Tuesday, October 12, 2010

Wasiat Terakhir Dr. Sayyid Nuh... Al-Aqsa adalah Amanah



Oleh: Wasfi ‘Asyur Abu Zaid – Kuwait
Syeikh Dr. Sayyid Nuh seorang murabbi dan ilmuan Islam dan dunia yang telah pun pergi ke alam baqa’ pernah berwasiat kepada saudara-saudaranya dan para duat dengan wasiat yang cukup bernilai, iaitu wasiat terakhir beliau yang saya rakamkan semasa bersamanya dan saya lihat ianya sangat baik jikalau saya kongsikan dan sebarkannya, sebagai mengenang jasa pendakwah yang hebat ini dan demi menyampaikan risalah dan amanah, di samping ianya terkandung kebenaran, keikhlasan dan kebaikan bagi para duat dan umat. Saya turut menyertakan ayat-ayat al-Quran dan Hadith dan saya letakkan tajuk-tajuk kecil supaya lebih mudah dan jelas. Inilah teks wasiat beliau:    
Saya berlindung daripada syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang bersifat Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta alam. Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang merupakan penolong bagi para salihin dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad adalah penghulu para nabi dan imam para muttaqin, Ya Allah,  selawat, salam dan keberkatan buat Muhammad nabi yang ummi, keluarganya, para sahabatnya dan mereka yang berjalan di atas jalannya, para pendakwah yang berdakwah sehingga hari Kiamat. Selepasnya;
Kemuliaan martabat dan risalah
Saya mengucapkan salam buat ikhwah para duat dengan salam Islam..salam dari Allah yang penuh keberkatan dan kebaikan..Assalamualaikum warahmatullahi barakatuh, Saya katakan kepada diri saya dan anda sekalian, marilah kita memuji Allah SWT di atas kemuliaan yang diberikan kepada kita dan di atas kedudukan dan martabat yang Allah tinggikan untuk kita. Oleh itu cukuplah bagi kita, bahawa Allah menjadikan kita saksi dengan keesaan dan kesempurnaan selepas penyaksian Dia dan penyaksian para malaikat. Firman Allah:
“Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). tak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Ali-Imran: 18)
Cukuplah bagi kita, bahwa Allah telah memberikan keistimewaan kepada kita lantaran kita adalah hambanya yang paling takut lebih dari orang lain. Firman Allah:
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama”. (Ali-Imran: 18)
 Firman Allah:
Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Al-Mujadalah: 11)
 Ini bukan sekadar pujian biasa, kerana kita menunaikan kewajipan memikul amanah yang Allah bebankan kepada kita. Firman Allah:
Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang Telah diberi Kitab (yaitu): "Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya”. (Ali-Imran: 187)
Allah telah mengambil janji kita. Firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang Telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada manusia dalam Al kitab, mereka itu dila'nati Allah dan dila'nati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat mela'nati,. Kecuali mereka yang Telah Taubat dan mengadakan perbaikan dan menerangkan (kebenaran), Maka terhadap mereka Itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah yang Maha menerima Taubat lagi Maha Penyayang”. (Al-Baqarah: 159-160)
Al-Aqsa adalah satu amanah
Al-Aqsa adalah satu amanah yang berada di bahu umat semenjak nabi saw di-Isra’ dan di-Mi’rajkan ke lapisan langit tertinggi. Al-Aqsa adalah satu risalah yang kita pikul dan kita masih memikulnya, sebarang tindakan mengabaikan atau meremehkan tentang amanah ini akan mengundang pintu-pintu kejahatan yang tidak berkesudahan. Ini di dunia. Manakala di akhirat nanti Allah akan menyoal kita tentang pengetahuan yang telah disampaikanNya dan tentang kewajipan kita terhadap Masjid al-Aqsa ini. Firman Allah:
“Maka demi Tuhanmu, Kami pasti akan menanyai mereka semua. Tentang apa yang Telah mereka kerjakan dahulu”. (Al-Hijr: 92-93)
Sabda nabi saw:
“Sekali-kali tidak akan selesai perbicaraan seorang hamba pada hari Kiamat nanti melainkan akan disoal tentang empat perkara: “tentang umurnya bagaimana ia habiskan, tentang zaman mudanya bagaimana ia laluinya, tentang hartanya dari mana ia memperolehinya dan ke mana ia belanjakannya, dan tentang ilmunya apakah yang diamalkannya”. (Tabrani dengan sanad yang sahih)
Wasiat beliau tentang usaha membebaskan al-Aqsa

Saya tujukan wasiat ini ke pangkuan kalian agar meletakkan wasiat saya ini di benak pemikiran kalian. Kalian telahpun mengetahuinya tetapi saya sekadarkan mengingatkan kalian:
1.      Saya ingatkan tentang kewajipan menerangkan nilai al-Aqsa, kedudukan al-Aqsa ini di dalam jiwa umat dan kewajipan umat terhadapnya. Janganlah kalian melampau-lampau bila memberikan ceramah atau pengajian kerana yang penting ialah mengetengahkan isu ini sehingga manusia mengetahui nilai al-Aqsa.  

2.      Kalian menjelaskan kepada manusia tentang bahaya yang terjadi ekoran kehilangan al-Aqsa dan Palestin, iaitu akan membuka pintu-pintu kejahatan dan akan menjadikan negeri, harta, jiwa dan kehormatan umat Islam ternoda di hadapan musuh-musuh yang bertindak melulu tanpa belas kasihan pada seorangpun. Kalian mestilah menyedarkan umat Islam tentang bahaya ini kerana selagi mereka tidak menyedari bahaya ini mereka sekali-kali tidak akan bergerak dan melaksanakan kewajipan mereka.

3.      Kalian mestilah menyatakan pesanan ini kepada pemimpin Negara kerana mereka adalah pihak yang bertanggungjwab dengan tanggungjwab yang sepenuhnya tentang diri mereka, tentang anak-anak bangsa ini dan tentang sebidang tanah yang suci ini sebagai tanggungjwab yang besar di hari Kiamat. Oleh itu ayuhlah kalian bersegera melaksanakan tanggungjwab ini mengingatkan mereka bahawa biarpun mereka elok melayani dan menyayangi saudara di Palestin kerana seagama, namun kesudahannya seumpama kasut di kaki-kaki mereka selagi mana mereka tidak kembali kepada Allah dan selagi mereka tidak menggembling tenaga mereka untuk memelihara tempat yang mulia lagi suci ini.   

4.      Buat saudara-saudara kami serulah kepada umat Islam dengan menzahirkan kemarahan kalian sekarang kerana kalau tidak sekarang bila lagi? Penzahiran atau demonstrasi adalah hak yang dibenarkan syarak kepada semua bangsa di muka bumi. Justeru umat Islam mestilah berdemontrasi dan bukan hanya kerana semangat yang meluap-luap yang kemudian terhenti selepas sehari atau dua hari tetapi penzahiran itu dibina di atas hujah dan dalil. Begitulah kita sebagai orang yang berpegang teguh dengan pendirian ini dan memberi keutamaan kepada masalahat umat, sehingga para pemimpin Islam tersedar dan sehingga anggota umat yang tertidur, malas dan lalai ini tersedar dan seterusnya melaksanakan peranan dan kewajipan mereka. Demi Allah, seandainya aktiviti penzahiran dan pegangan yang teguh berteruan tentulah para musuh akan tergugat sehingga mereka mengubah pendiriannya. Musuh ini tidak mungkin akan mampu menghadapinya selama-lamanya melainkan dengan kekuatan. Inilah sebesar-besar kekuatan, sebesar-besar peluru berpandu, sebesar-besar bom jangka dan sebesar-besar alat penembak. Umat mestilah berdiri teguh, kerana mereka akan mengetahui siapakah yang benar dan siapakah yang melayani apabila umat terlalu marah dan orang yang bangkit kerananya.  

5.      Begitu juga kita mengingatkan umat tentang kewajipan dari segi harta bagi meneguhkan tempat ini dan menyumbang kepada mereka yang bekerja memelihara tempat ini. Di sana terdapat orang yang masih tertidur dan ada orang yang telah bangun. Kita tidak membebani mereka melainkan mengajak mereka memelihara al-Aqsa dengan jiwa dan harta mereka..kemasalahatan mereka selama ini terabai..tidak pernah cukup untuk anak-anak mereka dan tidak pernah cukup untuk keluarga mereka, semua mereka bertahan dan semua mereka berkorban. Mereka sangat memerlukan harta benda. Kita mengingatkan umat tentang kewajipan membantu dan memenuhi keperluan mereka dari segi harta, sumbangan berbentuk harta benda atau wang ringgit. Ini kerana setiap muslim diwajibkan mempertahankan agamanya dengan dua perkara: jiwanya dan hartanya. Justeru jika tidak berupaya dari segi jiwa raganya maka bantulah dari segi harta dan mudah-mudahan ia mampu menebus diri dan jiwanya, seolah-olah ianya menyumbangkan dua saham: saham dari segi harta yang sebenar dan saham harta yang menggantikan dirinya.    

6.      Begitu juga kalian mengingatkan umat Islam supaya berdoa terutama berdoa di waktu malam setiap minggu, kalian duduk dan berdoa ke hadrat ilahi sama ada kalian kanak-kanak, orang dewasa, orang yang sihat atau sakit, orang tua dan lemah..Setiap mereka berkumpul sesama mereka selepas puasa dan berbuka, menunaikan solat dan berdoa kepada Allah supaya membebaskan kegawatan umat dan mendatangkan hukuman kepada musuh yang menyangka bahawa mereka adalah raja di bumi dan melupakan kekuasaan Allah SWT. Allah telah berfirman:

“Dan bahwasanya dia Telah membinasakan kaum 'Aad yang pertama”. (An-Najm: 50)

Ini bererti akan ada kaum ‘Ad yang kedua ketiga dan keempat. Kekuaaan Allah mengatasi segala sesuatu. Firman Allah:

“Adapun kaum 'Aad Maka mereka menyombongkan diri di muka bumi tanpa alasan yang benar dan berkata: "Siapakah yang lebih besar kekuatannya dari kami?" dan apakah mereka itu tidak memperhatikan bahwa Allah yang menciptakan mereka adalah lebih besar kekuatan-Nya daripada mereka? dan adalah mereka mengingkari tanda-tanda (kekuatan) kami”. (Fusshilat: 15)

Saya mohon kepada Allah supaya memberi manfaat kepada kalian wahai ikhwah yang dimuliakan dengan wasiat dan pesanan ini. Mudah-mudahan Allah menerima amal kita dan tidak mensia-siakannya serta mengampuni kesalahan dan dosa kita.
Saya telah sampaikan apa yang saya ingin sampaikan. Saya memohon ampun kepada Allah untuk diri saya dan diri kalian, selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad saw, keluarganya dan para sahabatnya. Segala pujian hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam. Mudah-mudahan Allah memberi balasan dengan sebaik-baik balasan.   
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=30073&SecID=363

1 comment:

  1. Suatu wasiat dan pesanan yg evergreen dan mengesankan, terutama apabila ia datang drpd seorg mujahid al-da'wah. Semoga Allah menempatkan ruhnya bersama para shuhada' dan salihin.

    ReplyDelete

Sila berikan komen anda