Oleh: ‘Alak
Mohamed Abdul Nabi
Waktu munajat yang paling baik ialah anda berkhalwah (bersendirian)
dengan Tuhanmu apabila manusia lain
tidur dengan nyenyak di kala waktu malam, seluruh alam semesta dalam suasana
tenang, malam yang kian pekat dan bintang-bintang kian padam. Anda menghadirkan
hati untuk berzikir dan mengingati Allah, merasai kelemahan diri anda dan mengakui
keagungan Tuhanmu. Bermesra dengan kehadiranNya, merasa tenteram dengan
mengingatiNya, bergembira dengan kemuliaan dan rahmatNya, menangis kerana takutkanNya,
merasakan pengawasanNya. Dalam pada itu, anda memanjatkan doa, bersungguh-sungguh
meminta ampun, dan menyampaikan hajat anda kepada Tuhan yang tidak akan lemah
untuk memenuhinya dan tiada sesuatu yang dapat melekakanNya daripada berbuat
sesuatu:
“Sesungguhnya
keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia
berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus
menjadi. (Yassin: 82)
Anda meminta-Nya untuk kehidupan di dunia dan akhirat, jihad,
dakwah, harapan, cita-cita, tanahair, keluarga, diri anda sendiri dan
saudara-saudara anda:
“Kemenangan
itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana. (Al-Anfal: 10)
Pernahkah anda cuba bersendirian dengan Allah!? Alangkah menakjubkan kelazatan ini!!
Dalam kegelapan malam ramai manusia yang lena Mereka bersama-sama tenggelam dalam menikmati kehangatan
malam..
Dalam mimpi yang paling indah mereka rasainya Mereka
menyangka bahawa mereka menikmatinya..
Tetapi sebenarnya mereka tertegah daripada menikmati Rakaat-rakaat
solat di tengah-tengah suasan yang damai..
Tertegah daripada menikmati kesucian berkhalwah kerana mereka terus
terlena Tertegah daripada menikmati bahtera
‘ibad (ahli ibadah) kerana mereka telah tertinggal..
Adakah anda telah mencuba dan telah merasai nikmatnya!!?
Orang yang merasai nikmat berkhalwah tahu kebahagiaan yang berlaku .. Allah
memberikan anda angin daripada nikmat kerohanian ini sepertimana mereka yang
telah melalui pengalaman dan merasai kemanisan menakjubkan yang tidak mampu
digambarkan dengan perkataan, yang merupakan detik-detik dari hidup anda ..!!, Namun
ada orang yang berkata bahawa satu detik yang sebenar dan tulen dengan Allah
dan kerana Allah adalah salah satu masa-masa di dunia?!
Tentulah tidak
.. tentulah tidak.. Tentulah
tidak demi Tuhan. Malah ia adalah detik akhirat yang sebenar, yang menyamai seluruh isi dunia termasuk segala-gala yang ada
di dalamnya! Ini
bukan sekadar kata-kata.
Demi Allah, ianya adalah detik yang membersihkan rohani, menggilapkan
hati, menyucikan jiwa, menjernihkan perasaan, menghidupkan sanubari dan mengisi
hati dengan cahaya langit; sehingga menitiskan air mata ketika anda sedang
bermunajat kepada Tuhan mu.
Di dalam solat malam terdapat bekalan yang padu. Di dalam solat
malam juga terdapat energy dan bahan bakar .. Rakaat di tengah-tengah
malam ini hanya diketahui oleh Allah, di mana ruh akan melalui suatu perjalanan yang sungguh
ajaib kerana anda memperolehi keberkatan, kerahmatan dan kebaikan. Nur memenuhi
hati anda di dalam rakaat jika anda membetulkan arah hati anda ke langit .. Pemberian
ilahi yang tertentu untuk memberi peluang anda menceduk nur daripada limpahan
nur Allah. Dari itu, orang-orang soleh pada setiap masa dan tempat sentiasa berjinak-jinak
pada malam hari; kerana mereka dapat bersendirian dengan Allah SWT satu detik
daripada masa mereka. Mereka mendapati diri mereka berada di atas pintu akhirat!!
Dan di mana ianya menyegarkan rasa hati mereka, mengambil bekal darinya untuk
siang hari ketika mereka menjalani hidup dan penghidupan. Kembalilah kepada perjalanan
hidup orang-orang soleh, membaca, merenung, mengkaji dan memerhatikan, di mana
wujud persamaan dan seiringan di antara mereka sehingga didapati mereka merasai
keseronokan semasa berqiamullail.
Hasan al-Basri telah ditanya oleh seorang yang berkata: Kenapakah
orang-orang yang bertahajjud merupakan orang yang paling bersinar pada wajah mereka!? Beliau menjawab: Mereka ialah orang-orang yang bersendirian dengan Allah
sehingga dilimpahkan salah satu cahaya kepada mereka.
Cubalah saat yang indah ini niscaya anda tidak akan rugi. Ini
kerana hubungan dengan Allah tidak perlukan percubaan; mereka dijamin untung
dan hasil yang hebat. Dalam pada itu, saya katakan
kepada anda bahawa ianya termasuk dalam pintu-pintu pemeliharaan; Tiada apa
yang salah
.. Cubalah, anda tidak akan kerugiaan apa-apa, tetapi dengan syarat:
Adakah tidak tergesa-gesa, tetapi anda mestilah bersabar, tabah dan cekal
mengetuk pintu itu sehingga dibuka untuk anda, dan anda terus-menerus sehingga terpancut
mata air yang segar dengan murah hati. Pada satu hari sahaja anda akan sedar bahawa
anda bagaikan telah dilahirkan sekali lagi .. Dan janganlah lupa munajat
(monolog) Ibn Atoillah as-Sekandari: "Wahai Tuhanku, inilah diriku yang
hina secara zahir berada di hadapan-Mu. Inilah keadaan diriku yang tiada lagi rahsia kepada-Mu. Kepada-Mu aku memohon
petunjuk daripada-Mu, bimbinglah aku dengan cahaya-Mu kepada hidayah-Mu. , Tunjukanlah
aku ibadah yang tulus kepada-Mu. Wahai Tuhanku, ajarkanlah kepadaku dari ilmu-ilmu
Mu yang masih tersimpan. Peliharalah diriku dengan nama-nama Mu yang terpelihara.
Kepada-Mu aku berserah, maka janganlah sia-siakan penyerahanku ini. Kepada-Mu
aku meminta, maka janganlah abaikan permintaanku ini. Dengan keagungan-Mu aku
inginkan, maka janganlah tolak keinginanku ini. Dengan di sisi-Mu aku bernaung,
maka janganlah Engkau jauhkan diriku daripada naungan-Mu. Di pintu-Mu aku
berdiri maka janganlah Engkau halau aku daripada pintu-Mu.
0 ulasan
Sila berikan komen anda