Thursday, July 29, 2010

Kewajipan Umat Islam terhadap Kiblat Pertama dan Masjidil Aqsa



Oleh: Dr. Abdul Rahman al-Barr

Kepentingan Masjidil Aqsa kepada umat Islam

Kesucian Masjidil Aqsa diikat dengan akidah Islam semenjak Rasulullah saw di Isra’ dan Mi’rajkan . Al-Quran telah merakamkan peristiwa agung ini di dalam surah yang dinamakan surah al-Isra’ yang mulai dengan Firman Allah: 

“Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang Telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui”. (Al-Isra’: 1)

Ikatan ini telah mendapat kemuliaan semenjak Masjdil Aqsa menjadi kiblat yang pertama umat Islam sebelum bertukar ke Kaabah dengan perintah Allah. Justeru ia diakui sebagai salah satu kiblat umat Islam. Sebelum itu masjid suci ini pernah menjadi masjid yang kedua dibina di muka bumi selepas Masjidil Haram. Dari Abu Dzar al Ghifari berkata:  

“Saya pernah bertanya kepada Rasulullah. Wahai Rasulullah, masjid apa yang pertama diletak (dibangunkan) di bumi? Baginda bersabda: Masjidil Haram. Saya bertanya lagi, kemudian apa? Baginda bersabda : Masjid Aqsa. Saya bertanya. Berapa lama antara keduanya? Baginda bersabda Empat puluh tahun” (Muttafaq Alaih) 

Kemudian Rasulullah mengikat kedudukannya setaraf dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan mengisytiharkannya sebagai masjid ketiga suci dalam Islam..Daripada Abu Hurairah, sabda nabi saw: 

“Janganlah kamu bersusah payah bermusafir kecuali ke tiga buah masjid : Masjidil Haram dan Masjidku ini dan Masjid al Aqsa”. (Muttafaq Alaih)

Nabi saw juga menjadikan solat di dalamnya mendapat sebesar-besar ganjaran berbanding solat di masjid yang biasa selain Masjidil Haram dan Masjid Nabi. Nabi menyatakan solat di dalamnya memperolehi lima ratus ganda dari masjid biasa..Dari Abu Darda’ r.a berkata: Sabda nabi saw: 

“Solat di dalam Masjil Haram seratus ribu kali ganda, di Masjidku seribu kali  ganda dan di Baitul Maqdis lima ratus kali ganda”. 

Perhatian umat Islam sepanjang zaman terhadap Masjidl Aqsa dan Baitul Maqdis

Ketika Allah memerintahkan umat Islam bertukar arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah, umat Islam menyedari bahawa mereka bertanggungjawab membebaskan kedua-dua kiblat ini. Oleh kerana itu mereka telah mengorbankan nyawa dan tenaga sehingga akhirnya Allah membuka kota Mekah di tangan mereka dan manusia berduyun-duyun memeluk agama Islam. Kemudian mereka halakan pula cita-cita untuk membebaskan kiblat yang pertama. Kejayaan membuka Baitul Maqdis yang berlaku pada pemerintahan Umar tahun 15 Hijrah telah menjadi batu asas kepada pembinaan Masjid Aqsa yang diberkati ketika Khalifah Umar bin al-Khattab berjalan ke lokasi yang mulia dan melawat tempat batu tergantung yang telah tertimbus dengan tanah dan sampah sarap. Umar telah mengarahkan supaya dibersihkan di samping memerintahkan pembinaan sebuah masjid di bahagian selatannya. Kemudian pada zaman pemerintahan Kerajaan Umaiyah di bawah Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan anaknya al-Walid telah melancarkan program pemulihan dan pemeliharaan seluruh kawasan masjid. 

Ketika Masjid al-Aqsa bersama Kota Madinah al-Munawwarah di bawah naungan kerajaan Islam ia mengecapi perlindungan dan pemeliharaan hinggalah kekalahan kerajaan Islam di tangan Tentera Salib pada tahun 493H yang telah mengambil kesempatan di atas kelemahan khalifah, hancurnya kesatuan umat dan perebutan jawatan pemimpin dan tunduk kepada nafsu syahwat yang berlaku ke atas umat Islam. Penaklukan Tentera Salib berterusan selama 90 tahun kiraan tahun Hijrah sehingga dibebaskan oleh panglima Salehudin al-Ayubi yang telah bersumpah tidak akan senyum selagi tidak berjaya membebaskannya. Akhirnya impian beliau terjelma pada tahun 583H setelah berjaya membebaskannya Salehudin al-Ayubi telah berusaha memulihkan masjid, membaiki, memperbaharui dan menghiasi mihrabnya. Di sekitar masjid beliau telah mendirikan beberapa buah sekolah, perpustakaan, dewan untuk menghafaz dan mempelajari ilmu-ilmu al-Quran dan dewan untuk pengajian hadith dan ilmu-ilmunya.

Kemudian semasa era penjajahan Barat ke atas negeri-negeri di Barat dan Timur pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20 mereka dengan sengaja menyokong kewujudan entity Zionis di negeri Palestin. Setelah itu Pertubuhan Antarabangsa (PBB) yang kejam telah mengiktiraf sebuah Negeri haram yang dinamakan Negara Israel pada tahun 1948M.  Lantas rejim perampas cuba merampas al-Quds pada tahun 1967M, kemudian percubaan Yahudi  membakar masjid pada 21 Ogos 1969M  yang dilakukan oleh pemuda Yahudi yang bernama Micheal Rohan. Kemudian mengisytiharkan bahawa al-Quds telah dimasukkan ke dalam negeri yang diduduki pada tahun 1980M. Berlaku beberapa siri percubaan pihak perampas Zionis yang mendakwa al-Quds sebahagian dari wilayah mereka bagi melakukan berbagai kedurjanaan ke atas Masjidil Aqsa di saat kelekaan yang sungguh menghairankan dari umat Islam.

Usaha-usaha mengYahudikan al-Quds

Semenjak rejim Zionis mendapat pengiktirafan antarabangsa ke atas bumi Palestine mereka telah mengatur berbagai perancangan dan berusaha dengan bersunguh-sungguh untuk mengyahudikan kota yang penuh keberkatan ini dan memindahkan penduduk Palesyin secara haram tanah milik mereka. Di antaranya:

Mereka telah mengeluarkan peraturan yang dipanggil “Undang-undang Sebalik Tabir” yang menetapkan bahwa mana-mana penduduk Palestine yang tidak menduduki rumahnya lebih daripada lapan hingga sepuluh tahun akan diambil tanah dan rumahnya oleh kerajaan Israel.

Meluaskan pembinaan penempatan haram yang lebih besar bagi menempatkan puluhan ribu orang Yahudi di dalam dan sekitar kota Al-Quds.

Meluaskan penggalian terowong bawah tanah di kawasan yang berdekatan dengan masjid kepada satu tahap yang dikuatiri boleh menyebabkan keruntuhan Masjidil Aqsa bahkan telahpun runtuh sebahagian binaannya.

Kini tindakan mereka mencari helah dengan mencipta tanda atau kesan yang mereka sangkakan termasuk dalam sejarah Yahudi di negeri yang penuh keberkatan ini dengan memalsukan fakta dan mendakwa bahawa sebahagian kesan-kesan Islam dan Arab sebagai kesan bangsa Yahudi, sebagai satu tindakan yang zalim dan penipuan.

Kewajipan kita ke atas Al-Quds dan Masjidil Aqsa

Melakukan kerja-kerja menyokong dan menyebarkan isu serta mendedahkan rancangan-rancangan Zionis melalui perbagai aktiviti seperti kesenian, kesusasteraan, program pendidikan, media massa, ceramah agama dan pengetahuan semasa, seminar dan forum, dialog dan persidangan bagi mengukuhkan bahawa al-Quds adalah milik Arab dan Islam.  

Melakukan usaha membaiki kesan-kesan Islam dan Arab di situ dan tidak membiarkan kesan-kesan tersebut  musnah ditelan zaman.

Menjalankan program yang mengukuhkan kewujudan rakyat Palestin di negeri mereka melalui bantuan dana kemanusiaan dari orang Arab, umat Islam, kerajaan dan rakyatnya supaya mereka menjadi bangsa mujahid dan sabar di negeri yang penuh dengan perjuangan. Marilah kita mengingatkan semula hadith nabi saw berkenaan nilai tanah yang berdekatan dengan Masjidil Aqsa. Dari Abu Zar r.a berkata: Rasulullah bersabda:  

“..sehingga disangka menjadi lelaki seakan-akan seperti kepada anak panah (yang sama pada kedua belahnya)  yang jatuh di tanah di mana ia melihat baitul Maqdis lebih baik baginya dari dunia seluruhnya”.  

 Menyokong jihad dan perjuangan rakyat Palestine dalam bentuk wang ringgit, doa dan menyebarkan maklumat serta mengukuhkan kekuatannya dan mengadakan hubungan secara rasmi dengan pihak kerajaan atau dengan rakyatnya supaya mereka tidak keseorangan di medan pertempuran. Khususnya kita lihat bantuan-bantuan asing semakin meningkat sejak-sejak akhir ini membuktikan bahawa dunia tidak membiarkan rakyat Palestine tidak keseorangan.

Melaksanakan program tabung al-Aqsa sama ada yang dianjurkan oleh kerajaan atau rakyat, secara individu atau pertubuhan yang disumbangkan oleh mana-mana organisasi dan invidu serta dibantu semua badan dan kelurga umat Islam.

Melakukan usaha mendapatkan sokongan masyarakat barat dan antarabangsa bagi menyokong hak rakyat Palestin, hak bangsa Arab dan hak umat Islam melalui media, undang-undang, mengembangkan kajian ilmiah dan sejarah yang sebenar dalam pelbagai bahasa, melalui semua media dan mencipta sokongan massa yang dipelopori oleh secretariat yang khusus yang memiliki keikhlasan terhadap isu ini dan memperolehi bantuan dana yang sesuai dari sumber yang rasmia atu bantuan dari rakyat. Tujuannya adalah usaha ini memberi kesan semaksima mungkin.

Persatuan ilmu dan fiqh menjalankan peranannya dalam menghidupkan ruh Islam dalam diri umat serta mengeluarkan fatwa yang mewajibkan umat supaya bekerja menyelamat dan membebaskan Masjidil Aqsa, dengan menganggap tugas tersebut sebagai wajib dari segi agama dan tanggungjawab dari segi syarak dan akhlak, yang tidak ada lagi ruang untuk mempertikaikan kewajipan memikul tugas ini.  

Terakhir semua orang mestilah mengetahui bahwa isu al-Quds, Masjidil Aqsa dan Palestin adalah pertimbangan syarak yang sebenar bagi sistem politik bangsa Arab yang juga simbol neraca dalam kesatuan Arab dan Islam.

Isu ini akan terus kekal demikian sehingga Allah mengizinkan Negara Penakluk hancur dan musnah dan sehingga pada akhir zaman nanti umat ini akan memerangi dan membunuh Dajjal dan tenteranya dari kalangan bangsa Yahudi serta membebaskan muka bumi ini daripada kejahatan mereka.

Daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
 
“Mereka membunuh orang Yahudi sehingga salah seorang di antara mereka bersembunyi di sebalik batu. Lalu batu berkata:  Wahai hamba Allah, ini dia lelaki Yahudi bersembunyi di sebalik ku, bunuhlah dia. Lantas lelaki itu dibunuh”.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasul saw bersabda:
 
“Hari Kiamat tidak akan berlaku sehingga orang-orang Islam membunuh orang Yahudi. Lalu pada masa itu orang-orang Islam membunuh orang Yahudi hingga orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Lantas batu atau pokok berkata: Wahai orang Islam,  wahai hamba Allah, inilah orang Yahudi di belakang ku. Marilah. Bunuhlah dia. Kecuali pohon Gharqad kerana ia termasuk pohon Yahudi”.

Mereka bertanya bilakah hal ini akan terjadi. Katakanlah tidak lama lagi.

--------
Profesor hadith di Universiti al-Azhar

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=48713&SecID=360
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

4 ulasan

  1. tanggungjawab setiap umat Islam bantu rakyat Palestin

    ReplyDelete
  2. Benarkah BaitulMuqadis itu Kiblat Pertama orang islam? Rasanya tidak.
    Kiblat orang islam adalah Baitullah di Mekah sejak dari Nabi Ibrahim a.s. (Datuk Moyang kepada orang Yahudi dan Nasrani dan juga orang Arab). BaitulMuqadis adalah Kiblat ciptaan orang yahudi dan nasrani. Rahsia ini hanyalah terbongkar pada zaman Rasulullah saw apabila turunnya wahyu memerintahkan rasulullah mengadap baitullah yang merupakan Kiblat yang betul untuk orang Islam. Lihat Al Baqarah...kisah bermula dengan pembinaan kaabah oleh nabi Ibrahim dan ismail dan bagaimana setelah beberapa ratus tahun fakta Kiblat sebenar telah diselewengkan oleh para pendita yahudi dan nasrani. Dek kerana itu surah Al Baqarah juga menceritakan bahawa rasulullah saw amat berharap (tak pernah minta) supaya kiblat ditukar kerana sepatutnya umat islam berbalik kepada ajaran nabi Ibrahim as dan anak2nya yang berkiblat ke Baitullah di Mekah. Lihat Surah Al Baqarah untuk detail...wallah'alam

    ReplyDelete
  3. rujuk hadis dulu saudara !! kiblat pertama di masjid Al-Aqsa masjid yg pertama di dibina sebelum Masjidil haram,kedua Masjidil Haram dan yang ketiga adalah masjid Nabawi.. Nabi Sulaiman a.s telah diperintahkan oleh Allah untuk memindahkan kiblat itu ke Masjidil Haram iaitu di kaabah Mekkah Al-Mukarramah,sedangkan pada masa zaman Nabi Ibrahim terlalu byk berhala yg wujud di sekitar kaabah pada masa itu sementara itu Nabi Ibrahim a.s sendiri yang pergi menghancurkan berhala itu semua !! wallahu a'lam

    ReplyDelete

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top