Oleh: Ahmed Subaie:
Prof Dr Mohamed Badie, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, mengirimkan ucapan tahniah yang tulus kepada rakyat Mesir, negara-negara Arab dan Islam sempena Hari Raya Eidul Fitri, sambil berdoa kepada Allah SWT agar menjadikannya sebagai perayaan yang menggembirakan orang-orang Mesir, yang pernah dibayangi ketidakadilan dan kekejaman di mana kini telah menikmati kebebasan. Mursyid juga mengirimkan salam pengormatan buat keluarga yang syahid dan cedera, sambil menegaskan bahawa roh orang yang mati syahid dan darah orang yang cedera ini adalah seakan api yang menyalakan revolusi Mesir. Oleh sebab itu, ucapan penghormatan ini wajib buat mereka kerana jika tidak tentulah kita tidak merasa kebebasan seperti pada hari raya ini..
Begitu juga Mursyid berdoa kepada Allah SWT untuk memberi kemenangan kepada orang-orang Arab yang inginkan kebebasan dan kemerdekaan di Libya, Syria dan Yaman, sambil menjelaskan bahawa jalan untuk kebebasan tidak mudah, tetapi itulah jalan yang paling betul pada kesudahannya.
Beliau juga Mursyid memberikan ucapan tahniah khas untuk rakyat Palestin, terutama mereka yang terkepung di Semenanjung Gaza, sambil berdoa kepada Allah untuk menerima syahid mereka, membebaskan mereka yang menjadi tawanan Zionis supaya kembali kepada keluarga mereka, memberikan kemenangan ke atas musuh mereka dan musuh negara semua Islam, dan hari raya yang akan datang Masjid Al-Aqsa telah dibebaskan dari tangan penjajah Zionis.
Mursyid juga meminta umat Islam di seluruh dunia tidak lupa saudara mereka di Somalia yang mengalami kebuluran dan kemusnahan. Justeru, menolong mereka adalah wajib dalam Islam. Mereka adalah saudara-saudara kita dalam agama, Arab dan kemanusiaan.
0 ulasan
Sila berikan komen anda