Oleh: Amer Shammakh
Musuh-musuh menggambarkan pemuda-pemuda Ikhwan seolah-olah mereka adalah anggota sebuah pertubuhan politik kartun yang menentang kerajaan bersama pemimpin-pemimpin pertubuhan ini untuk mendapatkan jawatan atau keuntungan materialistik.
Musuh-musuh menggambarkan
pemuda-pemuda Ikhwan sebagai golongan yang hilang jati diri dan tertinggal, di
mana para pemimpin menguasai mereka untuk kebaikan jamaah, mempergunakan mereka
untuk menanggung beban, sanggup menerima serangan, manakala para pemimpin dalam
kehidupan yang selesa, jauh dari sebarang bahaya dan konfrantasi dengan rejim
penindas.
Musuh-musuh menggambarkan
pemuda-pemuda Ikhwan sebagai peribadi mesin, yang tidak mempunyai akal mahupun deria.
Mereka hanya mendengar dan taat kepada ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin
mereka, ketaatan membuta tuli, tiada sebarang perbincangan mahupun perdebatan.
Musuh-musuh menggambarkan
hubungan antara pemimpin dan pemuda, seolah-olah seperti hubungan konflik mereka
yang tegang dengan kerajaan, sehingga konflik ini membawa kepada kebimbangan
antara satu sama lain dan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain.
Musuh-musuh mengambil kesempatan
mengkritik orang-orang muda yang menyayangi jamaah atau yang menyokongnya tetapi
tidak mendapat tarbiyah yang baik dan cukup dalam asuhannya itu. Musuh-musuh menganggap ianya suatu permulaan dan pengakhiran di mana masa untuk
Ikhwan tumbang akan berlaku tidak lama lagi di tangan orang-orang muda.
Apakah benar seperti yang didakwa
oleh musuh-musuh Ikhwan? Siapakah pemuda Ikhwan Muslimin?!
- Saudara-saudari sekalian,
pemuda Ikhwan adalah tulang belakang dan tonggak Jamaah. Mereka adalah pemimpin
dan anggotanya. Mereka adalah orang-orang yang merancang, mengarah dan menjalankan.
Mereka adalah orang yang membuat susulan, menilai aktiviti dan membetulkan kesilapan.
Jikalau kita lihat secara teliti, kita dapati majoriti kepimpinan adalah dari golongan
muda – kecuali Maktab Irsyad yang juga masih boleh dianggotai daripada kalangan
orang muda. Mereka adalah ketua-ketua jawatankuasa, ahli parlimen, ketua-ketua daerah
dan cawangan. Mereka juga anggota tertinggi parti, ahli-ahli sekretariat,
ketua-ketua jawatankuasa dan ketua-ketua unit parti.
- Saudara-saudari sekalian, pemuda-pemuda
Ikhwan adalah orang yang mengasaskan dakwah ini. Imam al-Banna sendiri umurnya
ketika itu tidak melebihi 22 tahun. Manakala 6 orang yang turut sama menubuhkan
Jamaah ini serta mengumumkan penubuhannya (pada tahun 1928) umur mereka ketika
itu tidak lebih daripada 22 tahun. Namun, antara keistimewaan yang paling
penting bagi Jamaah ini ialah: "Sambutan pemuda kepadanya, kesediaan untuk
menolong dan menyokongnya" kata Imam Al-Banna. Inilah antara punca -
selepas taufik daripada Allah SWT - kekuatan, ketulenan, dan kestabilan .. Oleh sebab itu, Jamaah ini merangkumi tiga bahagian penting yang khusus dalam tarbiyah dan
pembinaan orang muda, iaitu: Unit Universiti, Unit sekolah rendah dan menengah
dan unit kanak-kanak.
- Saudara-saudari sekalian, orang-orang
muda adalah “rijal ummah” (pembela umat) yang bersifat rabbani (dekat dengan
Tuhan) dan menghayati al-Quran, yang serius dan bersungguh-sungguh, yang tidak merasa
lemah dengan ramainya musuh dan tidak gentar dengan kekuatan musuh. Mereka
adalah “ruhban al-lail” (ahli ibadah di waktu malam) dan “fursan an-nahar”
(pejuang-pejuang yang tangkas di waktu siang). Gerak tubuh mereka mengatakan:
رَبَّنَا اغْفِرْ
لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي
قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa
saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau
jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang
beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan
RahmatMu”. ( Al-Hasyr: 10),
Mereka tidak melakukan perkara
kejahatan, tidak mengeluarkan percakapan yang keji. Mereka bersikap sabar dan
belas kasihan, tulus ikhlas kepada Tuhan dengan tidak melakukan pekerjaan kerana
seseorang dan tidak takut kepada sesiapa pun ketika berada di jalan Allah. Pada
diri mereka terdapat tanda iman, bersemangat dan bekerja. Mereka bukanlah
pendakwah yang malas atau lalai, dan bukan orang yang tenggelam dalam kesufian,
bukan pendakwah yang memecah belahkan bangsa dan menanamkan perkauman sempit. Mereka
adalah golongan pragmatik yang menyeru dari lapangan berkata-kata kepada lapangan
bekerja. Mereka menjadikan dari hanya menyusun rancangan dan program kepada bidang
perlaksanaan dan penilaian.
- Saudara-saudari, pemuda Jamaah
sering menimbang antara akal dan emosi, material dan roh, pemerhatian dan
bekerja, individu dan masyarakat, syura dan ketaatan, hak dan kewajipan, lama
dan baru. Mereka bersederhana dalam pendirian tentang dakwah dan idea-idea yang
lain. Mereka menikmati semangat yang baik dan jiwa yang besar.
- Mereka adalah orang yang membawa
dan menggerakkan dakwah Islam ke sekolah, universiti, kampung dan taman. Mereka
adalah orang yang memimpin manusia ke masjid-masjid dan mempamerkan teladan ketulusan
pendakwah dan kemurniaan dakwah. Mereka adalah orang yang membayar dengan harga
yang sangat mahal apabila bersemuka dengan pemerintah zalim dan diktator. Mereka
adalah orang yang memperjuangkan orang-orang yang ditindas dan melindungi Revolusi
bulan Januari daripada kegagalan; di mana mereka dengan pantas sedia menjadi
korban. maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya
itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran, dan mereka tidak mengubah apa yang mereka janjikan sedikitpun.
Mereka adalah manusia dari generasi baru, yang memiliki jiwa yang lurus, yang
hidup untuk merealisasikan fikrah, yang bekerja untuk mencapai matlamat dan
yang berjuang demi keyakinan dan pegangan mereka.
Sifat-sifat ini bukan terhasil pada
hari ini, tetapi pemuda-pemuda jamaah telah terhasil sejak penubuhannya. Di
sini kami ingin memetik ungkapan daripada penulis terkenal Ihsan Abdul Quddus,
yang disiarkan dalam majalah Rose al-Youssef (13 September 1945) yang menerangkan
tentang pemuda Ikhwan pada masa itu. Beliau berkata:
"Mereka ini sama seperti pemuda
moden. Mereka tidak jumud seperti yang pernah diagungkan oleh golongan agama
dan pengikut mereka, tidak kedengaran dalam perbualan mereka mantra kosong yang
kita digunakan untuk membuat sesuatu darinya, tetapi mereka adalah golongan realistik
yang boleh bercakap dengan anda tentang kehidupan dan tidak bercakap tentang kematian.
Hati mereka ke langit, tetapi kaki mereka menjejak di atas bumi. Mereka
sentiasa berusaha menyelesaikan, membincangkan masalah kehidupan, merasai suka
dan duka. Kadang-kadang kita boleh mendengar di kalangan mereka yang
mengeluarkan kata-kata lucu dan ada pula yang boleh membicarakan soal-soal ekonomi,
undang-undang, kejuruteraan, dan perubatan."
- Sesungguhnya orang yang jauh
dan dekat telah mengetahui tentang tahap kekuatan ikatan yang mengikat anggota
Ikhwan antara satu sama lain. Imam dan pengasas mereka telah menjadikan
ukhuwwah (persaudaraan) sebagai salah satu rukun Baiah yang sepuluh. Oleh sebab
itu, pemuda Ikhwan adalah orang yang sangat mengambil berat Jamaah mereka dan
orang yang paling menyayangi guru-guru dan
pemimpin mereka.
0 ulasan
Sila berikan komen anda