Saturday, May 21, 2011

10 Wasiat Hassan Al-Banna (1)

Oleh: Nabil Jalhoum

Imam Syahid Hasan al-Banna adalah seorang yang hanya hidup untuk Islam, mengambil berat tentang umat Islam, dan bekerja untuk Islam dengan penuh prihatin kepada agamanya, penggerak untuknya, jujur ​​dan tulus, dan mengorbankan pada jalan Allah semua masanya dan segala yang dimiliki samaada sedikit atau banyak, kerana beliau menyentuh hati-hati manusia dengan pengetahuan tentang Allah dan cintanya melalui pengetahuaan yang benar dan mendalam kepadaNya. Justeru, beliau seorang yang kuat mendokong kebenaran, menghayati sifat rabbani dan melaksanakan al-Quran. Beliau hidup untuk Allah, mengikhlaskan diri dan menjadikan Allah sebagai matlamatnya, dan baginya al-Quranlah yang mampu memelihara, bekerja dan menjadikannya sebagai jalan dan manhaj, dan menjadikan nabi sebagai pemimpin idola dan contoh teladan, dan jihad di jalan Allah dijadikan jalan bagi membela dan menolong agama Allah, dan kematian yang baik menjadi cita-cita tertinggi, iaitu memperolehi syahid pada jalanNya. Semoga Allah merahmati beliau sehingga hari kiamat.

Benarlah seorang penyair pernah berkata:

“Sesungguhnya binaan Ikhwan Muslimin mengandungi segala macam yang baik.
Janganlah tanya kepadaku siapakah yang membangunkannya, itulah Hassan al-Banna”

Imam As-Syahid telah meninggalkan Sepuluh Wasiat yang sangat bernilai kepada kita, supaya menjadi pedoman di jalan dakwah yang mulia ini .

Wasiat Pertama: Bangunlah segera mendirikan solat sebaik sahaja mendengar azan berkumandang walau apapun keadaan anda:

Iaitu memberikan perhatian tentang solat dan mengelakkan dari merasa berat apabila tiba waktu solat .. Kita mempunyai contoh yang ideal yang dipamerkan oleh Omar bin Abdul Aziz r.a di mana ia berkata: "Elakkan diri dari merasa berat apabila tiba waktu solat.... Di antara tanda anda memberikan perhatian tentang solat ialah:

1 - Mempersiapkan diri sebelum azan secara psikologi dan spiritual, mentaliti dan fizikal.

2 - Merasakan kebesaran dan ketinggian  apabila mengambil sikap mematuhi perintah Allah, mencapai kemuliaan ibadah, dan mengharapkan keredhaanNya.

3 – Berniat sebelum wudhu, dan apa yang kita maksud di sini adalah bukan hanya niat pencucian anggota tertentu saja, tetapi apa yang kita maksudkan ialah niat yang menyeluruh untuk membersihkan tubuh yang berkaitan dengan kekotoran dan membersihkan jiwa, termasuk penyakit-penyakit yang tersembunyi seperti hasad dengki dan iri hati, dan membersihkan mata daripada kekotoran melihat perkara yang haram, dan membersihkan kaki dari kekotoran kerana berjalan ke tempat maksiat, dan membersihkan kedua tangan daripada pelbagai kecelaan, dan membersihkan mulut daripada kekotoran pembohongan, fitnah dan umpatan, dan membersihkan telinga darpada kekotoran apa yang didengari daripada pendengaran yang dimurkai Allah Tuhan semesta alam. Rumusannya, kita katakan: untuk menjadikan wudhu’ sebagai titik tolak yang indah terhadap pemurnian dalam tubuh dan jiwa serentak.

4 – Bersungguh-sungguh ingin mencapai kerendahan hati (khusyuk) dan berdoa antara azan dan iqamah yang merupakan saat doa yang tidak tertolak.

5 – Mengambil berat dalam mendirikan solat sunat dua belas rakaat selain solat fardu, untuk memastikan dan memenuhi istana di syurga Allah.

6 - Terus-menerus merasakan kepentingan solat yang merupakan ibadah pertama yang akan dihisab ke atas seorang hamba. Jikalau solatnya sempurna maka mudahkan urusan penghisaban hamba itu, tetapi jikalau solat tidak sempurna maka sukar penghisabannya yang lain.

Wasiat Kedua: Bacalah al- Quran , buatlah kajian atau dengarilah selalu, dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

Allah SWT berfirman (bermaksud): 

“Sesungguhnya Al Quran Ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar”. (Al-Isra’: 9)

Mungkin interaksi yang betul dengan al-Quran terdapat bermacam cara. Perinciannya adalah sebagai berikut:

1 – Memastikan diri membaca al-Quran sebagai wirid harian. Bagi individu muslim dan semua anggota keluarga muslim hendaklah mengambil bahagian membaca al-Quran setiap hari .. Alangkah indahnya orang yang menjadikan sebahagian hidupnya dengan al- Quran.

2 – Meletakkan al-Quran di tempat yang suci dan bersih. Di dalam setiap bilik hendaklah ada senaskhah al-Quran, supaya dapat memakmurkan rumah dan memperolehi kemuliaan isi kandungannya seperti yang dinyatakan dalam Firman Allah (bermaksud):

  “Diturunkan dari Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”. (Fussilat: 2)

3 – Memastikan al-Quran yang berada di dalam rumah .. Jangan meletakkan sebarang buku atau kertas di atasnya atau di belakangnya, kerana al-Quran adalah tertinggi dan tiada yang lebih darinya.

4 – Sentiasa beradab ketika membaca Al-Quran. Tidak membaca al-Quran melainkan berwudhu’. Semasa membaca al-Quran hendaklah khusyuk, mengeluarkan suara yang merdu, mengkaji dan merenungkan maksudnya, dan tidak menekuk kertasnya, tetapi gunakanlah tali atau kertas pemisah dan sentiasa memeliharanya dari sebarang kerosakan.

5 - Jika seorang muslim tidak berkesempatan membaca al-Quran dalam sehari, maka beliau hendaklah bersungguh-sungguh mendengarkan bacaannya, dan jika beliau tidak langsung berkesempatan membaca ataupun mendengar al-Quran, maka beliau hendaklah mengharamkan dirinya tidur sebelum meneliti beberapa ayat al-Quran, untuk memperolehi kemuliaan kerana meneliti al-Quran, kesejahteraan mata, ketinggian roh, dan ketelusan jiwa.

6 – Memastikan diri membaca Surah al-Baqarah atau mendengarnya sekali setiap tiga hari, kerana di dalamnya terkandung kebaikan yang besar, seperti yang ditunjukkan oleh junjungan besar kita dan qudwah kita nabi Muhammad saw (bermaksud): 

"Bacalah surah al-Baqarah, kerana jika membacanya satu keberkatan, dan meninggalkannya satu kesedihan, dan tidak akan berdaya menjadi pahlawan (jika tidak membacanya)" .

7 - Alangkah indahnya sekiranya seisi rumah berkumpul di dalam satu halaqah (perjumpaan) untuk membaca al-Quran, dan membincangkankan beberapa ayat yang mempunyai pengertian yang baik dan makna yang indah.

8 – Keperluan memulakan hari ini di pagi hari dengan ayat-ayat al-Quran yang menjadi wirid dalam zikir di waktu pagi, dan menyudahkan hari ini dengan ayat-ayat Al-Qur'an ketika anda hendak tidur, supaya menjadikan hidup kita dari permulaan hari hingga penghujung hari memperolehi  keberkatan dan rahmat.

9 – Sentiasa merasakan bahawa amalan membaca al-Quran termasuk di antara pahala yang besar dan ganjaran yang melimpah ruah, kerana hanya membaca satu huruf mendapat sepuluh kebaikan .. Dan begitu seterusnya .. Sabda nabi saw (bermaksud):

"Saya tidak katakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf" .

10 - Sentiasa memastikan terdapat kertas tulisan di samping anda ketika membaca Al-Quran untuk mencatatkam beberapa ayat yang mengingatkan anda tentang tanda-tanda kebesaran Allah, hari akhirat, syurga dan neraka, rumahtangga muslim dan tentang Nabi Muhammad saw .. Tulisan ini, selepas jangka masa yang lama dapat membantu anda tentang urusan agama dan dunia anda.  Cukuplah anda mencatatkan dari al-Quran yang tidak melakukan kesalahan dan kesilapan kerana diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.

11 - Memastikan diri menghafaz al- Quran, dan mendorong anak-anak untuk menghafaz dengan memberikan penghargaan dan hadiah, dan pastikanlah para ibu bapa menyuruh anak-anak mereka menghafaz al-Quran, supaya mencapai apa yang mereka tidak dapat dicapai dalam menghafaz al-Quran.

12 – Memberi perhatian kepada ayat-ayat al-Quran yang mengandungi perintah-perintah Allah, supaya dapat memastikan ianya dilaksanakan sepenuhnya .. Begitu juga ayat-ayat al-Quran yang mengandungi larangan-larangan Allah, supaya dapat memastikan larangan Tuhan kita itu dijauhi sepenuhnya.

Wasiat Ketiga: Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan. 

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran (bermaksud):

Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat”. (Al-Hajj: 3).

Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa Kitab (wahyu) yang bercahaya[“.  (Al-Hajj: 8).

Tidakkah kamu perhatikan Sesungguhnya Allah Telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan”. (Luqman: 20)

Waspadalah dari banyak bertengkar, kerana pertengkaran atau perdebatan tidak baik .. Ketahuilah Nabi saw melarang akhlak buruk tersebut dengan dengan bersabda (bermaksud): 

"Aku adalah pemimpin sebuah rumah di syurga bagi mereka yang meninggalkan pertengkaran jika ia benar" .

Wasiat Keempat: Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebaikan. 

Elakkanlah dari mengumpat atau memburuk-buruk mereka, dan anda tidak bercakap melainkan hanya yang baik-baik saja. Jika benar anda telah melakukannya, maka ambil segala cara atau jalan yang dapat membersihkan dosa tersebut.

Mengumpat adalah salah satu penyakit lidah. Sepatutnya lidah ini boleh digunakan untuk berzikir kepada Allah, membina kekuatan jiwa, dan digunakan dalam membuka pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan.

Dalam hal ini satu riwayat daripada Uqbah bin Amer  r.a yang berkata: “Aku berkata: Wahai Allah, apakah itu keselamatan? Nabi bersabda (bermaksud): 

"Tahan lidah anda, jaga rumah anda, dan menangis untuk dosa-dosamu" .

Ketika ditanya Nabi saw: "Apa sebab kebanyakan orang masuk Syurga?”. Nabi saw bersabda (bermaksud): "Takwa kepada Allah dan berakhlak mulia" , dan Nabi saw ditanya lagi: “Apakah sebab kebanyakan orang memasuki api neraka. Nabi saw bersabda (bermaksud): "Dua rongga ini, iaitu mulut dan kemaluan" .

Perintah Kelima: Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah simbol Islam.

Pentingnya bahasa Arab terletak pada kedudukan berikut:

- Bahasa Al-Quran (Al-Quran berbahasa Arab) ..dan Hadith nabi yang mulia.

- Bahasa warisan orang Arab dan Islam selama empat belas abad.

- Bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan universiti di banyak negara-negara Arab.

- Bahasa buku, majalah dan surat khabar di negara-negara Arab kesemuanya.

- Bahasa berita, persidangan, simposium dan forum, juga merupakan bahasa dalam banyak program di radio, televisyen dan web di seluruh dunia Arab.

- Kemudian jangan lupa tentang kepentingan dan penghormatan Allah kepada bahasa Arab, di mana Allah telah menjadikannya sebagai bahasa penghuni syurga.

Hubungan bahasa Arab fushah (klasik) dengan simbol Islam:

Penguasaan bahasa Arab klasik secara pendengaran, perbualan, pembacaan dan penulisan sebenarnya merupakan keperluan yang sangat penting yang dapat mencapai banyak kemaslahatan Islam dan umat Islam. Ianya boleh diklarifikasi sebagai berikut:

- Mengikuti Nabi Muhammad saw dalam bahasa dan pertuturannya, kerana baginda adalah qudwah dalam segala hal.

- Memudahkan untuk belajar dan mengecapi kemajuan tamadun.

- Mencapai kreativiti intelektual diri dan ramai.

- Sumbangan dalam pembentukan teras budaya bangsa Arab secara keseluruhan.

- Menghidupkan Islam dan menunjukkan keindahan, kebesaran dan kedudukannya yang tinggi.

- Membantu orang Islam untuk mengetahui tanda-tanda yang tetap dan yang berubah makna dan konsepnya .. Seperti ayat: ﴿إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ﴾ Sesungguhnya yang takut kepada Allah .. lafaz Allah dengan baris “atas” (fathah) adalah yang bermaksud ketakutan dari orang lain, ﴿مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء﴾  “di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama” . Perkataan ulamak yang berbaris “depan” (dhommah) iaitu golongan yang takutkan Allah. Jika anda membaca lafaz Allah dengan baris “dhommah” dan bukan “fathah” sudah tentu ertinya akan bertukar sepenuhnya.


 - Merasakan dan menghadirkan syurga ke dalam hati kerana pertuturan penghuni syuraga adalah menggunakan bahasa Arab yang indah.

Sila baca sambungannya dalam siri 2


Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top