Oleh: Nabil Jalhum
Alangkah agung dan indahnya firmanMu di dalam al-Qur’an:
“Dan Sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain”. (Al-Ankabut: 45)
Alangkah agung dan indahnya ungkapanmu ya Rasulullah:
“Perumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dan orang yang tidak mengingati ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati”.
Justeru, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kepada para hamba suatu anugerah dan hadiah iaitu pada hakikatnya sebuah kehidupan untuk hati, kesejahteraan kepada jiwa dan kejernihan kepada perasaan dan emosi. Firman Allah:
“Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram”. (Ar-Ra’d: 28)
Tugas yang paling utama
Sesungguhnya mengingati Allah adalah tugas yang paling utama yang kerananya Allah menciptakan kita. Firman Allah:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”. (Az-Zariyat: 56)
Kita rumuskan bahawa mengingati Allah pada hakikatnya adalah jalan yang betul yang dapat menghubungkan kita kepada syurga. Selain dari ini adalah penyelewengan, penyimpangan dan terkeluar daripada jalan yang betul.
Tugasannya:
Seorang hamba Allah dituntut melaksanakan tugas terpenting dan utama iaitu beribadah. Justeru berzikir adalah kehidupan ruh. Mendidik ruh dengan mengelokkan dan memperbanyak zikir kepada Allah serta beribadah kepadaNya akan sempurna dengan melaksanakan keimanan, ketauhidan, ketakutan dan pengharapan kepadaNya semata-mata.
Berzikir akan mendidik ruh kerana dapat menyucikan jiwa dan membersihkan hati, seterusnya mendidik di dalam diri manusia suatu naluri yang hidup yang memainkan peranan dalam mengarahkan hidup pemiliknya..Justeru ia menghasilkan seorang hamba yang rabbani, suci dan bersifat penyayang.
Buah zikir atau mengingati Allah:
Memperbanyakkan berzikir kepada Allah dengan tasbih, tahmid, pujian, istighfar, selawat ke atas Rasulullah saw dan membaca al-Quran..dan sebagainya, pasti akan membuah hasilnya dalam semua keadaan dan semua perkara:
1. Menambahkan iman. Firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan Hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal”. (Al-Anfal: 2)
Apabila iman telah bertambah, maka akan nyata kesannya dengan jelas ke atas diri dari aspek: pegangan akidah yang sahih, kefahaman yang betul, akhlak yang unggul, sikap dan pendirian yang selari dengan tuntutan agama, bergerak aktif dan bermanfaat, ilmu yang baik dan memberi kebaikan kepada orang lain.
Ini kerana Islam adalah agama yang agung yang membawakan prinsip dan nilai yang syumul dan indah dalam segenap aspek hidup.
2. Menjadikan manusia yang sentiasa berusaha meningkatkan dirinya ke tahap kesempurnaan manusiawi di dalam aspek akal, keupayaan, potensi fizikal dan keilmuan dan sebagainya, yang menyebabkan manusia mampu meningkatkan dirinya dan memajukannya ke tahap tertinggi.
3. Memperolehi ketenangan dan ketenteraman jiwa: Di antara buah ibadah ialah seorang muslim akan merasai kebahagian, ketenteraman dan ketenangan di dalam jiwanya, kemanisan emosi dan perasaan yang tinggi di mana akan dapat dilihat dengan jelas ke atas jiwanya, rupa wajahnya, anggota dan pancainderanya. Firman Allah:
“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka Itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al-An’am,: 82)
4. Dengan mengingati Allah sudah cukup sebagai penghambat syaitan.
5. Dengan mengingati dan berzikir kepada Allah akan memperolehi keredhaan Allah, para malaikat dan nabi saw.
6. Dengan mengingati Allah juga menghilangkan keresahan dan kegelisahan di dalam hati serta menguatkan tubuh.
7. Kamu lihat bumi dan segala isinya sentiasa berzikir kepada Allah sebagaimana kamu tidak melihat orang yang banyak berzikir akan merasa kehausan.
8. Orang yang banyak mengingati Allah sama ada sedang berdiri, duduk atau tidur membuktikan semua itu tanda cinta kepada Allah.
9. Sabda nabi saw:
“Golongan “mufarridun” akan mendahului. Sahabat bertanya: “Siapakah mufarridun, wahai Rasulullah”?. Jawab Rasulullah: “Lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah”.
“Tiada amalan Anak Adam yang dapat menyelamatkannya dari azab api neraka selain mengingati Allah”.
“Sukakah kamu aku beritahu amalan yang paling baik, tindakan paling bijak dan derjat yang paling tinggi, lebih baik dari menafkahkan emas dan duit, lebih baik dari kamu berhadapan dengan musuh, memukul dan memancung leher mereka". Para sahabat menjawab: Sudah tentu. Nabi bersabda: “Berzikir kepada Allah”.
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=74170&SecID=363
0 ulasan
Sila berikan komen anda