Marilah kita mendalami beberapa potong ayat al-Quran yang menyentuh tentang peristiwa Hijrah dan beberapa kekuatiran, makna-makna dan dalil-dalil dari Kitab Fi Zilal al-Quran karangan As-Syahid Sayyid Qutub rahimahullah. Firman Allah:
“Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”. (Al-Anfal: 30)
Pelajaran pertama: Konspirasi ke atas Rasulullah pada malam Hijrah
Dalam ayat di atas Allah mengingatkan tentang suasana yang berlaku di Mekah sebelum berubah keadaan dan bertukar pendirian. Allah mewahyukan dengan penuh keyakinan dan kepercayaan tentang masa depan, sepertimana Allah menarik perhatian tentang urusan ketentuan dan hikmah Allah terhadap semua perkara yang dilakukan dan dirancangkan..Umat Islam ketika ditujukan ayat ini kali pertama dapat mengetahui keadaan dengan pengetahuan yang hidup, dapat dilihat dan dirasai sendiri.
Memadai disebutkan perkara yang lalu dan Suasana ketakutan dan kebimbangan yang ditanggung pada ketika itu dan tiada rasa ketenangan dan ketenteraman..Perancangan orang-orang musyrikin dan tipu daya mereka terhadap Rasulullah saw dalam menghadapi tindakannya yang ingin melepaskan diri dari mereka.
Sesungguhnya musyrikin merancang untuk menangkap Rasulullah dan mengurungnya sehingga mati, atau membunuhnya dan menghabiskan riwayat hidupnya, atau mengusir baginda dari Mekah secara paksaan..Mereka merancang semua ini, kemudian mereka memilih untuk membunuhnya dengan menetapkan kerja keji ini disertai oleh pemuda-pemuda dari semua suku Arab supaya darah baginda nanti akan bercerai berai pada semua suku, supaya Bani Hasyim tidak mampu membalasnya kepada semua Arab, lalu rela dengan bayaran diyat dan selesailah sudah.
Imam Ahmad berkata: Abdul Razak telah menyampaikan kepada kami, Ma’mar memberitahu kami, Uthman al-Jariri memberitahuku, dari Maqsam utusan Ibn Abbas, bahawa Ibn Abbas memberitahunya tentang ayat:“Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu”.Beliau berkata: Pemimpin Quraisy telah bermesyuarat pada malam Hijrah di Mekah, di mana salah seorang dari mereka berkata: Apabila tiba waktu pagi kita ikat dengan tali. Salah seorang dari berkata pula: Kita bunuhnya sahaja. Ada yang berkata: Kita usir sahaja. Lalu Allah telah memaklumkan tentang hal ini kepada nabi saw. Dengan itu Ali disuruh tidur di katil Rasulullah saw dan baginda keluar sehingga sampai di sebuah gua. Orang-orang musyrikin tidur sambil mengawal Ali yang disangka nabi Muhammad saw. Apabila tiba waktu pagi mereka telah menyerbu kepadanya. Tatkala mereka melihat Ali ternyata Allah telah menggagalkan perancangan mereka . Lalu mereka bertanya: Di manakah sahabatmu ini?. Kata Ali: Saya tidak tahu!. Kemudian mereka telah mengikut jejak nabi. Apabila tiba di sebuah bukit mereka hati telah bercampur aduk. Lalu ada yang memanjat bukit dan melalui sebuah gua. Mereka melihat muka pintu telah ada sarang labah-labah. Mereka berkata: Kalau (nabi Muhammad) memasuki gua ini tentu sarang labah-labah ini tidak ada di muka pintunya..Nabi telah berada di gua ini selama tiga malam.
“mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”. (Al-Anfal: 30)
Gambaran yang dinyatakan Allah swt: “mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu”…Gambaran yang mendatangkan kesan mendalam..Pada ketika orang-orang Musyrikin berkumpul di Dar al-Nadwah untuk berpakat , merancang dan memikirkan tipudaya..di mana Allah sentiasa berada di sebalik mereka yang juga merancang dan menggagalkan tipu daya mereka, sedangkan mereka tidak menyedarinya!
Inilah gambaran yang menyindir orang musyrikin dan pada waktu yang sama gambaran yang menakutkan..Justeru, di manakah manusia yang lemah dan kerdil menghadapi kuasa yang sebenar?! Kuasa Allah yang Maha Perkasa dan Maha Kuat mengatasi hambanya, kuasa yang menguasai segala urusannya. Hanya bagi Allah pengawasan atas segala sesuatu.
Penjelasan al-Quran yang melukiskan gambaran mengikut susunan bahasa al-Quran yang unggul kerana boleh menggoncangkan hati dan menggerakkan perasaan sedalam-dalamnya.
Pelajaran kedua: Kemenangan adalah dari sisi Allah yang dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Firman Allah:
“Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) Maka Sesungguhnya Allah Telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia Berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, Sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir Itulah yang rendah. dan kalimat Allah Itulah yang Tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (At-Taubah: 40)
Allah swt memberikan perumpamaan kepada mereka – dari reality yang mereka ketahui – tentang pertolongan Allah kepada rasulNya tanpa bantuan dari mereka dan tanpa kesetiaan mereka. Pertolongan akan diberikan kepada orang yang dikehendakiNya.
Pada ketika orang Quraisy tidak berupaya menyekat nabi Muhammad walaupun sejengkal, sebagaimana kekuatan yang palsu sentiasa tidak berupaya berhadapan dengan suara kebenaran, tidak memiliki dorongan dan tidak mampu bersabar, lalu mereka merancang dan memutuskan untuk membunuh nabi Muhammad saw, maka Allah telah mendedahkan apa yang mereka rancangkan dan mewahyukan kepada nabi supaya segera keluar dari Mekah. Dengan itu nabi keluar berseorangan yang hanya ditemani oleh sahabatnya, Abu Bakar As-Siddiq, tanpa tentera dan tanpa persiapan, sedangkan musuhnya ramai, dan kekuatan mereka dan kekuatan baginda sangat jauh berbeza. Nada ayat yang menggambarkan situasi Rasulullah dan sahabatnya:
“ketika keduanya berada dalam gua”.
Para musyrikin mencari jejak keduanya. Abu Bakar as-Siddiq berasa bimbang bukan ke atas dirinya tetapi ke atas sahabatnya bahawa mereka akan dapat menjumpai keduanya, lalu membunuh sahabatnya yang dicintai. Beliau berkata kepada Rasulullah saw: “Jikalau salah seorang dari mereka menundukkan kepala untuk melihat melalui dua kakinya, tentulah mereka akan melihat kami melalui kedua kakinya dan Rasulullah”. Namun Allah menurunkan ketenangan di lubuk hati Rasulullah saw, menghilangkan kegelisahan dan menenteramkan hatinya. Lalu baginda berkata kepada Abu Bakar: “Wahai Abu Bakar, jangan kamu sangka bahawa kita berdua sahaja, tetapi ketahuilah Allah adalah yang ketiga”.
Kemudian apakah akibat dari semua ini, kekuatan material seluruhnya dari satu sudut, dan Rasulullah saw bersama sahabatnya dari satu sudut tanpa apa-apa? Pertolongan yang hebat dari sisi Allah melalui tentera yang tidak dapat dilihat manusia, dan kekalahan, kehinaan dan kelemahan adalah untuk orang-orang kafir: “dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir Itulah yang rendah”..dan menjadikan kalimah Allah pada kedudukan tertinggi, memperolehi kemenangan, kuat dan terlaksana: “dan kalimat Allah Itulah yang Tinggi”
“Kalimat Allah” tidak dibaca dengan “mansub”, tetapi dibaca dengan “marfu” lebih kuat dari segi makna, kerana memberi makna penetapan. Kalimah Allah itu yang tertinggi adalah semula jadi dan asal, tanpa bergantung kepada peristiwa tertentu. Allah yang bersifat Maha Perkasa tidak akan membiarkan utusanNya, kerana Allah maha Bijaksana menentukan pertolongan yang sesuai dengan waktunya dan kepada orang berhak menerimanya.
Keistimewaan terpenting yang dimiliki golongan muhajirin
Firman Allah:
“(juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan RasulNya. mereka Itulah orang-orang yang benar”. (Al-Hasyr: 8)
Inilah gambaran yang benar yang menjelaskan tentang keistimewaan terpenting glongan Muhajirin..mereka telah diusir dari kampong halaman dan harta benda mereka, mereka dipaksa keluar dari Mekah setelah keluarga dan kaum kerabat mereka telah menyiksa dan menindas mereka, bukan disebabkan dosa yang dilakukan tetapi kerana mereka mengatakan Allah adalah Tuhan kami..Mereka telah keluar meninggalkan kampong halaman mereka dan harta benda mereka “(karena) mencari karunia dari Allah dan keridhaan-Nya” kerana mengharapkan kurnia dan keredhaan Allah. Tiada tempat perlindung untuk mereka selain Allah dan pemelihara untuk mereka selain pemeliharaan Allah..Mereka menuju ke Madinah dalam serba serba kekurangan dengan hati dan pedang mereka dalam waktu yang singkat: “dan mereka menolong Allah dan RasulNya”. “Mereka itulah orang-orang yang benar”. Orang-orang yang berkata kalimah iman dengan lidah-lidah mereka, membenarkan dengan perbuatan mereka. Mereka adalah orang yang benar janjinya dengan Allah tentang pilihan mereka kepadaNya. Mereka adalah orang yang benar janjinya dengan Rasulullah untuk mengikutinya. Mereka adalah orang yang benar janjinya bersama dengan kebenaran dalam bentuk yang hidup di muka bumi dan dapat disaksikan oleh manusia!
Keistimewaan terpenting orang-orang Ansar
Firman Allah:
“Dan orang-orang yang Telah menempati kota Madinah dan Telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung”. (Al-Hasyr:9)
Inilah gambaran yang bersinar dan benar yang menjelaskan tentang keistimewaan golongan Ansar. Kumpulan manusia ini begitu unggul sifatnya, sampai kepada puncak kehebatan.
Orang-orang yang tinggal di Madinah dan telah beriman sebelum kedatangan golongan Muhajirin..iaitu negeri Hijrah (Yatsrib) yang menjadi kota rasul saw yang telah menjadi tempat tinggal golongan Ansar sebelum Muhajirin dating, sama seperti mereka telah memenuhi jiwa dengan iman, seolah-olah iman sebagai rumah mereka..yang menggambarkan iman sebagai teduhan, iaitu lebih hampir menggambarkan pendirian Ansar tentang iman mereka.
Rumah mereka, kampong mereka dan negeri mereka yang menjadi tempat tinggal hati-hati mereka, menenteramkan jiwa-jiwa mereka, menenangkannya, sama seperti memberikan seseorang dan menenteramkan dating ke rumah.
“Mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin)”
..Tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia seluruhnya seperti peristiwa sambutan orang Ansar ke atas orang Muhajirin dengan sambutan penuh kecintaan dan kasih saying, dengan pergorbanan yang penuh dermawan, dengan penyertaan yang penuh kerelaan, dengan berlumba-lumba untuk memikul beban sehingga dapat disaksikan bahawa seorang lelaki yang berhijrah (muhajir) di rumah seorang Ansar melainkan melalui undian. Ini kerana bilangan orang yang menawarkan diri untuk menerima lebih ramai dari orang Muhajirin!
“dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin)”
.Mereka tidak mengharapkan apa-apa kelebihan atau harta dari orang Muhajirin. Tiada keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa dari pengorbana ini. Mereka tidak berkata dengki atau berasa sempit, tetapi mereka hanya berkata sesuatu yang menggambarkan hati mereka yang bersih dan jujur.
“dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan”
..Mereka mengutamakan orang Muhajirin mengatasi diri mereka sendiri sekalipun mereka berada dalam kesusahan. Pengorbanan besar orang Ansar tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia.
“ dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung”
..Sifat kikir atau kedekut ini merupakan penghalang kepada semua kebaikan, kerana kebaikan memerlukan pengorbanan dalam pelbagai bentuk, pengorbanan harta, pengorbanan perasaan, pengorbanan tenaga dan pengorbanan di dalam kehidupan. Tidak mungkin menghasilkan sesuatu kebaikan jika ada sifat kikir, kerana sifat kikir sentiasa akan mendorongnya mengambil dan tidak mendorongnya memberi. Orang yang dipelihara dari sifat kedekut atau kikir, maka dia akan terpelihara dari penghalang kepada kebaikan. Oleh kerana itu, mulakanlah memberi, berkorban dan berhati mulia. Inilah keuntungan dengan makna yang sebenarnya.
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=17606&SecID=363
0 ulasan
Sila berikan komen anda