Perutusan daripada Prof. Dr. Muhammad Badi’ Mursyidul Am Ikhwan
Muslimin 16 Ogos 2012
Segala pujian hanya bagi
Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga, para sahabatnya dan
orang-orang yang mengikuti mereka sehingga hari kiamat. Adapun selepas itu:
Bulan Ramadhan akan
meninggalkan kita dan kita akan berpisah dengannya sedangkan hati kita telah terikat
dengannya, ruh kita sangat dekat kepadanya dan berharap hari-hari yang masih
tinggal ini terus berpanjangan. Janganlah malam-malam penghujuang ini berakhir melainkan setelah kita dapat
menikmati rahmat yang diturunkan di dalamnya, menjadi semakin dekat dengan
Allah dan meraih pembebasan diri dari api neraka.. dengan menerima keampunan dan keredhaan daripada Allah.
Diriwayatkan Jabir bin
Abdullah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda (bermaksud):
"Telah diberikan kepada
umatku di bulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada Nabi
sebelumku. 1: Di malam pertama Ramadhan Allah memerhatikan umatku. Barangsiapa
yang diperhatikanNya tidak akan diazab lagi selama-lamanya. 2: Bau mulut mereka
yang berpuasa di siang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi. 3: Para
malaikat memohon ampun untuk mereka setiap hari dan malam. 4: Allah memerintahkan
syurgaNya dan berfirman kepadanya: “bersiaplah kamu dan hiasilah untuk
hamba-hambaKu. Mereka akan berehat dari kepayahan dunia menuju negeriKu dan
kemulianKu. 5: Pada malam terakhir Ramadhan Allah mengampuni semua dosa mereka.
Seorang sahabat bertanya: “Apakah itu malam Lailatul-qadar ya Rasulullah? Beliau bersabda: "Bukan, tidakkah engkau melihat para pekerja
yang telah bekerja, jika mereka telah selesai dari pekerjaan mereka nescaya dibayar
upah mereka dengan sempurna?" (HR. al-Bazzar)
Puasa adalah madrasah
Bulan Ramadhan adalah
madrasah umum. Tempoh pembelajarannya ialah selama sebulan. Di dalam madrasah
ini akan memperbaharui iman seorang muslim lelaki dan perempuan dan menguatkan perhubungan
dengan Tuhannya. Oleh itu ia menjadi makhluk yang lain, tidak lagi cenderung untuk
memilih kehidupan dunia, meningkat ke puncak malaikat dan melengkapkan diri
dengan tiga ciri: Rabbaniah, insaniah dan menyebarkan kebaikan dan menentang kejahatan.
1. Rabbaniah bermaksud puasa
anda semata-mata kerana Allah dengan penuh keimanan dan mengharapkan
ganjaranNya . Puasa anda dalam bentuk ini adalah rahsia antara anda dan Tuhanmu
.. Di dalamnya mengandungi erti tajarrud dan ikhlas serta meninggalkan
keperluan-keperluan fizikal. Siapakah yang mampu meraih tampuk dirinya dan memutuskan
kehendak hawa nafsunya hingga berjaya menakluk musuh utama dirinya sendiri, iaitu
nafsu yang berada di dalam dirinya?
“Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah
Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa
nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.”
(An-Naziat: 40-41)
Tanpa perubahan di dalam
diri dan jiwa, pastilah keadaan umat tidak berubah:
“Sesungguhnya Allah tidak
mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri
mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11).
Dan kemudian seorang penyair
pernah menyebutkan:
“Terimalah jiwa sendiri dan
lengkapkan segala kelebihannya
Kerana anda hidup dengan jiwa
(nyawa) bukan dengan tubuh manusia.”
Puasa adalah madrasah
tarbiah rohani; di mana para salaf agung menjadikan Ramadhan sebagai daurah (kursus)
iman bagi ruh insan dan sekolah khas bagi tarbiah nafsu atau jiwa. Mereka
membebaskan diri daripada kehendak-kehendak fizikal dan meninggalkan keinginan
material yang boleh merantai ruh dengan belenggu yang ketat dan menghalang hati
manusia untuk meningkat ke puncak malaikat. Pada siangnya mereka berpuasa dan berzikir. Manakala pada malamnya mereka berqiam,
bertilawah dan berfikir. Pandangan dan pemikiran mereka adalah pengajaran,
pembelajaran dan inspirasi ..Percakapan mereka adalah al-Quran dan akhlak
mereka adalah al-Quran .. Aishah ummul mukminin pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah
SAW, beliau berkata: "Bahawa akhlak baginda adalah al-Quran."
2. Insaniah (nilai-nilai kemanusiaan)
dapat dicapai melalui puasa. Ianya berlaku dengan cara merubah diri, islah
nafsu, menaik taraf mereka sehingga ke tahap rabbaniah dan mencapai takwa yang
merupakan hasil daripada puasa. Kesan tersebut akan menghidupkan perasaan dan
nurani, menyucikan jiwa serta mencetuskan pancutan kelembutan dan keghairahan
yang mendorong kepada kemurahan hati dan sanggup berkorban serta menggemari
kebaikan dalam nilai-nilai kemanusiaan. Begitulah Nabi kita merupakan orang
yang paling pemurah dan lebih pemurah pada bulan Ramadan! Dan begitulah juga puasa menemukan golongan kaya dan miskin
di dalam nilai kemanusiaan yang satu.
Bulan Ramadhan adalah bulan
rangkaian sosial, mendahulukan kebajikan dan menggembling kebaikan. Semua ini
antara faktor kesatuan, kecintaan dan kasih sayang. Semua ini sangat diperlukan
oleh umat Islam dalam rangka melakukan perubahan seperti yang berlaku sekarang
di rantau Arab dan Islam.
3. Menyebarkan kebaikan dan menentang
kejahatan dan kebatilan. Ini adalah tujuan kebangkitan umat ini:
“Kamu adalah sebaik-baik
umat yang dilahirkan bagi faedah umat anusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baaik dan melarang daripada segala perkarayang salah, serta kamu
beriman kepada Allah.” (Ali-Imran: 110)
Bukanlah Ramadhan sekadar
bulan untuk menanamkan pengetahuan tentang Al-Quran dan perlaksanaan sifat
ihsan sebagai perlaksanaan amali kepada matlamat dan objektif ini.
Takwa merupakan rahsia perubahan
dan asas kebangkitan
Takwa adalah hasil puasa:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu
bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)
Kita tidak diperintahkan
oleh Allah untuk beribadah melainkan hanya untuk mencapai takwa:
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah
menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu
(menjadi orang-orang yang) bertaqwa.” (Al-Baqarah: 21)
Malah Allah telah mewajibkan
perlaksaan qisas adalah untuk tujuan takwa:
“Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai
orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 179).
Takwa ialah melaksanakan
perintah dan meninggalkan larangan. Oleh itu orang-orang yang bertakwa ialah
mereka yang melihat Allah seperti yang diarahkan dan tidak mendahulukan apa dilarang.
Orang-orang yang bertakwa juga mengiktiraf, mengetahui dan menegakkan kebenaran,
menolak kebatilan dan menjauhinya serta takut kepada Rabb al-Jalil yang tiada satupun
yang tersembunyi dariNya.
Orang-orang yang bertakwa adalah
orang beramal berdasarkan Kitab Allah di mana mereka mengharamkan apa yang
telah diharamkan dan menghalalkan apa yang telah dihalalkan. Mereka tidak
mengkhianati amanah, tidak rela menerima penghinaan dan perlecehan, tidak
membenci dan memutuskan perhubungan, tidak memudaratkan jiran-jiran, menyambung
persahabatan dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang orang yang
pernah menghalang mereka dan memaafkan orang-orang yang pernah menzalimi mereka.
Kebaikan bagi mereka adalah perkara yang diharapkan dan kejahatan bagi mereka
adalah perkara yang selamat. Mereka tidak mengata, tidak berbohong, tidak
berpura-pura, tidak mengadu-domba dan tidak berhasad dengki. Mereka tidak
menunjuk-nunjuk, tidak bingung dan tidak menfitnah. Mereka tidak menyuruh kepada
perkara buruk dan tidak melarang perkara baik, bahkan mereka sentiasa menyuruh kepada
perkara baik dan melarang segala perkara yang buruk. Itulah sifat orang yang
benar-benar bertakwa yang takut kepada Tuhan yang mengetahui perkara yang ghaib.
Mereka sepanjang masa dalam ketakutan.
Antara kesan puasa kepada
golongan salaf ialah terdapat tanda
takwa yang anda boleh lihat melalui kekuatan dalam agama, ketegasan dalam kelembutan,
kepercayaan dalam keyakinan, kesungguhaan dalam ilmu, pengetahuan dalam kesopanan,
kemuliaan dalam kekayaan, kekhusyukan dalam ibadah, ketabahan dalam kemiskinan,
kesabaran dalam kesulitan, keinginan dalam perkara halal, kecergasan dalam petunjuk
dan berlepas dari sifat tamak.
“Takutlah kepada Allah dan
janganlah anda meninggalkannya
Kerana takwa ialah yang paling
berkuasa, paling utama dan paling tepat”
Wahai umat
Islam di mana-mana .. Wahai manusia sekalian:
Dalam seluruh syariat Islam
bertujuan membebaskan jiwa umat Islam dari ketamakan, hawa nafsu dan keinginan,
menghubungkan jiwa mereka kepada Allah Pencipta alam semesta dan kehidupan ini,
mengikat kemahuan mereka dengan kemahuanNya sahaja, Allah sahaja yang benar, Allah
jualah petanda kebaikan, kasih sayang dan belas kasihan. Oleh itu, orang yang
menyukai kebenaran dan seterusnya cenderung menyukai kebaikan dan belas
kasihan, maka dia bebas dari semua sifat-sifat
mazmumah (tercela). Mereka adalah orang-orang yang dipilih oleh Allah SWT dengan
kurnianNya sepertimana sabda Rasulullah SAW (bermaksud):
"Sesungguhnya Allah mempunyai segolongan hamba yang diberikan
keistimewaan untuk memenuhi keperluan manusia, mereka menyukai manusia
dalam kebaikan dan manusia juga menyukai kebaikan untuk mereka. Mereka adalah
golongan pengaman ketika manusia ketakutan. "
Jikalau manusia mesti dikuasai
oleh idea, kecenderungan atau perilaku, maka orang yang diasuh dan dipimpin supaya
menyukai kebenaran lebih baik dan mulia daripada orang yang diperhambakan kepada
kebatilan. Orang yang jiwa mereka diisi supaya suka untuk cenderung kepada nilai
kemanusiaan yang mulia, sumbernya berasal daripada Allah SWT, maka adalah lebih
mulia daripada orang yang diperhambakan untuk cenderung kepada syahwat dan keinginan
yang bersumber daripada. Orang yang tunduk kepada Allah, mematuhi perintah dan meninggalkan
laranganNya lebih baik, sempurna dan bijak daripada orang yang tunduk kepada syahwat
dan nafsu. Malah Rasulullah SAW telah menyebutkan hal ini:
"Orang yang menjual
akhirat untuk mendapatkan habuan dunia adalah orang yang bodoh. Orang paling
bodoh ialah orang menjual akhirat untuk mendapatkan habuan dunia orang lain.
"
Namun wahai saudaraku,
tidakkah anda lihat bahawa mereka berhak mendapat belas kasihan dan
keprihatinan anda, lebih utama daripada rasa tidak puas hati dan kemarahan
dalam dirimu?
Mereka yang berusaha untuk
memberikan kebebasan kepada manusia paling besar di sisi Allah dalam ibadah.
Mereka ini tidak diperhambakan dengan kekayaan, tidak dikawal oleh nafsu dan
syahwat, tidak diperhinakan dengan harta. Keseronokan tidak menghilangkan kemuliaan
diri mereka, ketamakan dan kesedihan tidak menghina maruah mereka, ketakutan
dan kepanikan tidak menguasai diri
mereka. Jelasnya ibadah kepada Allah telah membebaskan mereka dari perasaan takut
selain-Nya:
“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan
(dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan
berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang
beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka
sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada
(sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang
besar.” (Yunus: 62-64)
Benarlah kata-kata Rasulullah
yang pernah bersabda (bermaksud):
" Barangsiapa yang takutkan
Allah, maka segala perkara akan dijadikan Allah takut kepadanya. Barangsiapa
yang tidak takutkan Allah, maka Allah akan menjadikannya takut kepada segala
perkara. "
Dalam penyembahan kepada
Allah, mereka telah memutuskan daripada semua ketundukan kepada selain-Nya.
Maka, mereka adalah ketua pada diri sendiri, merdeka pada hakikat sebenarnya,kemuliaan
pada akhlak mereka dan kekayaan dalam hati mereka. Inilah kebebasan dan
kemerdekaan yang terbesar. Benarlah sabda Rasulullah SAW bermaksud:
" Bukanlah kekayaan itu dikira daripada harta yang banyak, tetapi kekayaan
sebenar ialah kekayaan jiwa "
Juga bersabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang telah
menjadikan cita-citanya hanya cita-cita yang satu, iaitu Allah dan akhirat, maka
Allah telah menjadikan kekayaan di dalam hatinya dan dunia baginya hanyalah kehinaan
dan kebenciaan. "
Betapa indah pandangan Ibn
Ata’illah:
“Anda merdeka selagi anda memutuskan
angan-angan, dan anda menjadi hamba selagi anda tamak!
Dengan pengertian ini, fahamilah
kata-kata hikmah yang dituturkan oleh Ahmad Bin Khaddroah:
"Melalui kemerdekaan
akan menyempurnakan penyembahan, Dalam mencapai penyembahan akan menyempurnakan
kemerdekaan."
Wahai umat
Islam ..
Sesungguhnya orang Islam
yang menegakkan syiar-syiar agama dan memelihara ibadat-ibadat yang difardukan
kepadanya akan menjadi orang yang lebih menyayangi orang-orang di
sekelilingnya, sanggup mencurahkan kebaikan untuk mereka kerana taatkan Allah
dan bertaqarrub kepada-Nya, berjaga malam untuk memberikan mereka kerehatan
demi mengharapkan keredhaan Allah. Rasulullah menyatakan orang Islam ini
sebagai:
" Beliau menyatukan dan disatukan."
Malahan Rasulullah
menyatakan lagi:
"Tiada kebaikan orang yang tidak menyatukan dan tidak
boleh disatukan."
Kerana sabdanya:
"Orang yang paling baik ialah orang paling bermanfaat
untuk orang lain. "
Antara sifatnya yang lain ialah
menghentikan kejahatan dan kesusahan ke atas orang lain kerana takutkan Allah
dan gerun kepada balasannya. Justeru, Pengawalan ini lebih penting dan berkuasa
daripada pengawalan undang-undang dan kekuasaan. Ianya seperti yang anda lihat
ke atas orang sangat setia terhadap tanah airnya, berkorban dalam berbakti dan bekerja
secara berterusan dan bermutu dalam agenda pembangunannya. Begitu juga anda dapati
orang yang bersegera dalam mempertahankan umatnya, membela tanah airnya dan
menawarkan pengorbanan demi Negara dan bangsanya.
Wahai umat
Islam ..
Berbanggalah dengan agammu,
dan beramallah dengan bersungguh-sungguh untuk Islam hingga berkibar panjinya,
supaya mereka mendapat nikmat kebebasan, keadilan sosial, kasih sayang dan persamaan.
Juga supaya mereka merasa aman dan selamat di tanah air mereka. Dunia menjadi
damai dan tenang mahupun menghilangkan keperitan peperangan dan penyeksaan. Keamanan
dinikmati di seluruh alam dan kepada semua manusia tanpa mengira perbezaan warna,
bangsa atau kepercayaan. Di samping mendatangkan kebaikan yang lain iaitu Allah
membuka pintu-pintu kebaikan dari langit dan bumi untuk anda:
“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman
serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan)
yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan
(Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang
mereka telah usahakan.” (Al-A’raf: 96)
Akhirnya kami mengucapkan tahniah kepada semua umat Islam di atas
ketibaan Eid al-Mubarak yang merupakan hari kemenangan setelah tamatnya ibadah.
Namun ibadah kita sentiasa menjadi tanda syukur di atas kesempurnaan nikmat dan
sebagai hadiah di atas amal-amal yang terbaik. Tangan dan hati kita saling
bersalaman sambil memohon kepada Allah supaya jangan membiarkan Ramadhan akan datang
melainkan Allah telah meneguhkan kedudukan agama yang diredhai untuk mereka,
memberikan kebebasan di tanah air mereka, memberikan kepimpinan di negeri
mereka, membebaskan daripada penjagaan selain mereka dan meninggikan panji
Islam supaya berkibar di negeri-negeri Islam.
“Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya,
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Yusuf: 21)
semoga Allah redha
ReplyDeleteSaya baru saja mengajukan Pinjaman Mobil dari Pak Pedro dan perusahaan pendanaan investasinya dan Pinjaman Tanpa Subsidi. Setelah melakukan riset terhadap berbagai pemberi pinjaman, saya memilih Discover karena mereka tampaknya menawarkan beberapa manfaat terbaik di pasar (saat ini) dengan tingkat suku bunga 2%. Hubungi Tuan Pedro di pedroloanss@gmail.com melalui whatsapp: +393510140339. untuk mengajukan segala jenis pinjaman.
ReplyDelete