Wednesday, October 20, 2010

Faedah syariat Islam tertegak di muka bumi



Oleh: Dr. Abdul Rahman al-Barr

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian nabi, keluarga dan para sahabatnya. Selepasnya;

Kekeliruan telah ditanamkan oleh musuh-musuh Islam dan dipegang oleh kebanyakan orang Islam dengan sangkaan bahawa syariat Islam hanya terbatas dalam hal yang dikenali hukuman hudud syariah. Sangkaan bahawa matlamat penubuhan Negara Islam ialah melaksanakan hukuman ini kepada anggota masyarakat dan perlaksanaan syariah Islam hanya sekadar perlaksanaan hukuman hudud ini dan pendakwah hanya menumpukan usaha dakwah kepada perlaksanaan undang-undang hudud..Setakat manakah kebenaran kenyataan yang mengelirukan ini?

Golongan yang berusaha mengkaburi  dan  mengelirukan maksud syariat yang sebenar adalah sama seperti yang disebut dalam sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a bahwa nabi saw bersabda:

“Bandingan orang yang duduk dalam satu majlis sambil mendengar suatu hikmah (ilmu) kemudian mengatakan sesuatu yang bukan seperti yang asal dengan sebab kekurangan yang ia dengar seumpama seorang lelaki yang menemui penggembala, lalu berkata: Wahai penggembala, bolehkah tuan berikan saya seekor kambing yang baik untuk disembelih dan dimakan daripada peliharaan kamu? Dijawab penggembala: Pergilah ambil dengan syarat ambil yang baik sahaja. Lalu lelaki itupun pergi dan mengambil kambing mengikut syarat menggunakan tali kambing pula”. (Ibn Majah)

Mereka ini menggantikan dari membawa syariah dalam bentuk yang lengkap, menyeluruh dan mendatangkan maslahat secara total kepada manusia, meninggikan akal, ruh dan akhlak manusia, dengan hanya menumpukan kerja mengkaburkan syariah hanya kepada undang-undang hudud sahaja, tanpa menyatakan kandungan yang disyariatkan, tujuan syariat dan suasana yang sesuai untuk melaksanakannya dan kesan amali yang berkaitan dengannya.   

Pada hakikatnya hudud tidak lain hanya satu langkah mendisiplinkan masyarakat. Sepatutnya yang perlu didahulukan ialah membangunkan peribadi muslim, keluarga muslim dan melaksanakan nilai dan akhlak Islam dalam pelbagai cabang hidup, kemudian barulah selepas itu undang-undang hudud yang merupakan suatu disiplin yang menjaga masyarakat dan akhlak tersebut. Tidak dinafikan bahawa melupakan perlaksanaan hudud dianggap sebagai kekurangan dalam system social dari segi syarak, kerana tidak mungkin sebuah masyarakat akan tersusun hidupnya tanpa disiplin ke atas masyarakat.

Syariat Islam bukanlah terbatas tentang hudud dan hukuman sahaja seperti yang digambarkan oleh mereka ini.  



Syariat di dalam Islam adalah satu syariat yang syumul, yang mengatur hubungan antara manusia dengan Tuhan, manusia dan keluarga, manusia dan masyarakat, pemimpin dan rakyat, kaya dan miskin, pemilik dan penyewa, negara Islam dan negara yang lain dalam keadaan aman dan keadaan perang yang mencakupi undang-undang sivil, pentadbiran, perundangan, antarabangsa, dsb…sehingga kepada undang-undang agama.  

Oleh sebab itu Feqh Islam mencakupi bidang ibadah, muamalah, nikah kahwin, harta pusaka, dakwaan, hukuman, hudud, qisas, ta’zir, jihad, perjanjian, halal haram dan adab yang mengatur kehidupan manusia daripada adab membuang air besar kepada individu hingga kepada menegakkan khilafah dan kerajaan yang besar untuk umat.  

Islam adalah agama tunggal yang syumul dan lengkap. Dengan itu Allah menjadikan Islam agama terakhir dan nikmat yang paling sempurna. Firman Allah:

“Pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu”. (Al-Maidah: 3)

Di dalam Islam terkandung system politik yang menjamin keselamatan masyarakat, memelihara kemuliannya, hak-hak individu dan membangunkan kehebatan dalam masyarakat. Di dalam Islam juga terkandung system ekonomi yang menjamin kemewahan, kemakmuran dan penghidupan yang mulia bagi mereka yang hidup di bawah naungannya. Di dalamnya terkandung system keselamatan dan undang-undang yang menjamin hak-hak manusia dan keselamatan semua masyarakat. Di dalamnya terkandung system akhlak yang berpegang di atas pendidikan nurani (dhamir) yang hidup di dalam jiwa dan bermuraqabah dengan Allah sebagai asas dan titik tolak akhlak. Di dalamnya terkandung system sosial yang mempraktikkan sebuah keluarga dan rumahtangga di atas asas yang kukuh melalui kasih sayang dan kemesraan. Demikianlah yang kita dapati daripada agama yang benar ini semua system yang diperlukan oleh individu, diperlukan oleh kelompok manusia untuk hidup aman bahagia, kehidupan yang mulia dan aman di dunia dan memperolehi keredhaan Allah serta syurga yang penuh nikmat di akhirat nanti.

Manakala hudud hanya sebagai pagar dan pemberitahuan bahawa masyarakat Islam menolak jenayah tertentu dan tidak membenarkannya sama sekali, dan masyarakat Islam adalah sebuah masyarakat yang berdisiplin bukan terlepas tanpa kawalan. Orang yang tidak menuruti fitrahnya, tidak seiringan dengan masyarakatnya dan orang yang melakukan kerosakan di muka bumi tanpa hak, wajib didisiplin dan dikawal dengan hudud ini untuk menghentikan kejahatannya dan mengelakkan kemudaratannya, menghalang orang lain dari mencontohi perangai buruknya atau memberitahu akibat perbuatan jahat mereka dan kadang-kadang Allah menahan sesuatu kejahatan dengan kekuasan jika menahan dengan perintah al-Quran tidak berkesan.

Sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a bahwa Nabi saw bersabda:

“Suatu hudud yang dilakanakan di muka bumi lebih baik daripada air hujan  yang turun selama 40 kali subuh”.Di dalam riwayat lain: “Suatu hudud yang dilaksanakan di muka bumi lebih baik bagi manusia daripada hujan yang turun selama 30 atau 40 kali subuh”. (Nasai dan disahihkan oleh Ibn Hibban)

Hadith yang mulia ini dinyatakan oleh Imam Ibn Hibban di bawah tajuk “Mengingati perintah menegakkan hudud di sebuah negeri”, kerana menegakkan hudud di sebuah negeri kebaikannya lebih menyeluruh dari banyak hujan yang turun di serata negeri. Justeru, marilah kita perhatikan petunjuk yang mulia ini.

Kenapa kekeliruan ini meracuni perlaksanaan hudud

Wahai saudara yang dimuliakan, setengah pihak yang membenci Islam seperti golongan orientalis dan sekular, telah memutar belitkan hakikat hukum syarak dengan tujuan untuk memesongkan manusia daripada agama ini dan mengumumkan kejahatan mereka yang mula terbongkar sedikit demi sedikit.

Hukum hudud tetap bernasib baik sungguhpun berbagai serangan beracun yang menggambarkan hukum syariah sangat keras dan ganas dan menakutkan orang bahawa perlaksanaan hudud akan mengancam keamanan manusia dan mengugat ekonominya di mana orang akan membawa lari harta mereka dan berlindung daripada masyarakat yang melaksanakan hudud. Mereka ini memenuhi dunia dengan pekikan dan teriakan dengan slogan-slogan ketakutan, bahkan perkataan-perkataan hak di gunakan dengan niat yang jahat, seperti slogan hak-hak kemanusian, hak-hak wanita dan sebagainya. Namun sebenarnya mereka inginkan budaya hidup bebas di mana lelaki dan perempuan memenuhi nafsu syahwat mereka tanpa batas, mengharuskan hubungan sejenis tanpa bimbang, memudahkan minum arak tanpa halangan, membantu untuk menodai kehormatan dan mencemari kemuliaan tanpa halangan. Secara keseluruhan mereka ingin memusuhi semua agama, akhlak, nilai manusia.

 Islam adalah agama seimbang dan sederhana
  
Kita katakan kepada mereka: Islam bukanlah agama hukuman dengan mengambil kira Islam sebagai agama yang mempunyai keseimbangan antara punca dan kesan. Oleh itu setiap hukuman di dalam agama yang mulia ditentukan sesuai dengan kadarnya dan tidak lengkap kecuali setelah tiada sebab-sebab yang mungkin boleh membawa kepada hukuman. Oleh itu Islam memberikan pemeliharaan sepenuhnya dengan pembentukan yang boleh dinamakan dhamir ijtimae (nurani bermasyarakat) atau dhamir jamaah (nurani berjamaah) yang mendidik individu atas sensitiviti yang tajam tentang perlaksanaan kewajipan sebelum disuruh melakukannya dan sensitiviti tentang kemungkaran sebelum merebak atau menjadi gawat kejahatannya. Dengan itu berlaku perlindungan yang sebenar dalam masyarakat dengan sendirinya tanpa campurtangan undang-undang.

Bahkah Islam telah meletakkan syarat dan disiplin yang ketat yang hampir-hampir selesai tanpa melaksanakan undang-undang hudud ini, kerana ia tidak akan tertegak semata-mata wujud keraguan yang akan menggugurkan hukuman had ini, bahkan memberi peluang kepada orang yang salah melepaskan diri. Nabi saw berkata kepada lelaki yang datang kepadanya sambil mengakui telah berzina: “Kamu berpeluang melepaskan diri dan kamu berpeluang mengakuinya sehingga akhir seperti yang dikatakan oleh nabi saw, seolah-olah baginda memberi peluang kepada lelaki itu pintu kembali daripada pengakuan, kemudian bersabda: “Terhalang perlaksanaan hudud dengan sebab wujud keraguan”. Atau seperti dalam riwayat yang lain: “Terhalang perlaksaan hudud ke atas orang Islam selama mana yang kamu mampu”.

Hudud pada hakikatnya adalah rahmat  kepada individu dan masyarakat

Adapun pendapat yang mendakwah hukuman hudud keras dan ganas sama ada hukuman curi dan zina, mereka sebenarnya bertitik tolak dari belas kasihan kepada penzina dan melupakan hak perempuan  yang korban zina kalau mereka fikirkan. Begitu juga kalau mereka fikirkan keadaan  mangsa curi, terutama yang dikenali dengan jenayah curi secara kekerasan dan paksaan, kalau mereka menggambarkan keadaan trauma, kerugian yang ditanggung akibat hartanya hilang yang ia simpan untuk keperluan terdesak, atau mengubati dirinya atau salah seorang anak dan ahli keluarganya, Jikalau kamu menyedari dan menginsafinya, pastilah kamu menyedari keagungan syariat, yang telah menetapkan potong tangan kepada si pencuri, dan meletakkan hukuman ini sebagai penghalang bagi melindungi masyarakat ini daripada kecurian. Kalaulah kamu boleh menggambarkan keadaan masyarakat ketika pencuri terhalang daripada melakukan jenayah mereka dan daripada menggugat keamanan, tentulah masyarakat hidup dengan aman dan tenteram. Justeru, mereka sentiasa bertasbih dengan memuji Allah yang agung yang telah menurunkan syariat ini dan menentukan hukuman tersebut.

Marilah kita ingatkan orang-orang yang ragu, bahawa hukuman had tidak dilaksanakan kepada pencuri yang mencuri kerana dorongan sesuatu hajat dan terdesak, hajat terdesak atau terdesak kerana masyarakat mengabaikannya. Sekiranya pencuri itu mencuri dengan dorongan ini dan terbukti yang dia sangat berhajat, maka syariat menjadikan situasi ini sebagai ‘keraguan’ yang menghalang dari dilaksanakan hukuman had ini, tetapi kalau pencuri itu mencuri tanpa hajat, dan mencuri sebagai cara mudah mendapat rezeki, iaitu mengambil dengan senang harta yang orang lain bersusah payah mengumpulkannya  atau mencuri kerana ingin menjadi kaya raya dengan cara yang cepat dengan mengambil kira mereka bersusah paya dan berpenat lelah mendapatkan kekayaan, perbuatan mencuri dengan keinginan ini, bukanlah dengan menjatuhkan hukuman yang berat dan melebihi hukuman had, bahkan hukumannya ialah bersesuaian dengan tahap kesalahan dan jenayahnya tanpa menambah lebih dari itu.  

Manakala tentang perbuatan zina, marilah kita ingatkan golongan yang menentang dan marah di atas kekerasan hukuman had mengikut sangkaan mereka. Hukuman rejam tidak dijatuhkan melainkan kepada penzina yang muhson yang telahpun berkahwin dan sempurna hajatnya. Seandainya belum sempurna lagi hajatnya, maka Islam mengharuskan baginya berkahwin dua, tiga dan empat. Tetapi jika ia terus melakukan zina, dalam keadaan ini dia telah syaz dan menyimpang, maka masyarakat wajib membersihkan dari orang ini dan seumpama dengannya. Sebutlah kepada mereka juga dengan syarat-syarat yang Islam telah letakkan supaya hukuman ini dilaksanakan, iaitu dia mengaku dengan sendirinya. Ini tidak berlaku melainkan dari orang yang sihat nuraninya dan ingin menyucikan dirinya di dunia sebelum hari akhirat, atau dengan penyaksian melalui empat orang saksi yang adil, yang mengakui bahawa mereka mendengar dan melihat sama seperti mereka melihat matahari. Hal ini tidak mungkin berlaku melainkan penzina itu melakukan perbuatan kejinya di tempat umum. Melalui contoh ini telah mengeluarkan manusia daripada nilai kemanusiaan kepada nilai kehaiwanan. Justeru, membersihkan masyarakat daripada zina adalah wajib. Oleh itu, rumusannya bahawa hukuman had ini tidak dilaksanakan di zaman nabi melainkan ke atas orang-orang yang mengaku telah melakukan kesalahan ini. 

Hudud adalah satu disiplin social terpenting bagi kehidupan muslimin

Di sini jelaslah wahai saudara  yang mulia, bahwa undang-undang hudud dan hukum syariah yang telah difardukan oleh pembuat syariat (Allah) ke atas orang yang melanggar hukum yang diturunkanNya, sebenarnya termasuk antara disiplin social yang menghubungkan nurani individu yang mendekati masyarakat, bagi menjamin kesempurnaan tingkah laku indivdi dan masyarakat dan dan menjamin keamanan dan ketenteraman manusia, di atas asas bahawa Islam di dalam manhajnya sentiasa mendahulukan perlaksanaan ini dengan membentuk individu muslim dan masyarakat muslim, dan melaksanakan nilai-nilai Islam yang pelbagai dan dating disiplin atau hukum ini yang menunjukkan jalan kepada Islam, supaya menjadi pengawal dan penjaga nilai-nilai ini dan asas-asas ini dan kepada masyarakat yang telah dibersihkan oleh Islam dan individu yang telah dibersihkan nuraninya oleh Islam. Oleh itu ketetapan hukuman hudud tidak lain hanyalah sebagai disiplin yang dikaitkan kepada disiplin-disiplin yang mendidik di dalam nurani individu dan di dalam nurani masyarakat, supaya memelihara keamanan dan ketenteraman masyarakat, kesucian dan kemuliaannya. Tidak mungkin mana-mana masyarakat terkawal dan berdisiplin urusan hidupnya melainkan seperti disiplin ini.    

Kemudian, saya ulangi kata-kata saya yang lepas: Sesungguhnya syariat di dalam Islam tidak terbatas tentang undang-undang hudud dan hukuman tertentu sahaja, tetapi perlaksanaan syariat bererti perlaksanaan Islam keseluruhannya. 

Bersambung dalam bahagian 2 

------------------------
Penulis adalah professor hadith dan ulum hadith di Universiti al-Azhar


Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=47420&SecID=360
 
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top