Oleh: Dr. Mohamed Mansour
Pembinaan umat bererti suatu pembinaan yang dimulakan dengan pembinaan individu, keluarga, masyarakat, negara, kemudian ummah dan dunia. Pembinaan insan bererti membina emosi, intelek dan fizikal; untuk mendatangkan kebahagiaan kepada seluruh hidupnya dan bukan sebahagiannya. Iaitu kebahagiaan yang sebenar dan mendalam, bukan yang palsu dan cetek. Kemudian memperolehi kebahagiaan dan kegembiraan di hari akhirat dengan melengkapkannya melalui niat yang paling baik dalam semua perkataan dan perbuatan di dunia.
Pembinaan emosi atau jiwa hendaklah dengan cara terus-menerus dihubungkan dengan asal-usul kebaikan dan kehidupan, dengan Tuhan yang telah menjadikannya, Pencipta, Pendidik , Pemberi Rezeki, Penolong dan Pemberi Taufik. Kemudian terus-menerus berpegang teguh dengan akhlak yang mulia dalam semua perkataan dan tindakannya, untuk memperolehi kebahagiaan dan ketenangan di kedua-dua alam, seperti yang difahami daripada sabda nabi Muhammad saw di dalam sebuah hadith yang terkenal daripada Ibn Abbas r.a:
"Peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara engkau, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan engkau, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah..," (sebahagian daripada hadith yang diriwayatkan oleh Al-Tirmizi dan lain-lain).
Pembinaan intelek hendaklah dengan cara terus-menerus bekerja, menghasilkan, menghantar, merancang, mengembangkan, melakukan inovasi dan memperoleh keuntungan dalam perkara yang baik semata-mata, untuk terus menikmati dan menyempurnakan kebahagiaan. Sebaliknya tidak merosakkan daya intelek dengan apa jua kejahatan dan keburukan yang mungkin difikir atau dilakukan, seperti yang difahami dari sabda nabi saw:
"Rebutlah apa-apa yang akan memberi manfaat kepada anda dan mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan berasa lemah… " (sebahagian hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lain).
Pembinaan fizikal hendaklah dengan cara mewujudkan keseimbangan dalam menikmati fizikal yang halal, kerana ianya berguna dan membahagiakan, bukan menikmati fizikal yang haram, kerana ianya memudaratkan dan menyusahkan, sebagaimana Allah berfirman:
“dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau.” (Al-A’raf: 3).
Pembinaan keluarga, iaitu pembentukan lelaki dan perempuan yang hanya lengkap tarbiyah dan pendidikannya jika bermula sejak kecil.. Sebuah keluarga terbina di atas dasar:
“perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Ar-Rom: 2),
iaitu atas dasar kecintaan, perbincangan, persefahaman, hubungan yang erat, bertoleransi, bertolak ansur, bekerjasama, berintegrasi,merancang dan memperolehi pendapatan dan semua perkara yang mendatangkan keselamatan dan kebahagiaan kepada generasi yang baru supaya dapat berkembang dengan mudah dan secara spontan dengan sifat-sifat yang baik dan membahagiakan ini, dan juga supaya dia boleh memindahkan dan melimpahkannya kepada masyarakat di sekeliling dengan lancar dan tanpa bersusah payah lagi.
Pembinaan masyarakat, seperti yang difahami dari ayat (bermaksud):
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; (Al-Baqarah: 128),
Iaitu yang menjadi asas pembentukan keluarga bahagia dan sudahpun dimulakan dengan mendidik anggotanya atas asas etika system Islam, iaitu satu-satunya etika yang melahirkan kebahagiaan yang menyeluruh dan sebenar, seperti yang ditegaskan Allah SWT (bermaksud):
“(maka dengan isi kandungan Al-Quran) itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya) (Yunus: 58),
Sedangkan sistem yang lain, kebahagian yang dikecapi kebiasaannya hanya sedikit dan terbatas, malah kebanyakannya hanya merasai kesengsaraan akibat penindasan seperti realiti yang berlaku di hadapan kita.
Kemudian pembinaan institusi-institusi negara, pentadbiran dan kerajaannya, institusi politik, ekonomi, kehakiman, akademik, maklumat, sosial, kesenian, sukan, ketenteraan, polis dan lain-lain .. Pembinaan kepakaran atau pengkhususan tertentu, golongan pakar yang memiliki akhlak dari pelbagai agama dan budaya, kerana mempraktikkan firman Allah (bermaksud):
“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.” (Al-Qashash: 26),
dan sabda nabi saw (bermaksud):
"Jika anda serahkan urusan sesuatu urusan bukan kepada orang yangberkelayakan, tunggulah masa (kehancuran). " (sebahagian daripada hadith riwayat Bukhari)
Ini kerana orang yang memiliki kepakaran tanpa memperolehi tarbiyah, pada kebiasaannya akan merosakkan kepakarannya seperti realiti yang jelas, Sekiranya mendapat tarbiyah tanpa kepakaran tertentu juga akan merosakkan kerana kekurangan pengalaman atau ketiadaan pengetahuan tentangnya.
Pembinaannya mestilah merujuk atau bersumber kepada akhlak Islam; kerana akhlak Islam adalah satu-satunya rujukan yang lengkap dan menyeluruh yang merangkumi semua rujukan lain, yang tidak boleh diubah dengan apa-apa sebab, kerana akhlak Islam dari Allah yang tidak berubah .. Pembinaan itu merujuk kepada keadilan, kebebasan, perbincangan, perpaduan, kerjasama, penggabungan, identiti, ihsan, ketelitian dan semua akhlak yang menjadikan Negara lebih baik dan lebih sempurna dengan sendirinya dan membahagiakan untuk orang lain.
Allah telah menyatakan tentang rujukan atau sumber yang membahagiakan ini dalam firmanNya (bermaksud):
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisa’:59)
Menurut al-Qattan di dalam kitab tafsirnya: ".. apabila kita meletakkan sesuatu undang-undang atau mahu menghakimi dalam sesuatu kes, kita perlu merujuk kepada Al-Quran. Sekiranya kita tidak menemuinya di dalam al-Quran, maka kita merujuk kepada Sunnah Rasulullah. Jika kita tidak menemuinya di situ, kita hendaklah bertanya kepada pemerintah supaya mereka berijtihad menurut pandangan mereka. Pintu ijtihad sentiasa terbuka dan tidak pernah tertutup. Para ulama dan ilmuan hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan yang membolehkan mereka layak untuk berijtihad.. "
Kemudian ditambah dengan firman Allah SWT (bermaksud):
“Padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka (An-Nisa’: 83)
Hal ini sangat jelas mengenai topic ijtihad .. Sebuah hadith Mu’az bin Jabal apabila Rasulullah melantiknya menjadi gabenor di Yaman sebagai bukti jelas. Rasulullah bertanya kepada Mu’az: “Apakah pedoman atau sumber yang akan digunakan apabila mengurus Yaman nanti?”. Mu’az menjawab: “Menjadikan al-Quran sebagai sumber.” Rasulullah bertanya lagi: “Kalau tidak terdapat di dalam al-Quran”, Mu’az menyatakan: “bahawa ia akan merujuk sunah Rasulullah:. Baginda bertanya lagi: “kalau tidak ada dalam sunahnya”. Mu’az menjawab: “Saya akan melakukan ijtihad”. Rasulullah bersetuju dengan pendirian Muaz itu.”
Menurut Imam al-Sa'di dalam Tafsirnya: ".. kedua-duanya terdapat bab dalam semua isu yang menjadi perselisihan, sama ada secara terang atau umum, atau secara isyarat, penjelasan, konsep atau makna umum yang dikiaskan dengan apa yang menyerupainya .."
Abu Bakar al-Jazair menyatakan dalam satu "tafsiran yang lebih mudah" : ".. satu situasi yang baik dan membahagiakan ialah apabila umat Islam berbeza pendapat, maka hendaklah kembali Al-Quran dan Sunnah nabi saw."
Abu Bakar al-Jazair menyatakan dalam satu "tafsiran yang lebih mudah" : ".. satu situasi yang baik dan membahagiakan ialah apabila umat Islam berbeza pendapat, maka hendaklah kembali Al-Quran dan Sunnah nabi saw."
Kemudian individu hendaklah bangkit selepas pembinaan Negara mereka dengan cara yang baik ini yang dilakukan secara beransur-ansur daripada individu, keluarga, masyarakat dan kepada Negara, mengembang dan menyebarkannya melalui dakwah dengan cara yang baik, lembut dan pujukan, dan dengan contoh praktikal dan amali kepada semua bangsa dan negara yang dekatkemudian yang jauh secara beransur-ansur.
Kemudian umat dan negara yang berkebajikan dan berakhlak Islam yang penuh dengan kebahagiaan beralih ke negeri disebelahnya, dan seterusnya negeri kedua, ketiga dan keempat, mereka bergabung antara satu sama lain pada satu peringkat dan apa jua yang boleh bersatu, untuk membentuk Kesatuan Islam - atau apa yang dahulunya dikenali sebagai khilafah Islam – yang mempunyai tenaga kerja, ekonomi, akademik, media, politik, tentera dan lain-lainnya yang boleh menyebarkan dengan penuh hikmah kebaikan, keselamatan, ketenangan dan kegembiraan melalui akhlak Islam, dan mengerah seluruh kemampuan kepada semua manusia, semua kehidupan dan segenap ceruk muka bumi dan seluruh dunia.. Oleh itu, membahagiakan semua manusia dengan kehidupan di dunia, kemudian di akhirat sudah tentu akan meraih kebahagian yang paling sempurna. Firman Allah SWT (bermaksud):
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiya’: 107)
Bagi orang yang turut terlibat dalam pembinaan ini akan memperolehi ganjaran yang sangat besar berdasarkan niatnya dan kadar sumbangan yang dicurahkannya. Firman Allah SWT (bermaksud) :
“Sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).” (Al-A’raf:170).
Inilah perjalanan sebuah pembinaan. Ianya akan menghilangkan secara beransur-ansur dan secara tak langsung mana-mana kerosakan yang wujud pada individu, masyarakat dan kerajaan seperti rasuah, penipuan, pengkhianatan, kemudaratan, kediktatoran, kezaliman, kedangkalan, kelalaian, kecuaian, kemalasan, kecurian, perkauman dan sebagainya. Kebaikan dan kebahagiaan akan menggantikann tempat kejahatan dan kesengsaraan.
Inilah perlaksanaan dan praktikal yang logic dari Nabi SAW dan para sahabatnya berdasarkan firman Allah SWT (bermaksud):
“(Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya.”(Al-Ahzab: 4),
yang bermaksud setiap kali manusia, masyarakat dan kehidupan semuanya dipenuhi dengan kebaikan dan kebahagiaan, tentulah akan pupus dan hilang kejahatan dan penderitaan secara beransur-ansur dan secara tak langsung; kerana seperti undang-undang fizik membuktikan mustahil berlaku percantuman dua benda dalam satu tempat.
Oleh itu, ayuhlah wahai para pendakwah yang menyeru kepada Allah dan Islam supaya termasuk ke dalam pembina yang berakhlak, berdedikasi dan berkemahiran, yang mana diri mereka berbahagia dan membahagiakan orang lain, dan termasuk ke dalam golongan yang dikurniakan ganjaran yang paling sempurna, insya-Allah.
Janganlah anda tergolong pembina yang serba kekurangan, kerana menumpukan kepada tarbiyah sahaja atau hanya beberapa sudutnya sahaja tanpa memberi tumpuan kepada bidang kepakaran atau pengkhususan. Justeru, hal ini akan merosakkan urusan hidup lantaran sedikit ataupun ketiadaan pengalaman, atau orang-orang yang memberi tumpuan kepada bidang kepakaran atau pengkhususan tanpa mengambil berat bidang tarbiyah. Hal ini juga akan merosakkan kehidupannya akibat dari akhlak dan tingkah laku yang buruk .. Ayuhlah lengkapkan kebahagiaan anda dan orang di sekeliling anda serta semua muka bumi .. Dan sempurnakanlah ganjaran anda.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan komen anda