Oleh: Nabil Jalhoum
Firman Allah swt:
“Kami Telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami dan Telah kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan Hanya kepada kamilah mereka selalu menyembah,”. (Al-Anbiya’: 73)
Kitab al-Misbah al-Munir menyatakan: "Imam (pemimpin): khalifah, dan imam: seorang ‘alim yang boleh dicontohi, dan imam: orang yang dilantik sebagai imam dalam solat".
Firman Allah swt:
“dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. (Al-Furqan: 74).
Ibnu Abbas, al-Hasan, al-Saddi dan Qatadah dan Ar-Rabi’ bin Anas menerangkan: “Para imam (pemimpin) ialah yang memberikan contoh ke arah kebaikan”. Ulamak yang lain pula mengatakan: “Orang membawa hidayahkepada orang-orang yang menerima hidayah, pendakwah atau penyeru kepada kebaikan, kerana ia menyukai ibadah mereka sentiasa berhubung dengan ibadah anak-anak mereka dan keturunan mereka , malah petunjuk yang dibawa melangkaui manfaat kepada orang lain. Itulah pahala yang lebih banyak dan lebih baik kesudahannya”.
Menjadi pemimpin dalam memastikan hidup anda bersama Allah swt:
Iaitu dengan menjadikan masa dan hidup anda: Allah matlamat saya .. Tidak ada seorang pun yang mendahului saya kepada Allah..Anda menjadikan kehidupan beroientasikan iman dan penyembahan hanya kepada Allah dan kerana Allah yang merupakan asal usul kehidupan anda adalah kerana Allah. Anda percaya bahawa anda akan dibangkitkan seorang diri dan akan dihitung amalan seorang diri tanpa ditemani ibu, ayah, suami, anak atau guru, dan orang yang dicintai. Firman Allah swt:
“34. Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya,35. Dari ibu dan bapaknya,36. Dari istri dan anak-anaknya.37. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya”. (Abasa: 34-37)
Anda dikehendaki menjadi seorang hamba yang rapat dan dekat dengan Allah. Hanya kepada Allah anda meminta sesuatu, dan hanya kepada Allah anda berlindung, dan kepadaNya anda minta dipelihara, dan dihadapanNya anda merasa lemah dan tidak punya apa-apa, dan melalui pengawasan dan kekuatanNya anda berjalan dan berusaha, dan melalui keredhaanNya anda bangkit dan bercita-cita , dan melalui syurga dan keredhaanNya anda berharap, bercita-cita, bekerja dan mengikhlaskan diri, dan melalui penglihatanNya dan menikmati keagungan wajahNya anda bertasbih, meninggikan, berharap, bercita-cita dan menjadikan Allah sebagai matlamat yang mengatasi segala matlamat..
Menjadi pemimpin untuk hidup bersama Nabi Muhammad saw:
Iaitu menjadikan hidup dan masa anda: Rasulullah sebagai qudwah dan idola saya, dengannya saya dipandu, dan saya menjadinya sebagai pemimpin dan mentor saya. Dengan sunnahnya saya mengambil petunjuk, dan melalui jalannya saya berjalan dan beriltizam, dan melalui amalan sunahnya saya mengikuti dan mencontohinya, dan melalui keindahan akhlaknya saya menghias diri dan memakaikannya, dan melalui ahli keluarga, isteri-isteri dan kerabatnya saya mencintainya, dan melalui kesan-kesan peninggalan mereka saya mencontohinya, dan kepada para sahabat setelahnya saya curahkan sepenuh kasih sayang, cinta dan penghargaan, berjalan melalui jejak langkah mereka, dan melalui keunggulan mereka saya mencontohinya.
Menjadi pemimpin dalam kecintaan anda terhadap solat:
Iaitu bangun dengan segera ketika mendengar seruan azan, biar apa pun keadaan anda. Melalui solat anda menjadi cergas, dan melalui solat jiwa anda terpelihara dan meningkatkan diri sendiri. Justeru, alangkah baiknya solatku menjelmakan kemuliaanku dan harga diriku, dan melalui solat aku menperolehi kemuliaan daripada Allah swt, dan melalui solat hubunganku dengan Allah bertambah tinggi dan erat.
Menjadi pemimpin di dalam komuniti anda dan akhlak:
Iaitu dengan melihat kepada penghulu segala nabi, Muhammad saw yang telah mendapat pujian dari Allah swt di dalam Al-Quran: “Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung” (Al-Qalam: 4) atau pujian dan sanjungan daripada Allah ke atas seorang nabi yang agung kerana memiliki akhlak dan budipekerti yang terunggul. Justeru tentang akhlak anda, tambahilah dengan ketinggian, keunggulan, keindahan dan kenikmatan, rendahkanlah suara, sebarkanlah senyuman manis. Anda sentiasa berlemah lembut, berbudi bahasa, menyayangi orang, dan mengasihi mereka.
Menjadi pemimpin semasa anda keluar dari rumah:
Iaitu anda membaca doa seperti yang diajar oleh nabi saw ketika keluar rumah untuk melindungi diri daripada gangguan iblis, dan anda diberi tahu: anda telah dibimbing dan dilindungi daripada syaitan .. Tidak melukai atau menyakiti orang-orang di jalan, memberikan hak-hak jalan, menjadi orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan, membuang segala yang mengganggu jalan dan sentiasa memberi salam, dan menjadi orang yang bertolak ansur semasa membeli dan bermurah hati semasa menjual dan memudahkan semasa meminta sesuatu. Anda tidak lupa sentiasa berwudu’ ketika keluar rumah kerana ianya adalah sunnah dari nabimu.
Menjadi pemimpin di dalam pekerjaan anda:
Anda tidak makan yang haram, tidak mengambil rasuah dan tidak mencuri. Anda seorang yang jujur, menjadi teladan dalam kerjaya anda, disayangi rakan anda, dihormati pengurus anda, mengasihi mereka dan mereka mengasihi anda, berketrampilan dalam melaksanakan tugasan dan kerjaya anda seperti yang dinyatakan dalam hadith:
" Allah telah mewajibkan ihsan dalam semua perkara"
dan hadith:
"Sesungguhnya Allah menyukai seseorang yang apabila melakukan sesuatu maka dilakukannya dengan baik ",
dan dari firman Allah:
“Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, Maka Allah dan rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu”. (At-Taubah: 105).
Menjadi pemimpin di rumah anda:
Menyebut nama Allah ketika anda memasuki rumah, dan ketika makan dan minum, dan ketika menanggal dan memakai pakaian, dan ketika anda masuk dan keluar daripada tandas, dan ketika anda melihat wajah di cermin. Bacalah doa-doa dari nabi anda dalam semua ini.
Anda mempamerkan kemuliaan dan kemurahan hati dalam akhlak anda bersama keluarga, tidak kedengaran dari anda melainkan yang baik, tidak terdapat pada diri anda kecuali yang baik, sentiasa berbincang dan mengasihi mereka kerana anda perlukan pandangan mereka dan anda tidak menyesal di atas kelemahan mereka, melayan mereka dengan penuh ihsan, memaafi dan mengampunkan sebarang kesilapan dan kesalahan mereka, anda tidak memaksa atau bersikap keras tetapi anda berlemah lembut dan sopan santun; kerana kemesraan tidak akan berlaku melainkan menghiasi diri dengannya dan sesuatu pertikaian tidak akan selesai melainkan dengan cara ini.
Anda sentiasa menyuruh mereka kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar, dan semua perkara yang baik perlu ada pendakwah dan pendidik, berdasarkan firman Allah swt:
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu ( At-Tahrim: 6).
Menjadi pemimpin bersama jiran tetangga anda:
Anda tidak menyakiti mereka, sebaliknya anda sentiasa menyayangi mereka, anda menggembirakan wajah mereka, mengucapkan salam kepada mereka, mengambil inisiatif menasihati mereka kepada kebaikan dan takwa, tidak mencari-cari keburukan mereka, tidak mengintai-intai apa yang berlaku di dalam rumah mereka. Jangan anda lupa pesan nabi yang dikasihi, Muhammad saw:
"Demi Allah, ia belum lagi beriman selagi jiran tetangganya tidak selamat atau merasa aman dari kejahatannya",
iaitu segala kesukaran dan masalah.
Menjadi pemimpin dalam berurusan dengan Al-Quran:
Iaitu menjadikan hidup anda bersamanya: Al-Quran menjadi perlembagaan dan manhaj (metodologi) kehidupan, dan anda hendaklah menjadikan al-Quran sebagai wirid harian tidak kurang daripada satu juzuk, dan anda hendaklah membaca al- Quran, menelaah atau mendengar dan tidak membiarkan masa berlalu tanpa faedah.
Menjadi pemimpin di dalam melindungi rumah anda:
Iaitu membaca Surah al-Baqarah atau memperdengarkan bacaan kaset, kerana melakukannya adalah satu keberkatan dan meninggalkannya satu penyesalan, dan sebarang bentuk kejahatan tidak mampu melakukannya, seperti sihir, dan buanglah gambar, patung dan semua perkara yang Allah murkai.
Menjadi pemimpin dalam hal kesihatan dan kekuatan anda:
Iaitu mengucapkan tahmid kepada Allah sebanyak-banyaknya dan bersyukur kepadaNya kerana memberi anda kesihatan yang baik dan kesejahteraan serta tidak menafikannya dari anda. Anda selalu melihat orang sakit, cacat dan menderita yang menyebabkan anda akan merasa redha, berpuas hati dan bersyukur dengan nikmat yang diterima. Jelas bahawa Allah bersifat Maha Mengetahui segala yang halus tentang anda. Oleh sebab itu, anda tidak menggunakan kekuatan dan kesihatan, melainkan dalam ibadah dan amal-amal soleh yang diminta oleh Allah swt untuk anda melakukannya.
Menjadi pemimpin dalam hal sakit anda:
Iaitu anda percaya bahawa Allah menguji anda kerana Dia mengasihi anda, dan manusia yang paling banyak diuji adalah para nabi dan salihin, dan kemudian orang yang terbaik seterusnya dan orang yang terbaik selepasnya. Seseorang diuji berdasarkan kekuatan pegangan agamanya. Akan datang pada hari kiamat nanti orang-orang yang terselamat daripada diuji semasa di dunia, ketika mereka melihat orang-orang yang pernah diuji semasa di dunia kini mereka menikmati kebahagiaan dan pahala yang besar, maka orang-orang yang terselamat berharap pada saat itu agar tubuh mereka dipotong dengan gunting-gunting supaya mereka dapat menikmati seperti orang yang diuji itu.
Anda percaya bahawa tidak tercetus sesuatu bala atau penyakit melainkan Allah sediakan ubat atau penawar, dan anda dituntut mencari rawatan dan ubat yang merupakan satu ibadah kepada Allah dan mendekatkan diri kepadaNya. Oleh sebab itu, nabi saw menyatakan bahawa seorang mukmin yang kuat lebih disukai Allah daripada mukmin yang lemah, dan kuat dalam semua perkara kebaikan.
Ya Allah, jadikanlah kami pemimpin dalam segala lapangan dan medan, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.
Terjemahan daripada http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=363&ArtID=83868
0 ulasan
Sila berikan komen anda