Oleh: Ikhwan Online
Kelebihan sebahagian masa ke atas sebahagian masa yang lain.
Firman Allah: “Allah memilih para utusanNya dari para malaikat dan dari manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (Al-Haj: 75)
Hadith daripada Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah saw telah bersabda: “Solat lima waktu, jumaat ke jumat dan bulan Ramdhan ke bulan Ramadhan menghapuskan dosa antara satu sama lain jika menjauhi dosa-dosa besar”. (Muslim)
Beberapa fakta
1.Kenapa kita disuruh bersedia menghadapi bulan Ramadhan. Di antara kelebihan bulan Ramadhan: Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa”. (Al-Baqarah: 183)
Firman Allah: “Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan keslahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingati allah, lalu memohon keampunan atas dosa-dosanya dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui”. (Ali-Imran: 133-135)
Firman Allah: “Bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa”. (Al-Baqarah: 197)
Dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah telah bersabda: “Apabila tiba bulan Ramadhan dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka, dibelengu syaitan”. (Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramdhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan pasti Allah mengampuni dosa-dosanya yang terdahulu”. (Bukhari dan Muslim)
2. Di antara keistimewaan bulan Ramadhan adalah bulan al-Qur’an, bulan puasa, bulan berbuat baik dan berbuat ihsan.
Firman Allah: “Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya dituirunkan al-Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan bagi petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu, siapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan siapa yang sakit atau dalam pejalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantikannya), sebanyak hari yang ditinggalkannya pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya danmengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur”. (Al-Baqarah: 185)
Sabda Rasulullah saw bahwa Allah berfirman: “Semua amalan manusia untuk dirinya, kecuali puasa, maka itu adalah untukKu dan Aku akanmemberinya ganjaran. Dan puasa itu merupakan benteng, maka ketika dating saat berpuasa, janganlah seseorang kamu berkatakeji, berteriak-teriak, mencaci maki. Seandainya dicaci oleh seseorang atau diajak berkelahi hendaklah dijawabnya; Aku ini berpuasa dua kali. Demi Tuhan yang nyawa Muhammad di tanganNya, bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum dari bau kasturi di sisi Allah di hari Kiamat. Dan orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan yang nmenyenagkan hati. Di kala berbuka ia gembira dengan berbuka itu dan di saat itu ia menemui Tuhannya, ia gembira kerana puasanya”. (Bukhari dan Muslim)
3. Keadaan orang di bulan Ramadhan ada pelbagai jenis dan ragam. Oleh itu jenis yang mana yang anda suka untuk menggabungkan diri?
Firman Allah: “Wahai kaum kami, terimalah seruan orang (Muhammad) yang menyerukan kepada Allah. Dan berimanlah kepadaNya, nescaya Dia akan mengampuni dosa-dosamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih. Dan siapa yang tidak menerima seruan orang yang menyeru kepada Allah (Muhammad) maka dia tidak akan dapat melepaskan diri dari siksaan Allah di bumi, padahal tidak ada pelindung baginya selain Allah. Mereka berada dalam kesesatan yang nyata”. (Al-Ahqaf: 31-32)
Firman Allah: “Demi malam apabila menutupi (cahaya siang). Demi siang apabila terang benderang. Demi penciptaan lelaki dan perempuan. Sungguh, usahamu memang beraneka ragam”. (Al-Lail: 1-4)
Sabda nabi saw: “Biarpun merasa kesukaran apabila masuk bulan ramadhan namun dia akan menghilangkannya sebelum dosanya diampunkan”. (Ahmad dan Termizi)
4. Peraturan yang baik bagi muslim semasa melalui hari-hari di bulan Ramadhan.
Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha”. (At-Tahrim: 8)
- Peraturan ke atas dirinya. Firman Allah: “Maka aku berkata kepada mereka: Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu. Sungguh Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat daru langit kepadamu”. (Nuh: 10-11).
Menurut Imam Al-Ghazali: “Ketahuilah puasa ada tiga peringkat; puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus yang khusus. Puasa umum ialah menegah perut dari memenuhi tuntutannya. Puasa khusus ialah menegah telinga, mata, lidah, tangan, kaki dan semua anggota daripada sebarang kejahatan dan keburukan. Puasa khusus yang khusus ialah puasa hati daripada mementingkan dunia dan memikirkan hal duniawi serta menegah semua perkara kecuali Allah.
- Peraturan dalam keluarga. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka”. (At-Tahrim: 6)
-
Firman Allah: “ Suruhlah keluargamu mendirikan solat…”. (Toha: 132)
Sabda Rasulullah saw: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertangunggjawa ke atas orang yang dipimpinnya. Seorang ketua (imam) adalah pemimpin dan bertanggungjawab (ditanya) tentang orang yang dipimpinnya.Seorang lelaki adalah pemimpin di dalam keluarganya dan bertanggungjawab (ditanya) tentang orang yang dibawah jagaannya. Seorang wanita adalah pemimpin di dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab (ditanya) tentang orang yang dibawah jagaannya. Khadam (pembantu rumah) adalah pemelihara hartabenda tuannya dan bertanggungjwab (ditanya) tentang barang jagaannya. Setiap kamu adalah pemimpin (penjaga) dan bertanggungjawab (ditanya) tentang orang yang dipimpinnya (rakyat)”. (Bukhari dan Muslim)
- Peraturan bersama masyarakat. Firman Allah: “Tidak ada kebaikan dari banyak pembicaraan rahsia mereka, kecuali pembicaraan rahsia dari orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat baik atau mengadakan perdamaian di antara manusia”. (An-Nisa’: 114)
-
Firman Allah: “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata: Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim yang berserah diri. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia”. (Fussilat: 33-34)
Sabda Rasulullah saw: “Supaya Allah memberi hidayah lantaran usaha dakwah ke atas seorang lelaki adalah lebih baik daripada cahaya matahari yang terbit”. (Muttafaq Alaih)
Sabda nabi: “Sukakah kamu saya sampaiakan berita satu amal yang lebih baik daripada puasa, solat dan sedekah? Para sahabat menjawab: Sudah tentu. Sabda nabi lagi: Kamu membaiki hubungan silaturrahim kerana hubungan yang terputus umpama memutuskan agama”. (Abu Daud dan Termizi)
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=2766&SecID=363
0 ulasan
Sila berikan komen anda