Monday, September 27, 2010

Perniagaan dengan Allah


Dr. Ahmad Abdul Hadi Syahin
Semua manusia mencari untuk dirinya kebahagiaan di dunia dan keselamatan di akhirat. Manusia yang bijak ialah orang yang memilih jalan yang betul yang menyampaikannya kepada matlamatnya dan mencapai kedua-dua perkara tadi.
Jalan kebahagiaan dan keselamatan terdapat di dalam suatu perniagaan dengan Allah. Ini kerana Allah SWT adalah pencipta kepada manusia. Dialah yang memberikan rezeki. Manusia yang mati akan kembali kepadaNya untuk dihitung segala perbuatan yang lalu. Justeru orang yang bijak ialah yang bekerja berdasarkan kehendak dan kerelaan tuannya hingga tercapai apa yang diingini oleh tuannya.   

Seorang Sahabat telah bertanya Nabi saw tentang jenis-jenis perniagaan yang paling baik supaya dapat dilakukannya. Lalu turun ayat yang mulia ini..Firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?”. (As-Shaff; 10-11)

Rukun perniagaan terkandung di dalam kebenaran iman dengan Allah dan Rasul, pengorbanan harta dan jiwa pada jalan Allah, iaitu suatu barangan yang paling berharga dan mahal.  

Di antara gambaran perniagaan dengan Allah ialah seperti membaca al-Quran, mendirikan solat, menafkahkan harta yang dikurniakan Allah kepada manusia secara terang atau sembunyi. Inilah perniagaan yang tidak akan rugi selama-lamanya. Firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami anuge- rahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi”. (Fatir: 29)

Sesungguhnya seorang hamba hanya bernilai sekiranya menjalankan perniagaan dengan Tuannya. Dia menjual sesuatu yang bukan miliknya kepada Pemiliknya dan memperolehi bayaran dari urusan jual beli ini. Apakah mungkin anda terbayang seperti ini dalam sebarang urusniaga di dunia? 

Firman Allah:  

“Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar”. (At-Taubah: 111)

Jenis-jenis perniagaan yang paling baik bukanlah perniagaan emas dan perak, bukan perniagaan impot dan ekspot, bukan perniagaan kereta dan makanan, bukan perniagaan kain dan tenunan, bukan perniagaan duit dan tukaran wang, bukan apa jua bentuk perniagaan dunia yang palsu, tetapi sudah tentu perniagaan yang paling baik, paling tinggi dan untung, paling kekal dan berpanjangan, ialah perniagaan dengan Allah. Ini disebabkan peniaga atau pedagang yang berniaga dengan Allah akan untung sedangkan peniaga yang berniaga dengan selain Allah akan rugi dan musnah.

Dalam perniagaan ini terdapat dua aspek iaitu akad dan barang perniagaan. Aspek yang pertama, ialah Allah SWT pencipta jiwa dan pengurnia hartabenda. Aspek yang kedua, ialah anda wahai hamba yang lemah. Anda kini telah bernilai setelah anda menjadi satu aspek dengan Tuan anda dalam urusniaga perniagaan yang sangat menguntungkan. Anda tidak memiliki apa-apa melainkan kesetiaan dengan janji sahaja.

Oleh itu, jiwa ini yang berada pada anda siapakah yang menjadikannya? Tentulah Allah. Harta ini yang berada di tangan anda siapakah yang mengurniakannya? Tentulah Allah. Allah yang membeli daripada anda apa yang Dia ciptakan dan apa yang Dia kurniakan. Allah yang memberikan anda bayaran syurga yang dimilikiNya!! Justeru, siapakah yang beruntung, anda atau Allah?  

Urusniaga ini Allah telah rakamkan dalam satu perjanjian dan ikatan yang paling kukuh dan erat. Ketahuilah, ia seperti yang Allah telah turunkan kepada RasulNya dalam ayat:

 “(Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah?”. (At-Taubah: 111)

Barangan sebagai bayaran kepada jualbeli ini ialah syurga. Adakah anda tahu tentang syurga? Allah telah mempersiapkan syurga dengan kuasaNya dan menyediakan kepada hamba-hambaNya yang salih.  Dalam sebuah hadith,  Nabi saw telah bersabda 

“Syurga suatu tempat yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, tidak pernah terlintas di hati manusia. Batu-bata daripada emas, batu bata dari perak, lumurannya kesturi, tanahnya za’faran, pasirnya intan dan permata, Sesiapa yang memasuki syurga tidak akanberasa bosan, kekal tidak mati, tidak berubah keremajaannya, tidak lusuh pakaiannya”. “ Syurga dan Tuan Kaabah, cahaya yang berkilau, angin yang menyegarkan, sangat dekat, perkara-perkara halal yang sangat banyak, buah-buahan yang masak, isteri yang baik dan cantik”. Kemudian Rasulullah bertanya: “Ketahuilah, siapakah yang bersungguh-sungguh mahukan syurga?”. Lalu para sahabat menjawab: “Kami sangat bersungguh-sungguh mahukan syurga wahai Rasulullah”. Nabi pun menyambung: “Katakanlah Insya Allah”. (Abu Nuim, Muslim dan Munziri)

Para sahabat bersungguh-sungguh mahukan syurga dengan menyerahkan diri mereka, mengorbankan jiwa raga mereka dan menempuh banyak peperangan untuk meninggikan panji Islam, membela agama dan menegakkannya di muka bumi serta berusaha untuk memperolehi syahid di jalan Allah.

Para Sahabat yang mulia ini benar di dalam perniagaan mereka dan benar di dalam jual beli mereka dengan Allah. Oleh itu, mereka termasuk ke dalam golongan Siddiqin yang Allah berikan pemeliharaan berdasarkan firmanNya:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar”. (Al-Hujurat: 15)

Ada beberapa tarikan yang menarik manusia untuk cenderung kepada dunia sehingga mengikatnya kepada dunia. Iaitu cintakan dunia yang sentiasa memanggil kepadanya dan ia menoleh kepada dunia. Oleh itu, seruan yang tertinggi yang Maha Mengetahui tentang isi hati manusia, yang mengetahui perkara terang dan tersembunyi. Firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia Ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit”. (At-Taubah: 38)

Tatkala jiwa manusia boleh menyeimbangkan antara dua perkara dan memilih yang bertepatan dengan kepentingannya, Allah telah peringatkan dalam hal memilih yang terbaik, supaya pilihan ini tepat bersesuaian dengan manhaj yang perlu diikuti seorang muslim, tanpa menyimpang dan tanpa menyeleweng. Firman Allah:

“Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”. (At-Taubah: 24).


Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=66841&SecID=363





Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

2 ulasan

  1. Erti hakiki pernigaan dalam Islam... terima kasih krn berkongsi =)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wr.wb.,

    Mohon dimaafkan sebelumnya apabila pengetahuan kami sangat sempit, sementara kami tergerak oleh beberapa poin yang seharusnya kita penuhi untuk dianggap melaksanakan perniagaan dalam surat Ash Shaff, yaitu :

    1. Sudahkah kita beritahukan kepada “ahli kitab dan umatnya” untuk beriman kepada Allah? Karena kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. Ali Imran (QS 3:110)
    2. Sudahkah kita berlaku adil kepada semua kaum dengan menyampaikan kebenaran dalam Al-Quran baginya (menegakan kebenaran). Al Maidah (QS 5:8)
    3. Sudahkan kita menjadi pembawa berita gembira(1) dan pemberi peringatan(2) ketika terputus (pengiriman) Rasul-rasul agar mereka tidak mengatakan: "tidak ada datang kepada Kami baik seorang pembawa berita gembira maupun seorang pemberi peringatan". Al Maidah (QS 5:19)
    4. Sudahkah kita bercermin kepada protype/model kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Al Maidah (QS 5:54)
    5. Sudahkan kita sampaikan apa yang diturunkan pada kita kepada ahli kitab. dan jika belum melakukan apa yang diperintahkan itu, berarti kita belum menyampaikan amanat-Nya. Al Maidah (QS 5:65-67)
    6. Sudahkan kita sadari bahwa kita diberi tugas “sekedar menyampaikan” pesan Allah, Allah mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan! Al Maidah (QS 5:99)
    12 Pesan Allah kepada ahli kitab dalam : surat ALI IMRAN (QS 3: 64,65,70,71,98,99), surat AN NISA (QS 4:171) dan surat AL MAIDAH (QS 5:15,19,59,68,77)
    7. Sudahkah kita memberi kabar gembira dengan Al Quran yang telah dimudahkan dengan bahasa kita kepada orang-orang yang bertakwa dan memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang. Maryam (QS 19:93)
    8. Sudahkah kita sadar dan bersikap/bertindak dengan benar terhadap perkara yang sangat munkar menurut Allah. Maryam (QS 19:87 s/d 92)

    Karena dalam surat Ash Shaff terdapat juga teguran & petunjuk sbb :
    Ayat :
    2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
    3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
    4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

    Pertanyaannya adalah metode yang seperti apa, agar kita dapat melaksanakan perniagaan ini secara berjamaah dalam barisan sesuai petunjuk dari-Nya?
    Demikian kami sampaikan, Terima kasih
    Wassalamualaikum Wr.wb.

    ReplyDelete

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top