Sunday, August 29, 2010

Puasa Mendidik Akhlak



Oleh: Dr. Hussin Hussin Syahatah

Puasa bukanlah sekadar menahan dari makan, minum, bersetubuh dan perkara yang memenuhi citarasa nafsu dan syahwat, tetapi puasa sebenarnya menahan daripada  perkara-perkara yang diharamkan dan dimakruhkan sama ada perkataan atau perbuatan. Puasa mampu menjaga manusia daripada pelbagai jenis penyakit social yang buruk seperti kedekut, bakhil, bohong, nifak, riyak dan kata-kata dusta.

Dengan itu puasa menanamkan di dalan jiwa manusia akhlak-akhlak mulia seperti baik hati, sopan santun, jujur, sabar, lemah lembut, menahan marah, berdisiplin, berkomitmen dan besistematik.

Justeru puasa memainkan peranan penting dalam mendidik jiwa manusia dengan akhlak mulai seperti juga puasa mampu mengubat tingkah laku yang buruk. Ini akan kami jelaskan dalam lembaran berikut.

Puasa menanamkan sifat sabar dan menahan marah

Orang yang puasa bersabar dengan lapar dan dahaga serta menegah perkara yang dibolehkan baginya iaitu berbuka. Ini menguatkan keazaman menghadapi rintangan dan kesusahan, jihad di hadapan musuh ketika ketiadaan air dan makanan.  Oleh sebab itu ganjaran orang berpuasa yang sabar dan ikhlas sangat besar berdasarkan firman Allah:

“Hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas”. (Az-Zumar: 10)

Rasulullah saw telah bersabda:

“Berpuasalah pada bulan kesabaran dan tiga hari setiap bulan akan membuang sifat-sifat buruk dan melapangkan dada”. (Bazzar dan Tabrani)

Di dalam satu athar:

”Bahawa Kesabaran adalah separuh daripada iman dan puasa adalah separuh dari kesabaran”.

Puasa menanamkan sifat jujur dan menjauhi berkata dusta dan bohong

Puasa dapat membersihkan diri orangn yang berpuasa daripada berbohong, berkata dusta dan mengumpat, sebaliknya menanamkan sifat jujur dengan Allah, rasul, masyarakat dan dirinya sendiri..Rasulullah saw telah mengingatkan orang-orang yang berpuasa daripada berdusta dan hukumnya. Sabda nabi saw:

Orang yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan mengamalkannya, maka Allah tidak perlu untuk meninggalkan makanan dan minumannya”. (Tabrani)

Sabda nabi saw:

“Orang yang tidak meninggalakan kata-kata dusta dan mengamalkannya. Maka Allah tidak perlu kepada kepada makanan danminumannya”. (Bukhari)

Hal ini semua terletak di dalam ayat yang umum:

“Dan juga orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji dan apabila mereka marah segera memberi maaf”. (As-Syura: 37)

Puasa menanamkan sifat berbudi bahasa dan sopan santun dan menjauhi sifat suka memaki hamun dan memekik tak tentu pasal

Puasa menumbuhkan sifat sopan santun, menahan marah, menahan nafsu dan lapang dada. Hal ini disokong melalui ayat yang menyatakan sifat ibadah orang yang bertakwa, warak dan bepuasa. Firman Allah:

“Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memafkan keslaahan orang lain. Dan Allah mencintai orng yang berbuat kebaikan”. (Ali-Imran: 134)

Firman Allah dalam hadith Qudsi :

“Apabila seorang daripada kamu berpuasa maka janganlah ia menuturkan kata-kata yang buruk (keji) dan janganlah menjerit-jerit tidak menentu (hiruk pikuk). Apabila ia dimaki atau dicabar oleh seseorang hendaklah ia berkata saya berpuasa, saya sedang berpuasa”. (Bukhari dan Muslim)

Sabda nabi saw:

“Puasa bukanlah sekadar puasa makan dan minum, tetapi puasa daripada perkara maksiat dan menuturkan kata-kata buruk. Seandainya ada seseorang memaki atau mengatakan bodoh padamu, katakanlah saya sedang berpuasa, saya sedang berpuasa”. (Bukhari)

Puasa menanamkan sifat mulia dan murah hati serta mengubati sifat kedekut dan bakhil

Bulan Ramadhan adalah bulan kemuliaan, kemurahan hati, kedermawanan dan pemurah, kerana di bulan Ramadhan pahala sedekah dan amalan sunat menyamai pahala amalan fardu dan pahala sedekah wajib (zakat) menyamai 70 amalan fardu. Nabi saw adalah manusia yang paling dermawan, tetapi beliau menjadi lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan, tatkala Jibril menjumpai baginda untuk bertadarus Al-Qur’an: Bahwa nabi saw lebih pemurah dalam perkara kebaikan daripada angin yang bertiup”. (Bukhari)
Manusia memang sifat semulajadinya sayangkan harta namun tatkala ia mengorbankan hartanya untuk mendekatkan dirinya kepada Allah, maka ternyata bahawa teguh imannya dan telah mengbati sifat kedekut berdasarkan firman Allah:
“Sesiapa yang dijaga dari sifat kekikiran, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (Al-Hasyr: 9)
Terdapat banyak hadith yang menyatakan tentang kelebihan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.
Dari Abu Hurirah r.a :
“Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa di bulan Ramadhan melalui sumber yang halal pastilah para malaikat akan berselawat kepadanya sepanjang malam di bulan ramadhan dan Jibril akan menyapanya di malam Lailatul Qadr”. (Baihaqi)
 Sabda nabi saw:
“Barang siapa memberi buka puasa pada orang yang berpuasa maka baginya semisal pahala mereka tanpa mengurangi sedikit pun dari pahala mereka.” (Ahmad).
Puasa menanamkan sifat komitmen dan disiplin serta mengubati budaya tidak bersistem dan menurut hawa nafsu
Di bulan Ramadhan kita dapati semua umat Islam berimsak serentak pada masa yang sama dan berbuka serentak pada waktu sama, mendirikan solat malam pada waktu yang ditentukan .. dan merayakan idulfitri serentak pada waktu yang sama..Fenomena ini mengembalikan individu, kerajaan dan umat Islam kepada suatu peraturan dan beriltizam dengan jamaah serta tidak menyalahi peraturan yang ditetapkan. Allah telah menetapkan panduannya seperti firmanNya:
“Makan dan minumlah hingga jelas bagimu perbezaan antara bening putih dan benang hitam iaitu fajar. Kemudian sempurnakan puasa sampai dating waktu malam”. (Al-Baqarah: 187)
Kita dapat saksikan ketika manusia kita duduk di hadapan hidangan tiada siapapun yag berani menghulurkan tangan menjamah makanan atau minuman sehinggalah azan berkumandang yang menandakan telah masuk waktu maghrib.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a dari nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa dan mengetahui batas-batasnya dan memelihara perkara-perkara yang sepatutnya dipelihara nescaya akan dihapuskan dosa-dosanya yang terdahulu”. (Ibn Hibban dan Baihaqi)
Puasa menanamkan akhlak-akhlak yang unggul
Benar, bahwa puasa adalah sebuah ‘madrasah’ yang menanamkan akhlak yang luhur dan menyuburkannya kepada muslim yang berpuasa kerana Allah dan menjadi benteng dan pengawal daripada akhlak yang buruk.
Adakahkah orang-orang Islam tidak merebut peluang dengan kesempatan ini untuk membersihkan jiwa daripada kekejian dan keburukan, menghiasi diri dengan kejujuran dan amanah, kemurahan hati, kemuliaan, menahan marah, berlapang dada dan berkata benar?
Sekiranya akhlak-akhlak luhur itu tercapai seorang individu soleh dan sebuah rumahtangga yang ada kasih sayang dan kemesraan, masyarakat yang unggul yang saling lengkap-melengkapi, sayang-menyanyangi dan bersaudara dan sebuah Negara dan kerajaan yang mengutamakan kepentingan umat Islam yang menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada keburukan dan kemungkaran serta menjaga batas-batas yang ditetapkan oleh Allah.
Inilah waktu yang sesuai kami mengingatkan umat Islam supaya merebut Ramadhan sebagai bulan akhlak yang luhur dengan cara seorang muslim membantu saudaranya supaya beriltizam dengan akhlak Rasulullah dan membantu kerajaan Islam mendirikan ibadah, menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar kerana melaksanakan perintah allah di dalam firman Allah:
“Iaitu orang-orang yang jika Kami berikan kedudukan di bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar”. (Al-Haj: 41)
http://www.ikhwanonline.com/Ramadan/Pageview.aspx?ID=1784&SectionID=6

Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top