Saturday, May 14, 2011

Tarbiyah berasaskan objektif

Oleh: Dr. Radwan Muhammad Sobhi

Sering diulang-ulang dalam beberapa tahun kebelakangan, ungkapan seperti tarbiyah berasaskan objektif, fokus ke arah objektif, menetapkan objektif anda, jika tidak merancang untuk berjaya anda telah merancang untuk gagal .. Dll, semuanya adalah ungkapan penting dan bermakna.

Para murabbi telah menyatakan bahawa ketidakseimbangan atau kelemahan tarbiyah berpunca dari tidak adanya tarbiyah berasaskan objektif.

Bertitik tolak dari kepentingan tersebut mendorong saya untuk menulis tentang topik ini, memandangkan kepada kepentingannya dalam kehidupan kita dalam lapangan dakwah, tarbiyah dan lain-lainnya.

Pertama: konsep tarbiyah berasaskan objektif

Untuk memperjelas konsep ini marilah kita membincangkan arti dari setiap item kosa kata:

Tarbiyah bermaksud pengembangan, iaitu peningkatan. Diriwayat oleh seorang teman Imam Ahmad bin Hanbal, yang menggambarkan kehidupan Imam, ia berkata: “Demi Allah, saya telah bersahabat dengannya selama dua puluh tahun, sama ada musim panas atau musim sejuk, ketika cuaca panas atau sejuk, pagi dan petang, apa yang saya dapati pada setiap hari beliau lebih baik dari sebelumnya”.

 Tarbiyah juga bermaksud penjagaan dalam ertikata menjaga, membangun dan hidup bersama (muayasyah). Disebutkan dari guru terbilang Imam al-Ghazali rahimahullah, ia berkata: “Tarbiyah bukanlah menabur benih di dalam tanah dengan harapan untuk tumbuh, tetapi bermaksud memastikan benih ini tumbuh dengan melakukan penjagaan, membuang serangga perosak yang ada di sekelilingnya, menyiram air dan melindungi dari angin kencang. Hasilnya dengan kehendak Allah bahawa benih itu akan tumbuh dan berkembang menjadi pohon yang menjulang tinggi”.

Rumusan dari apa yang mereka katakan tentang tarbiyah, ialah pengosongan dengan menghapuskan setiap perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai dan akhlak Islam, dan memenuhi tempat yang kosong dengan meletakkan nilai-nilai dan akhlak Islam sebagai tempat yang tertinggi, dan tiba tugasan ketiga iaitu mengukuhkan; dengan makna memelihara dan mempertahankan lanjutan proses pengosongan.

 Para murabbi mengatakan bahawa tarbiyah bererti seni berurusan yang bertahap dengan jiwa manusia, untuk membawanya kepada kesempurnaan.

Manakala objektif bererti hanyalah sesuatu yang saya ingin capai dan sampai dalam tempoh yang ditentukan dan mengikut wasilah tertentu, melalui sumber yang mencukupi. Oleh itu, objektif bagi individu ialah seperti bahan bakar untuk kereta (iaitu penggerak utama bagi semua aktivitinya).

Objektif yang baik ialah yang memenuhi muwasofat (kriteria) yang diperlukan oleh murabbi, iaitu (ditentukan - dapat diukur - bersesuaian - mampu dicapai - dan berkait dengan masa). Jika digambarkan dengan demikian membantu kita dalam memilih cara terbaik untuk mencapainya, dan menjimatkan banyak tenaga kita, dan juga memudahkan mekanisme penilaian dan tindakan lanjut yang perlu dilakukan.

Selepas penjelasan tentang difinisi objektif dan konsep tarbiyah dapat kita katakan bahawa tarbiyah berasaskan objektif adalah:

Berusaha mencapai tingkahlaku baru bagi individu atau menyokong tingkahlaku yang baik. Hal ini berdasarkan penentuan objektif yang perlu dicapai oleh murabbi dan individu melalui wasilah yang menjamin ke arahnya.

Kedua: Bagaimana Islam berinteraksi dengan objektif

1 – Objektif ditetapkan dengan jelas .. 

Sebagai contoh, tiada batasan objektif mencari hikmah dalam dakwah, Allah swt berfirman:

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik”.  (An-Nahl: 125).

 Objektif thabat (keteguhan hati), Firman Allah swt:

Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)”. (Al-Hijr: 99),

dan objektif ilmu yang ditentukan, Allah swt berfirman:

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan (Alaq: 1)

dan objektif menghiasi diri dengan akhlak yang mulia dan perilaku yang baik, Allah swt berfirman:

Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”. (Al-Qalam: 4), dan seterusnya.

 2 - Kaitan kehidupan dengan objektif:

 Firman Allah swt:

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”. (Az-Zaariyat: 56),

“162.  Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.163.  Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan Aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)". (Al-An’am: 162 163).

 3 – Allah swt selalu mengingatkan: 

Firman Allah:

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan Hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan”. (Al-Fatihah: 5)

Merupakan antara teks yang paling kuat mengingatkan tentangnya.

Ketiga: Dalil tarbiyah berasaskan objektif

* Dari Al-Quran dan Sunnah dan salaf:

 Allah swt berfirman:

Demikianlah (perintah Allah). dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, Maka Sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati”. (Al-Hajj: 32).

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya”. (Al-Haji: 37).

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. (Baqarah: 183).

 Nabi saw bersabda:

"Barangsiapa mengasihi kerana Allah dan membenci kerana Allah dan memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah, maka imannya telah sempurna."

"Ya Allah, aku bersumpah untuk kami dari rasa takut yang menghalang kita dari dosa terhadapMu."

 Umar Bin Al Khattab r.a pernah berkata: "Jangan engkau terpedaya dengan orang yang membaca dari Al-Quran kerana ianya adalah firman yang kita berbicara dengannya, tapi lihatlah orang yang mengamalkannya".

 Al-Hasan bin Ali, r.a berkata: “Bacalah al-Quran tentang perkara yang dilarang kepadamu; Jika tidak terdapat perkara yang dilarang kepadamu, maka engkau tidak perlu membacanya”.

 * Dari kata-kata al-Banna:

"Wahai saudara yang jujur, saya sangat mengingini kefahaman: iaitu untuk memastikan bahawa fikrah Islam kita adalah kukuh dan mantap ..," kata beliau lagi: "Pertempuran kita adalah pertempuran tarbiyah dll ..".

Keempat: dasar-dasar yang terbina di atasnya tarbiyah berasaskan objektif

- Acuan objektif yang dikehendaki.
- Penyertaan semua pihak dalam mengembang dan melaksanakannya.
- Mengembangkan cara untuk mencapai objektif ini.
- Mengingatkan dan memantau objektif dalam tempoh waktu yang wajar dan wasilah untuk mencapainya.

Kelima: peranan murabbi dalam mencapai tarbiyah berasaskan objektif

1 – Hendaklah mendalami sepenuhnya objektif marhalah dan realiti individu.
2 – Hendaklah hidup (bermuayasyah) dengan individu secara praktikal dalam semua aspek kehidupan mereka.
3 – Dirinya hendaklah menjadi contoh  sama ada dari segi perilaku dan tindakannya dalam semua aspek.
4 – Hendaklah selalu menghubungkan sikap dengan objektif dan menukarkan pengetahuan kepada tindakan, dalam ruang lingkup keluar dari kewajipan amali untuk menggunakan objektif dan menyematkan dalam hati individu.
5 – Hendaklah menjalankan proses penilaian tarbiyah melalui pelbagai teknik, untuk menentukan tahap pencapaian objektif dan menetapkan agenda untuk merawat sebarang kelemahan, dengan melakukan penilaian akhir di penghujung setiap tempoh masa dan menjaga keberhasilannya supaya mudah untuk mengambil kebaikan darinya.
6 – Hendaklah memantau prestasi individu dengan pemantauan yang baik.
7 – Hendaklah menggunakan pelbagai kemahiran dan teknik yang bersesuaian untuk mencapai objektif.
8 – Hendaklah mendalami tugas-tugas penting dan dituntut untuk membantu mencapai objektif yang diingini.
9 – Hendaklah mengembangkan semangat jati diri pada setiap individu.
10 - Tidak mengabaikan penggunaan media terkini (Web – Blog- Email - Facebook - Power Point-You tube... dll) dalam penghantaran mesej yang diinginkan.

 Saya berharap dengan penjelasan di atas saya telah mempersembahkan rangka jalan kepada para murabbi dan individu, supaya mereka mampu mencapai prestasi terbaik dalam tempoh yang singkat dan tenaga yang sedikit.

Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

1 ulasan

  1. Penentuan sesuatu objektif dicapai atau belum keutamaannya adalah dari sudut afektif yang boleh dilihat dari psikomotor, bukan sekadar kognitif yang hanya perlu dititip daripada bibir.

    ReplyDelete

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top