Monday, February 6, 2012

Rasulullah sebagai pemimpin

Oleh: Dr. Subhi al-Maligi

Kita sekarang menyambut ulang tahun kelahiran Rasul kita yang tercinta. Saya berpendapat adalah penting untuk kita melihat aspek kepemimpinan pada peribadi Rasulullah saw. Ini kerana, pemerhatian kepada kepimpinan dan jawatan presiden adalah impian bagi kebanyakan orang-orang Mesir, terutama setelah mereka hidup dengan suasana kebebasan yang dicapai melalui satu revolusi yang besar. Di samping itu, pemerhatian kepada aspek ini akan menggariskan kepada kita sebuah gambaran yang jelas tentang watak presiden yang akan datang, yang diingini oleh orang-orang Mesir, dan tidak sabar-sabar ditunggu oleh orang Arab dan umat Islam.

Jelasnya Rasulullah saw merupakan pemimpin terbaik, negarawan teragung, pahlawan paling berani dan ahli politik yang paling pintar. Manusia sehingga kini masih mengambil pengajaran dari dirinya dan sejarah hidupnya sebagai sumber inspirasi dan pedoman: 

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Al-Ahzab: 21),

Pada diri Rasulullah terdapat pelbagai kualiti, ciri-ciri dan tindakan yang menjadikannya perlu untuk diikuti. Di antara ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan oleh setiap ketua dan pemimpin pada peringkat ini adalah seperti berikut:

Pertama: Menyatukan dan tidak memecah belahkan .. Lihatlah tindakan Rasulullah sewaktu peristiwa perebutan meletakkan Hajar al-Aswad (selepas hampir-hampir masyarakat Arab berbunuh-bunuhan antara satu sama lain), menjadi bukti keagungan peribadinya. Ini menunjukkan tentang keperluan sifat ini khasnya tatkala orang mahu beliau menyelesaikan suara mereka dan berkumpul di sekelilingnya untuk mengadili mereka. Bukan setakat itu sahaja, malah di dalam hati mereka terus kekal menyayangi beliau di zaman pemerintahannya dan selepas beliau meninggalkan mereka.

Kedua: Penyayang dan mengasihani pengikut-pengikutnya dan keras kepada musuh-musuhnya .. Sifat sedemikian telah bertukar konsepnya di kalangan pemerintah dan ahli politik kita hari ini, kerana kebanyakan mereka hanya berminat mendapatkan keredhaan musuh-musuhnya tanpa mempeduli kepentingan rakyat dan harapan anak bangsanya yang telah mereka memilih menjadi pemimpin.

Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah saw dan mengeluarkan kata-kata kasar: "Sesungguhnya kalian anak Abd al-Muttalib adalah satu kaum yang suka melambat-lambatkan (membayar hutang)."; kerana Rasulullah mempunyai hutang dengannya. Lalu Rasulullah berkata kepada Umar yang ingin mengajar lelaki itu: "Biarlah dia, kerana orang yang membawa kebenaran memiliki kepintaran. "

Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah meminta sedekah dengan bahasa yang tidak sesuai: "Berikan saya sedekah wahai Muhammad, kerana anda tidak memberikan harta milikmu kepada saya mahupun harta milik bapamu," Baginda hanya berkata kepadanya: "Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan kepadamu.”  Benarlah Allah SWT telah berfirman (bermaksud):

“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).” (Al-Fath: 29)

Ketiga: Bersama rakyat dan kaumnya merasai kesakitan dan kesedihan serta tidak hidup memencilkan diri daripada mereka .. Baginda pernah tinggal di rumah mereka, makan makanan mereka, berlapar jika mereka kelaparan, dan tidak kenyang melainkan jika mereka telah kenyang. Jikalau mereka mengikat perut dengan satu batu, baginda pula akan mengikat perutnya dengan dua batu. Rasulullah sentiasa berfikir tentang mereka siang dan malam, seluruh hidupnya lebih banyak disibukkan tentang urusan mereka daripada sibuk tentang urusan isteri-isteri dan anak-anaknya. Ini adalah antara doa Nabi saw:

" Wahai Tuhan ku, aku tidak akan meminta untuk Fatimah anak perempuan ku, Khadijah isteriku, al-Abbas bapa saudara ku dan Sofiyyah emak saudara ku, tetapi wahai Tuhan ku, aku hanya meminta kebaikan untuk umat ku, umat ku .."

Keempat: Menghormati undang-undang dan melaksanakannya kepada semua orang tanpa pengecualian .. Perhatikan beliau berkata:

"Demi jiwa saya yang berada di tangan-Nya, jika Fatimah binti Muhammad mencuri pasti saya akan memotong tangannya, "

Begitulah Rasulullah membuktikan dengan satu sumpah dan begitulah (Fatimah binti  Muhammad) tanpa sebarang gelaran; untuk mengumumkan bahawa Muhammad dan anak perempuannya terikat dengan undang-undang tanpa mereka dibezakan daripada orang lain. Malah, nabi Muhammad sendiri akan menguatkuasakan undang-undang ke atas anak perempuannya dan tidak akan hanya dikuatkuasakan kepada orang lain sahaja. Perhatikanlah juga kepada ucapan baginda semasa Haji Wida’:

"Didikan yang pertama ialah didikan yang saya letakkan kepada al-Abbas bin Abdul Muttalib ...! "

Kelima: Memperbanyak perbincangan (syura) dan menghormati keputusannya serta bersetuju menerima dengan lapang dada meskipun bertentangan dengan pendapatnya .. Rasulullah berpendapat lebih baik tidak keluar daripada Madinah untuk bertemu tentera musyrikin di Bukit Uhud, sedangkan majoriti berpendapat lebih baik keluar, maka baginda bersetuju dengan pendapat mereka. Namun selepas berakhir pertempuran dan terbukti pendapatnya betul, baginda tidak menyalahkan mereka dan tidak mengeluarkan arahan untuk menangkap mereka. Ayat al-Quran telah turun menyeru Rasulullah bertolak ansur dengan mereka dan memohon keampunan untuk mereka serta terus menerima pendapat-pendapat mereka dalam perbincangan:

“Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. (Al-Imran: ayat dari 159).

Keenam: Meletakkan orang yang sesuai di tempat yang sesuai .. Kriteria di sisi Rasulullah ialah berdasarkan firman Allah SWT (bermaksud):

“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”. (Al-Qasas: 26)

“Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”. (Yusuf: 55)

Ketujuh: Baik dalam berkata-kata dan berdialog, serta tahu pintu masuk ke dalam hati manusia sekalipun mereka berbeza .. Abu Bakar telah melihat baginda semasa haji berkata kepada orang dalam bahasanya sendiri. Hal ini sangat mengkagumkan Abu Bakar. Lalu beliau bertanya: 'Wahai Rasulullah, siapakah yang mendidik engkau?! Baginda menjawab: "Tuhanku telah mendidikku, maka Allah telah mendidikku dengan begitu baik sekali."
 
Selawat dan salam ke atas Rasulullah.

-------------
* Universiti Al-Azhar - Fakulti Bahasa Arab cawangan Shebin Kom.

Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

1 ulasan

  1. Yang Merupakan Agen Bandarq, Domino 99, Dan Bandar Poker Online Terpercaya di asia hadir untuk anda semua dengan permainan permainan menarik dan bonus menarik untuk anda semua

    Bonus yang diberikan NagaQQ :
    * Bonus rollingan 0.5%,setiap minggunya
    * Bonus Refferal 10% + 10%,seumur hidup
    * Bonus Jackpot, yang dapat anda dapatkan dengan mudah

    * Minimal Depo 15.000
    * Minimal WD 20.000

    Games Yang di Hadirkan NagaQQ :
    * Poker Online
    * BandarQ
    * Domino99
    * Bandar Poker

    Info Lebih lanjut Kunjungi :
    Website : AGEN BANDARQ NagaQQ
    WHATSAPP : +855967014811
    PIN BB : 2B209F68

    DownlOAD APLIKASI PKV MOBILE
    DOWNLOAD PKV ANDROID
    DOWNLOAD PKV IPHONE

    ReplyDelete

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top