Segala puji hanya bagi Allah, salam ke atas hambaNya yang terpilih. Selepasnya; Allah swt telah memerintahkan kita sentiasa berjaga dan berwaspada, merenung dan berfikir. Firman Allah:
“Maka ambillah (Kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, Hai orang-orang yang mempunyai wawasan”. (Al-Hasyr: 2)
Allah telah mengingatkan kita daripada kelalaian, kecuaian dan tidak prihatin terhadap ajaran yang diturunkan, kerana kelalaian membawa kepada kehancuran dan kebinasaan..dan seterusnya umat tertinggal dari arus kemajuan dan kekayaan mereka telah dirampas akibat daripada kelalaian mereka.
Maksud ‘kelalaian yang membinasakan’ ialah individu mukallaf yang telah menanggalkan kesempurnaan akal dan kematangan setelah menerima peringatan dan sampai kepadanya hujjah tapi tidak mengambil pelajaran dan tidak mahu berfikir serta mengabaikan syariat Allah dan tidak mempedulikannya. Dengan sebab itu kita diminta menjauhkan diri dari orang-orang gila dan tertidur berdasarkan hadits :
“Tiga perkara yang diangkat pena (tidak dikira); orang gila sehingga ia tersedar, kanak-kanak sehingga ia matang dan orang yang tertidur sehingga ia sedar”. (Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain)
Kita juga diminta menjauhi perbuatan tersilap dan terlupa. Sabda nabi saw:
“Sesungguhnya Allah tidak mengira dari umatku; tersilap dan terlupa”. (Ibn Majah)
Begitu juga orang yang jahil dan yang lalai. Orang yang jahil atau bodoh (safih) ialah orang yang lemah kematangannya , tidak baik pengurusannya dan membazirkan harta bukan pada perkara yang menepati akal manusia biasa. Orang yang lalai (zu al-ghaflah) ialah orang yang tidak membelanjakan harta kepada perkara yang menguntungkan sehingga menipunya dalam pengurusan harta.
Begitu juga kita disuruh menjauhi orang yang lalai (ghafil) kerana tidak sampai peringatan dan hujjah kepadanya. Firman Allah:
“Yang demikian itu adalah Karena Tuhanmu tidaklah membinasakan kota-kota secara aniaya, sedang penduduknya dalam keadaan lengah (kerana belum menerima peringatan)”. (Al-An’am: 131)
Menurut Ibn Katsir: Allah menyatakan bahawa tiada seorangpun yang ditimpa azab kerana melakukan kezaliman selagi tidak sampai dakwah kepadanya..Kami tidak akan membinasakan seorangpun melainkan selepas perutusan rasul kepada mereka seperti firman Allah:
“Dan Kami tidak akan meng'azab sebelum kami mengutus seorang rasul”. (Al-Isra’: 15)
Iaitu, perbuatan mereka yang zalim tidak diambil kira dengan sebab kelengahan (tiada menerima peringatan rasul). Sebab itu mereka berkata: Tidak datang kepada kami berita gembira atau peringatan. Mereka tidak dibinasakan sebelum menerima peringatan rasul dan Kitab. Allah tidak berbuat zalim kepada hambaNya. Firman Allah:
“Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, Karena mereka itu lalai.(Yassin: 6)
Iaitu, berilah peringatan wahai Muhammad dengan al-Quran ini kepada kaum Arab yang belum didatangkan Rasul dan Kitab kepada mereka kerana tempoh yang lama mereka tidak diutuskan rasul. Dengan sebab itu mereka termasuk orang yang lalai dari petunjuk dan iman yang menyebabkan mereka terjerumus ke lembah kegelapan syirik. Namun mereka tidak diazab Allah kerana Allah tidak mengazab golongan yang terdapat keuzuran.
Kelalaian adalah lawan kesedaran. Ibn al-Qayyim mendifinisikan kesedaran (al-Yaqzah): Ianya hati yang tergoncang lantaran keindahan peringatan dan tersedar dari ‘tidur’ orang-orang yang lalai..Maka ia membangkitkannya melalui keindahan peringatan dan mempengaruhi peri lakunya. (Madarij as-Salikin: 94)
Peringatan dari kelalaian
Allah telah mengingatkan hambaNya dari kelalaian yang membinasakan dengan bermacam teknik (uslub). Di antaranya ialah: Ketika mereka di alam cahaya, mereka telah mengadakan perjanjian untuk mentauhidkan Allah dan tidak mensyirikkanNya, sama seperti Allah mengingatkan kegoncangan hari Kiamat dan hari penyesalan sambil berkata: “Kami dengan ini termasuk orang-orang yang lalai”.
1.Semasa Allah menciptakan Adam as, Allah telah menyentuh dadanya. Dengan itu keluar zuriatnya dan mengambil suatu perjanjian bahawa Allah adalah Tuhan mereka dan tidak akan mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Lalu mereka telah bersaksi dengan perjanjian itu. Firman Allah:
“172. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku Ini Tuhanmu?" mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuban kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap Ini (keesaan Tuhan)",
Di dalam sebuah hadits sahih:
“Allah swt telah berfirman kepada penghuni neraka yang sedang disiksa pada hari Kiamat: “Jikalau engkau semasa hidup di dunia diikat dengan sesuatu perjanjian, adakah kamu sanggup menebusnya?”. Lalu mereka menjawab: Ya. Allah berfirman lagi: “Aku mahukan dari engkau lebih hina dari ini sedang engkau di dalam sulbi Adam; iaitu engkau tidak mensyirikkanKu dengan sesuatu, tapi engkau mengabaikannya dengan mensyirikanKu”. (Bukhari dan Muslim)
Justeru, inilah fitrah kejadian seperti yang telah difitrahkan Allah kerana setiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah..Sains telah merumuskan bahwa sel genetic tersembunyi di dalam ciri-ciri keturunan, iaitu setengah sel wujud di dalam tulang sulbi..Manakala cara perlaksanaan, bagaimana janji setia diambil dan penyaksian..maka ini adalah perkara ghaib yang kita imani..kerana mentauhidkan Allah tersedia di dalam fitrah..Saya katakan bahawa setiap zarah di dalam diri manusia termasuk darah, otak atau tulang..jelas menunjukkan keesaanNya.
Allah swt telah mengingatkan bahawa hari Kiamat telah dekat sedangkan manusia masih lalai, tidak bersedia dan tidak bekerja untuknya! Firman Allah:
“Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).2. Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al Quran pun yang baru (di-turunkan) dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main”. (Al-Anbiya’: 1-2)
Allah mengingatkan mereka supaya tidak lalai dan memandang remeh..kerana kegementaran pasti tiba mengancam mereka sedangkan mereka tidak pernah memperdulikannya dan tidak mendengarnya..malah mereka dalam keadaan lalai dan bermain-main (hati yang lalai)!!
Ayat-ayat ini menceritakan kepada mereka tentang serangan terhadap orang-orang yang berdusta dan lalai sedangkan mereka dalam keadaan lengah, tidak mengambil pelajaran, tidak berfikir dan tidak memerhatikan..kemudian datang janji yang benar dengan keluar Ya’juj dan Ma’juj sebagai antara tanda Kiamat..maka apabila pandangan mereka terbeliak kepada kegoncaangan pada hari tersebut..tidak pernah dilihat mata mereka tentang kengerian dan kedahsyatan hari itu, lalu kini mereka menyesal!
Firman Allah:
“"Aduhai, celakalah kami, Sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim". (Al-Anbiya’: 97)
Kami bukan sahaja lalai bahkan termasuk orang-orang yang zalim dan dusta kerana kami telah diperingatkan tetapi tidak mengambil pengajaran!! Sesungguhnya setelah dating hari Kiamat secara tiba-tiba kini barulah mereka tersedar daripada kelalaian selepas berlalu tempoh yang lama!
Allah telah memberi peringatan kepada hambanya tentang hari penyesalan di mana tiada guna segala penyesalan..hari orang yang berbuat jahat akan menyesal di atas perbuatan jahatnya dan hari orang yang berbuat baik akan menyesal kerana tidak memperbanyakkan amalan kebaikan semasa di dunia. Firman Allah:
“Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (yaitu) ketika segala perkara Telah diputus. dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak (pula) beriman”.(Maryam: 39)
Manusia lalai daripada situasi yang genting ini..hari penyesalan, hari di mana penghuni neraka akan diperlihatkan mahligai yang dijanjikan untuk mereka jika mereka beriman, di katakan: Jikalau engkau beriman dan melakukan amal soleh tentulah tempat engkau di syurga seperti yang engkau lihat. Dengan itu mereka benar-benar menyesal. Di dalam riwayat yang sahih:
“Ketika tiba saat kematian pada hari Kiamat seolah-olah sepeti kibasy yang digaulkan garam (Abu Karib telah menambah) ia berdiri antara syurga dan neraka (kedua-dua riwayat sepakat dalam baki hadist) lalu dikatakan: Wahai penghuni syurga!Adakah engkau kenal ini? Lalu mereka menjenguk dan melihat sambil berkata: Ya, inilah kematian. Sabda nabi: “Dikatakan: Wahai penghuni neraka! Adakah engkau kenal ini? Lalu mereka menjenguk dan melihat sambil berkata: Ya, inilah kematian. Sabda nabi: Maka ia disuruh menyembelih. Sabda nabi lagi: Kemudian dikatakan: Wahai penghuni syurga! Engkau kekal di dalamnya tanpa menemui kematian lagi. Wahai penghuni neraka! Engkau kekal di dalamnya tanpa menemui kematian lagi. Kemudian Rasulullah membaca ayat: “Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (yaitu) ketika segala perkara Telah diputus. dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak (pula) beriman”.(Maryam: 39) sambil menunjukkan kepada dunia dengan tangannya”. (Bukhari dan Muslim) Di dalam riwayat lain: “maka penghuni syurag bergembira..dan penghuni neraka berduka..”.
Di dalam hadits sahih:
“Seorang hamba apabila telah dimasukkan ke dalam kubur dan telah berpisah dengan para sahabatnya, dia masih mendengar tapak kaki mereka. Lalu dua malaikat mendatanginya sambil berkata: “Apa yang engkau katakana tentang lelaki ini, iaitu Muhammad saw. Dijawab oleh orang yang beriman: “Aku bersaksi bahwa beliau adalah hamba Allah dan utusanNya”. Lalu dikatakan kepadanya: ‘Lihatlah tempat tinggalmu dari api neraka telah digantikan oleh Allah dengan tempat tinggal dari syurga. Mereka melihat kedua-dua tempat itu”. (Bukhari)
Di dalam riwayat yang sahih:
“Apabila seseorang mati ditunjukkan tempat tinggal untuknya pada waktu pagi dan petang, sekiranya ia merupakan bakal penghuni syurga, maka disediakan selayaknya sebagai penghuni syurga. Sekiranya ia merupakan bakal penghuni neraka, maka disediakan selayaknya sebagai penghuni neraka. Dikatakan: Inilah tempat tinggal engkau sehingga Allah membangkitkan engkau pada hari Kiamat”. (Bukhari)
Sebab berlaku kelalaian yang membinasakan
Ada banyak sebab berlaku kelalaian. Kami nyatakan sebahagian darinya:
1. Tidak menggunakan pancaindera (alat untuk mengetahui). Allah swt telah mengurniakan manusia nikmat pendengaran, penglihatan dan pemikiran, supaya menggunakannya untuk mentaatiNya dan tidak melakukan maksiat serta mengenali Allah swt dan menggunakan pada perkara yang mendatangkan kebaikan kepada manusia di dunia dan akhirat..Oleh sebab itu, lihatlah, perhatikanlah, berfikirlah dan renunglah..yang merupakan asas pertanggungjawaban. Firman Allah:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya”. (Al-Isra’: 36)
“Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri15. Meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya”. (Al-Qiyamah: 14-15)
Orang yang tidak mendengar kebenaran dan tidak melihat petunjuk dan tanda-tanda iman, mereka seakan-akan seperti binatang ternakan yang tidak mendapat apa-apa manfaat dengan pancaindera yang dimiliki melainkan hanya untuk mencapai manfaat duniawi. Firman Allah: “Bahkan mereka lebih sesat”. (al-A’raf: 179), kerana binatang ternak hanya menyahut panggilan penggembalanya sekalipun tidam memahami kata-katanya. Berbeza dengan manusia yang tidak memanfaatkan pandangan, pemikiran dan pemerhatian, tidak mendengar peringatan yang berguna, syariat yang diturunkan yang dibawa para rasul. Oleh itu mereka lebih sesat daripad binatang ternak, kerana binatang ternak mengetahui perkara yang berguna baginya dan perkara yang mendatangkan keburukan melalui fitrah yang Allah kurniakan..Mereka ini Allah telah hukumkan sebagai lalai kerana sikap mereka tidak tidak dapat membezakan antara yang berguna dan memudaratkan sedangkan manusia dibekalkan dengan akal, pendengaran dan penglihatan. Firman Allah:
“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada”. (Al-Hajj: 46)
Menurut kata-kata hukamak: “Hidupkanlah hatimu dengan nasihat, sinarilah dengan berfikir, peliharalah dengan zuhud, kuatkanlah dengan yakin, tetapkanlah dengan rasa fana’, terangilah dengan berasa kering pada dunia, berhati-hatilah dari membuang masa dan kebrukan hari berganti hari, renungilah sejarah-sejarah yang lalu dan apa yang menimpa mereka..Lihatlah apa yang mereka lakukan, ke mana kesudahan dan apakah akibatnya”. (Tafsir Ibn Katsir)
2. Tidak mahu berfikir atau merenung tanda-tanda kekuasaan Allah. Allah telah memberikan contoh atau perumpaan di dalam al-Quran sebagai renungan, iktibar dan fikiran..Lihatlah keadaan Firaun dan kaumnya, di mana Allah telah menguji mereka dengan tanda-tanda yang banyak, tetapi apakah yang berlaku? Firman Allah:
“Dan Sesungguhnya kami Telah menghukum (Fir'aun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran.(Al-A’raf: 130)
Namun mereka tetap tidak mengambil pengajaran. Firman Allah:
“Mereka berkata: "Bagaimanapun kamu mendatangkan keterangan kepada kami untuk menyihir kami dengan keterangan itu, Maka kami sekali-kali tidak akan beriman kepadamu".(Al-A’raf: 132)
Allah telah mengirimkan taufan dan belalang..dan sebagainya yang dating ke seluruh rumah dan ladang mereka. Setelah semua ini menyulitkan, lalu mereka berkata: Hai Musa, berdoalah kepada Tuhanmu bebaskan kami dari ujian ini dan kami beiman denganmu dan kami mengirim bani Israel bersamamu. Namun setelah Allah menerima permintaan Musa, mereka tetap tidak beriman. Firman Allah:
“Kemudian kami menghukum mereka, Maka kami tenggelamkan mereka di laut disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka adalah orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami itu. (Al-A’raf: 136)
Mereka telah ditenggelamkan semuanya di Laut Merah dengan sebab mendustakan ayat-ayat dan menentangnya, serta tidak mempedulikan dan lali darinya. Orang-orang seperti ini Allah telah memalingkan mereka dari memahami ayat-ayatNya dan beriman dengannya sebagai balasan di atas kelalaian, kesombongan dan pendustaan dan tentangan mereka. Firman Allah:
“Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. mereka jika melihat tiap-tiap ayat(Ku), mereka tidak beriman kepadanya. dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mau menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus memenempuhnya. yang demikian itu adalah Karena mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka selalu lalai dari padanya. (Al-A’raf: 146)
Semasa Firaun yang mengaku sebagai tuhan mati lemas Allah telah menimbulkankan jasadnya, kerana jika tidak berlaku demikian sudah tentu manusia menyangka bahawa beliau tidak mati kerana beliau adalah tuhan! Manusia dapat menyaksikan kesudahan Firaun dalam keadaan yang penuh kehinaan dan kecelakaan supaya dapat menghalang sesiapa jua selainnya yang mengaku sebagai tuhan..Begitu juga yang Allah perlakukan kepada setiap orang yang zalim dan sombong supaya menjadi pengajaran kepada orang selepasnya. Firman Allah:
“Maka pada hari Ini kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan Sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan kami. (Yunus: 92)
Pengajaran ini berulang dalam pelbagai bentuk kepada orang-orang zalim seperti Firaun yang lalai dan cuai dari ayat-ayat Allah. Adakah mereka mengambil peringatan? Firman Allah:
“Dan perumpamaan-perumpamaan Ini kami buat untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu. (Al-Ankabut: 43)
3. Mencintai dunia lebih dari akhirat. Di antara kelalaian ialah mengutamakan dunia lebih dari akhirat dan tidak mengambil berat tentangnya. Hal ini mendatangkan kemurkaan Allah dan menjerumuskan kepada azab kepada mereka. Firman Allah:
“. 107. Yang demikian itu disebabkan Karena Sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. 108. Mereka Itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya Telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka Itulah orang-orang yang lalai. (An-Nahl: 107-108)
“Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (Tidak percaya akan) pertemuan dengan kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami”. (Yunus: 7)
Di dalam hadits nabi saw:
“Kecintaan kamu kepada sesuatu akan membutakan dan memekakkan kamu”. (Abu Daud dan Ahmad)
Cintakan dunia mengatasi cinta kepada akhirat membawa kepada berlumba-lumba dan kebinasaan. Nabi saw amat bimbang hal ini. Di dalam hadits sahih:
“…Demi Allah, tiada kefakiran yang paling aku bimbangi ke atas kamu. Namun aku bimbang kamu menerima dunia seperti orang sebelum kamu. Kamu berlomba-lomba mendapatkannya seperti orang-orang terdahulu berlomba-lomba dan kamu terus leka sama seperti orang-orang terdahulu telah leka”. Di dalam riwayat Muslim: “..kamu akan dibinasakan seperti kaum terdahulu dibinasakan”. (Bukhari dan Muslim)
Kamu telah berlomba-lomba mendapatkannya sehingga hartabenda yang ada di tanganmu tinggal sedikit setelah kamu memonopoli, bermewah-mewah dan membazirkannya. Kamu tidak melindungi kepentingan awam ketika hartabenda melimpa-ruah..Di mana kesatuan umat Islam? Umat yang satu? Di manakah program nuclear yang dirintis oleh Mesir dan India?..Kenapakah umat Islam dalam keadaan hina? Bukankah Allah memuliakan orang-orang beriman dan memandang hina orang-orang kafir..Kenapakah tetap lalai daripada peringatan Allah? Di manakah kesedaran, fikiran dan pengajaran yang telah diperintahkan kepada kita, di mana di mana?..Kenapakah? Inilah persoalah yang terus membara..yang memerlukan kita terus bekerja sehingga umat ini sedar dan bangkit dari kelalaian..Dan Allah adalah sebalik hati-hati manusia dan Dialah yang member petunjuk kepada ja;an yang benar.
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=66495&SecID=363
0 ulasan
Sila berikan komen anda