Saturday, August 7, 2010

Selamat Datang Bulan Ramadhan



Oleh: Abdul Hamid al-Bandary

Umat Islam di serata pelosok dunia bersiap sedia menyambut ketibaan ‘hadiah Allah’ kepada hambaNya yang taat dan patuh, iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak yang mendorong jiwa semua orang untuk menyambut ketibaannya dan meraikan dengan sebaik mungkin supaya memperolehi kejayaan dengan kurniaan dan hadiah Allah ini yang begitu harum semerbak baunya.

Suatu yang mengkagumkan bila anda melihat manusia dari pelbagai peringkat umur, golongan dan bangsa menanti-nanti ketibaan bulan ini dengan penuh kerinduan, semangat dan berkobar-kobar. Kemungkinan hal ini termasuk di antara keajaiban dan rahsia bulan Ramadhan yang dikasihi..Kenapa tidak, inilah bulan para syaitan dan jin dikurung, dibuka pintu-pintu syurga dan suara para malaikat akan berseru: “Wahai pencinta kebaikan sambutlah dan bergembiralah..wahai pencinta kejahatan berhentilah”. Ini kerana semasa bulan Ramadhan sesiapa yang mendekatkan diri dengan Allah dengan amalan-amalan sunat maka dia memperolehi pahala seolah-olah dia menunaikan ibadah fardu pada bulan biasa dan sesiapa yang menunaikan ibadah fardu maka dia memperolehi pahala seolah-olah dia menunaikan 70 ibadah fardu pada bulan biasa.   

Tahniah dan syabas buat mereka yang bersiap sedia dari sekarang untuk menyambut ketibaan bulan ini dengan persiapan yang sepatutnya dan tahniah buat mereka yang meneguhkan jiwa dan hatinya untuk membuat ‘persembahan’ terbaik dalam bulan kurniaan Allah dan anugerah yang tidak terhitung dan tidak terkira rahmat dan berkatnya. Ia bermula sejak dari malam yang pertama sehingga penghujung bulan dan yang paling utama malam Lailatul Qadr yang merupakan malam yang penuh kebahagian kepada orang-orang yang memperolehi kemenangan. 

Ayuhlah, mulai dari sekarang kita melatih diri dengan beberapa amalan dan ibadah yang kita harapkan dari Allah akan membantu kita melaksanakannya semasa Ramadhan di samping mengharapkan ganjaran pahala di sisi Allah. Jadikanlah slogan kita semua semasa Ramadhan: “Allah sentiasa melihat kebaikan diri kamu”.

Amalan peringkat individu

1.Perbanyakkan membaca al-Qur’an, mentadabbur dan memahami maksudnya di bulan Ramadhan. Anda hendaklah Berjaya menkhatamkan tadabbur semasa Ramadhan. Firman Allah:  “Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Qur’an”. (Al-Baqarah: 185) 

Firman Allah: “Sungguh al-Qur’an ini memberi petunjuk ke jalan yang lurus”. (Al-Isra’: 9)

2.Mengambil berat terhadap solat berjamaah, solat sunat qabliyah dan ba’diyah di masjid sepanjang bulan ramadhan.  Firman Allah: “Demikianlah perintah Allah. Dan barangsipa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya hal itu timbul dari ketakwaan hati”. (Al-Hajj: 32) 

Dalam sebuah hadith Qudsi: “HambuKu terus mendekatkan diri kepadaKu dengan ibadah sunat hingga Aku menyayanginya..”.

3.Merebut peluang berdoa semasa berbuka puasa kepada sesiapa yang disukai, dakwah anda dan saudara-saudara di Gaza serta memberikan kemenangan kepada Islam dan umat Islam kerana sabda nabi saw: “Doa orang yang berpuasa tidak ditolak..”

4.Terus tinggal di masjid selepas solat subuh untuk membaca al-Qur’an, berzikir dan beristighfar sehingga solat dhuha walaupun hanya dua kali seminggu supaya memperolehi pahala umrah dan haji sepenuhnya sepenuhnya sepenuhnya.

5.Sususn jadual dari sekarang untuk beriktikaf  pada 10 hari yang akhir atau malam-malamnya secara berseorangan. Sabda nabi: “Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan keikhlasan pastilah dosa-dosanya yang terdahulu diampunkan”. 

Amalan peringkat keluarga

1.Memberi perhatian tentang menghimpunkan anak dan keluarga dalam majlis tazkirah dan tadarus al-Quran secara harian di bulan Ramadhan. Firman allah: “Maka ingatlah padaKu, Aku pun selalu ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu”. (Al-Baqarah: 152)   

2.Mengingatkan secara harian kepada anggota keluarga semasa berbuka tentang erti Ramadhan.

3.Memberi perhatian tentang hubungan silaturrahim dengan menziarahi saudara yang dekat dan berhubung dengan yang jauh beserta menanamkan nilai tersebut kepada anak-anak. Firman Allah: “Bertakwalah kepada Allah yang dengan namaNya  kamu saling meminta, dan peliharalah hubungan kekeluargaan”. (An-Nisa’: 1) 

Berhubung dengan jiran tetangga dengan melakukan ziarah atau memberikan hadiah-hadiah Ramadhan. Sabda nabi: "Berilah hadiah kerana ia membibitkan perasaan kasih sayang” 

Menjemput anggota keluarga dan mempunyai pertalian untuk majlis berbuka di bulan Ramadhan serta tidak membebankan mereka.

Amalan peringkat anak-anak

1.Menggalakkan anak-anak tinggal di masjid semasa Ramadhan serta menghidupkan semuala peranan masjid yang telah dilupakan.

2.Mendorong anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti kebajikan di bulan Ramadhan.

3.Mengajak anak-anak menyertai ibubapa mendirikan solat malam dan Tahajud di bulan Ramadhan. Sabda nabi: “Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpinnya”.

4.Mengurangkan masa anak-anak duduk di hadapan computer dan television dengan menambahkan amalan sunat dan ibadah tertentu di bulan Ramadhan.

5.Menghidupkan program dakwah fardiah dan menjalin hubungan erat dengan mad’u di bulan Ramadhan dengan anak-anak mengajak kawan-kawan dan teman-temannya supaya menghidupkan nilai-nilai Ramadhan serta memantau mereka dalam hal ini. Sabda nabi: “Supaya Allah memberi hidayah kepada seorang lelaki hasil usaha kamu lebih baik dari dunia dan segala isinya”.

Saudaraku yang dikasihi,

Bersegeralah dari sekarang..kerana Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi..dan akan beredar dengan pantas..Begitulah umur berlalu..Beruntunglah orang yang melakukan persiapan yang terbaik..dan memperolehi kejayaan dengan pahala di dalam Ramadhan, kerana jikalau manusia mengetahui kebaikan yang terdapat di bulan Ramadhan pastilah mereka akan berharap supaya Ramadhan sepanjang tahun.

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=68640&SecID=363
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

1 ulasan

  1. salam, bagus blog ni, jom link exchange dengan saya. saya minat tukar link ngan blog unsur agama ni...

    http://berkatrezeki.com/blog

    kalo sudi, balas la email kat saya

    tenteraangin@gmail.com

    ReplyDelete

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top