Wednesday, October 13, 2010

Dua jenis Syafaat



Oleh: Ahmad Jad
Segala puji hanya bagi Allah Tuham semesta alam, kita memuji dan kita mohon pertolonganNya, kita mohon petunjuk dan keampunanNya, kita bertaubat kepadaNya dari segala kejahatan diri kita dan keburukan perbuatan kita. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw. Selepasnya.
Allah SWT telah berfirman:
Barangsiapa yang memberikan syafa'at yang baik[325], niscaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) dari padanya. dan barangsiapa memberi syafa'at yang buruk[326], niscaya ia akan memikul bahagian (dosa) dari padanya. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (An-Nisa’: 85)
[325]  syafa'at yang baik ialah: setiap sya'faat, perlindungan atau pertolongan yang ditujukan untuk melindungi hak seorang muslim atau menghindarkannya dari sesuatu kemudharatan.[326]  syafa'at yang buruk ialah sebalik kepada syafa'at yang baik.
Ayat-ayat ini datang sempena galakan dan dorongan Rasulullah saw kepada para mukminin supaya pergi berperang (ke Badar Sughra) kerana terdapat perintah Allah kepadanya di dalam firman Allah:

“ Maka berperanglah kamu pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri. Kobarkanlah semangat para mukmin (untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan(Nya).”. (An-Nisa’: 84)

 Di sini ditetapkan kaedah umum dalam syafaat yang mencakupi penjelasan, nasihat dan saling bantu-membantu. Firman Allah:

“Barangsiapa yang memberikan syafa'at yang baik, niscaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) dari padanya. dan barangsiapa memberi syafa'at yang buruk, niscaya ia akan memikul bahagian (dosa) dari padanya. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”. (An-Nisa’: 85)

Allah SWT menyatakan orang yang mendorong, memberi galakan dan nasihat serta saling bantu-membantu untuk berperang di jalan Allah akan memperolehi bahagian berupa pahala melalui seruan ini dan kesannya. Sementara itu orang yang menyuruh supaya melambat-lambat dan melengah-lengahkan pergi berperang akan memperolehi balasan dosa dari seruannya dan kesannya. Penggunaan perkataan kafala bermaksud memikul dosa-dosa daripadanya.

Prinsip umum dalam setiap syafaat baik atau syafaat buruk telah dinyatakan oleh Allah bersesuaian dengan keadaan tertentu melalui jalan manhaj Quran dalam memberikan kaedah menyeluruh bergantung kepada peristiwa dan reality berasingan dengan prinsip umum. Semua perkara dihubungkan dengan Allah yang berkuasa memberi rezeki apa sahaja, atau yang memberikan keupayaan melakukan sesuatu berdasarkan penafsiran perkataan muqit di dalam firman Allah tentang akibat perbuatan syafaat buruk: “. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”. (An-Nisa’: 85)

Di sini jelaslah kepentingan syafaat yang menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh manusia pemberi syafaat untuk melihat tentang akibatnya, sama ada baik atau buruk. Kalau ianya satu syafaat yang baik dengan melakukan pertolongan kepada mangsa kekejaman, mengelakkan kemudaratan atau menguatkan kebenaran, maka kepada pemberi syafaat memperolehi bahagian yang baik (pahala), kerana orang yang menunjukkan jalan kebaikan maka dia memperolehi pahala orang yang melakukannya seperti hadith nabi saw:

“Penunjuk kepada kebaikan pahalanya seperti orang yang melakukan kebaikan yang diajarkannya”.

 Orang yang memberi syafaat (menolong atau melindungi) mangsa kekejaman ialah orang yang menyelamatkannya daripada kekejaman dan kemudaratan terus menimpanya. Menyelamatkan mangsa zalim adalah sesuatu yang mulia. Allah SWT sangat murka kepada orang yang melihat mangsa kezaliman tetapi tidak menolongnya padahal dia mampu. Satu hadith:

“Seorang lelaki selepas ia mati dan ditutup kuburnya dating dua malaikat. Lalu salah satu malaikat berkata kepada satu lagi: “Sebatlah dia dengan 40 sebatan”. Maka lelaki itu merayu dengan menyebut amalan dan kebaikannya sehingga dikurangkan  kepada 39 sebatan sahaja. Lalu malaikat tadi berkata lagi kepada malaikat satu lagi: “Sebatlah dengan satu sebatan”. Lalu disebat lelaki itu dengan satu sebatan. Lalu terpancar api di dalam kubur yang berlaku dengan kehendak Allah. Tatkala dia tersedar, lantas lelaki itu bertanya: “Atas kesalahan apakah aku disebat dengan sebatan yang sebegini?”. Lalu kedua malaikat berkata kepadanya: “Kami sebat kamu dengan sebatan sebegini kerana kamu pada suatu hari pernah melalui satu tempat dan melihat orang yang dizalimi tetapi kamu tidak menolongnya padahal kamu mampu!!”

Di sini jelaslah Allah sangat murka kepada orang yang melihat mangsa kekejaman dan suatu kemudaratan berlaku tetapi tidak menolongnya dan tidak berbuat apa-apa padahal ia mampu melakukannya. Begitu juga Allah sangat murka kepada orang yang menindas dan melakukan kekejaman ke atas orang yang tidak mempunyai penolong melainkan Allah. Oleh itu orang yang memberikan perhatian kepada orang yang sepatutnya menerima syafaat atau pertolongan sebagai usaha menyelamat di dalam perkara kebenaran dan menolak kezaliman, maka Allah akan mendatangkan untuknya pahala yang besar, kerana syafaatnya merupakan perkara baik. Manakala orang yang memberi syafaat dengan syafaat yang buruk dengan mengubah syafaatnya tanpa menegakkan hukum hudud Allah, maka ia sebenarnya telah menderhakai Allah dan rasul dan mengenepikan hukum Allah yang mementingkan keadilan. Allah telah menetapkan bahawa orang yang memberi syafaat atau perlindungan dengan syafaat yang buruk akan memikul dosa-dosa daripadanya kerana akibat daripada syafaat buruk membawa kepada kehilangan hak-hak seorang muslim dan meletakkan sesuatu bukan kepada tempatnya, titik bukan kepada huruf yang sebenar, memberikan nama bukan kepada nama yang sebenar dan meletakkan kaki bukan pada tempat yang sesuai. Demikianlah syafaat yang buruk akan melambatkan harapan orang-orang yang mempunyai harapan dan melemahkan semangat para mujtahidin, kerana yang demikian itu adalah kezaliman yang nyata. Allah telah mengingatkan dalam sebuah hadith Qudsi:

“wahai hambaKu, sesungguhnya Aku haramkan kezaliman ke atas diriKu dan Aku telah jadikan antara kamu haram darahnya. Maka janganlah kamu saling berlaku zalim”.

Oleh sebab itu Rasulullah terlalu marah ketika Usamah bin Zaid datang menemuinya setelah memberi syafaat kepada seorang wanita yang mencuri kerana wanita itu mempunyai kedudukan pada kaumnya. Di sini Rasulullah menyatakan pendirian dengan kata-kata yang tegas dan ringkas dengan makna yang mendalam:

“Adakah anda memberi syafaat (melindungi) pada perkara hudud-hudud Allah wahai Usamah?”.

Kemudian Rasulullah menerangkan bahaya yang timbul sekiranya syafaat bukan berlaku pada tempatnya. Sabda nabi saw:

Sesungguhnya umat terdahulu sebelum kamu menjadi binasa lantaran apabila orang  yang mencuri itu terdiri dari orang yang mempunyai kedudukan kamu membiarkannya, apabila yang mencuri itu golongan bawahan maka kamu menegakkan hukuman. Demi jiwa Muhammad di tanganNya kalau Fatimah binti Muhammad mencuri pastilah Muhammad akan memotong tangannya”.

Inilah rasional keadilan Islam. Keadilan di dalam Islam tidak menerima persamaan dan tidak menerima penyelesaian separuh. Pada hari neraca keadilan tersalah maka akan membawa kepada kesalahan hukuman dan perhitungan dan seterunya mendatangkan seteruk-teruk akibat.

Benarlah Rasulullah ketika bersabda tentang Syafaat yang baik:

“Berilah syafaat nescaya kamu akan mendapat pahala, Allah akan memberinya berdasarkan lisan nabinya apa yang ia kehendaki”. (Bukhari)

Akhirnya..Perkataan siapakah yang paling benar selain dari Allah. Maha suci Allah. Segala pujian hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=31003&SecID=363

No comments:

Post a Comment

Sila berikan komen anda