Wednesday, August 17, 2011

Lailatul-Qadar dan I’tikaf

Oleh: Syeikh Ahmed Ahmed Gad

Dengan nama Allah, segala pujian bagi Allah, dan selepasnya .. Umat Islam sangat mengambil tentang Lailatul-Qadar; kerana di dalamnya terkandung kebaikan, keberkatan dan kerahmatan. Justeru, di sini kami akan menyebut tentang: kelebihan, ketentuan masa dan beramal padanya.

Kelebihan

Kami sebutkan antara kelebihannya seperti:

(1) Diturunkan Al-Quran pada malamnya: 

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.”  (Al-Qadr: 1),

“bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Al-Baqarah: 185).

(2) Pada malam ini Allah telah melantik para malaikat di Luh Mahfuz sebagai “penulis” tentang segala perkara yang ditakdirkan, dan segala perkara yang mengandungi ketetapan pada tahun-tahun akan datang tentang hidup atau mati, baik atau jahat.

(3) Malam Lailatul-Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan 

“Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (Al-Qadr: 3),

“dan sesiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu, bererti diharamkan baginya segala rupa kebajikan” (An-Nasai dalam bab puasa),

Surah Al-Qadr mengandungi lima ayat, namun lafaz al-Qadr diulang sebanyak tiga kali. Ini adalah bagi mengagungkan dan memuliakan kedudukannya; iaitu malam yang penuh kebaikan, kemuliaan dan kelebihan. Lafaz: "Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui " sebagai isyarat tentang kedudukannya.

(4) Nabi saw telah bersabda (bermaksud):

"Barangsiapa yang bangun mendirikan solat pada malam Lailatul-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka dosa-dosanya yang terdahulu akan diampuni" (Bukhari).

(5) Firman Allah SWT (bermaksud):

“Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)” (Al-Qadr:4)

Dari segala perkara telah ditakdirkan Allah dan dilaksanakannya pada tahun itu hingga kepada tahun akan datang.  

“Sesungguhnya para malaikat pada malam itu lebih banyak turun ke bumi daripada jumlah pepasiran." (Ahmad, 2 / 519 dan al-Bayhaqi).

(6) Firman Allah SWT (bermaksud):

“Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!  (Al-Qadr: 5)

Ini kerana para malaikat mendoakan kesejahteraan kepada penghuni masjid sehingga waktu pagi.

Ketentuan masa

Sekiranya kita mengikuti riwayat-riwayat yang dikeluarkan berkenaan penentuan Lailatul-Qadar tentu kita akan temui pelbagai pendapat tentangnya, namun kebanyakan riwayat menyatakan bahawa ia pada malam-malam ganjil dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.

Di dalam sebuah hadith dari Ibnu Umar bahwa beberapa orang dari sahabat menceritakan tentang mimpi mereka Rasulullah saw bahawa Lailatul-Qadar berlaku pada tujuh malam terakhir. Bagi menjelaskan mimpi itu, Rasulullah saw bersabda,


 "Aku melihat mimpi kalian bertemu pada tujuh malam terakhir. Kerana itu barangsiapa hendak mencarinya maka carilah pada tujuh malam terakhir.” (Al-Bukhari dalam tahajjud: 1158 dan diulang pada nombor 2015),

Bertepatan dengannya al-Bukhari mengadakan bab bertajuk "meneroka Lailatul-Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh hari terakhir," dan kemudian Ibn Hajar berkata: Dalam memahamkan maksud ini satu fakta kukuh bahawa lailatul-Qadar terbatas dalam bulan Ramadhan dan pada sepuluh hari terakhir dan kemudian pada malam-malam ganjil, tidak pada malam tertentu .. (Fath al-Bari: 4 / 305 dan seterusnya) ..

Dalam satu huraian tentang hadith al-Tirmidhi No 792 al-Ahwazi berkata: Kemungkinan besar yang paling rajih dan paling kuat bahawa malam Lailatul-Qadar terbatas dalam bulan Ramadhan pada sepuluh hari terakhir dan kemudian pada malam-malam ganjil.  Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari: Inilah yang dibuktikan melalui himpunan hadith-hadith yang dikeluarkan .. Hadith al-Tirmidhi bertaraf hasan sahih dan al-Bukhari: 2020, dan Muslim:. 1169 .. Ini yang disepakati para sahabat. Ibn Abbas berkata: Umar memanggil para sahabat Rasulullah saw dan bertanya kepada mereka tentang malam Lailatul-Qadar. Mereka bersetuju bahawa ia dalam sepuluh hari terakhir." (Fath al-Bari: 4 / 308).

Menentukan sepuluh hari terakhir

Lafaz sepuluh adalah antara lafaz-lafaz yang khusus, dan hukumnya tidak membawa maksud, kurang dan lebih banyak; ​​Dalilnya dalam hal ini adalah muktamad. Ramai orang mengira malam-malam ganjil berdasarkan bulan Ramadan selama 30 malam . Oleh itu, malam pertama ialah 21 dan ini adalah benar, tetapi bulan Ramadan kadangkala 29 hari. Inilah yang berlaku tahun ini menurut kiraan ahli falak, di mana malam pertama adalah malam 20; kerana sepuluh hari mestilah lengkap, tidak kurang dan tidak lebih, dan malam-malam ganjil selepasnya ialah malam 22,24, 26, 28. Menurut Ibn Hazm, sekiranya bulan itu adalah 29 hari, maka malam pertama sepuluh hari akhir, tidak syak lagi, ialah malam ke 20 itu. Oleh itu, malam Lailatul-Qadar berlaku sama ada pada malam 20, atau malam ke 22, atau malam ke 24, atau malam ke 26, atau pada malam ke 28; kerana ini adalah malam-malam ganjil sepuluh hari terakhir ..Sekiranya bulan itu mengandungi 30 hari, maka malam pertama sepuluh hari akhir tanpa keraguan: ialah malam 21 .. atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, (lihat: al-Muhalla, Masalah: 809).

Kerahsiaan malam Lailatul-Qadar

Jelasnya malam Lailatul-Qadar yang berlaku pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, tidak diketahui dengan tepat seperti yang kita lihat, dan ianya diketahui Nabi saw, kemudian telah dirahsiakan atau disembunyikan darinya lantaran hikmat yang dikehendaki Allah dan disebabkan baginda sendiri terlupa seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadith sahih, bahawa Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):

"Aku telah bermimpi melihat lailatul-Qadar, kemudian sebahagian dari ahli keluarga ku mengejutkan aku, tetapi aku telah terlupa waktunya. Oleh itu kamu carilah ia pada sepuluh yang berbaki (sepuluh malam yang akhir). " (Muslim: 1166).

2 – Diantara sebab dirahsiakan lailatul-Qadar juga, bahawa Nabi saw bersabda (bermaksud):

"Wahai manusia, sesungguhnya begitu jelas kepadaku Lailatul-Qadar, dan aku keluar untuk memberitahu mereka, lalu datang dua orang lelaki yang menuntut hak mereka dan mendakwa bahawa ia lebih berhak di mana bersama mereka Syaitan, lalu terlupa, Oleh itu kamu carilah ia pada sepuluh malam yang akhir di bulan Ramadan. " (Muslim: 1167 / 217),

 Dalam satu riwayat lain: 

"Nabi saw keluar untuk memberitahu kami tentang Lailatul Qadar, tetapi dua orang lelaki Islam telah berkelahi sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi anda." (Bukhari: 2023).

Oleh itu, malam ini telah dirahsiakan kepada Rasulullah saw, atau dia terlupa, supaya tiada seorangpun yang boleh mendakwa bahawa dia tahu.

Zainab binti Ummu Salamah pernah ditanya: Adakah Rasulullah saw tahu tentang lailatul-Qadar? Beliau berkata: Tidak, kerana jika baginda mengetahuinya tentulah manusia tidak akan bangun selain dari malam itu. Lihat: Huraian hadith al-Bukhari yang lepas. Ibn Hazm berkata: Jika Rasulullah saw terlupa, adalah mustahil untuk diketahui oleh orang selepasnya, dan jika Rasulullah saw sendiri tidak memuktamadkan mimpi yang dilihat para sahabat, maka sudah tentu lebih jauh lagi bagi orang selepas mereka .. Jika dikatakan nabi saw menyebut bahawa matahari yang terbit pada ketika itu tidak mengeluarkan cahaya? Kami berkata: Ya, Baginda saw tidak berkata: Ia menunjukkan cahaya jelas kepada kita. Maka, kita tahu apa yang tidak diketahui baginda saw !! Jika dikatakan bahawa Nabi saw pernah menyatakan, baginda bermimpi melihat dirinya sujud di air dan lumpur di waktu pagi. Hal itu berlaku pada pagi malam dua puluh satu? Kami berkata: Ya, Keadaan yang sama telah berlaku pada pagi malam 23 di mana baginda bersujud di air dan lumpur. (Al-Muhalla: ibid).

Manakala sabda Nabi saw yang menyatakan sebab disembunyikan Lailatul-Qadar:

" dan mudah-mudahan ini lebih baik bagi anda ."

seperti yang dinyatakan dalam hadith al-Bukhari yang lepas. Justeru, disembunyikan dan tidak ditentukan Lailatul-Qadar bertujuan untuk mengajak manusia supaya bersungguh-sungguh mendapatkannya dengan lebih banyak ibadat, tidak seperti jika mereka tahu bila Lailatul-Qadar, kerana orang yang lemah cita-cita dan semangat akan kurang untuk melakukan tugas mereka dan mendapatkan kemuliaan. Oleh sebab itu, Rasulullah saw beri'tikaaf pada sepuluh hari terakhir sehingga baginda meninggal dunia.

Ramai orang yang bersungguh-sungguh dan memberi perhatian pada malam-malam ganjil berasaskan 30 hari Ramadan dan mengabaikan malam lain yang berasaskan 29 hari Ramadan yang berkemungkinan Lailatul-Qadar berlaku seperti yang kita sebutkan. Jangan muktamad dengan pandangan ini tetapi ini kemungkinan, kerana nanti terlepas banyak kebaikan .. Barangsiapa yang terlepas Lailatul-Qadar, maka sememangnya diharamkan oleh Allah baginya. Nabi saw, seperti yang kita lihat berusaha bersungguh-sungguh mencari sepuluh hari terakhir, tanpa membezakan antara malam dan lain.

Beramal

Aishah berkata:

"Nabi saw apabila memasuki sepuluh malam terakhir baginda akan mengetatkan kain pinggangnya (berusaha bersungguh-sungguh dengan ibadah lebih banyak dari waktu yang lain) dan menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya." (Bukhari: 2024 dan Muslim: 1174),

Mengetatkan kain bermaksud: berusaha bersungguh-sungguh dalam ibadah lebih dari waktu lain, dan juga bermakna memisahkan diri dari isteri dengan sibuk beribadah. Menghidupkan malamnya bermaksud: Menghidupkan malamnya dengan ibadah dan berjaga pada waktu malam; kerana tidur adalah saudara mati. Mengejutkan ahli keluarganya: untuk solat pada waktu malam .. Dalam ceramah tersebut: 

"Rasulullah saw bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh malam terakhir yang tidak pernah dilakukan pada waktu lain." (Muslim: 1175 dan riwayat orang lain).

Kita berdoa kepada Allah untuk ditemukan dengan Lailatul-Qadar, dan janganlah kita dinafikan kebaikan dan pahala.

Hanya Allah yang memberikan taufikNya, dan akhirnya kita menyatakan bahawa segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan komen anda