Saturday, July 30, 2011

121 idea untuk masyarakat di bulan Ramadan 2


Oleh: Qassim Abdullah



31 - Jika anda tidak dapat memasak makanan di masjid, maka tidak ada salah anda berpakat dengan restoran yang anda tetapkan dan dibekalkan ke masjid, yang diedarkan selepas menerima makanan sebelum solat Maghrib dalam masa yang mencukupi dan memadai untuk pengagihan; supaya tidak melebihi masa untuk solat.

32 - Menderma satu karton kurma serta minuman ringan dan jus (oren - tebu - Soya ... dan sebagainya) untuk jemaah solat berbuka di masjid ketika azan.

33 - Menyeru pengurusan masjid dan mereka yang bertanggungjawab untuk menerima projek ‘bungkusan Ramadan’ dan menginfakkan bersama mereka untuk mengisi bungkusan. Sebaik-baiknya hendaklah barang keperluan yang amat diperlukan oleh golongan miskin dan mereka yang memerlukan (seperti beras - gula - tepung - Kacang tanah - minyak - teh - kopi ... dll) dan diagihkan kepada golongan miskin dan orang yang mendaftar dalam senarai masjid. Bungkusan itu hendaklah diedarkan seminggu sebelum bulan Ramadan, dan jika tidak keberatan ada bungkusan lain yang diedarkan pada separuh kedua bulan Ramadhan. Ini lebih baik bagi golongan miskin dan bagi penderma.

34 – Kerjasama dengan pentadbiran masjid untuk mengadakan Pertandingan Kuiz Ramadan secara bertulis yang diedarkan sepanjang bulan Ramadan yang mengandungi perkara berikut:
A – Soalan-soalan mudah seboleh mungkin dan tidak terlalu kompleks dan khusus berkaitan al-Quran, Hadis, Fekah, Seerah, biografi tokoh dan hal ehwal umat Islam, serta soalan-soalan umum.
B - Tentukan tempat untuk menyerahkan jawapan dan tarikh tutup untuk itu.
C - Tentukan anugerah, bilangan dan masa dan tempat pengedaran.

Jangan lupa untuk menjemput para dermawan untuk mendermakan hadiah untuk pertandingan ini, dan sebaik-baiknya tarikh penyampaian anugerah adalah semasa majlis khatam Al-Quran semasa solat Terawih.

35 - Pada minggu terakhir bulan Sya’ban meminta imam masjid, atau sesiapa sahaja yang memiliki kemampuan atau ilmu untuk menjelaskan hokum puasa kepada para jemaah,  menjawab soalan dan pertanyaan mereka yang berkaitan dengan puasa. Semua ini dengan teknik yang mudah difahami oleh orang ramai selaras dengan fikiran dan kefahaman majority jemaah.

36 - Merujuk pengurusan masjid bagi memastikan bilangan naskah al-Quran yang mencukupi, serta memastikan jumlah rehal al-Quran yang besi sama ada yang besar atau kecil dan rehal kayu, dan kerusi yang akan diduduki oleh jemaah warga tua dan mereka yang sakit, semuanya hendaklah dalam jumlah yang mencukupi, dan mungkin ada pertambahan orang yang memerlukan daripada jemaah lebih daripada jangkaan; kerana sering berlaku kerana kekurangan kerusi di dalam masjid.

37 – Melengkapkan ruang solat wanita jika sudah ada, atau menyediakan tempat yang sesuai untuk wanita solat jika tidak terdapat ruang khas di dalam bilik masjid untuk wanita. kipas dan dan sebagainya, serta menyemak jumlah kerusi untuk jemaah wanita, kerana mereka yang paling memerlukan berbanding yang lelaki. Ini dilihat di kebanyakan masjid-masjid .

38 - Pertandingan untuk jemaah dan penduduk sekitar masjid yang mencakupi: hafazan surah-surah tertentu atau juzuk-juzuk tertentu, kemungkinan pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:
A - Kategori pertama: Surah al-Quran 4, 5 atau 6 rubu’ (perempat) Al-Quran seperti: Taubat - Hud - Yunus - Yusuf ... Lain-lain.
B - Kategori Kedua: Surah Al-Quran kira-kira 3 rubu’ (perempat) daripada al-Quran seperti: Shura - Zukhruf - Zumar - Shad ...Lain-lain.
C - Kategori Ketiga: Surah kira-kira 2 rubu’ (perempat), seperti: Muhammad - Fath - Hujurat - Zariyat - Hadid - Mujadalah ... Lain-lain.

Mengenal pasti anugerah yang sesuai bagi setiap kategoti untuk menggalakkan golongan muda khususnya untuk mengambil bahagian dalam pertandingan dan hubungan yang erat dengan Al-Quran, dan juga menjemput para dermawan untuk mendermakan hadiah pertandingan ini, serta menetapkan tarikh penyampaian anugerah dan sebaiknya hendaklah diadakan pada majlis khatam Quran semasa Terawih solat.

39 - Jika ianya sebuah masjid jamek yang besar dan bilangan jemaah yang ramai, kemungkinan boleh diadakan pameran dan jualan buku-buku Islam di perkarangan masjid atau pintu masuk, atau mana-mana tempat yang sesuai yang lain, dengan melakukan kerja-kerja publisiti untuk itu.  Semua ini untuk mengambil kesempatan Ramadan dan nilai ‘kerohanian’nya dengan menggallakkan masyarakat membeli buku-buku Islam dan naskha al-Quran.

40 – Ketika hampir Ramadan, berbicaralah dengan umat Islam di masjid tentang keperluan untuk bertaubat kepada Allah sebelum permulaan bulan, dan membersihkan hati para jemaah antara satu sama lain. Kita cuba mengambil peluang kurnian Tuhan daripada setiap saat sepanjang Ramadan, dan mengingatkan mereka tentang keadaan generasi awal dari para sahabat dan pengikut mereka (Tabien) di mana mereka telah menyambut Ramadan sebelum itu iaitu sejak enam bulan yang lalu, serta bercakap mengenai keadaan orang-orang soleh pada bulan Ramadan. Mudah-mudahan Allah menjadikan kita menuruti mereka dan menjadi seperti mereka. Amin.


41 - Pastikan untuk hadir ke masjid pada malam anak bulan Ramadan kelihatan, untuk berkongsi bersama saudara-saudara anda di masjid dalam kegembiraan dengan kedatangan bulan Ramadhan, dan saling bertukar-tukar ucapan tahniah dengan mereka dan berdoa agar Allah memberkati mereka pada bulan Ramadan, dan untuk membantu mereka untuk taat kepada-Nya, menerima mereka, dan menyertai mereka mendirikan solat Terawih sejak dari malam pertama Ramadan.


42 - Pada hari terakhir bulan Sya’ban kirimlah SMS dari telefon bimbit anda kepada saudara-saudara anda di masjid, dan pilih mesej yang paling indah dan kirim kepada mereka.


43 – Melakukan kerja secara serius dan berterusan semasa solat subuh untuk kerja-kerja pembersihan dan melembutkan hati melalui tazkirah tidak melebihi (5: 7) minit. Jika keadaan tidak mengizinkan eloklah menggantikannya dengan kuiz ringkas satu atau dua soalan mudah dan menyampaikan hadiah seperti buku atau cd ... Lain-lain.


44 – Menetapkan tarikh untuk memulakan solat Tahajud, dan memilih Imam yang sesuai untuk solat ini, dan mungkin imam yang sama dengan solat Terawi atau mungkin orang lain, dan menentukan jumlah bacaan (1juzuk – 2 juzuk - 3 juzuk ... dan sebagainya), dan menentukan masa mula Tahajud. Sesetengah masjid bermula pada permulaan yang ketiga terakhir bulan Ramadan dan setengahnya bermula pada petengahan setiap bulan. Namun semuanya adalah baik.


45 – Persetujuan dengan pengurusan masjid untuk mengadakan iktikaf  bulan Ramadan, dan menyusun program kepada mereka yang beriktikaf, terutama jika bilangan orang yang beriktikaf terlalu ramai dan melantik orang yang bertanggungjawab untuk program iktikaf. Diharapkan semua yang terlibat bersungguh-sungguh semasa program i'tikaaf ini supaya orang yang beriktikaf keluar nanti akan lebih dekat kepada Allah, dan mencapai tujuannya dari ibadah ini yang tidak berulang-ulang kerana hanya sekali setahun .


46 - Persetujuan dengan orang-orang di masjid dan orang-orang yang mempunyai pengalaman untuk menganjurkan «Umrah Ramadan» sama ada di permulaan Ramadan atau di akhirnya, di mana ia diuruskan oleh orang yang berpengalaman, atau menggunakan salah satu syarikat ‘travel’, dan menyusun program dengan baik dan berhati-hati untuk mengambil kesempatan daripada setiap masa dalam perjalanan yang diberkati ini dengan menyedari bahawa penganjuran yang baik untuk Umrah mempunyai kesan positif ke atas hati peserta dan sentiasa ingat perjalanan yang sangat indah ini selain perjalanan indah semasa Haji.



47 – Ramai para jemaah memulakan komitmen mereka kepada agama melalui penyertaan dalam majlis bacaan al-Quran di masjid, terutamanya semasa Ramadan; Oleh itu, adalah perlu semasa majlis bacaan al-Quran di masjid pada bulan Ramadan; orang yang dilantik sebagai ketua hendaklah mengajarkan hukum bacaan yang mudah dan ringkas, dan tidak melayani secara keras dengan orang baru semasa membetulkan bacaan supaya tidak mendatangkan kesan negatif ke atas setengah peserta dan mungkin akan meninggalkan majlis bacaan al-Quran sepenuhnya. Elok juga menyediakan hadiah yang mudah dan ringkas kepada peserta, dan menyediakan soalan-soalan yang memberi tumpuan kepada hokum tajwid yang telah dikaji sebelum ini. Tiada mengapa untuk menjelaskan beberapa makna al-Quran daripada ayat yang kita lalui semasa membaca. Adalah penting untuk menggalakkan orang yang baru membaca untuk menjadi cemerlang dalam bacaan supaya berterusan dalam majlis membaca al-Quran masjid. Mudah-mudahan ianya adalah permulaan yang baik bagi mereka dan untuk kita.




48 - Imam solat Terawih menetapkan tarikh untuk majlis khatam semasa Terawih. Kebiasaanya pada semester ketiga Ramadan dan dimaklumkan kepada para jemaah. Sebaik-baiknya tidak bertentangan dengan tarikh khatam masjid-masjid terkenal di sekelilingnya supaya tidak menghalang penyertaan lebih ramai jemaah pada hari ini. Perlulah merancang untuk majlis hari ini supaya keluar dalam imej terkini, dan nampak gembira seolah-olah menyambut salah satu hari raya kita. Mungkin kita mengagihkan hadiah bagi beberapa pertandingan yang adakan sebelum ini. Tidak mengapa untuk mengedarkan beberapa manisan, buah-buahan atau minuman ringan dan jus pada hari ini, kerana ia adalah sesuatu yang baik tiada apa yang salah.


49 - Berpakat dengan beberapa orang jemaah supaya tinggal di masjid selepas solat Subuh sehingga terbit matahari dan menunaikan solat sunat Duha dua rakaat supaya Allah memberi ganjaran Haji dan Umrah seperti yang dinyatakan dalam hadis.



50 - Selepas melalui setengah bulan Ramadan mulalah berfikir untuk menganjurkan solat Eidulfitri. Sebaik-baiknya apabila anda berfikir resapkanlah semangat berjamaah, dalam erti kata masjid cuba menyediakan perkarangan yang besar untuk menghimpunkan ramai jemaah yang menyertai solat Eidulfitri secara berjamaah, supaya tidak solat di tepi masjid atau di sudut-sudut yang menyebabkan barisan solat tidak tersusun dan membezakan barisan antara orang Islam. Sudah tentu selaras dengan khutbah hari raya seperti yang sedia ada di masjid-masjid serta tidak melupakan hadiah, hiasan dan ucapan tahniah kepada para jemaah. Sebelum itu telah menjelaskan hukum solat Hari Raya pada sebelah malam hari raya. Kemudian anak-anak remaja masjid atau beberapa masjid bergabung untuk mengambil bahagian dalam solat dan melakukan aktiviti ringkas iaitu melakukan perarakan melalui jalan-jalan dengan menyanyikan nasyid dan zikir dan membawa sepanduk dan hiasan, serta membentangkan tikar atau karpet dan membersihkan tempat solat dan lain-lain yang perlu untuk menganjurkan solat sesuai dengan umat Islam dan sesuai dengan majlis itu.



Sambungan dalam siri 3

Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top