dariku “As-Salam” dan beritahu mereka bahwa di syurga ada tanah yang baik dan air yang manis. Di dalam syurga ada dua halaman yang luas dan pohon yang ditanam ialah Subhanallah, al-hamdulillah dan Laila ha illah wallahu akbar”. (Muslim)
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=67537&SecID=363
No comments:
Post a Comment
Sila berikan komen anda