Thursday, December 19, 2013

Wahai Ikhwah, Persaudaran adalah rahsia kekuatan anda

Oleh: Mohammed Hameed Alwah


Segala pujian bagi Allah yang telah memuliakan kita dengan nikmat persaudaraan dan telah menyatukan hati-hati kita sehingga dengan nikmat-Nya kita kini bersaudara. Adapun selepasnya;

Sesungguhnya Allah SWT telah mengikat hati hamba-hamba-Nya yang beriman dengan dua ikatan dan dengan dua rantaian. Pertama adalah ikatan iman dan kedua adalah ikatan persaudaraan. Kedua-duanya merupakan ikatan hati yang kukuh, yang telah menyatukan hati-hati dan jiwa-jiwa sebelum akal dan tubuh, yang telah bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, yang telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, yang telah bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.   

Sesungguhnya hal demikian telah jelas di dalam firman-Nya “dan berpegang teguhlah” dan “Dan janganlah bercerai-berai”.

Iman Al-Banna telah berpesan di bawah tajuk “kewajipan” di dalam risalah “Antara semalam dan hari ini”: “Anda hendaklah berkasih sayang dan memberi sepenuh perhatian terhadap ikatan anda, kerana ianya merupakan rahsia kekuatan anda dan asas kejayaan anda. Anda hendaklah tetap teguh di atas perinsip ini sehingga Allah membukakan antara anda dan kaum anda dengan kebenaran. Sesungguhnya itulah sebaik-baik pembukaan.”

Nikmat persaudaraan dan nikmat ikatan hati merupakan asas kekuatan ke atas jamaah yang berkat ini. Bagi kita terdapat contoh teladan daripada Rasulullah sewaktu mempersaudarakan antara golongan Muhajirin dan Ansar untuk meletakkan asas atau tunjang pembinaan kemasyarakatan bagi jamaah muslim pertama. Asas persaudaraan, kesatuan dan ikatan jelas di dalam ayat:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (Ali-Imran: 103)

 Selepas Allah memperakui asas iman dan kekuatan akidah di dalam firman-Nya: “Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah..” Memandangkan betapa penting persauadaraan di dalam pembinaan dakwah Imam Al-Banna menjadikannya termasuk antara rukun baiah:

“Persaudaraan yang saya maksudkan ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling kukuh dan berharga. Persaudaraan adalah persaudaraan iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

“Dan ingatlah, sesiapa yang enjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang Berjaya.” (Al-Hasyr: 9)

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain.” (At-taubah; 71)

Dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam.




   
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

2 ulasan

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top