Oleh: Ahmed Salah
Tidak mungkin kita boleh berjaya dalam mengubah masyarakat melainkan dengan menyuntik satu set nilai-nilai mulia dalam hati anak-anak kita, mereka belajar dan mengamalkannya dalam kehidupan, kemudian berjalan mengikuti peredaran zaman ke arah yang betul. Tidak mungkin membiarkan anak-anak kita dimusnahkan oleh suasana keruntuhan moral yang dahsyat melalui satelit, internet dan tingkah laku masyarakat; tetapi hendaklah bangkit dari tidur dengan mengejutkan generasi yang membenci nilai dan akhlak pada harga yang paling rendah.
Tidak mungkin kita boleh berjaya dalam mengubah masyarakat, melainkan jika idea untuk mendidik kanak-kanak beralih kepada masyarakat awam dan satu projek nasional yang menggerakkan semua ibu bapa, dan kini idea untuk mendidik anak-anak menjadi tumpuan dan perhatian berterusan untuk ibu bapa di rumah.
Kita mahu melancarkan kempen untuk mendidik anak-anak di bulan Ramadan, di samping kempen mengkhatamkan Al-Quran dan menghafaznya, dan melaksanakan amal-amal soleh yang lain; bagi menghalakan kepada perubahan masyarakat secara mendalam dan praktikal, berkesan dan meluas.
Saya percaya bahawa para ibu bapa akan menerima idea ini kerana beberapa sebab:
1 – ‘Kerohanian’ bulan Ramadan yang mulia sentiasa mendorong ke arah perubahan, berdasarkan tahap pemikiran dan tahap tingkah laku.
2 - Kanak-kanak akan mempunyai kesediaan yang kuat untuk perubahan dalam bulan Ramadan.
3 - Ibu bapa sudah menyedari tingkah laku anak-anak mereka, dan mencari jalan penyelesaian dan mahu melakukannya melalui tangan mereka sendiri.
Rancangan Projek
Objektif:
Melibatkan 50 buah keluarga dari anak-anak di kejiranan dalam program pendidikan anak-anak .. "Melibatkan mereka dengan cara mendaftar kehadiran pada sesi pendidikan anak-anak dan membuat susulan anak-kanak dari aspek pendidikan."
Cara perlaksanaan:
1 - Pengumuman kempen melalui:
1) Pengedaran kertas iklan di jalan-jalan.
2) Kain rentang digantung di jalan-jalan.
3) Khutbah Jumaat di masjid-masjid atau ceramah (dalam waktu rehat solat Terawih contohnya) untuk bercakap tentang kempen (melalui penyelarasan dengan penceramah, melawat mereka dan meyakinkan mereka tentang idea ini) (Sasaran sekitar 15 masjid di kejiranan).
4) Satu seminar untuk ibu bapa untuk menerangkan idea.
5) Mengiklankan secara langsung kepada rakan-rakan dan kenalan.
2 - Menganjurkan kursus dan seminar
A - Menganjurkan kursus keibubapaan selama empat hari berturut-turut, atau digantikan dengan ceramah setiap minggu, yang dibahagikan kursus-kursus atau ceramah-ceramah mengikut peringkat-peringkat umur (lahir sehingga umur 2-6 / 6-12 / 12-18) .
B - Seminar yang diadakan secara berkala setiap bulan kepada peserta untuk membincangkan masalah bersama.
3 - Susulan:
Sepanjang tempoh kempen ini mengajak ibu bapa mendaftar dalam perkhidmatan susulan, perkhidmatan yang merungkai permasalah yang diajukan dalam seminggu untuk diselesaikan; di mana ketua susulan menghubungi setiap peserta secara mingguan untuk pengumpulan masalah, kemudian mengambil masalah ini dan menyerahkannya kepada pakar untuk penyelesaian, atau mana-mana orang yang mampu untuk mencari dan mengadakan penyelesaian kepada masalah yang hampir sama dengan mencari di laman-laman Internet, kemudian mencetak dan menyampaikan penyelesaian kepada pengadu.
Nota: Boleh mencadangkan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak yang boleh diadakan berdasarkan pelbagai peringkat umur dengan harga kos, seperti: rehlah, halaqah menghafal Al-Quran, kursus pembangunan bakat .. Lain-lain.
Kos:
Bajet pengiklanan, kursus, seminar dan penyelesaian kepada masalah.
Petugas atau urusetia: 4 orang sekurang-kurangnya.
Struktur Jawatankuasa:
Ketua jawatankuasa.
Ketua Media.
Ketua kursus-kursus dan seminar.
Ketua susulan.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan komen anda