Tuesday, November 30, 2010

Hijrah satu kembara kehidupan


Oleh: Dr. Jamal Madhy

1. Iman yang mengkagumkan

Adakah mudah bagi seseorang mahu meninggalkan keluarganya, rumahnya, hartanya, perniagaannya dan kehidupannya yang telah dibinanya dan dinikmatinya? Apakah yang mendorong untuk meneruskan penghijrahan sungguhpun melalui kepayahan, kepenatan dan permalasahan sedangkan pada masa yang sama dihadapannya tarikan kepada kerehatan dan kemewahan dengan mudah dan senang?

Inilah keimanan kepada Allah yang memiliki apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..Kesusahan ini tidak mampu ditanggung melainkan dengan iman...Maka ia mendorongnya kepada suatu cita-cita dan harapan untuk mencapai matlamat yang mulia..Inilah rahsia..yang telah menjadikan mereka semua lelaki, perempuan, kanak-kanak dan pemuda menyahut panggilan: “Mereka berhijrah untuk mencapai kemuliaan Islam dan menyakini masa depannya yang gemilang”.

Di samping orang lelaki, hijrah juga dituruti oleh orang perempuan, yang diketuai Ummu Salamah yang berhijrah berseorangan. Di samping orang lelaki menempuh kesukaran, begitu juga orang perempuan turut bersusah payah, seperi Asma’ yang hanya berbekalkan iman.

Adakah kita semua golongan beriman?

2. Orang yang benar-benar ikhlas

Keimanan yang menggerakkan diri untuk berhijrah tiada beza antara lelaki dan perempuan. Mereka semua mengikhlaskan niat kerana Allah, meninggikan cita-cita mereka daripada …, meninggalkan keseronokan yang mempesona dan ketenangan yang palsu, memburu matlamat yang mulia di dunia yang penuh dengan kebisuan. Mereka mengikat masa depan mereka dengan masa depan Islam dan mereka mengikut peneraju hijrah yang mulia, ikhlas dan berjuang. Beliau berkata berdasarkan firman Allah:

“Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan Aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". (Yusof: 108)

Adakah kita benar-benar ikhlas?



3. Konspirasi yang keji

Al-Abbas bapa saudara nabi melalui satu lorong di Mekah bersama Abu Jahal. Lalu angin telah bertiup menggoyangkan tingkap-tingkap rumah. Lantas Al-Abbas berkata dengan nada sedih: “Kini banyak rumah yang sunyi tanpa penghuninya”. Lalu Abu Jahal membalas ucapan Al-Abbas; “Inilah kerja anak saudaramu. Dia telah memecah belahkan perpaduan kita, memisahkan keluarga kita dan memutuskan tali persaudaraan kita!!”

 Al-Abbas menjawab: “Siapakah yang melakukan kekejaman? Kaum Quraisy telah menindas dan mencampakkan kekotoran atas tengkuk mereka, menindas orang-orang yang lemah. Apabila mereka enggan tunduk untuk menjadi murtad, kamu telah menyiksa mereka. Inilah sebab timbul masalah dan punca kegawatan!”

Adakah kita golongan yang kental?

4. Keuntungan yang bersih

Suhaib Ar-Rumi yang bukan Arab memilih untuk berhijrah kerana pengorbanan dan takwanya..Ketika golongan kuffar memberi pilihan kepadanya antara hijrah dan meninggalkan harta sedangkan Suhaib merupakan antara golongan yang hidup senang-lenang di Mekah, maka beliau tetap memilih untuk meninggalkan hartanya kerana mempertahankan akidah. Sedangkan golongan kuffar meninggalkan akidah kerana cintakan harta setelah melihat keseronokan yang memukau. Justeru, siapakah yang beruntung dan siapakah yang rugi? Jawapannya kita dapat lihat dari sabda nabi saw:

“Beruntunglah Suhaib, beruntunglah Suhaib”.

Inilah keuntungan yang bersih. Adakah kita golongan yang beruntung?

5. Air mata gembira

Aisyah r.a berkata tentang reaksi Abu Bakar setelah mengetahui beliau perlu berhijrah dan menemani nabi saw: “Demi Allah, aku tidak pernah mengetahui sebelum hari itu seseorang yang  menangis kerana gembira sehingga aku melihat Abu Bakar menangis pada ketika itu”.

- Kemudian orang yang keluar air mata (Abu Bakar) datang mengikuti strategi-strategi     hijrah kerana memenuhi kewajipan mengambil berbagai sebab, bertawakal kepada Allah, kemudian berjaga-jaga dan berhati-hati, menuju kepada matlamat sekalipun pelbagai halangan ditempuh, kemudian meminta pertolongan Allah dengan strategi yang ditetapkan.  

- Orang yang keluar air mata (Abu Bakar) datang mengikuti hijrah, dari harapan dan kepercayaan, pemeliharaan Tuhan terhadap kesudahan Islam dan masa depan ketamadunan..Semasa di dalam gua nabi menempelak Abu Bakar As-Siddiq:

“Wahai Abu Bakar! Adakah kamu menyangka kita berdua. Sesungguhnya Allah adalah ketiga”.

- Di perjalanan..bersemangat kuda Suraqah yang datang pada awal pagi kerana ingin memburu kedud-duanya. Apabila beliau telah menghampiri keduanya, penglihatannya menjadi tertutup. Lalu beliau meminta supaya dilepaskan dari mata yang kabur dan beliau telah berubah pada petangnya sebagai pengawal kepada keduanya.

- Orang yang mengeluarkan air mata (Abu Bakar) memberitahu bahawa kemenangan akan tiba sekalipun menempuh kesukaran..Semalam kita menyaksikan Mekah yang terkenal usahanya untuk membunuh nabi, tetapi hari ini Madinah menyambutnya dengan penuh keriangan, kegembiraan dan keseronokan. Nabi saw berdoa:

“Ya Allah, Jadikanlah kami menyukai Madinah sebagaimana kami menyukai Mekah atau lebih lagi”.

Adakah kita golongan yang berhijrah?

6. Membina masa depan

a. Melalui jiwa yang suci murni

Batu-bata masa depan yang bersinar bermula dari masjid..lalu mereka mendirikan ketamadunan yang sebenar. Tiada erti ketamadunan yang dibangunkan sekiranya menjauhkan umat dari Tuhan yang satu, perkara yang baik bercampur aduk dengan yang keji. Doa mereka semasa pembinaan Madinah: “Ya Allah, tiada kehidupan melainkan kehidupan akhirat. Maka ampunilah orang Ansar dan orang Muhajirin.

Contoh teladan mereka turut bekerja bersama mereka. Lalu mereka berkata: “Seandainya kami duduk sedangkan Rasul bekerja, maka kami ketika itu melakukan kerja yang songsang”.

Semasa khutbah yang pertama nabi saw menyatakan tentang perkara paling asas ialah pembinaan jiwa:

“Barangsiapa yang mampu memelihara dirinya dari api neraka walaupun dengan sebiji tamar, lakukanlah. Barangsiapa yang tiada apa-apa maka ucapkanlah perkataan yang baik”.

b. Umat yang kuat

Di mana tiada lagi semangat perkauman, kerana perbezaan keturunan, warna kulit dan negeri telah dilempar jauh, di mana tiada yang di hadapan atau di belakang melainkan di atas neraca takwa. Lalu tercetus dorongan-dorongan mulia seperti itsar (mengutamakan orang lain), persamaan dan kemesraan yang terbina di atas persaudaraan yang menjalinkan perasaan cinta sesame anggota umat.Justeru tiada kelebihan orang Muhajirin ke atas orang Ansar melainkan dengan pengundian siapakah yang banyak menyambut mesra, memberi penghormatan dan mengutamakan orang lain (itsar).

c. Satu tanahair

Orang yang menyangka bahawa Islam adalah agama yang tidak menerima perbincangan tentang agama lain dan orang Islam adalah satu bangsa yang tidak akan berehat melainkan apabila berseorangan di dunia yang kekal, maka beliau adalah seorang yang salah pemahaman dan bahkan seorang yang terlalu jahil!

Adakah nabi melayani penduduk Madinah yang bukan Islam seperti Yahudi dan yang tidak beragama dengan layanan siasah kekerasan, permusuhan atau pemulauan? Tentu tidak, bahkan nabi mengadakan perjanjian, iaitu mereka dengan agama mereka dan bagi nabi dengan agama nabi, berdasarkan kaedah: “Kebebasan beragama dijamin bagi setiap warganegara”.

7. Hijrah membebaskan Aqsa kita

Siapakah yang menjadi tawanan demi Aqsa kita? Siapakah yang mengasihi demi Aqsa kita? Siapakah yang menangisi demi Aqsa kita? Siapakah yang berduka demi Aqsa kita? Orang Yahudi terus menghambat, membunuh dan meruntuh dan memusnahkan, menggelar mereka yang menjadi korban sebagai pengganas, sedangkan mereka bangkit menentang! Sedangkan mereka mempertahankan rumah-rumah mereka, kehormatan mereka, anak-anak mereka, tanahair mereka dan Aqsa kita yang begitu berharga!!

Justeru, ayuhlah kita melaksanakan hijrah kepada Allah dengan makna yang sebenar dengan menolon saudara kita, menyokong mereka dan memutuskan hubungan dengan musuh, menghidupkan semangat perjuangan, membantu saudara kita yang diancam kematian di Gazzah.Inilah jalan untuk membebaskan Aqsa kita ..bermula dari hijrah kita yang sebenar dan bertitik tolak dengan kekentalan rakyat Palestin mengharungi perjuangan biarpun ada golongan yang pengecut dan berundur.

Adakah kita golongan yang berjuang?

8. Hijrah adalah kembara hidup kita

Kita mulakan kembara kita dari sekarang dengan berhijrah daripada maksiat, mengisytiharkan taubat, berhijrah dari keseronokan dunia yang palsu kepada keimanan yang sepenuhnya, membangunkan rumahtangga kita di atas Islam, lelaki, perempuan, pemuda dan anak-anak sehingga Allah mengurniakan kemenangan kepada kita. Firman Allah:

“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad: 7)

Kita berdoa kepada Allah agar menerima doa untuk saudara kita yang lemah, yang ditindas dan dizalimi di seluruh pelosok dunia, di Palestin, Afghanistan, Kashmir dan Iraq. Justeru kemenangan akan tiba dan telah ada petandanya. Oleh itu kita mestilah bersedia dengan kembara hidup (berhijrah).

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=57894&SecID=363
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top