Sunday, November 7, 2010

Peristiwa di bulan Zulhijjah

  
Oleh: Tariq Abdul Rahman

Bulan Zulhijjah merupakan bulan-bulan yang mempunyai kedudukan tertinggi di dalam jiwa umat Islam, iaitu salah satu bulan-bulan Haram dan bulan yang mengandungi beberapa peristiwa besar, yang paling utama dan paling besar ialah perhimpunan Islam sedunia sempena menunaikan fardu haji.

Di antara peristiwa di bulan yang agung ini:

      1.      Ghazwah dan peperangan

Pada 11 Zulhijjah 571H Salehuddin al-Ayubi Berjaya merempuh kubu kukuh yang menjadi tempat saliran air. Ia termasuk dalam strategi utama mewujudkan kesatuan Islam. Kubu ini Berjaya ditawan selepas berlaku pengepungan selama 38 hari. Salehuddin al-Ayubi mengukuhkan binaan kubu selepas menerima penyerahannya yang kini dikenali Qal’ah Sultan Salehuddin. Fungsinya menyamai yang diguna pakai bagi menyatukan tentera-terntera bersekutu yang terdiri dari tentera Halab dan tentera Salib Antakiyah.

Pada 4 Zulhijjah 616H kota Bukhara telah jatuh ke tangan tentera Moghul di bawah pimpinan Gengiz Khan selepas berlaku pengepungan selama tiga hari. Tentera Moghul telah memburu seluruh penduduk Bukhara dan menggunakan pedang kepada semua orang yang masih hidup di dalam kota dan mengakhiri kekejaman mereka dengan membakar seluruh kota!!.

2.   Kelahiran

Pada 25 Zulhijjah 1326H lahir seorang sarjana besar Abdul Salam Muhammad Harun seorang “syaikhul muhaqqiqin” (penyelidik atau pengedit besar), perintis dalam seni penyelidikan khazanah silam dan meninggalkan puluhan bahan ilmiah Arab seperti buku-buku sastera dan bahasa yang diperakuinya. Antara yang paling utama ialah “Al-Kitab” karya Sibaweih, “Al-Hayawan” karya Al-Jahiz  dan “Khazanah al-Adab” karya al-Baghdadi.

Pada 5 Zulhijjah 1335H lahir seorang pendakwah, muslih, faqih dan mujaddid Syeikh Muhammad al-Ghazali di Mesir dan menamatkan pengajiannya di Al-Azhar. Beliau menghabiskan usianya dengan menjalankan dakwah dan memusatkan dakwahnya dalam hal membaharui iman kepada Allah, memerangi kekerasan dan kezaliman, seruan kepada keadilan social, membebaskan dan membangkitkan umat. 

3.    Kewafatan

Pada 26 Zulhijjah tahun 27H Khalifah Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab telah terbunuh setelah ditikam oleh Abu Lukluk seorang Majusi yang dikatakan berdendam ketika beliau sedang memimpin solat. Saidina Umar telah dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Abu Bakar as-Siddiq. Beliau memerintah selama sepuluh tahun di mana jajaran Negara Islam telah bertambah luas. Pada masa pemerintahannya dipenuhi dengan keadilan dan kemuliaan kepada umat Islam. Pada zamannya juga Mesir dan al-Quds Berjaya dibuka. 

Pada 18 Zulhijjah tahun 35H Khalifah Amirul Mukminin Uthman bin Affan r.a telah terbunuh di tangan orang-orang yang terpedaya dengan fitnah. Sumbangan utama Saidina Uthman ialah menghimpunkan al-Quran di dalam satu mushaf. Tempoh pemerintahannya selama 13 tahun. Beliau mendapat gelaran “Zu an-Nur’ain” kerana mengahwini dua puteri Rasulullah, Ruqayyah dan Ummu Kalthum.  

Pada 6 Zulhijjah tahun 158H Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, pengasas sebenar Daulah Abbasiyah telah mangkat. Baginda telah Berjaya mengukuhkan tonggak dan sendi Daulah serta menyelesaikan semua fitnah dan kebangkitan rakyat yang wujud untuk menentangkannya. Sebagaimana yang diketahui baginda adalah seorang khalifah yang sangat mengambil berat tentang kebajikan dan urusan Negara. Baginda jugalah yang mengasaskan kota Baghdad dan seterusnya menjadinya sebagai ibukota Daulah Abbasiyah. Baginda telah mendapat nasihat secara langsung tentang pembinaannya dari Imam Abu Hanifah an-Nu’man.

Pada 26 Zulhijjah 206H al-Hakam bin Hisyam bin Abdul Rahman salah seorang raja Andalus yang terkenal telah mangkat. Baginda telah dilantik pada usia 26 tahun. Al-Hakam merupakan raja pertama yang mendapat kemuliaan di Andalus. 

Pada 11 Zulhijjah 207 seorang sejarawan besar, Muhammad bin Umar al-Waqidi telah meninggal dunia. Beliau adalah sarjana ilmu al-Maghazi dan Sirah. Penulis kitab “Al-Maghazi”. Dilahirkan di Madinah dan memperolehi ilmu di tangan ulama setempat, kemudian menetap di Baghdad sehingga meninggal.

Pada tahun 286H Muhammad bin Yazid bin Abdul Akbar yang lebih dikenali dengan “Al-Mubarrad” telah meninggal dunia. Beliau digelar Al-Mubarrad, menurut satu riwayat kerana kecantikan wajahnya dan satu riwayat lain kerana ketelitian dan kepetahan jawapannya. Al-Mubarad adalah pemimpin sarjana ilmu Nahu tanpa sebarang pertikaian. Belaiu juga imam pada zamannya dalam bidang sastera dan bahasa yang diperolehi dari gurunya al-Mazny. Beliau hidup sezaman dengan 9 orang khalifah Abbasiyah. Di antara sumbangan al-Mubarrad ialah penulisan kitab “Al-Kamil” dalam bidang sastera dan bahasa.

Begitu juga pada tahun 463H di bulan Zulhijjah telah meninggal dunia al-Hafiz Abu Bakar Ahmad bin Ali bin Tsabit, yang lebih dikenali dengan “Al-Khatib al-Baghdadi” yang merupakan salah seorang imam Hadith dan sejarah pada kurun ke 5H. Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang sejarah dan yang terkenal ialah “Tarikh Baghdadi”.

http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=32791&SecID=363
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top