Tuesday, August 9, 2011

Orang yang menyesal di bulan Ramadan


Oleh: Dr. Ahmed Hassan

Berkata Nabi SAW (bermaksud):

“Telah datang Jibril dan dia berkata, “Wahai Muhammad, barang siapa menemui bulan Ramadhan dan kemudian mati dan tidak diampuni (dosanya), maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan Allah akan mengabaikannya (jauh darinya), katakan Amin.” Maka aku berkata: “Amin.” (Hadith Sahih, diriwayatkan oleh Ibn Khuzaymah dan Ibn Hibban dari Jabir ra).

“Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.” (Maryam: 39).

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)!” (Az-Zumar: 56).

“Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; "Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!" Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu.” (Al-An’am: 31).

Janganlah sekali-kali anda menjadi salah seorang yang menyesal pada bulan Ramadan! .. Mengapa saya tidak memberi amaran kepada anda setelah diperingatkan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya (bermaksud): 

"Menyesallah dan rugilah .. menyesallah dan rugilah ..Dalam riwayat lain: “Hingus mengalir di hidungnya” .. Lalu mereka bertanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah saw: “Orang yang masuk ke bulan Ramadhan hingga ke penghujung bulan tetapi dosanya tidak diampunkan." (At-Tirmizi dengan sanad Hassan) .

Mengapa orang-orang soleh generasi pertama dahulu berdoa kepada Allah SWT selama enam bulan supaya menyampaikan mereka kepada bulan Ramadan dan kemudian berdoa selama enam bulan selepas Ramadhan supaya Allah menerima amalan mereka ... kerana takut berlaku penyesalan.

* Jangan sekali-kali anda menjadi salah seorang yang menyesal di bulan Ramadan kerana tidak mengingati Allah kecuali sedikit. Dengarlah pesanan Rasulullah saw (bermaksud):
"Penghuni-penghuni syurga setelah tibanya di syurga tidak akan menyesal dan tidak akan berdukacita mengenai suatu apapun kecuali masa yang telah berlalu dalam dunia tanpa zikrullah." (Riwayat al-Baihaqi dan at-Tabarani dari Mu’az bin Jabal).

* Dan saya ingin menambah dengan kata-kata penghulu sekalian anak-anak Adam:

"Suatu kaum yang bangun dari satu majlis tanpa mereka menyebut Allah kecuali mereka semua seperti bangkai keldai, dan mereka tentu dalam penyesalan pada hari kiamat nanti. "(Riwayat Abu Daud dan Hakim dengan sanad yang mengikut syarat-syarat Muslim).

Saya rasa semua orang tahu apakah binatang yang makan .. Pada bangkai!.

Kalau mereka mahukan Ramadan tentulah mereka menyediakan diri dengan beberapa persediaan

Saudara yang dikasihi,

Perbezaan antara harapan dan angan-angan. Harapan ialah percaya terhadap kemurahan Allah, belas kasihan dan kemuliaanNya yang dikuti dengan usaha dan amalan. Manakala angan-angan pula ialah percaya dengan kemurahan Allah tetapi disertai dengan kemalasan dan tidak diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

* Janganlah sekali-kali anda membuang masa; kerana Nabi saw telah memberitahu kita dalam sabdanya (bermaksud):

"Dua nikmat yang sering dilupakan kebanyakan manusia: kesihatan dan masa lapang "(Riwayat al-Tirmizi)

Maksudnya, bahawa ramai orang yang mensia-siakan kesihatan dan umur mereka dalam perkara yang tiada faedah, kemudian .. Menyesal setelah terlepas peluang. Ramadan sebenarnya adalah masa dan umur yang berlalu, kemudian menyesal dan tertipu, tetapi ia sudah terlambat. Oleh itu, berwaspadalah dan berhati-hatilah.

Ia hanyalah hari-hari yang tertentu bilangannya .. Bermakna bilangan yang terhad .. Bermakna akan tamat tidak lama lagi ..Bermakna bersedialah dengan beberapa persediaan yang sepatutnya.

Renungan

1) Sabda Rasulullah saw (bermaksud): 

"Berapa ramai yang berpuasa tidak memperolehi apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga. Berapa ramai orang mendirikan solat malam tidak memperolehi apa-apa kecuali berjaga malam dan keletihan "(Riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah. Telah dihasankan oleh Albani).

2) Sabda Rasulullah saw (bermaksud):

" Barangsiapa yang tidak juga meninggalkan kata-kata dusta dan masih juga melakukannya (di kala berpuasa), maka Allah tidak sedikitpun sudi menerima ibadah puasanya , meskipun dia meninggalkan makan dan minum. "

Apakah anda telah lihat? Berpuasa tetapi masih berkata-kata dusta; iaitu “segala kata-kata dusta dan pengakuan palsu, " merupakan puasa yang akan membawa penyesalan kepada pemiliknya pada hari kiamat nanti kerana puasanya tidak diterima.

Dan puasa dengan kerja dusta, iaitu "semua kerja-kerja yang bertentangan dengan Islam dan kebenaran” juga puasa tanpa memperolehi ganjaran dan tanpa faedah. Berlindunglah dengan Allah dari hal ini.

3) Jangan sekali-kali anda menjadi orang-orang seperti yang diseru Jibril sekali kepada penghuni langit dan sekali kepada penghuni bumi dengan katanya: "Sesungguhnya Allah membenci si fulan, maka semua malaikat dan penghuni bumi turut membencinya"!!!! Ya Allah .. Siapakah orang ini yang mana Allah yang bersifat penyayang membencinya sehingga Allah memerintahkan ketua para malaikat untuk mengumumkan namanya dan mengumumkan .. lantaran kebencian Tuhan kepadanya! Kepada semua penghuni langit dan penghuni bumi. Berwaspadalah dan berhati-hatilah! Itulah penyesalan terbesar.

4) Saudara yang dikasihi .. Jikalau anda ingin mengambil contoh dalam melakukan kebaikan, jadilah seperti Abu Bakar. Pada satu hari selepas solat Zohor Rasulullah saw bertanya para sahabat: 

“Siapakah di antara kalian yang berpuasa pada hari ini?” Abu Bakr menjawab, ”Saya!” Rasul bertanya lagi: ”Siapakah di antara kalian yang mengiringi jenazah pada hari ini?” Abu Bakr menjawab, ”Saya!” Ditanya lagi oleh Rasul: “Siapakah yang memberi makan fakir miskin pada hari ini?” Abu Bakr kembali menjawab, “Saya!” Bertanya lagi Rasul: “Siapakah di antara kalian yang menjenguk orang sakit pada hari ini?” Dan Abu Bakr lagi yang menjawab, “Saya!” Maka Rasulullah bersabda: “Tidaklah terkumpul perkara tersebut pada seorang hamba, kecuali pasti masuk surga.” (HR. Muslim daripada Abu Hurairah).

Inilah Abu Bakar dalam tempoh enam jam di antara waktu Subuh dan Zohor telah melakukan empat perbuatan kebaikan, iaitu dia berpuasa, puasa tidak menghalangnya daripada menolong orang, mengiringi jenazah, bersedekah kepada orang yang memerlukan, dan menjenguk orang yang sakit. Semua dilakukan dalam masa kurang dari setengah hari .. Inilah himmah ‘aliah (bersemangat tinggi). Para ulama berpendapat bahawa gabungan puasa dan sedekah adalah amalan ke Syurga.

Wahai umat Islam .. Sahutlah seruan Tuhan

Ia adalah peluang yang tidak mungkin kembali lagi .. Nasihat saya kepada saudara-saudara saya: untuk menyantuni Ramadhan seakan-akan Ramadan yang terakhir. Jadikanlah puasa anda .. puasa perpisahan!, Dan sehingga Tuhan mentakdirkan anda bahawa Ramadan ini adalah yang terakhir. Rasulullah saw bersabda (bermaksud):

"Barangsiapa yang mengakhiri kehidupannya dengan puasa satu hari beliau akan masuk syurga." (Hadith sahih riwayat al-Bazzar).

Puasa perpisahan

1) Sabda Rasulullah saw (bermaksud):

" Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah”. (HR. at-Tirmizi. disahihkan oleh Albani)

Ramadan adalah bulan air mata, air mata penyesalan dan air mata ketakutan .. Oleh itu perbanyakkanlah dengannya.

2) Sabda Rasulullah saw (bermaksud):

"Barangsiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari secara berjama’ah dengan mendapatkan Takbiratul pertama (takbiratul ihramnya imam), maka ditulis untuknya dua kebebasan, iaitu kebebasan dari api neraka dan kebebasan dari sifat kemunafikan." (HR. Tirmidzi, dihasankan oleh Al Albani di kitab Shahih Al Jami’ II/1089, Al-Silsilah al-Shahihah: IV/629 dan VI/314).

3) Sabda Rasulullah saw (bermaksud):

"Barangsiapa yang menunaikan solat fardhu subuh berjemaah,kemudian duduk berzikir kepada Allah hingga terbit matahari(syuruq) dan solat 2 rakaat,Baginya ganjaran seperti ganjaran haji dan umrah secara sempurna,secara sempurna, secara sempurna." (HR. At-Tirmizi).

4) Sabda Rasulullah saw (bermaksud):

"Wahai manusia! Sebarkanlah salam, berikanlah makan (yang memerlukan), sambunglah kekerabatan, dan solatlah di waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kalian akan memasuki syurga dengan selamat."(HR. al-Tirmidhi dengan sanad yang sahih).

5) Sabda Rasulullah saw (bermaksud):

“ Sesungguhnya Allah SWT pada setiap kali berbuka akan membebaskan dari api neraka, dan hal ini berlaku pada setiap malam dalam bulan Ramadan. "(HR. At-Tirmizi).

6) Sabda Rasulullah saw (bermaksud):

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya mengirim rahmat ke atas orang yang berjaga malam (kerana solat malam)."(Hadith Hassan riwayat Ibnu Hibban).

Jika Sahur berperanan membantu untuk berpuasa, apatah lagi puasa itu sendiri!.

7) Sabda Rasulullah saw (bemaksud):

“Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak  di sangka-sangka.” (H.R. Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

8) Sabda Rasulullah saw (bermaksud):

"Tiga golongan yang doa mereka dimakbulkan: Doa orang yang berpuasa sebelum berbuka, doaorang yang tertindas, dan orang yang bermusafir. "(HR. Ibnu Hibban, disahihkan oleh Albani).

Akhirnya .. wahai orang yang berpaling dari Allah: Ketahuilah bahawa Allah SWT tidak mendapat apa-apa faedah dari ibadah anda dan tidak mendapat apa-apa mudarat dari maksiat anda.. tetapi Allah bergembira dengan taubat anda .. Inilah kita sekarang berada di bulan taubat. Bilakah anda akan bertaubat?

Ya, saudara-saudara-ku, bilakah orang-orang yang tidak bertaubat mahu bertaubat pada bulan Ramadan?

Dan bilakah orang yang tidak mahu kembali akan kembali pada bulan Ramadan?

Dan bilakah seseorang itu ingin untuk melepaskan tengkuknya dari api jika tidak melakukannya pada bulan Ramadan? .. Bukankah suatu penyesalan apabila Allah  mengampuni dosa beratus-ratus ribu orang yang bertaubat sedangkan Allah tidak mengampuni dosa-dosa anda?

Saudara-ku tercinta .. Anda tidak pernah tahu bila Malaikat Maut datang kepada anda. Oleh itu, rebutlah bulan ini, mudah-mudahan ketika berakhir umur anda, anda mati akan dimasukkan ke syurga .. sememangnya diri anda mengingini ke syurga, hidangan-hidangan, pokok-pokok, sungai-sungai dan istana-istananya, dan melihat wajah Tuhan kamu, Yang Maha Kuasa?!

Saudara-ku tercinta .. Saudara-ku yang mulia: Seperti yang anda telah dengar sebelum ini, sabda Nabi Muhammad saw (bermaksud):

"Surga itu lebih dekat kepada salah seorang dari kalian dibandingkan dekatnya tali kasutnya terhadapnya, demikian pula dengan neraka.” (Muttafaqun ‘alaih).

Inilah beberapa hari yang tertentu. Barangsiapa yang beribadah dengan ikhlas kepada Allah SWT akan masuk syurga dan diselamatkan dari azab api neraka. Kekecewaan, kerugian, kesedihan dan penyesalan kepada orang yang mengetahui bahawa Allah telah membuka pintu syurga untuknya pada bulan Ramadan tetapi kemudian menderhaka dan melakukan kemaksiatan kepada Tuhannya, kerana ia menjadi penghuni neraka !!!..

Kita mohon Allah mengurniakan keselamatan, dan kami mohon Allah membantu kita untuk berpuasa dan beramal soleh .. Allah adalah pelindung semua ini dan mampu berbuat demikian.

Semoga Allah berselawat, merahmati dan memberkati Nabi Muhammad dan keluarganya. Akhirnya kita panjatkan pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top