Monday, November 29, 2010

Umat hijrah dan kemenangan


Oleh: Prof. Dr. Ahmed 'Assal

Di sebalik berakhir tahun 1425H dan menjelangnya tahun baru hijrah 1426H (tahun beliau menulis artikel ini), sewajarnya kita memerhati dan merenung hari-hari yang ditentukan Allah, khususnya selepas berlaku beberapa peristiwa penting yang mengandung pengajaran dan iktibar..Firman Allah:

“Maka ambillah (Kejadian itu) untuk menjadi pelajaran”. (Al-Hasyr: 2)

Kita berhenti sejenak memerhati dan merenung bukan dengan tujuan untuk menangisi nasib kita dan situasi umat Islam sekarang, atau meratapi apa yang berlaku, tetapi kita merenung peristiwa yang berlaku untuk kita mengambil beberapa pengajaran dan pelajaran, seterusnya kita berazam untuk mengubah nasib kita kepada kedudukan yang lebih baik dan kita mengingatkan pendirian kita, sekiranya kita telah memperolehi kebaikan, maka pujian hanya bagi Allah di atas taufiknya dan sekiranya tidak memperolehinya maka sewajarnya memperbetulkan keadaan kita. Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”. (Ar-Ra’d: 11)

Sesungguhnya Hijrah adalah peristiwa penting dalam perkembangan Islam dan kelompok muslim pertama. Hijrah merupakan perpindahan dakwah dari suasana lemah dan penuh penderitaan kepada suasana kemenangan dan kemantapan, penubuhan Negara dan permulaan jihad untuk menyampaikan risalah Islam ke seluruh alam. Pelajaran yang patut kita tegaskan di sini ialah penubuhan Negara Islam pertama adalah natijah atau hasil daripada perubahan besar yang berlaku ke atas diri kelompok mukmin yang pertama yang hanya redha Islam sebagai agama, yang terdidik dan berjuang kerananya. Oleh sebab itu perubahan yang berlaku ini merupakan kemenangan yang sebenar. Setiap perubahan yang tidak dicetuskan dari dalamannya sendiri tidak akan membuahkan hasil yang diharapkan dan setiap perubahan yang dipaksa melalui kekerasan dan peraturan tertentu hanya perubahan yang terbatas kesannya.   

Seluruh anggota umat menyedari reality mereka yang menyedihkan dan menanti saat untuk mengubahnya. Pada masa yang sama mereka mengetahui bahawa musuh-musuh kita tidak mengingini kebaikan untuk kita dan seruan kebebasan yang menggegarkan perasaan kita tidak akan memberi faedah langsung. Kita telahpun lihat hasil dari seruan-seruan ini di Iraq dan kita telahpun lihat sejak berzaman di Palestin penderitaan yang ditanggung rakyatnya hasil pendudukan regim Israel yang direstui kerajaan Amerika.  

Kita menentang keras strategi Amerika yang berusaha memimpin dunia dan merubahnya supaya mengikut kehendaknya dan melalui slogan menentang keganasan – yang sebenarnya digunakan ke atas pihak yang menentang Amerika dan dasar politiknya – telah melancarkan peperangan menentang umat Islam di Afghanistan dan Iraq, menjajah Negara mereka dan merampas hasil mahsul mereka dan mengizinkan rejim Zionis melakukan apa saja yang diingini di Palestin. Bagi Rejim Zionis mereka boleh melakukan kekejaman dan pembunuhan setiap hari..Pilihan yang digunakan oleh order baru dunia yang diterajui Amerika ini hampir menyamai pilihan dan tindakan musyrikin Quraisy dalam memerangi nabi saw pada malam Hijrah..Firman Allah:

“Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”. (Al-Anfal: 30)

  
Kita menyakini bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang dan penjaga agamaNya dan para utusanNya. Kemenangan hanya diperolehi dengan kesabaran dan setiap kesukaran akan menyusul saat kesenangan..Pengorbanan saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan tidak akan sia-sia sama seperti pengorbanan kelompok muslim yang pertama dan pemimpinnya nabi Muhammad saw tidak menjadi debu-debu yang berterbangan. Namun kita mengingatkan umat sekalian tentang Hijrah dan kemenangan: Di manakah pertolongan kalian terhadap saudara kalian para pejuang dan mujahidin? Sesungguhnya saudara kita di negeri-negeri Islam yang sedang menderita sangat memerlukan pertolongan dan pembelaan, bantuan dan sokongan kalian..Jumlah umat Islam yang kini menjangkau 1.5 bilion orang sebenarnya berkemampuan untuk berbuat demikian dengan izin Allah sekiranya mengikhlaskan niat menolong saudara-saudara kalian untuk mengubah reality dan situasi yang mereka tanggung dan menuntut para musuh mereka menghormati suara, agama dan tanahair mereka.

Apakah tidak tergerak sensitivity dan perasaan kita sedangkan kita telah lihat umat hijrah dan kemenangan telah meninggalkan pengalaman dan pengajaran yang manis buat kita. Padahal kita juga melihat Negara Israel menghayati makna hijrah bagi tujuan kebatilan dan memperolehi kemenangan untuknya..Sekarang orang Yahudi berhijrah ke negeri kita yang dirampas. Setengah mereka mengorbankan hartabenda yang disayangi sebagai pertolongan, bekalan dan bantuan di atas perkara kebatilan dan kezaliman.

Sesungguhnya sumpah mereka di atas dosa dan permusuhan tidak akan lebur melainkan dengan jihad saudara kita di Palestin yang terus cekal dan kental memberitahu dunia seluruhnya bahawa mereka mempunyai sebuah negeri yang berhak untuk ditebus dan bukan suatu yang mustahil untuk dicapai…Kini, perbelanjaan orang Yahudi yang berhijrah ke Palestin semakin kurang, sebaliknya perbalanjaan semakin meningkat bagi meninggalkan tanahairnya dan keluar dari Israel.Firman Allah:

“dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Yusof: 21)


Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=10542&SecID=363
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top